DIALOG RAKYAT |
- Bila Umno mengaku rakyat sudah hukum mereka
- Oren nafi berkeras masuk Felda Bt Rokan Utara
- Konvoi Jelajah Oren di NS kecoh
- SPA: Calon temu duga dibenar tukar tarikh jika banjir
- Umar dapat penangguhan hukuman penjara
- PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor
- Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat
- Mangsa Banjir Terengganu Kini 330 Orang
- Sumber air mentah Selangor hingga 2030
- Seorang pengsan dipukul
- Tapis calon: Perlu undang-undang -SPR
- SMM akur nasihat Saifuddin, tapi terus berkhemah
- Prinsip DAP tidak akan terima gelaran
- Kerajaan Selangor Nilai 128 Pangsapuri Untuk Skim CERIA Tahun Depan
- Tunas Sasar 5,000 Dapat Bantuan Tadika Tahun Depan
- Banjir Mula Landa Terengganu
- Muhyiddin wajar cermin diri
- Polis buru bomoh disyaki rogol gadis 12 tahun
- DAP tuntut Ngeh terangkan dakwaan terima tanah sebagai ganti jawatan MB
- Dua beradik antara tiga maut akibat kereta rempuh lori
- Titiwangsa: Pertarungan untuk Melayu bandar
Bila Umno mengaku rakyat sudah hukum mereka Posted: 24 Dec 2012 03:44 AM PST
Umno begitu 'defensive' dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang di wujudkan oleh Umno lah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. Umno yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap Umno dan komponennya. Bukan begitu? DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita Umno ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi. Umno yang menyebut berulangkali yang DAP itu parti rasis dan Umno tidak rasis. Tetapi hakikatnya Umno lah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi. Umno jugalah yang menjadi parti yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada Umno khususnya kepada kepimpinan mereka. Umno lah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan membangunkan kejatian pemikiran mereka kerana Umno mengharapkan ahli-ahlinya menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang lain. Apa yang lebih menyedihkan lagi Umno lah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab Umno berbuat demikian ialah kerana UMNO mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan melakukan perpecahan sesama rakyat yang berbilang kaum agar kaumnya, iaitu Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani bersaing dalam kehidupan. Apa yang diperkatakan oleh Mohamad Zain itu adalah perkara yang sudah lama kerana itulah dia isunya dari dulu sehingga sekarang. Isu yang di sebutkan tadi adalah isu yang tidak akan menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24 bidang tanah yang di beli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak di keluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi. Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa di dalam Umno untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dahulu kerana mereka (Umno) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali. Jika Umno kembali di berikan mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja tidak baik itu. Umno Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai sudah tidak ada lagi dalam Umnokerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi. Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. Umno Selangor hanya mempunyai pemimpin seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa melibatkan puluhan juta ringgit. Dalam keadaan Umno menghadapi isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di Kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya saya selalu berkata yang Umno dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan Umno di setiap peringkat. Siapa lagi yang ada di kalangan Umno yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka yang baik-baik dalam Umno yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk di dalam kerajaan. Tetapi yang baik ini pun akan menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi 'attribute' Umno yang tegar? Oleh itu Dato' Seri Mohamad Zain mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Dato Seri Zain mesti terima kenyataan yang Umno begitu susah untuk kembali berkuasa di Selangor sekarang ini. Jika Zain sendiri mengaku yang Umno pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya Umno tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini. | ||||
Oren nafi berkeras masuk Felda Bt Rokan Utara Posted: 24 Dec 2012 03:07 AM PST
(Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara) JEMPOL: Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli hari ini menyangkal dakwaan laporan Sinar Harian hari ini bahawa peserta Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam merupakan orang luar dan kekecohan berlaku kerana peserta Kembara Oren tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda. "Saya menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang mengatakan bahawa peserta konvoi merupakan orang luar. Mana ada? Kecuali empat atau lima orang kepimpinan PAS Negeri Sembilan dari Seremban yang membantu kita dari segi logistik, kordinasi dan keselamatan pemimpin, selebihnya merupakan peneroka dan anak peneroka dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari tanah rancangan Felda yang kami bercadang masuk pada mulanya. "Laporan sumber Sinar Harian yang mengatakan kami tetap berkeras mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara adalah tidak benar sama sekali. "Bagaimana kami nak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara sedangkan mereka terlebih dahulu telah membuat sekatan jalan di jalan utama yang menghubung Felda Jelai dan Gemencheh. "Apa kuasa mereka mengadakan sekatan jalan dan menghalang kami terutama di jalan utama," tanya Abdul Rahman. Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol, berkata memandangkan situasi amat tegang dan panas, Kembara Oren memang telah membuat keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara. "Bukan Felda Bukit Rokan Utara sahaja malah di Felda Bukit Rokan Barat pun kami tidak masuk walaupun di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat keadaan tidaklah tegang macam di Felda Bukit Rokan Utara. "Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang. "Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu. "Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja. "Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut. "Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman. | ||||
Konvoi Jelajah Oren di NS kecoh Posted: 24 Dec 2012 03:01 AM PST TAMPIN - Jelajah Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) di sembilan penempatan Felda di negeri ini, semalam kecoh apabila ratusan orang ramai, sebahagian besar penduduk di situ, menghalang laluan konvoi. Mereka berbuat demikian bagi menyekat perhimpunan yang dijadualkan menjelajah kawasan Felda menyebabkan penganjur gagal memasuki empat kawasan Felda iaitu Felda Kepis, Kuala Pilah; Bukit Rokan Barat, Jempol; Bukit Rokan Utara, Tampin dan Gugusan Jelai, Gemas. Dalam kejadian bermula kira-kira 10.15 pagi itu, jelajah yang diketuai Mazlan Aliman tiba di Felda Bukit Rokan Utara, di sini dan disekat kira-kira 100 penduduk yang tidak mahu orang luar masuk ke penempatan mereka melakukan jelajah berkenaan. Menurut sumber, kekecohan berkenaan berlaku apabila penganjur dan peserta jelajah tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda di situ. "Berlaku pertengkaran daripada kedua-dua belah pihak menyebabkan peserta jelajah berkenaan terpaksa beredar. Bagaimanapun, ketika mereka mahu beredar, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motosikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan. "Salah seorang penduduk yang berang menyerang kenderaan berkenaan dan memecahkan cermin hadapan kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang peserta jelajah cedera ringan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Kekecohan itu, bagaimanapun, reda selepas polis bertindak dengan menasihatkan mereka yang berkumpul supaya bersurai dengan segera. Difahamkan, selepas kekecohan di Felda Bukit Rokan Utara, dekat sini, orang ramai turut berkumpul di setiap pintu masuk penempatan Felda lain, dekat sini menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan program jelajah terbabit, semalam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan. Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut. "Kejadian berkenaan menyebabkan pihak polis terpaksa mengerahkan 12 anggota membabitkan dua pasukan rusuhan kecil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk berkawal di persimpangan Jelai bagi mengawal keadaan," katanya. Difahamkan, kekecohan program Jelajah Oren, semalam, merupakan pertama kali berlaku di Negeri Sembilan. Sebelum ini, kekecohan sama pernah berlaku pada Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung pada 3 November lalu di Felda Lawin Selatan, Gerik, Perak. | ||||
SPA: Calon temu duga dibenar tukar tarikh jika banjir Posted: 24 Dec 2012 02:58 AM PST SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Calon temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di negeri yang terlibat banjir dibenarkan menukar tarikh temu duga mereka ke tarikh lain. SPA dalam satu kenyataan hari ini berkata para calon boleh menghubungi Mohamad Nazmi Ismail dari Bahagian Pengambilan di talian 03-8885 6309 untuk calon berkelayakan diploma dan ijazah, atau Mohd Shaiful Ibrahim dari Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6010 untuk calon berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan sijil lain. Mereka juga boleh menghubungi talian utama 03-8885 6000 atau Pegawai Perhubungan Awam di talian 03-8885 6013. Untuk maklumat lanjut, calon boleh menyemak laman web SPA di www.spa.gov.my atau e-mel kepada radziah@spa/gov.my. - Bernama | ||||
Umar dapat penangguhan hukuman penjara Posted: 24 Dec 2012 02:53 AM PST Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas aktivis pelajar Umar Mohd Azmi selepas menghabiskan hujung minggunya di Penjara Kajang. Dalam membenarkan rayuan untuk penangguhan hukuman itu, Hakim Amelia Tee mengenakan beberapa syarat ikatjamin yang ditambah daripada RM1,000 kepada RM5,000. Tee juga mengarahkan Umar (kanan) menghadiri prosiding rayuan mahkamah berikutnya dan mengelak terlibat dalam kesalahan yang serupa. "Jika dia didapati berbuat demikian (terlibat dalam kesalahan yang sama), pihak pendakwaan hendaklah memohon membatalkan serta-merta ikat jaminya. Kemudian dia (Umar) hendaklah menjalani hukumannya serta-merta," katanya. Bercakap di luar bilik mahkamah kemudian, bapa Umar, Mohd Azmi Mohd Amin berkata keluarga akan membayar ikatjamin hari ini. Katanya, beliau ber bersyukur hukuman anaknya telah ditangguhkan dan mereka akan ke Penjara Kajang untuk mengambil Umar. | ||||
PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor Posted: 24 Dec 2012 02:49 AM PST MALAYSIA KINI Demam pilihan raya kebelakangan ini semakin dirasai apabila PKR hari ini tampil mendakwa air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya tidak mematuhi peraturan air mineral. Pengerusi biro kepenggunaan PKR, Yahya Sahri mendakwa air dengan label Barisan Nasional dan bertulisan 'Nurani Rakyat' serta mempunyai bendera Selangor itu, tidak mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Halal dan Akta Makanan. Menurutnya di bawah Seksyen 360 Akta Makanan, mana-mana air yang dibotol dan dilabel sebagai air mineral perlu dinyatakan sumber perolehan dan alamat kilang yang membotolkannya. Yahya kemudian menunjukkan botol yang didakwa sebagai air mineral BN yang tidak mempunyai kedua-dua butiran itu pada labelnya. Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan pengguna bakal berhadapan kesukaran untuk membuat tuntutan kepada BN jika mengalami kejadian tidak diingini akibat meminum air berkenaan. "Kalau kita minum air (ini), kita sakit, tuntutan itu boleh dibuat kepada syarikat yang menjualnya," katanya mempersoal ketiadaan alamat pengilang pada air berkenaan. Beliau turut mempertikai air mineral itu yang didakwanya menggunakan logo halal tanpa kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau menggesa Jakim bertindak kerana langkah itu didakwa menyalahi Seksyen 28 Akta Halal dan sekaligus menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011. Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sewaktu dihubungi terkejut dengan tindakan PKR mempertikaikan air mineral yang diedarkan BN Selangor pada programnya. Tegasnya, air mineral itu diberikan percuma kepada rakyat dan beliau yakin ia bukan barang dagangan yang tertakluk kepada Akta Perihal Dagangan seperti didakwa PKR. "Kami tak jual, (air ini) kami bagi percuma. Ia bukan barang dagangan dan saya tak rasa air mineral Nurani Rakyat ini tertakluk kepada akta ini," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini. | ||||
Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat Posted: 24 Dec 2012 02:36 AM PST MALAYSIA KINI Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter. Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur. Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu. Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter. Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter. Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik. Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa. Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik. Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang. Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu. Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971. Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi tadi. "Operasi menyelamat masih lagi berlangsung," kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah air telah mula surut secara perlahan-lahan. Menurutnya, petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana itu bakal diketahui jam 8 malam nanti. Beribu-ribu orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas di laman media sosial. Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu. "Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah," kata Hasnul. | ||||
Mangsa Banjir Terengganu Kini 330 Orang Posted: 24 Dec 2012 02:34 AM PST KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan setakat pukul 8 pagi Isnin sebanyak 330 orang berada di pusat pemindahan berbanding 144 petang Ahad. Menurut portal banjir kerajaan negeri, selain Dungun dua lagi daerah dilanda banjir iaitu Marang dan Setiu yang membabitkan 49 keluarga. Di Marang, 64 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, sementara Setiu pula menyaksikan 94 orang membabitkan 33 keluarga dipindahkan ke surau Kampung Sungai Pinang dan masjid Kampung Sungai Bari. Sementara itu, di Dungun, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang berbanding 144 semalam, membabitkan empat buah kampung. Mereka terdiri daripada 49 penduduk Kampung Pulau Serai, 43 dari Kampung Batu Tiong, 51 mangsa dari Kampung Seberang Pintasan dan 29 orang penduduk Kampung Tok Kah. Bagaimanapun, pusat pemindahan di Balai Raya Komuniti Tanjung Pagar yang menempatkan 33 mangsa semalam telah ditutup dan semua mangsa dibenar pulang. | ||||
Sumber air mentah Selangor hingga 2030 Posted: 24 Dec 2012 02:30 AM PST SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yakin, sekiranya usaha dilakukan untuk menyimpan sebanyak 40% sahaja daripada jumlah air larian permukaan di negeri ini, sumber air mentah di Negeri Selangor boleh dimanfaatkan sehingga tahun 2030. Menurut kenyataan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor. Berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara (2000-2050), jumlah air larian permukaan di Negeri Selangor adalah sebanyak 17,000 JLH setelah mengambil kira jumlah penyejatan dan susupan semula air bumi. Manakala jumlah air yang diabstrak untuk bekalan air kepada penduduk adalah sebanyak 4501JLH. Kenyataan beliau ini menjawab kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden MCA yang juga anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat. Justeru, katanya, kenyataan oleh Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat di Bernama berkenaan penyusutan bekalan dan ketiadaan sumber baru air mentah di Negeri Selangor adalah tidak tepat memandangkan usaha-usaha sedang giat dijalankan. Menurut beliau, melalui pemantauan LUAS, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100%. Limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih. Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33%. Bagi Empangan Sungai Selangor pula, katanya, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air empangan tersebut telah meningkat kepada tahap 90.17% iaitu sebanyak 207.40 juta meter padu pada ketinggian 216.65 meter. Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter. Selain itu, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 20 Disember 2012 adalah sebanyak 4611 juta liter sehari (JLH). Jumlah aliran air sungai mampu untuk membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya. Bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH. Manakala pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor telah dikurangkan sehingga 91.34 JLH pada 20 Disember 2012. Pengurangan pelepasan air ini adalah berbanding 521.3 JLH pada 11 Oktober 2012. Corak dan purata paras air Empangan Sungai Selangor dari bulan Januari sehingga November 2012 ditunjukkan di graf di bawah. Menurut Haji Md. Khairi lagi, kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangkakan akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac. "Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013," katanya. Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS, katanya, telah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kebolehdapatan sumber air di kawasan lembangan sungai selain daripada empangan sedia ada. LUAS telah mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti Kolam Projek Tebatan Banjir Sungai Rasau di Lembangan Klang dan juga Kolam Bestari Jaya di Lembangan Selangor yang akan bertindak secara dwifungsi dimana ianya akan berfungsi sebagai kawalan tebatan banjir dan juga kolam penstoran air ketika berlakunya aliran banjir/flood flow. Kolam penstoran air ini juga akan digunakan jika berlakunya aliran rendah/low flow. LUAS telah mengenalpasti sebanyak dua puluh (20) kolam takungan samada kolam takungan banjir atau kolam bekas lombong yang juga berpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Kolam-kolam berkenaan adalah merupakan rizab simpanan air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber air tambahan tertakluk kepada kualiti airnya. Jumlah anggaran kapasiti kolam-kolam tersebut ialah 325 juta meter padu. Selain itu, beberapa lokasi lain yang mempunyai potensi yang sama sebagai sumber air tambahan dikenal pasti oleh LUAS, seperti kolam bekas lombong MC8 dan MC9 di Lembangan Langat. Kajian kemungkinan yang terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan. Kriteria yang perlu dilihat untuk kolam-kolam ini digunakan sebagai sumber air tambahan adalah keluasannya yang perlu melebihi 10 hektar, kualiti airnya yang perlu mencapai piawaian air minuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan muka sauk/LPA, serta ianya adalah tanah milik kerajaan dan anak syarikat kerajaan. (Paras air di empangan Sunfai Tinggi pada Oktober 2012) Di dalam masa yang sama juga, kata Haji Md. Khairi, LUAS sedang di dalam proses pelaksanaan aplikasi River Bank Filteration (RBF) dan juga pembangunan sumber air bumi (sehingga 15%) yang dijangkakan mampu menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan sumber air di Negeri Selangor. "Sekiranya segala inisiatif ini mendapat kerjasama daripada semua pihak, bekalan air mentah di Negeri Selangor adalah mencukupi untuk menampung peningkatan permintaan air," kata Pengarah LUAS itu penuh keyakinan. | ||||
Posted: 24 Dec 2012 02:26 AM PST KUALA LUMPUR: Kembara Oren terpaksa dihentikan serta merta di Negeri Sembilan apabila seorang pesertanya dipukul dengan kayu sehingga pengsan. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda (gambar) cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul menggunakan sebatang kayu yang tajam. Konvoi Kembara Oren dihalang di jalan utama sebelum masuk ke kawasan Felda menyebabkan berlaku pertengkaran dan Naraza dipukul sehingga pitam. Selain itu, kenderaan Storm milik Anak juga diserang dengan kayu sehingga cerminnya pecah. Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol. Kejadian tersebut juga menyebabkan Kembara Oren dihentikan serta merta kerana mendapat maklumat sekumpulan samseng sudah menunggu mereka dengan besi dan kayu tajam. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan serangan Kembara Oren Selamatkan Felda di Negeri Sembilan sebagai paling teruk sepanjang siri kembara ke beberapa buah negeri sebelum ini. Timbalan Presiden Anak, Aris Fezol berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian peserta Kembara Oren dipukul oleh sekumpulan samseng di Felda Bukit Rokan Utara, semalam. "Sebelum ini Kembara Oren memang disekat dan dihalang masuk tapi di Negeri Sembilan keadaan paling teruk kerana menyebabkan kecederaan peserta kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mengulas lanjut, Aris tidak menafikan serangan tersebut dilakukan kerana Negeri Sembilan merupakan negeri Pengerusi Felda, Tan Sri ISa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad. "Pihak Felda sudah hilang pertimbangan kerana terlalu banyak pendedahan buruk mengenai mereka dibuat oleh Anak. "Mereka tidak ada cara lain selain menggunakan keganasan," katanya. Tegas beliau juga, kejadian sedemikian tidak akan berlaku jika pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan yang menyerang. "Mereka berani buat sebab polis tak ambil apa-apa tindakan, hanya sekadar menjadi pemerhati. "Selepas laporan polis dibuat di Perak semasa Kembara Oren diserang, tak ada apa-apa tindakan diambil dan ini menggalakkan pihak tertentu terus melakukan serangan," katanya. | ||||
Tapis calon: Perlu undang-undang -SPR Posted: 24 Dec 2012 02:18 AM PST SHAH ALAM – Saringan ke atas bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memerlukan peruntukan undang-undang untuk dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika tidak ada peruntukan undang-undang, cukup sekadar tapisan dalaman dilakukan oleh parti politik masing-masing. "Ini kerana sudah menjadi tanggungjawab parti itu sendiri untuk memilih dan memastikan calonnya bersih dari sebarang unsur rasuah. "Sebenarnya, perkara ini terpulang kepada parti itu kerana mereka berhak menyaring calon-calon mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Khamis lalu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Johan Jaafar mencadangkan perkara itu dilaksanakan membabitkan semua parti politik dan individu bertanding calon Bebas. Cadangan itu turut termasuk Ahli Parlimen yang dicalonkan semula atau pertama kali bertanding. Wan Ahmad juga berkata, jika parti politik di negara ini serius untuk melaksanakannya, perkara ini haruslah dibincangkan dengan SPRM. Malah beliau berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk SPRM untuk memastikan calon adalah bersih dan berkredibiliti. "Sebenarnya, sebelum ini kerjasama di antara kedua-dua agensi itu sudah lama wujud cuma melibatkan skop tugas yang berbeza iaitu membabitkan membanteras politik wang dan rasuah semasa pilihan raya berlangsung. "Cuma kerjasama dalam menyaring dan menentukan integriti calon sahaja yang masih belum diwujudkan lagi," katanya. Katanya, jika undang-undang itu diwujudkan, maka semua parti wajib mematuhinya. "Sebenarnya, cadangan itu baik terutamanya untuk memastikan calon yang diketengahkan adalah calon yang bersih. "Bagaimanapun, jika dilihat dari sudut lain, sebenarnya jika ia dilaksanakan ia akan menyekat kebebasan demokrasi yang diamalkan," katanya lagi. Wan Ahmad menambah, SPR hanya melihat calon yang layak bersih dari sisi undang-undang seperti tidak muflis, tidak disabitkan dengan kesalahan di mahkamah sehingga menyebabkan hilang kelayakan untuk bertanding dan sebagainya. | ||||
SMM akur nasihat Saifuddin, tapi terus berkhemah Posted: 23 Dec 2012 04:18 PM PST Pengerusinya, Safwan Anang berkata, pihaknya tidak pernah mempertikaikan keputusan mahkamah, sebaliknya menegaskan matlamat mereka berkumpul dan berkhemah itu untuk merasai penderitaan aktivis yang yang dialami oleh sahabat mereka. "Kami berkhemah depan penjara itu semata-mata ingin bersolidariti bersama sahabat kami Umar. "Kami ingin merasai apa yang kawan kami rasa dan dalam masa sama ingin memastikan Umar berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, menasihatkan kumpulan mahasiswa dan aktivis yang berkhemah di luar kompleks Penjara Kajang supaya menghormati keputusan mahkamah. "Memandangkan mahkamah telah membuat keputusan, maka semua pihak harus menerimanya," katanya. Jumaat lalu, Umar Muhammad, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu. Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Umar Muhammad yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dan hukuman penjara selama sebulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda. Dalam pada itu, Safwan menambah, beliau bersama beberapa mahasiswa kini sudah berada di Dataran Merdeka bagi mengumpul sokongan orang ramai terhadap perjuangan mereka demi menuntut keadilan kepada Umar Muhammad. Mereka bertolak dari Kajang pada jam 8 pagi tadi dan tiba di Dataran Merdeka sejam setengah kemudian. "Sebaik tiba di sini kami sudah pun ditegur oleh pegawai DBKL yang meminta kami beredar. Mungkin sebab nampak kami bawa khemah. "Kami sekadar menghampar tikar dan tidak memasang khemah pun. Kami menjelaskan kepada pegawai berkenaan yang kami adalah seperti pengunjung biasa yang datang ke sini dan beliau menerima alasan itu," katanya lagi. Tambah Safwan, "mungkin mereka yang mengutuk tindakan kami ini tidak faham perasaan kami. Mungkin sebab tidak terjadi pada batang hidung sendiri ataupun pada kawan-kawan mereka." | ||||
Prinsip DAP tidak akan terima gelaran Posted: 23 Dec 2012 04:07 PM PST GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menasihatkan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk menarik balik dakwaan kononnya DAP melarang ahlinya menerima gelaran dari Raja-Raja Melayu. Menyangkal kenyataan Tunku Abdul Aziz, Karpal menegaskan bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang berlangsung baru-baru ini, beliau hanya menyatakan pendirian lama partinya, iaitu mana-mana ahli DAP dilarang menerima apa-apa gelaran diberikan. Bukannya, seperti didakwa Tunku Abdul Aziz tidak boleh terima dari pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu). Karpal berkata, mengikut prinsip yang dipersetujui ahli parti sejak pertengahan 1990-an, Adun dan Ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka untuk memastikan ketelusan parti dalam menyampaikan khidmat kepada masyarakat. Katanya, kenyataan Tunku Abdul Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan dengan tujuan dan matlamat burukkan beliau pada pandangan orang Melayu di negara ini. "Dalam mesyuarat CEC, baru-baru ini, saya sekali menegaskan kepada ahli-ahli yang tidak mengikut prinsip parti, bakal berdepan hukuman yang diputuskan lembaga disiplin parti selepas diminta memberi penjelasan. "Saya langsung, tidak menyebut perkataan pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu)," katanya dalam sidang media, di kedai kopi Air Itam, semalam. Kelmarin, Tunku Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'. Difahamkan teguran Karpal itu berikutan tindakan dua pemimpin DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim menerima anugerah gelaran daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang. Ngeh, yang juga pengerusi DAP Perak, dianugerahkan gelaran pada 2008 manakala Teng yang juga Speaker Dun) Selangor menerima gelaran Datuk pada 2010. Karpal mendakwa kenyataan dikeluarkan itu ditokok tambah Tunku Abdul Aziz. Beliau yang kesal dengan kenyataan yang tidak berasas itu, berkata Tunku Abdul Aziz cuma memburukkan imejnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini. "Kenyataan saya selari dengan polisi parti yang telah lama dipraktikkan," katanya. Karpal dalam pada itu menambah, matlamat beliau menegaskan Ahli Parlimen dan Dun dari DAP tidak harus menerima sebarang gelaran sepanjang tempoh jawatan adalah demi memastikan ketelusan parti. Bagaimanapun, Ahli Parlimen atau Adun tamat khidmat dengan parti, tidak dihalang untuk menerima apa-apa gelaran pun. "Oleh itu, saya minta Tunku Abdul Aziz berhenti dari terus menyerang DAP dan pemimpinnya," katanya. Ketika ditanya, sama ada beliau sendiri pernah menerima tawaran untuk dianugerahkan apa-apa gelaran, beliau tidak mengulas lanjut mengenai pertanyaan itu. | ||||
Kerajaan Selangor Nilai 128 Pangsapuri Untuk Skim CERIA Tahun Depan Posted: 23 Dec 2012 04:01 PM PST SELAYANG : Hampir 128 pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor bakal menerima manfaat Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Pangsapuri (Ceria) yang akan dilaksanakan tahun depan. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kesemua 128 pangsapuri itu berada di bawah fasa ketiga skim Ceria dan permohonan mereka perlu diluluskan terlebih dahulu. Jumlah permohonan tersebut adalah penambahan yang ketara daripada fasa sebelumnya di mana 43 pangsapuri dibaikpulih dalam fasa kedua manakala 17 pangsapuri dibaikpulih di dalam fasa pertama. Beliau berkata, sehingga kini, sejumlah RM 12 juta telah dibelanjakan bagi menceriakan pangsapuri di Selangor dengan menggunakan peruntukan daripada tabung khas Skim Ceria. "Saya berharap setelah siap projek ini, penduduk akan dapat menjaga kemudahan yang telah dibaiki dengan sebaik-baiknya. "Tahun ini sahaja kita telah habis hampir RM 12 juta menggunakan tabung khas. "Jika tahun depan wang ini sudah habis, makan kita akan tambah semula dan menggunakannya untuk menceriakan kawasan pangsapuri. "Dalam pada itu, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) juga telah menambah tenaga untuk melaksanakan projek Ceria ini." Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Siap Kerja Ceria Fasa Pertama dan Kedua serta Pelancaran Skim Rondaan Kejiranan Seroja di Pangsapuri Dahlia, Bandar Baru Selayang pagi tadi. Dalam majlis itu, sebanyak tujuh kawasan pangsapuri di Bandar Baru Selayang dibaik pulih membabitkan kerja-kerja mengecat bangunan, membaiki bumbung, membaiki longkang dan mengganti railing tangga. Skim Ceria merupakan satu skim perkongsian kos antara penghuni pangsapuri kos rendah dengan Kerajaan Negeri dalam usaha menceriakan kawasan persekitaran pangsapuri. Kerajaan Negeri akan bantu membiayai 80 peratus kos kerja dan selebihnya ditanggung penduduk. Skim ini juga bertujuan menyemai rasa kepunyaan kepada setiap penduduk dalam menjaga dan menjamin harta bersama bagi tempoh masa yang panjang. Dalam pada itu, Iskandar turut meningatkan penduduk supaya melunaskan bayaran penyelenggaraan di pangsapuri masing-masing supaya kerja baikpulih dapat dilaksanakan dengan cepat. "Sekiranya penduduk gagal melunaskan bayaran, kita tidak teragak-agak untuk mendakwa mereka di mahkamah. Bagaimanapun, kita akan memberi kelonggaran kepada mereka untuk melunaskannya secara ansuran." Setakat ini terdapat 54 kes pembayaran yang tertunggak di mana 34 telah diselesaikan dengan mendapatkan akujanji daripada penduduk untuk membayar secara ansuran. Manakala 20 masih belum selesai, kata Iskandar. | ||||
Tunas Sasar 5,000 Dapat Bantuan Tadika Tahun Depan Posted: 23 Dec 2012 03:58 PM PST SEPANG : Syarat permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) bakal dilonggarkan bagi meluaskan penyertaan ke dalam skim itu ke 5,000 penerima tahun hadapan. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sebelum ini, bantuan itu terbuka kepada setiap keluarga yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan. Namun, Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk menukar syarat tersebut kepada keluarga yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah. "Syarat itu kini sedang dibincangkan dalam mesyuarat Exco, saya harap ia dipertimbangkan," katanya selepas merasmikan Program Mini Karnival Jelajah Jejak Tunas Daerah Sepang. Hadir sama Penyelaras Dun Sungai Pelek, P.Sivakumar dan Pegawai Operasi Tunas Negeri, Abdul Mutalib Islan. Katanya, sasaran 5,000 penerima dan penyertaan 500 buah tadika yang akan berdaftar dengan skim terbabit selaras dengan peruntukkan baru bagi tahun hadapan iaitu sebanyak RM 3 juta. "Jika tahun ini kita memperuntukkan sebanyak RM 1.016 juta, tetapi pada tahun depan Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 3 juta di bawah bajet 2013. "Oleh itu, saya berharap kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Adun, Penyelaras Dun, Ketua Kampung dan semua pihak supaya dapat membantu menjayakan skim ini," katanya. Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak. Ia dilaksanakan mulai dari 1 Julai tahun ini di mana yuran bagi kanak-kanak yang terpilih dibayar terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Setakat ini, sebanyak 1,903 penerima sudah mendapat faedah dengan penyertaan 232 tadika berdaftar di bawah MPTS termasuk Pasti, Kemas, Pra Sekolah JAIS, Pra Sekolah Kementerian, Tadika Perpaduan dan Swasta. Sementara itu, Abdul Mutalib berkata daerah Sabak Bernam mencatatkan penyertaan paling ramai skim Tunas diikuti dengan daerah Klang. "Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan menghebahkan kepada orang ramai, kita akan turun ke 56 Dun bagi mengadakan satu 'Roadshow' untuk memberi taklimat berkenaan bantuan ini selain mengadakan Hari Keluarga Tunas," katanya. Bagi peniaga Mohd Azhar Mahmud, 38, bantuan itu dapat meringankan bebannya. "Saya gembira dengan bantuan ini, walaupun sedikit tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu peniaga seperti saya ini," katanya. Penerima lain, Nor Aznita Othman, 28, dari Bandar Baru Salak Tinggi berharap bantuan itu akan diteruskan bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah. "Ia akan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri, contohnya saya yang mempunyai tiga orang anak, tidak bekerja hanya mengharapkan suami saya yang hanya bekerja di kilang sahaja," katanya. | ||||
Posted: 23 Dec 2012 03:50 PM PST DUNGUN: Sebanyak 92 penduduk membabitkan 16 keluarga dari tiga buah kampung di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara, selepas banjir melanda kawasan rumah mereka sejak malam Sabtu. Tujuh daripada keluarga terbabit meliputi 39 orang yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Bukit Gendut, Pulau Serai dipindahkan ke Sekolah Rendah Pulau Serai pukul 9 malam tadi. Enam keluarga dengan 33 mangsa dari Kampung Tanjung Pagar Lima dan tiga keluarga membabitkan 20 orang dari Kampung Seberang Pintasan dipindah ke balai raya kampung masing-masing. Menurut Anggota Parlimen Dungun Datuk Matulidi Jusoh yang ditemui selepas melawat mangsa di pusat pemindahan pada Ahad, banjir berlaku selepas hujan lebat di daerah itu sejak 6 pagi Sabtu. Selain itu, limpahan air Sungai Pimpin juga menyebabkan kawasan PPRT Bukit Gendut dilanda banjir, katanya. Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah menyalurkan bantuan seperti makanan dan minuman kepada mangsa terbabit. Beliau turut menasihatkan penduduk supaya segera berpindah apabila diminta pihak berkuasa selain memastikan anak-anak mereka tidak bermain air banjir. Sementara itu seorang mangsa, Raihan Deraman,48, berkata air mula memasuki rumahnya pada pukul 7 petang dan ini adalah kali kedua keluarganya terpaksa berpindah sejak di rumah PPRT kampung tersebut tiga tahun lepas. Katanya, beliau sekeluarga sudah bersedia sejak beberapa minggu lalu bagi menghadapi kemungkinan banjir dengan meletakkan perabot di tempat tinggi selain menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat. Jirannya, Nashimah Salleh,47, pula berharap banjir kali ini tidak seburuk 2010 yang mencapai paras pinggang dan mengambil masa lama untuk surut. | ||||
Posted: 23 Dec 2012 03:48 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai 'bermulut celupar' kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar. "DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu," kata Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) dalam satu kenyataan. Berikut ialah kenyataan penuh beliau. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai 'bermulut celupar' kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong UMNO adalah mungkar. Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012. DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu. Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan UMNO yang berterusan menentang PAS khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar. Ini kerana jika PAS diganti dengan UMNO di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional. Ini belum mengambil kira budaya rasuah dan pecah amanah yang sudah mendarah daging di dalam perjuangan UMNO. Justeru, meletakkan parti sebegini sebagai pemerintah adalah merugikan negara dan jelas merupakan perkara mungkar. DPPNK menyeru Muhyiddin agar bercermin diri terlebih dahulu sebelum melabelkan pihak lain sebagai celupar. DPPNK ingin mengingatkan Muhyiddin keceluparannya sendiri ketika berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Tenang pada 22 Januari 2011 yang memberikan amaran kepada MCA tentang 'negara Islam yang menjadi matlamat PAS'. Bahkan Muhyddin menyokong tindakan MCA yang memainkan isu negara Islam atas asas 'untuk mengingatkan masyarakat Cina'. Kenyataannya ini direkodkan sendiri oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan jika Muhyddin lupa, beliau boleh merujuk kepada pautan berikut : (http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=346444) Untuk lebih jelas, DPPNK menukilkan kembali sebahagian daripada petikan yang terdapat di dalam kenyataan penuh beliau, "Since years ago, PAS has never said it will amend the party constitution, the establishment of an Islamic State is still there.." (Sejak dulu, PAS tidak pernah berkata ia akan meminda perlembagaan parti, cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam tetap masih ada..") Apakah matlamat daripada kenyataan Muhyiddin di hadapan pemimpin MCA ini jika tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang negara Islam? Dalam masa yang sama, Muhyiddin di ucapan pembukaaan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang lalu melabelkan PAS sebagai 'Lebai Malang' kerana kononnya terpaksa menggadaikan prinsip negara Islam. Inilah lidah bercabang yang dimiliki oleh Muhyiddin yang wajib diketahui oleh orang Melayu Islam keseluruhannya. Sifat hipokrit inilah yang menjadi senjata UMNO sekian lama untuk meraih sokongan orang-orang Melayu. Merujuk kepada kenyataan Al-Mursyidul Am PAS yang menyebut perkataan 'mungkar' dan didakwa oleh Muhyddin sebagai fatwa, bagaimana pula dengan kenyataan ulama muktabar UMNO di Kelantan, Abdullah Saamah yang mengeluarkan fatwa bahawa berdosa menyokong PAS? Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 21 Februari 2012. Ini belum mengambil kira kenyataan Menteri Besar Terengganu yang melabel PAS sebagai 'parti ajaran sesat'. Tidakkah ini juga boleh disebut sebagai 'fatwa' pemimpin Barisan Nasional? Justeru, dalam hal ini DPPNK menyeru Muhyddin sekali lagi agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Perlu diingatkan bahawa sejarah politik Malaysia menyaksikan tidak semestinya seorang Timbalan Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri. Cita-cita Muhyiddin barangkali tinggi melangit, tetapi nasib jatuh bangun kerajaan Barisan Nasional masih belum diketahui. | ||||
Polis buru bomoh disyaki rogol gadis 12 tahun Posted: 23 Dec 2012 03:37 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa. Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini hari ini. Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini. Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan. Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan. "Selepas beberapa kali jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. "Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya. — Bernama | ||||
DAP tuntut Ngeh terangkan dakwaan terima tanah sebagai ganti jawatan MB Posted: 23 Dec 2012 03:32 PM PST Karpal berkata, Ngeh yang mengaku sebagai pengarah dalam syarikat tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti yang akan membuat keputusan selepas penerangannya. "Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti," kata Karpal dalam sidang medianya hari ini. "Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan yang mengakibatkan persepsi salahlaku," kata peguam dan ahli parlimen itu. Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak dan ahli parlimen Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam sidang dewan. ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008. DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat pada April hadapan. Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana pertukaran dengan jawatan MB. Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd. Beliau berkata penjanjian jual beli tanah tersebut ditandatangani pada 3 Mei 2006, dua tahun sebelum pilihan raya 2008. Ngeh dan Nga, yang juga ADUN di Perak, dimana Ngeh adalah ADUN Sitiawan manakala Nga pula ADUN Pantai Remis. Ngeh memberitahu bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan beliau akan memikirkan untuk menyaman mereka yang menfitnah dirinya dan Nga. | ||||
Dua beradik antara tiga maut akibat kereta rempuh lori Posted: 23 Dec 2012 03:29 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER Mereka ialah Nur Aleeya Maisara Muhamad Syakir, 6, adiknya Harith Danial, 5, dan pemandu kereta tersebut Mohd Ramli Abdul Wahabm 27, yang kesemuanya meninggal di tempat kemalangan. Sementara itu dua yang lain cederah parah dalam kemalangan kira-kira 2.30 petang itu iaitu Zalikha Kamarulzaman, 26, ibu kepada kedua-dua adik beradik berkenaan serta adik kepada Zalikha, Mohamad Syarifuddin, 18, yang kedua-duanya sedang dirawat di Hospital Seri Manjung. Ketika kejadian, Nur Aleeya Maisara dikatakan dipangku oleh Mohamad Syarifuddin di tempat duduk sebelah pemandu sementara adiknya dipangku oleh ibu mereka di tempat duduk belakang. Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Ahmad Mat Isa berkata para mangsa yang merupakan saudara mara itu sedang dalam perjalanan dari arah Lumut menuju Ipoh apabila kereta mereka melanggar belakang lori yang diletak di tepi jalan. "Kejadian berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan kereta itu tiba-tiba pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang lori tersebut," katanya. Beliau berkata lori itu diletakkan di tepi jalan kerana pemandunya berhenti untuk membeli minuman di gerai berhampiran. Polis akan mengambil keterangan daripada pemandu lori itu untuk siasatan lanjut, katanya. — Bernama | ||||
Titiwangsa: Pertarungan untuk Melayu bandar Posted: 23 Dec 2012 03:25 PM PST Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia. KUALA LUMPUR — Daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Titiwangsa adalah salah satu yang mempunyai penduduk Melayu tertinggi. Di dalamnya terletak Kampung Baru, iaitu sebuah kampung berusia lebih dari 100 tahun yang masih mengekalkan kawasan tradisional walaupun berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas yang menjadi simbol kemodenan negara. Dengan 67 peratus pengundi kaum Melayu, Titiwangsa boleh dikatakan kubu kuat kepada Melayu bandar, dan pilihan raya akan datang boleh dilihat sama ada sokongan Melayu bandar bersama Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya lalu, kerusi ini disandang oleh Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS yang menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan 1,972 undi, tetapi kerusi itu dikosongkan selama 17 tahun berikutan kematian Dr Lo' Lo' akibat daripada penyakit kanser pada 17 Julai 2011. Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, PAS dilihat mempunyai kelebihan kerana Dr Lo' Lo' merupakan seorang ahli parlimen yang rajin dan popular di kawasannya. "Arwah merupakan seorang ahli Parlimen yang baik, dan saya percaya orang Kampung Baru akan terus mengenang jasa beliau," kata Omar Abdullah, 57 tahun, seorang pemandu teksi yang berasal dari Kampung Baru. "Dan ini juga satu cabaran bagi PAS untuk memilih calon yang sebaik Dr Lo' Lo bagi memastikan kebajikan penduduk Parlimen Titiwangsa, khususnya Kampung Baru terbela," kata Omar lagi. Calon yang disebut-sebut untuk mewakili PAS dalam pilihan raya ini ialah Mejar (B) Abdullah Abdul Wahab, iaitu Pengerusi PAS bagi parlimen Titiwangsa. Dikenali sebagai Ustaz Lah, beliau merupakan bekas tentera bersara berpangkat Major yang mengambil alih tugas menguruskan kawasan Dr Lo' Lo' selepas kematiannya. Tetapi satu lagi nama yang disebut-sebut adalah Ahmad Zamri As'sad yang kini menjadi ahli jawatankuasa khas yang menjaga parlimen Titiwangsa selepas kematian Dr Lo' Lo'. Ahmad Zamri juga mempunyai profail yang tinggi di dalam parti, selain beliau adalah pengerusi kepada lajnah (bahagian) undang-undang dan hak asasi manusia bagi PAS, beliau juga pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru. Sesiapa sahaja yang dipilih, pengaruh Dr Lo' Lo' menjadi harapan untuk mereka meraih undi pada pilihan raya nanti. Bagaimanapun, Titiwangsa merupakan kubu kuat BN kerana hanya pada tahun 2008 kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang. Jika anda memandu di sekitar kawasan parlimen ini, anda dapat melihat poster dan sepanduk yang menunjukkan gambar pemangku ketua bahagian Umno Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani. Beliau disebut-sebut untuk menjadi calon bagi merampas semula kerusi Titiwangsa menjadi milik BN. Johari, 48 tahun, dikenali ramai oleh penduduk Titiwangsa memandangkan beliau adalah pengarah pilihan raya bagi BN Titiwangsa pada tahun 1999, 2004 dan 2008. Beliau kemudian memangku jawatan ketua bahagian selepas perletakan jawatan oleh Datuk Suleiman Abdullah pada Jun 2010. "Datuk Johari merupakan seorang yang begitu aktif turun ke padang, dan beliau dilihat sebagai seorang yang rajin serta setia mendengar rintihan rakyat," kata seorang ahli Umno cawangan Desa Pandan. Walaupun Datuk Johari dilihat sebagai calon utama, beliau mempunyai seorang lagi pesaing iaitu Aziz, yang dilihat berpotensi menjadi calon. Aziz berasal dari Kampung Baru dimana ayahnya merupakan seorang bekas imam di masjid Kampung Baru. Aziz dikatakan rapat dengan perdana menteri kerana beliau pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang setiausaha di Kementerian Pertahanan. Jadi, apakah legasi dari seorang ahli parlimen yang meninggal dunia, atau pengaruh Umno menjadi pilihan penduduk kawasan ini? Jawapannya agak sukar untuk diteka pada masa ini. Antara isu hangat dibincangkan dalam Parlimen Titiwangsa ini adalah pembangunan Kampung Baru, dimana disinilah terletaknya Kelab Sultan Sulaiman, di mana protes orang Melayu di Kuala Lumpur menentang Malayan Union. Kawasan kampung ini seluas 90.2 hektar, iaitu sama keluasannya dengan Monaco, di mana lebih 10,000 pemilih tertumpu di kawasan ini, dengan majoriti terdiri dari kaum Melayu, kedua-dua parti menggiatkan kempen mereka di kawasan ini memandangkan ini merupakan pusat petempatan orang Melayu di tengah pusat bandaraya. Pada 2012, nilai tanah di Kampung Baru hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan berhampiran seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sudah melebihi RM2,000 kaki persegi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjangkakan nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan sepenuhnya. Rang undang-undang pembangunan Kampung Baru diluluskan pada 2011, bagaimanapun ditarik balik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. Ketua Pemuda PAS kawasan Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz yakin PAS dapat mengekalkan Parlimen Titiwangsa, kerana PAS memiliki kepimpinan yang mampu bekerja secara kolektif, bukan kerana individu semata-mata. "Insya Allah, kami dari PAS Titiwangsa yakin untuk mengekalkan kerusi ini, kerana faktor penduduk bandar, mereka celik maklumat dan kebanyakan pengundi adalah dari tahun 2008," katanya. Tambah Suhaimi, terdapat pelbagai isu tempatan di parlimen Titiwangsa, namun beliau enggan mendedahkannya. "Ini adalah senjata kami, jadi kami hanya akan dedahkan selepas parlimen dibubarkan," kata Suhaimi lagi. Sementara itu, Umno yakin untuk mendapatkan keyakinan semula pengundi Titiwangsa dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemuda Umno Titiwangsa Idham Yasser. "Kita yakin dengan program transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima rakyat. "Dan pengundi Titiwangsa akan kembali menyokong Umno," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan