Isnin, 31 Disember 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sekuntum Mawar Hitam untuk sebuah pengkebumian ....

Posted: 31 Dec 2012 01:57 PM PST

Dahsyatnya, PM Najib dan Zahid Hamidi sanggup menyalahgunakan dana awam kepunyaan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead. 

Ini adalah gara-gara mahu menutup pembongkaran skandal oleh Deepak yang berhubung dengan Akuan Bersumpah Bala berkaitan pembunuhan wanita Monggolia Altantuya. 

Pendedahan demi pendedahan berhubung skandal tersebut sudah tidak dapat dibendung lagi. Sekadar penafian amat sukar memberikan keyakinan kepada rakyat. 

Sehingga kini, Najib terus mendiamkan diri tidak berani mengulas dakwaan Deepak. PDRM dan SPRM masing-masing dah seperti ikan kena tuba - hanya terapung-apung hanyut diatas permukaan air - menyelam tidak, berenang pun tidak!Malaysia ini dah macam negara koboi. 


Kita sekarang seolah-olah sedang menyaksikan babak dimana Deepak sedang beraksi sebagai seorang koboi mencabar Najib untuk membuat 'gun draw' di hadapan khalayak ramai… 

Najib dan Zahid Hamidi masih tidak muncul daripada persembunyian mereka tetapi telah mengupah 'Bakti Wira' untuk jadi 'penimbakcuri' tapi tidak menepati sasaran . 

Deepak masih tercegat disitu dengan sekuntum mawar 'Mawar Hitam' untuk Najib…

Tiada ulasan: