DIALOG RAKYAT |
- Tengku Adnan: BN jamin calon bebas rasuah
- Dakwaan PKR tiada halatuju tidak benar- Yusmadi
- Amanat Hadi: PAS perlekeh peluang muncul di TV
- MB Kedah: 'Saya kuat lagi, akan terus tanding'
- Panel khas pantau Bukit Setiawangsa
- Aktivis mogok lapar botakkan kepala
- SPR: Tiada arahan henti daftar pengundi di Shanghai
- Bekas ahli PAS: Hadi tak berhak letak syarat
- S'gor akan sekat urusniaga tanah LTAT jika langgar prosedur
- Isu Kalimah Allah di Malaysia : Lim Guan Eng DAP Desak Kerajaan Benar Nama Allah Dalam Bible BM!!
- PAS Kedah sudah sediakan senarai calon PRU-13, kata Azizan
- Tee Keat: Agak lucu Soi Lek label blogger Umno ‘tak bermoral’
- Pengundi Pandan mahu pembongkar kes rasuah atau kaki rasuah?
- Diam Melainkan Berkata Yang Benar; Nasihat Tok Guru Nik Aziz Kepada Diana
- Sokong Penuh Hasrat Presiden Beri Penjelasan ‘Amanat Hadi’ Di Media Perdana
- Pulau Burung RM6 Juta Sia-sia..... Di tutup??
- Pakatan janji sedia dana haji setiap Dun di Sabah
- Pelajar wanita UTM lemas berenang di pusat sukan
- Cuepacs mahu kerajaan umum segera jadual gaji
- Lelaki maut ditembak di depan rumah
- Siapa Politician Yang Terima RM8 Juta Dari Deepak?
- Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika
- Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih
- MyWatch persoal keperluan pegawai perhubungan PDRM Hishammuddin
- MCA bantah harga siling telefon pintar RM500
Tengku Adnan: BN jamin calon bebas rasuah Posted: 30 Dec 2012 03:06 PM PST ANTARA POS.COM | ||
Dakwaan PKR tiada halatuju tidak benar- Yusmadi Posted: 30 Dec 2012 03:02 PM PST SHAH ALAM: Dakwaan yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat serta tiada halatuju yang tepat, disanggah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff. Yusmadi menegaskan kewujudan PKR sejak lebih 10 tahun yang lalu sekurang-kurangnya menyumbang kepada banyak perubahan dalam landskap politik negara. "Semenjak kewujudan parti PKR, saya melihat banyak perkembangan baru di dalam politik Malaysia terutama sekali dari segi politik pembangkang di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. "Ini bagi saya merupakan fakta membuktikan bahawa PKR telah berjaya membawa satu sinergi, tenaga baru, di dalam politik di tanahair. Dan mengenai pandangan bahawa PKR ini ideologi yang tidak sihat, saya berpandangan bahawa ia merupakan pandangan peribadi beliau yang bagi saya tidak mewakili kebanyakan penyokong PKR mahupun rakyat kebanyakan," katanya. Terdahulu, Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor mendakwa PKR tidak mempunyai halatuju yang sihat dan matlamat yang kabur. Beliau berkata, PKR ditubuhkan pada awalnya untuk membebaskan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah bebas dan PKR terus terkapai-kapai untuk berjalan seiring dengan rakan komponennya, PAS dan DAP. Mengulas dakwaan itu, Yusmadi berkata ia adalah pandangan peribadi Zulkifli yang tidak menggambarkan realiti sebenar. Menyifatkan PKR sebagai satu wadah perjuangan masa hadapan, Yusmadi mendakwa parti tersebut telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai contoh. Masa hadapan negara tegas beliau akan lebih cerah di bawah pentadbiran PKR yang diterajui oleh Anwar yang mempunyai pengalaman luas di dalam mentadbir kerajaan. "Saya berada di lapangan terutama di Balik Pulau sendiri mewakili hampir lebih daripada separuh pulau. PKR berjaya menyantuni keperluan masyarakat di kampung, sehinggalah ke bandar-bandar. Jadi bagi saya ini adalah satu wadah perjuangan masa depan. "Apatah lagi di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai pengalaman yang unik, berbeza dengan pemimpin yang lain iaitu (Anwar) pernah berada di dalam kerajaan memimpin negara semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan," jelas beliau. Yusmadi juga mengulas dakwaan veteran DAP Pulau Pinang itu yang mengatakan PKR yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mendapat sokongan padu sepertimana DAP dan PAS. Hakikatnya jelas Yusmadi, parti-parti komponen Pakatan sentiasa membantu di antara satu sama lain bersandarkan kelebihan masing-masing di dalam memperkuatkan persiapan mereka menghadapi BN. "Bagi saya itu sekali lagi dakwaan peribadi beliau yang tidak menggambarkan gambaran sebenar di akar umbi kerana contohnya macam saya di Parlimen Balik Pulau sendiri, kita sentiasa bantu-membantu dari segi kekuatan Pakatan kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.. "Bagi saya ini ialah satu politik baru yang mana saya katakan politik muafakat yang mana semua pihak perlu berkolaborasi dan berinteraksi untuk agenda yang lebih besar untuk rakyat," jelasnya lagi. Yusmadi kemudian sempat menasihati Zulkifli agar memberikan pandangan yang lebih bernas yang menyumbang kepada keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat dan bukannya sebaliknya. "Selaku orang politik berpengalaman, saya rasa beliau sepatutnya lebih arif keadaan sebenar di lapangan yang mana pada pandangan saya sekarang ialah politik baru..bukan politik lama," katanya. | ||
Amanat Hadi: PAS perlekeh peluang muncul di TV Posted: 30 Dec 2012 03:00 PM PST KUALA LUMPUR: Pimpinan kanan PAS memperlekehkan tindakan kerajaan menyahut cabaran presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di televisyen bagi memberikan penjelasan berhubung isu 'mengkafirkan Umno'. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Hadi akan diberikan ruang itu tetapi beliau (Hadi) perlu bersetuju untuk diajukan persoalan oleh pakar-pakar mengenai amanat kontroversi itu. Rais berkata program itu juga akan dirakam dan dinilai kesesuaiannya untuk ditayang kepada umum. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad membayangkan PAS akan menolak tawaran itu kerana mahukan Hadi memberi penjelasan menerusi TV secara langsung dan tanpa disoal balas oleh mana-mana pihak. "Rais Yatim luculah… (untuk mengatakan) penjelasan Hadi Awang mengenai isu amanat akan dirakam dan akan siar jika sesuai...orang macam Rais memang tak boleh percaya," kata beliau. Semalam Rais berkata Hadi boleh memohon kepada kementeriannya mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu. "Pihak RTM di (Radio dan Televisyen Malaysia) boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya. Sebelum itu, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. Hadi berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya. Bagaimanapun Hadi tidak menjelaskan kenapa beliau hanya mahu memberikan penjelasan itu menerusi TV sedangkan ada banyak saluran lain termasuk media siber untuk beliau berbuat demikian. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Hadi membuat penarikan balik secara rasmi amanat itu yang pernah diberikan kepada ahli PAS lebih tiga dekad lalu. Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu. "Sungguhpun ahli PAS hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat," katanya. | ||
MB Kedah: 'Saya kuat lagi, akan terus tanding' Posted: 30 Dec 2012 06:30 AM PST KUALA NERANG - Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat. Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan. "Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, sayapun nak tanding juga," katanya kepada pemberita. Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini. Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan. | ||
Panel khas pantau Bukit Setiawangsa Posted: 30 Dec 2012 06:25 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memantau tanah runtuh di kawasan Puncak Setiawangsa di sini telah ditubuhkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, jawatankuasa itu dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Kerja Raya Malaysia. Beliau berkata, pasukan keselamatan dan kerajaan tempatan juga memantau 24 jam di kawasan tanah runtuh itu. "Kita akan dapatkan laporan lengkap mengenai perkembangan semasa terhadap keselamatan dan struktur tanah di sini. "Kita ambil iktibar apa yang berlaku di sini. Dahulu di sekitar kawasan ini, berlaku tanah runtuh di (apartmen) Highland Towers. Jadi kalau boleh kita tidak mahu ianya berulang lagi," katanya. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan di kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini. Dalam kejadian Jumaat lepas, insiden tanah runtuh berlaku di lereng bukit di Puncak Setiawangsa mengakibatkan 106 penghuni rumah banglo, rumah teres dan rumah kedai diarahkan berpindah. Muhyiddin menyarankan kepada agensi dan pihak berkuasa tempatan agar turut memantau kawasan lereng bukit atau kawasan tinggi yang lain di seluruh negara berikutan musim tengkujuh ini. Mengulas mengenai perkembangan terkini kawasan tanah runtuh tersebut, beliau berkata sebuah unit rumah banglo akan dirobohkan oleh DBKL bagi mengelakkan keadaan tanah menjadi berat dan menjejaskan keselamatan penduduk dan bangunan di bawah kaki bukit tersebut. "Bila-bila masa akan dirobohkan. Ini bergantung kepada perbincangan antara pemaju perumahan dan DBKL," katanya. Beliau berkata, satu laluan alternatif sedang dibina untuk membolehkan penduduk di kawasan ini keluar masuk ke perumahan mereka untuk mengambil barang keperluan dan harta benda. Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa keselamatan harta benda penduduk akan sentiasa dijaga kerana polis telah menempatkan anggota serta membuat rondaan 24 jam. "Apa yang penting ketika ini adalah faktor keselamatan lebih diutamakan dari harta benda. Saya syukur tiada kes kemalangan jiwa, fizikal dan sebagainya berlaku," katanya. Muhyiddin dan isteri Datin Seri Norainee Abd Rahman yang tiba di bilik gerakan sementara polis di Persiaran Bukit Setiawangsa pada kira-kira 4.30 petang turut meninjau kawasan runtuhan di bahagian bawah yang terletak 70 meter dari bilik gerakan itu sebelum meninjau operasi bilik gerakan itu. Timbalan Perdana Menteri dan isteri turut diberikan taklimat oleh seorang pegawai polis Ibu Pejabat Daerah Sentul dan meninjau pasukan keselamatan lain yang turut bertugas menjaga keadaan di kawasan terbabit termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela, Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Muhyiddin kemudian menaiki kenderaan dibawa meninjau dengan lebih dekat kawasan terjejas di Puncak Setiawangsa selama kira-kira 20 minit. - Bernama | ||
Aktivis mogok lapar botakkan kepala Posted: 30 Dec 2012 06:23 AM PST Lebih 10 orang aktivis Himpunan Hijau yang menyertai mogok lapar hari ini membotakkan kepala mereka sebagai salah satu tanda protes ke atas projek yang didakwa memudaratkan kesihatan awam. Jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata, tindakan 10 orang lelaki dan seorang wanita yang membotakkan rambut itu juga menggambarkan bahawa manusia akan balik ke pangkal jalan untuk memulakan hidup baru. "Kesemua 11 orang merupakan penganjur mogok lapar ini. Kita botakkan kepada ini sebagai tanda protes selain daripada mogok lapar 100 jam. "Ia juga sebagai tanda manusia akan balik ke pangkal jalan untuk memulakan hidup baru sempena tahun baru," katanya ketika ditemui Malaysiakini. Acara membotakkan kepala itu diadakan di taman berhadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - bersebelahan Dataran Merdeka pada jam 2 petang dan berakhir jam 3 petang. Seorang sami Buddha turut dijemput bagi menggunting rambut semua peserta. Rambut peserta berkenaan kemudiannya dibotakkan menggunakan mesin oleh tiga orang tukang gunting rambut. Tindakan individu berkenaan menarik perhatian orang ramai dan pelancong di kawasan tersebut yang turut merakam gambar mereka. Kumpulan itu merupakan sebahagian daripada seramai kira-kira 30 peserta mogok lapar yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Menentang Projek-projek Memudaratkan Alam Sekitar. Sejak hari Khamis lalu, individu terbabit menahan diri daripada makan dan hanya minum air dalam mogok lapar yang masuk 68 jam sehingga jam 4 petang ini. Protes itu dibuat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap projek-projek seperti loji nadir bumi Lynas, loji penapis minyak Pengerang, projek empangan mega Sarawak, pelombongan emas sianida di Bukit Koman, dan projek kabel ketegangan tinggi Rawang. Secara khususnya, mereka menuntut agar lesen operasi sementara (TOL) loji Lynas di Gebeng, Pahang ditarik balik pihak berkuasa dan laporan penilaian impak alam sekitar (DEIA) Lynas didedahkan kepada umum sebelum sebarang pertimbangan untuk mengeluarkan TOL dibuat kerajaan. | ||
SPR: Tiada arahan henti daftar pengundi di Shanghai Posted: 30 Dec 2012 06:20 AM PST MALAYSIA KINI Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bahawa konsulat Malaysia di Shanghai tidak diberi arahan untuk menghentikan pendaftaran pengundi dan masalah yang timbul itu mungkin disebabkan isu teknikal. Menurut laporan Sin Chew Daily semalam, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu tidak maklum mengenai perkara itu dan akan membuat susulan dengan kementerian luar. Minggu lalu, anggota penyokong BERSIH 2.0 Shanghai memberitahu Malaysiakini bahawa konsulat Malaysia menghentikan pendaftaran pengundi sejak Julai. Kakitangan konsulat itu memberitahu individu berkenaan bahawa mereka "tiada arahan langsung daripada pihak atasan" untuk mengadakan pendaftaran pengundi, walaupun misi Malaysia yang lain berbuat demikian. Malaysiakini berulang kali cuba mendapatkan penjelasan SPR sejak isu itu pertama kali dilaporkan portal berita ini, namun tiada pegawai SPR yang tampil memberi maklum balas. Menurut Wan Ahmad beliau masih belum menerima fakta berhubung situasi berkenaan daripada konsulat Malaysia di Shanghai namun menjangkakan bahawa isu mungkin isu teknikal. Katanya lagi, insiden sama juga pernah berlaku sebelum ini. Tambahnya, kedutaan Malaysia di Beijing mungkin menghalang konsulat daripada mendaftar pengundi sekiranya pegawai bertanggungjawab di konsulat bertukar. | ||
Bekas ahli PAS: Hadi tak berhak letak syarat Posted: 30 Dec 2012 06:17 AM PST MALAYSIA KINI Penulis buku Zainon Ismail berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan syarat bagi memberi penjelasan berhubung satu amanatnya pada 1981 yang didakwa mengkafitkan Umno.Menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini, bekas ahli PAS itu berkata syarat yang dikenakan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih mengutamakan politik daripada kepentingan akidah umat Islam. "Kenapa sekarang baru beliau mahu meletakkan syarat? Ketika amanat itu dibuat di Banggol Peradong pada 1981 sehingga menyebabkan kamu mengikut PAS mengkafirkan seluruh ahli Umno serta keluarga sendiri, tiada sebarang syarat dikeluarkan Abdul Hadi. "Malah ketika berceramah di mana-mana pun beliau tidak meletakkan sebarang syarat tetapi kenapa dalam isu akidah sebegini perlu kepada syarat pula? "Siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan amanat ini? Siapa yang menyebabkan perpecahan ini?," soalnya seperti dipetik akhbar milik Umno itu. Beliau mengulas kesediaan presiden PAS itu untuk menjelaskan isu amanat tersebut – dengan syarat diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam dilaporkan berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu. "Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," kata Rais. MP Shah Alam Khalid Samad pula pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno. Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata. "Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid. | ||
S'gor akan sekat urusniaga tanah LTAT jika langgar prosedur Posted: 30 Dec 2012 06:15 AM PST MALAYSIA KINI Kerajaan Selangor akan menyiasat dan seterusnya menyekat urusniaga melibatkan tanah seluas 200 ekar di Bukit Raja yang dikatakan akan diperolehi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan harga RM130 juta, sekiranya berlaku pelanggaran prosedur. LTAT melalui sayap pelaburannya Boustead Holdings Berhad pada hari Khamis lalu mengumumkan bahawa ia akan membeli tanah tersebut daripada Awan Megah (M) Sdn Bhd – syarikat ketua Wanita Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah. Tanah berkenaan menjadi perhatian ekoran kes di mahkamah antara ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan pemimpin Umno tersebut. Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin berkata menteri besar tersebut telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah berkenaan. "Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang. "Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980-an. "Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera," kata Faekah. Tambahnya, siasatan awal menunjukkan tanah di Bukit Raja itu diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada 1980-an untuk dijadikan Tapak Kem 9 Briged. Katanya, kerajaan negeri akan meneliti semua dokumen berhubung kes berkenaan termasuk dakwaan bahawa tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah. "Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa. "Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin," katanya. Dalam perkembangan mengejutkan, Deepak pada hari Khamis lalu menarik balik samannya ke atas Raja Ropiaah atas pertikaian berkenaan dan LTAT seterusnya mengumumkan ia akan membeli syarikat Deepak Astacanggih Sdn Bhd untuk jumlah RM30 juta dan tanah seluas 200 ekar tersebut untuk jumlah RM130 juta daripada syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd. Perkembangan itu berlaku selepas Deepak giat melancarkan siri serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui wawancara dengan portal berita tertentu, termasuk Malaysiakini. Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli semalam menyifatkan tindakan LTAT membeli syarikat Deepak dan tanah berkenaansebagai satu tindakan rasuah yang jelas dan mendakwa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyalahgunakan dana awam untuk meredakan Deepak dan Raja Ropiaah dan meredakan serangan kepada perdana menteri. Beliau juga menuntut kerajaan Selangor untuk menghalang urusniaga tersebut, yang digambarkan dalam kenyataan kerajaan negeri hari ini. | ||
Isu Kalimah Allah di Malaysia : Lim Guan Eng DAP Desak Kerajaan Benar Nama Allah Dalam Bible BM!! Posted: 30 Dec 2012 05:45 AM PST Isu kalimah Allah di Malaysia : Terus terang kami katakan, pengalaman kenalan kami yang berasal daripada negeri Sabah, di mana sejak daripada kecil lagi terdedah dengan kisah agama Kristian menyedari yang mana kitab mereka dipesongkan atas ajaran daripada Al-Quran. Di Sabah…. Di negeri Sabah, kitab Bible mereka menggunakan kalimah Allah. Sehinggakan ada kalangan mereka yang membacanya merasakan Tuhan yang dimaksudkan adalah sama. Sampai begitu sekali. Point kami di sini, jikalau benda "mudah" sebeginipun pun ibubapa tidak mampu mendidik dan menerapkan didikan yang secukupnya kepada anak masing-masing sehingga mudah terkeliru, kami yakin dan pasti banyak lagi benda yang bakal sesatkan anak-anak genarasi kita pada masa akan datang. Itu sebab, walau apa cara sekalipun "tonik" terbaik adalah didikan awal anak-anak adalah paling penting sekali. Ini kerana datanglah "ombak tsunami sekalipun" yang diharapkan mampu menggetarkan hati dan iman seseorang Muslim itu, sebenarnya ia tidak semudah yang disangka jikalau didikannya yang diterapkan sejak dari kanak-kanak lagi adalah betul.
Kalau tidak dilengkapkan daripada awal, fuhhhhhh…tarik nafas kami apabila melihat kemungkinan banyak benda lagi yang mampu membuatkan anak-anak muda kita hari terkapai-kapai dengan keseronokan dan terumbang-ambing dengan araknya, berjudi, nombor ekornya, maksiatnya dan macam-macam lagi. Tak cukup dengan itu, datang pula kalangan ahli politik yang tampil dengan cadangan lain dikala masyarakat kita belum bersedia dan "kuat", semata-mata atas nama perjuangan politik mereka…. Lim Guang Eng : Benarkan Nama & Kalimah Allah Dalam Bible di Malaysia
Kepada Lim Guan Eng, hentikan main isu kalimah Allah di Malaysia. Dengan Syiah sendiri pun ramai Muslim yang "tumbang" dan mudah sangat terkeliru, apatah lagi menggunapakai kalimah Allah? Hakikatnya, kalangan yang memperjuangkan dan menjadi payung kepada Agama Islam di Malaysia pun terjebak dengan arak, rasuah dan lain-lain lagi seperti………Erm. Inikan pula rakyat Malaysia kerdil & lemah yang dilihat begitu mudah untuk terpedaya? Sekarang ini :
Jalan penyelesaian yang kami nampak ketika ini tingkatkan akidah dan didikan awal terlebih dahulu berbanding tindakan ahli-ahli politik yang lebih suka mainkan isu kalimah Allah di Malaysia untuk kepentingan peribadi & politik mereka. Bagi kami, dengan hanya sekadar halang penulisan Bible dalam bahasa Melayu dengan tidak menggunakan nama & kalimah Allah tidak cukup sebenarnya, bagaimana kalau pihak Gereja buat dalam bentuk PDF dan guna nama Allah? Tidak mustahil satu hari ini anak-anak kita semua akan baca dan……………………..Erm. "Just blocking is not a best solution…" Dan benarkan penggunaan nama & kalimah Allah di Malaysia bagi kami bukanlah masa dan waktu yang sesuai untuk diperbincangkan. Kami lebih suka :
Akhir kata, didikan, didikan & DIDIKAN! Andaikata tidak sanggup mendidik, jangan harap generasi depan akan selamat dari kekeliruan. Sedangkan akses portal porno dan lucah kebanyakan telah kena "block", adakah ia penyelesaikan terbaik? Hakikatnya, mereka dapat akses atau tidak? Dapat…..Inikan pula perkara dan isu seperti ini?
Kita kena sediakan generasi kita untuk "understand teaching". Bukan follow dan block semata, itu teknik komunis. Jadi kuatkan ilmu agama anak-anak nanti, dunia ini sebenarnya penuh dengan tipu daya. Sekadar pandangan daripada kami. Apa respon balas anda pula & mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami mengenai isu kalimah Allah di Malaysia yang cuba dibangkitkan semula ketika ini? P/S : Setuju atau tidak penggunaan nama & kalimah Allah pada Kitab Bible di Malaysia? Mengapa? | ||
PAS Kedah sudah sediakan senarai calon PRU-13, kata Azizan Posted: 30 Dec 2012 04:29 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat. Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan. "Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusatpun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, sayapun nak tanding juga," katanya kepada pemberita. Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini. Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan. — Bernama | ||
Tee Keat: Agak lucu Soi Lek label blogger Umno ‘tak bermoral’ Posted: 30 Dec 2012 04:17 AM PST KUALA LUMPUR — Tindakan Dr Chua Soi Lek mengecam blogger pro Umno sebagai "tidak bermoral" adalah melucukan, kerana tahap akhlak presiden MCA itu dipersoalkan umum, kata bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Tee Keat yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kecaman yang dibuat Soi Lek terhadap blogger pro Umno itu juga amat mengejutkan beliau. "Saya cukup terkejut membaca kenyataan CSL (Dr Chua Soi Lek) membidas kumpulan blogger UMNO (yg wawancarakan dia baru-baru ini) sebagai "tak bermoral" kerana menghebahkan isi kandungan percakapannya yg tertentu dlm wawancara itu. "Kenyataan itu telah tersiar dlm akhbar Cina pagi tadi . Saya rasa sungguh melucukan krn label 'tak bermoral' itu dilontarkan oleh CSL yg sememangnya tahap akhlak dirinya dipersoalkan umum," kata Tee Keat (gambar) dalam SMS kepada The Malaysian Insider. Dr Chua malam tadi mengecam tindakan blogger Umno yang dakwanya telah memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika. Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. "Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. "Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut. "Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. "Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA ... Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. "Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya. Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. Menurut Syed Akbar Ali (syedsoutsidethebox.blogspot.com), blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. "Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata pemilik blog syedsoutsidethebox.blogspot.com. Jelas Tee Keat, beliau hanya "mencadangkan" kepada Dr Chua untuk berjumpa pakar sakit jiwa bagi mencari penawar untuk gejala membidas tidak tentu arah yang dihidapi pemimpin MCA itu. "Saya hanya cadang perakukan pakar sakit jiwa kpd CSL agar dpt mencari penawar bagi gejala yg dia hidapi — jelas terbukti dlm tutur-kata dia yg membidas tak tentu pasal,( bukan ke rumah sakit jiwa," katanya, merujuk kepada kenyataannya sebelum yang meminta Dr Chua berjumpa pakar sakit jiwa. | ||
Pengundi Pandan mahu pembongkar kes rasuah atau kaki rasuah? Posted: 30 Dec 2012 04:10 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Pengundi Parlimen Pandan ada dua pilihan sama ada memilih parti yang pemimpinnya mengamal rasuah atau calon yang terkenal sebagai pembongkar kes rasuah, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa."Kes mahkamah boleh dijadikan penilaian sama ada pengundi mahu wakil rakyat yang bergelumang dengan rasuah atau yang kuat menentangnya demi kebaikan rakyat," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara 8 tahun dan denda RM977,560 terhadap Ketua Umno Bahagian Pandan, Abdul Ghani Ismail atas sabitan 10 kes rasuah berjumlah RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007. Sebaliknya, Fariz berkata, calon Pakatan Rakyat bagi kerusi itu, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategik KEADILAN pula terkenal kerana bijak mendedah pelbagai penyelewengan dan rasuah. Rafizi dianggap 'hero rakyat' kerana konsisten mendedah pelbagai penyelewengan pemimpin Umno bermula dari kes Lembu NFC melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, selain memperkenal mekanisme pemansuhan PTPTN dan Turun Harga Kereta. Dalam pada itu, Fariz turut mempersoal amalan dwi-standard yang diterima dua pemimpin itu. "Kenapa Ghani selepas enam tahun baru dibicara dan dijatuhi hukuman? Rafizi yang dedahkan penyelewengan cepat saja ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan Umno BN melawan rasuah, malah cuba melindungi mereka," katanya. | ||
Diam Melainkan Berkata Yang Benar; Nasihat Tok Guru Nik Aziz Kepada Diana Posted: 30 Dec 2012 03:59 AM PST Editor BuletinDiana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, dilaporkan tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi, Selasa 27 Disember. Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara. Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah. "Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…" ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat. Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini. "Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua," ujarnya. Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah. Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz. "Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut," ujarnya. Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian. Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik. "Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari," ujarnya ketika ditemui. Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot. Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak 'kasar'. Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan 'penghijrahan' kini. Melalui laman sosial nya Diana menulis; "Alhamdulillah banyak pesanan yang amat berguna tuan guru nik aziz berikan kpd sy pada perjumpaan tengahari tadi, alhamdulillah atas masa yang diluangkan, tuan guru nik aziz sememangnya meraikan tetamu dengan sebaiknya, "alhamdulillah, saya sempat mendapatkan nasihat ringkas drp tuan guru untuk anda semua, DIAM MELAINKAN BERKATA YANG BENAR, in sya Allah :) elakkan menabur fitnah ya sahabat,"tulisnya. | ||
Sokong Penuh Hasrat Presiden Beri Penjelasan ‘Amanat Hadi’ Di Media Perdana Posted: 30 Dec 2012 03:54 AM PST Editor BuletinSetelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu 'Amanat Hadi'. PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya. Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau. Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama. Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan? Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 29 Disember 2012 | ||
Pulau Burung RM6 Juta Sia-sia..... Di tutup?? Posted: 30 Dec 2012 03:52 AM PST Wartawan BuletinHULU TERENGGANU - Perbelanjaan RM6,000,000 (6 juta ringgit) wang rakyat Terengganu bagi membina Pulau Burung menjadi sia-sia apabila projek yang dibangunkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said telah ditutup.Tinjauan yang dibuat ke pulau tersebut di Tasik Kenyir baru-baru ini mendapati papan tanda 'Close' (Tutup) diletakkan di tangga naik berhadapan jeti, menuju kompleks itu. Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menyifatkan projek tersebut adalah indah 'khabar dari rupa', apabila mendapati hanya tinggal empat belas ekor (14) ekor itik dan angsa yang tinggal dan sebahagian besar kompleks tersebut rosak dan terbiar. "Hasil dari lawatan ke Taman Burung ini secara keseluruhannnya boleh disingatkatkan sebagai indah khabar dari rupa....... apa yang diberi publisiti oleh kerajaan negeri dalam media, dalam radio, dalam internet....tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya, "sebab perbelanjaan yang begitu besar yang dilaburkan untuk projek seumpama ini, bukan sahaja menjadi bukan sahaja (satu projek) sia-sia tetapi tidak dapat menarik kehadira pelancong-pelancong,"ujarnya. Beliau yang juga bekas Exco Infrastruktur dan Keudahan Asas negeri Terengganu berkata, menurut pemerhatiannya keadaan fizikal Pulau Burung tersebut juga dalam keadaan yang 'uzur'. "banyak binaan yang runtuh.....pagar-pagar yang runtuh......dengan burung-burung (itik dan angsa) yang diimpot dari luar negeri tinggal beberapa ekor sahaja (dan) dalam keadaan yang tidak terjaga, keadaan infra taman ini (juga) membahayakan,"tegasnya. Sehubungan itu, beliau mencadangkan, ditubuhkan satu pasukan khas bagi membuat kajian menyeluruh berhubung dengan pembangunan Pulau Taman Burung itu agar ia menjadi sebuah tarikan dan mencapai matlamat pelancongan negeri. "Kalau tidak.....ia hanya menadi indah khabar dari rupa....,"tambahnya. Turut sama dalam lawatan tinjauan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Moha Abdul Wahid Endut dan ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri. | ||
Pakatan janji sedia dana haji setiap Dun di Sabah Posted: 29 Dec 2012 09:37 PM PST
KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah. Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin, berkata usaha ini merupakan satu lembaran baru dan bersejarah kepada umat Islam di Sabah yang tidak pernah diberikan oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini. Menurut beliau, langkah pertama berhubung dana tersebut adalah dengan menghantar 300 orang umat Islam menunaikan haji ke Mekah setiap tahun dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. "Kita ingin meningkat martabat Islam di Sabah dengan memberikan pembelaan sepenuhnya dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini. "Kita akan menyediakan dana khusus kepada umat Islam untuk mereka mengerjakan haji setiap tahun, seramai 300 orang akan dihantar ke Mekah dan mereka akan dipilih dari setiap Dun, perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi. Lajim yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu kouta haji itu melibatkan lima orang bagi setiap Dun yang merangkumi 60 Dun di Sabah. "Perkara ini terkandung dalam deklarasi PPPS dan telah dipersetujui oleh ketua-ketua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP. "Pelaksanaan ini akan menjadi aktiviti tahunan kerajaan Sabah, saya pasti ia akan jadi satu kenyataan jika rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti," tambah beliau. Beliau yang percaya langkah menyediakan dana dan menghantar umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu dijangka mencetuskan persaingan sihat kepada pimpinan kecil beragama Islam di peringkat akar umbi. Malah beliau juga berharap ia akan dapat memenuhi impian setiap rakyat beragama Islam yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan hasrat mereka tanpa dibebani sebarang masalah. "Jika ini menjadi kenyataan, Pakatan bukan sahaja berjaya membentuk kerajaan negeri yang prihatin tetapi bakal menjadi mercu tanda terhadap pembangunan Islam sebagai agama rasmi di negara ini," ulas beliau lagi. Sebelum itu, Lajim yang menjelaskan penyediaan dana haji akan menjadi agenda utama pada ucapan dasar beliau yang bertemakan "Merealisasikan Harapan Rakyat Sabah" pada masjis Pelancaran PPPS di Kota Kinabalu esok. Majlis pelancaran itu akan turut dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. | ||
Pelajar wanita UTM lemas berenang di pusat sukan Posted: 29 Dec 2012 09:33 PM PST SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Malaysia ditemui mati lemas di dalam kolam renang di pusat sukan universiti itu di Skudai di sini petang semalam. Siti Izzati Hasim, 19, pelajar tahun satu kejuruteraan biosains disedari lemas kira-kira 6.45 petang. Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sebelum itu dilapor pergi untuk berenang di pusat sukan itu bersama lima rakannya yang lain. "Rakan-rakannya hanya menyedari kehilangan mangsa apabila mereka keluar dari kolam dan setelah mencari, mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam," kata Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lai. Beliau berkata pengawal keselamatan kemudiannya membawa mayat mangsa keluar dari kolam kira-kira 7.20 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat. Sementara itu Timbalan Pengarah Sukan UTM, Armadi Ahmad yang dihubungi berkata mangsa merupakan anggota Palapes Laut UTM telah biasa menggunakan kolam renang itu. "Ketika kejadian, kumpulan ini tidak diawasi jurulatih mereka atau penjaga kolam renang. Difahamkan sebelum mangsa ditemui lemas, penjaga kolam telah memanggil mereka untuk naik selepas tamat masa menggunakan kolam iaitu kira-kira 6.45 petang dan ketika itulah kehilangan mangsa disedari," katanya. Menurutnya, pihaknya merasa kesal dengan kemalangan itu dan akan mengambil langkah segera untuk mengelak kejadian yang sama daripada berulang. - Bernama | ||
Cuepacs mahu kerajaan umum segera jadual gaji Posted: 29 Dec 2012 09:28 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap. Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan. "Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini. Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik. Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. "Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya. - Bernama | ||
Lelaki maut ditembak di depan rumah Posted: 29 Dec 2012 09:26 PM PST GEORGETOWN - Seorang lelaki maut akibat ditembak ketika sedang berbual bersama empat rakanya di hadapan sebuah rumah di Jalan Lembah Permai, Taman Brown di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, mangsa S Kalimuthu, 29, dari Jalan Yeap Chor Ee dikatakan baru sahaja tiba di rumah salah seorang rakannya. Menurutnya, ketika sedang berbual, dua kereta menghampiri mereka dan seorang lelaki keluar dari salah sebuah kereta berkenaan lalu menembak ke arah mangsa sebelum melarikan diri. "Melihat mangsa rebah, rakan mangsa bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun mangsa disahkan mati sebaik tiba di hospital. "Pemeriksaan awal mendapati, mangsa mati akibat terkena tembakan di bahagian bahu kanan," katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian. Ketua Polis Negeri, Datuk Rahim Hanafi dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh juga meninjau tempat kejadian. Sementara itu, Kong Meng berkata, pihaknya sedang menyiasat motif sebenar kejadian berkenaan dan telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan dan menjejaki suspek. Katanya, polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan bagi membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya. | ||
Siapa Politician Yang Terima RM8 Juta Dari Deepak? Posted: 29 Dec 2012 09:22 PM PST MSO Orang yang menjadi perhatian dunia politik hari ini dan dibimbangi oleh pihak UMNO khasnya, Deepak Jaikishan mendedahkan dia menyumbangkan RM8 juta untuk politik hasil dari penjualan saham dalam syarikatnya Astacanggih. Perkara didedahkan hari ini dalam satu kenyataan berhubung status syarikatnya itu yang dipaksa dijual kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan. Hasil dari penjualan saham dalam syarikat itu beliau memperolehi RM30 juta dan wang itu diagihkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah RM13 juta selebihnya sebagai berbagai bayaran termasuk fee guaman. Yang menjadi pertanyaan kini siapakah yang mendapat ganjaran RM8 juta itu? Umum telah mengetahui Deepak berkawan baik dengan Rosmah Mansor. Dia menganggap isteri perdana menteri itu sebagai kakaknya sendiri? Deepak perlu menjelaskan siapa gerangan orang politik itu. Beliau tidak boleh menyembunyikan perkara itu kerana akan timbul prejudis. Apakah Deepak baru membuat promo selepas dia akan membuat pendedahan. Apakah Deepak akan memilih waktu sesuai nanti iaitu setelah parlimen di bubarkan? Ada juga desas desus yang sampai ke telinga saya kononnya ada orang Najib Razak sedang membuat perundingan dengan Deepak. Sejauh mana betulnya dan untuk apa, tidak dapat dipastikan untuk waktu ini. Sesuatu yang berbau itu akan terhidu juga sama ada cepat atau lambat. | ||
Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika Posted: 29 Dec 2012 09:03 PM PST KUALA LUMPUR — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika. Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. "Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. "Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut. "Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. Soi Lek (gambar) bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. "Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA. "Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. "Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya. Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. "Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya. | ||
Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih Posted: 29 Dec 2012 08:55 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan jumlah mangsa keseluruhan di Terengganu dan Kelantan seramai 3,171 orang berbanding 16,083 malam tadi. Menurut Portal Banjir Negeri Terengganu, jumlah mangsa yang masih berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 8.30 pagi ini adalah seramai 2,617 berbanding 15,529 petang semalam. Menurut portal itu lagi, empat daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Hulu Terengganu. Mangsa yang masih berada di pusat penempatan ialah Dungun 1,915 melibatkan 549 keluarga, Kemaman 557 orang (156 keluarga) dan Kuala Terengganu 145 orang (31 keluarga). Sementara itu, 11 pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (tujuh), Kemaman (tiga) dan Kuala Terengganu (satu). Mangsa korban banjir di Terengganu setakat ini enam orang. Di Kelantan, jumlah mangsa banjir kekal dengan 554 orang yang masih berada di dua pusat pemindahan. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mangsa terdiri daripada 178 buah keluarga di jajahan Tumpat yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan 2. Kesemua mangsa dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada hari ini jika keadaan pulih sepenuhnya berikutan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menurun ke paras amaran. Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di negeri-negeri Pantai Timur bermula pada hari ini yang mungkin akan menyebabkan kawasan rendah mengalami banjir dan penduduk diingatkan mengenai kemungkinan banjir pusingan kedua. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan cuaca pada pagi ini cerah. — Bernama | ||
MyWatch persoal keperluan pegawai perhubungan PDRM Hishammuddin Posted: 29 Dec 2012 08:52 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPURs — NGO pemerhati jenayah MyWatch hari ini menyeru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan keperluan Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohamad sebagai pegawai perhubungannya bagi Polis Di Raja Malaysia (PDRM). MyWatch mengatakan Hishamuddin (gambar) mempunyai seorang pegawai perhubungan dengan jawatan Timbalan Penguasa Polis (DCP) membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan langsung bagi pasukan polis, tanpa melalui Ketua Polis Negara (IGP). "Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan PDRM tanpa menyampaikan arahan secara terus kepada IGP. "Ini juga satu lagi bentuk pembaziran sumber polis dan tidak produktif," kata Pengerusi MyWatch dalam satu kenyataan di sini. Menurut MyWatch, pembantu Perdana Menteri (ADC) hanya berpangkat Timbalan Penguasa Polis, (ACP), tetapi Wan Ahmad Najmuddin diberikan pangkat yang lebih tinggi, dan pendapatan setaraf dengan Ketua Polis (CPO), Pegawai Penyiasat Jenayah (OCCI) atau Ketua Polis Daerah (OCPD). NGO itu turut melahirkan kekecewaannya dengan aduan-aduan yang dikemukakan kepada Hishammuddin melalui akaun Twitter @HishammuddinH2Onya yang hanya dihantar ke akaun @tok_we Wan Ahmad Najmuddin yang mana jarang sekali pernah digunakan. Minggu lepas, MyWatch mengatakan terdapatnya penglibatan pegawai-pegawai polis atasan dalam aktivit pengubahan wang haram, judi haram, pelacuran, penyelenggaraan taruhan bola sepak dan mempunyai hubungan langsung dengan tokoh-tokoh dunia penjenayah. Malah, mereka juga turut mempersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang hanya mendiamkan diri apabila berhadapan dengan bukti salah laku kumpulan yang mana jelas kumpulan itu akan menyediakan bukti kepada pihak berkuasa. "Mengapa harus beliau memilih untuk berdiam diri, dan kenapa beliau tidak bertindak ke atas pegawai yang rasuah?" kata Sanjeevan. MyWatch pertama kali muncul di media apabila penaungnya, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa beberapa menteri dan ahli-ahli politik, termasuk Hishammuddin memberikan arahan langsung kepada pasukan polis. Berikutan pendedahannya, Musa dan kumpulan telah dikritik oleh beberapa bekas tokoh awam termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff, bekas panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang, dan bekas ketua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zain Ibrahim. | ||
MCA bantah harga siling telefon pintar RM500 Posted: 29 Dec 2012 04:05 PM PST KUALA LUMPURs — MCA menyuarakan bantahan terhadap penetapan harga siling telefon pintar bagi rebat RM200 kerana golongan belia hanya akan mendapat telefon pintar "cikai" pada harga tersebut. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) menegaskan, penetapan harga RM500 dan ke bawah bagi pembelian telefon pintar untuk rebat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2013 September lalu akan menyekat golongan belia untuk mengoptimumkan penggunaan telefon pintar tersebut. "Saya tak setuju smartphone harga RM500 ke bawah ... RM200 itu menunjukkan keprihatinan BN (Barisan Nasional) supaya pemuda kita optimakan penggunaan smartphone," katanya kepada pemberita malam tadi. Sepatutnya tiada harga siling ... itu smartphone "cikai", tak tahan lama," tegasnya lagi. Jelas Dr Chua, penetapan harga RM500 itu bukanlah satu keputusan yang baik walaupun seteru BN, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai inisiatif sedemikian. "Pada hemat saya itu keputusan tidak bijak ... namun begitu kalau dibandingkan dengan PR kita lebih baik, mereka tak prihatin belia dalam bajet mereka," katanya dan mengambil contoh PR tidak mensasarkan golongan belia dalam bajet mereka seperti tiada bantuan murid membeli buku, rebat untuk telefon pintar, serta menggalakkan golongan wanita menceburi perniagaan. Najib ketika pembentangan Bajet 2013 mengumumkan rebat RM200 khas kepada golongan belia untuk pembelian telefon pintar. Bagi tujuan itu, kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk rebat yang layak diterima oleh golongan belia berusia lingkungan antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 bagi rebat tersebut. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah menetapkan bahawa rebat RM200 itu hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500. 1.5 juta belia dijangka akan menerima manfaat daripada rebat tersebut. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan