Sabtu, 22 Disember 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Azwan Ali Bakal Ceburi Bidang Politik?

Posted: 22 Dec 2012 05:39 AM PST

 KELAB GREENBOC

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti bermulut lepas, Azwan Ali yang sentiasa meluahkan kata-kata yang terkadang mampu melukakan hati ramai pihak.

Malah, kehidupannya tidak penah terlepas dari kontroversi yang melibatkan politik dalam kehidupan keluarganya.

Ini kerana, kakak dan abangnya, Ummi Hafilda dan Azmin Ali sangat terkenal terlibat dalam dunia politik negara.

Pernah suatu ketika dahulu, Azwan dan Ummi berperang kerana berselisih pendapat mengenai ideologi politik mereka.

Kisah ibunya yang sedih kerana dibiarkan oleh Azmin Ali juga turut mengheret diri lelaki itu untuk membuka mulut bercerita kisah peribadi mereka.

Ketika ini, dikhabarkan Azwan bakal menceburkan diri dalam dunia politik? Benarkah? Dalam video yang jelas suaranya adalah Azwan sendiri memberitahu, dia pastinya akan terlibat dalam dunia politik dan akan menghentam puak-puak yang sentiasa mengacau kehidupannya termasuklah abang kesayangnnya, Azmin.

Malah, Azwan sendiri mempunyai impian untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

"InshaAllah saya akan libatkan dlm bidang politik dan akan menghentam puak-puak yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Saya akan berjuang dalam politik dalam nada yang lebih tegas. InshaAllah. InshaAllah saya akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat tapi 'not now'," beritahu Azwan.

Dalam video itu juga, Azwan jelas memberitahu dia tidak menghentam abangnya kerana dia tahu perjuangan yang disampaikan oleh Azmin.

Rasanya, itu adalah hak dan pendirian diri Azwan sekiranya mahu terlibat dalam bidang politik.

Cuma, ketika ini tidak pasti parti mana yang akan Azwan terlibat.

Sekiranya benar kata-kata Azwan, nampaknya, semakin meriahlah dunia politik negara dengan kehadiran dirinya.

Dengarkanlah suara 'lantang' Azwan… -suarapeople

Bukti Jelas Pakatan Rakyat Lebih Layak Dari BN Untuk Duduki Putrajaya

Posted: 22 Dec 2012 05:34 AM PST


KELAB GREENBOC

Audit Negara - Negeri Pakatan Rakyat Terbaik

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan pada tahun menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011.

" Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.

Nazri praises Pakatan led states

KUALA LUMPUR: After receiving praises from the Auditor-General (AG) for managing their state finances well, a federal minister also congratulated Pakatan Rakyat-led states.

"It's good for them. There are good Pakatan and BN managed states. I congratulate them," said Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz, at a press conference held at the Parliament lobby today.

Earlier, it was reported that the AG had praised Selangor and Penang for collecting a revenue of RM62.50 million and RM192.19 million respectively.

Both states recorded an surge of 46.8% and four percent respectively as compared to the previous year.

The AG report also praised Kedah and Kelantan for their revenue collection but said that the states needed to improve their debt management system.

Nazri said that the AG report proved that the Barisan Nasional (BN) government has no bad intention against their political rivals as accused by some quarters.

"If we wanted to hide facts, we would have hidden all the praises meant for Pakatan led states," he said.

On accusations that the AG report was "filtered", Nazri dismissed the claims outright saying it was baseless.

"How can we 'filter' the report? Besides, we have no ability to hide anything. People these days are too advanced," said the Padang Rengas MP.

On related matter, Nazri said that the report was delayed for two weeks in order to allow Budget 2013 to be debated first at the Dewan Rakyat.

"All ministries will wrap up their debate on Budget 2013 this week. So MPs will have a week to study the AG report and raise issues next week," he said.
-FMT (15/10/2012)

Pembakaran Jambatan Antara Simbol Kejahatan Umno

Posted: 22 Dec 2012 05:28 AM PST

MSO



Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.

Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari persepktif mereka.

Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!

Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, menganggu ceramah Anwar, atau pun menyerbang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhiatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi.

Di antara peristiwa membuktikan kekejaman dan kezaliman Umno ialah, kejadian membakar jambatan atau gertak di Kampung Gertak No 3 di dalam Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang Kelantan, di kampung saya sendiri. Bolehlah dianggap kejadian ini berlakudi hadapan mata saya sendiri.

Kejadian itu berlaku pada tahun 1969 semasa pilihan raya umum. Menjelang hari mengundi pemuda tahan lasak Umno dari Rantau Panjang telah bertindak membakar jambatan di kampung Gertak 3, yang menghubungkan kampung Baruh Pial, Kubang Kual dan Bukit Tandak dengan pusat mengundi di Kampung Bakat. Gara-gara pembakaran itu menyebabkan lebih 200 orang pengundi tidak dapat keluar mengundi.

Natijah dari perbuatan itu calon Pas Nawawi Ahmad kalah kepada Hussein Ahmad dengan majoriti tipis. Kemenangan Hussein Ahmad yang disifatkan sebagai kemenangan dengan cara jahat itu memberi peluang pertama kali untuk Hussein menjadi wakil rakyat selepas tewas beberapa kali sebelum itu. Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau Hussein menang, tetapi kesan psikologi politik dari peristiwa itu besar dan tambah malang lagi kejadian itu memburukkan kitab sejarah negara.

Dengan kejadian itu juga dunia mengenali akan kejahatan orang politik di daerah sempadan itu.

Semasa balik ke kampung minggu lepas saya mengunjungi lokasi kejadian itu untuk mengingat dan menghimbau kembali peristiwa berkenaan. Jambatan atau pun anak sungai yang dibina jambatan (gertak) itu sudah pun tiada. Jalan yang dulu bertanah merah dan berdebu kini sudah diturap tar. Kesan-kesan puing-puisng pembakaran juga sudah tidak ada.

Lama saya berdiri dan memerhati disekeliling lokasi itu sambil membayangkan bagaimana kecewa dan peritnya penyokong Pas melihat kejadian itu menyebabkan mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab, mengundi, kerana perhubungan ke tempat mengundi sudah putus. Saya bayangkan tentu adalah mak cik dan pak cik menangis, kegeraman sambil melihat jambatan dimakan api.  Namun mereka hanya bisa menangis dan berdoa mengharap Allah memberi petunjuk kepada semua.

Generasi hari ini termasuk di Gual Periok dan Rantau Panjang tidak pernah tahu bahawa di situ pernah berlaku kejadian menyayatkan hati. Buku sejarah di sekolah menengah dan rendah tidak mencatat peristiwa itu sebagai lambang kerakusan politik negara.

Namun bagi generasi yang lahir tahun 50-an dan 60-an yang peka kepada sejarah dan politik tetap akan mengingatkan sesuatu yang pernah terjadi di situ. Peristiwa itu kemas melekat di sanubari mereka. Walaupun api yang mrembakar jambatan kayu itu sudah padam, asapnya sudah dibawa angin dan dihirup kabus namun nyalaanya masih menyambar mata dan minda orang-orang generasi 60-an seperti saya.

Selamanya peristiwa yang pernah berlaku dilokasi itu akan diingat dan dikenang, bukan saja oleh orang-orang Pas dan rakyat di Gual Periok tetapi orang Pas dan rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi juga, dan oleh mereka yang membenci kerakusan dan kebiadaban yang si pelakunya.

AES tetap dilaksana jika BN menang PRU

Posted: 22 Dec 2012 03:16 AM PST

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Tindakan Jabatan Peguam Negara menangguhkan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya bersifat sementara hingga pilihan raya umum ke 13.

"Bila BN menang semula (pilihan raya umum ke-13), AES akan dilaksanakan," kata Bendahari KEADILAN, William Leong.

AES ditangguhkan pada 18 Disember lalu selepas tiga bulan beroperasi dengan 300,000 saman dikeluarkan manakala 10,000 telah membayar denda.

"Peguam Negara kata AES ada masalah, sedangkan penguatkuasaan undang-undang tersebut yang bermasalah. Denda tak boleh dijadikan untung kepada syarikat.

"Saman RM300 itu adalah pendapatan kerajaan dan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dalam Bajet 2013, pendapatan tersebut perlu dikemukakan di Dewan Rakyat," katanya kepada Keadilandaily.

Jelas William, butiran kutipan saman yang dikongsi kerajaan dengan Beta Tegap dan syarikat pengendali AES, Ates Sdn Bhd tidak dinyatakan semasa pembentangan belanjawan Kementerian Pengangkutan bagi tahun 2013.

"Kalau AES kutip denda dan masukkan (dalam akaun syarikat), ia salah," tegas William.

Pada 21 November 2012, speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia meluluskan bajet Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi menyaksikan 79 ahli parlimen BN menyokong, berbanding ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi pelaksanaan sistem AES.

"Inilah hipokritnya ahli parlimen Barisan Nasional. Berani kritik AES di luar Dewan (Rakyat). Bila sampai waktu undi (mereka sokong sistem AES)," kata Wiliam.

Tuntut pendidikan percuma dibayar hukuman penjara – AIC

Posted: 22 Dec 2012 03:14 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR - Kelab Anwar Ibrahim (AIC) kesal keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada siswa, Umar Mohd Azmi atas tuduhan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),

Menurut Timbalan Presidennya, Al-Azadi Aljohari, keputusan itu tidak setimpal pengorbanan Umar menuntut pendidikan percuma demi masa depan rakyat Malaysia.

"Perjuangan Umar Mohd Azmi untuk melihat suatu sistem pendidikan percuma yang dapat dinikmati anak petani, anak nelayan, pesawah, golongan menengah dibayar dengan hukuman penjara.

"AIC tersentuh dengan nilai yang terpaksa dibayar untuk menjadikan Malaysia lebih maju di masa tuanya," katanya pada kenyataan media.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang  tidak adil.

Zunar lukis kartun sokong Umar

Posted: 22 Dec 2012 03:10 AM PST

KEADILAN DAILY

KAJANG : Pelbagai pihak memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi yang dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan.

Selain ahli politik mula membuat kenyataan sokongan kepada Umar dan mengecam kerajaan, aktivis masyarakat juga tampil ke depan membela Umar.



Memetik Harakah Daily, kartunis Zunar kini juga berada di perkarangan Penjara Kajang dan membuat lukisan khas untuk Umar.

Semalam, sekumpulan aktivis mahasiswa 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas.

Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bahau, Teo Kok Seong,pula  melahirkan rasa amat kecewa dan kesal atas hukuman denda RM1000 dan penjara selama 30 hari terhadap Umar.

Katanya, mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka cuma untuk meluahkan perasaan membantah pinjaman PTPTN yang tidak adil.

Mahasiswa kembali berkhemah di Dataran mulai esok

Posted: 22 Dec 2012 03:08 AM PST

Sidiqin Omar

 KAJANG: Mahasiswa akan kembali berkhemah di Dataran Merdeka bermula esok sebagai solidariti kepada  rakan mereka, Umar Muhammad Azmi yang dipenjara sebulan.



Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang berkata, ia juga bertujuan memberi mesej tentang hak pendidikan percuma kepada orang awam.

"Esok (Ahad) kita akan berkumpul semula di Dataran sehingga Isnin untuk ke Mahkamah memfailkan rayuan Umar. Tak kira sama ada DBKL benarkan bina khemah atau tidak, kita tetap berkumpul," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, pada malam ini, mahasiswa  akan berkampung di hadapan penjara Kajang selepas membina khemah di situ sejak semalam.

Dalam pada itu, Safwan berkata, bapa dan ibu Umar yang melawat jam 10 pagi ini  memaklumkan anak mereka  diasingkan daripada banduan lain.

 "Kita tak dimaklumkan sebabnya. Tapi yang penting kita tahu keadaan Omar selamat. Omar juga memberitahu bapanya, dia terharu dengan apa yang dilakukan kawan-kawan aktivis siswa di luar penjara.

"Bapa Omar turut membawa pesan dari dalam penjara. Kata Omar; 'Dunia belum kiamat. Lawan sampai tamat'. Sebab itu kami tulis atas banner ini," kata Safwan.

Beliau juga kesal hukuman penjara sebulan dikenakan ke atas Omar, namun samseng 'Jalan Kebun' yang menyerang khemah siswa dan 'Occupy Dataran' dibebaskan.

"Kita rasa pelik dengan kehakiman di negara ini.  Penjenayah macam kes rogol, atau gangster 'Hang Kebun' dibebas dengan bon berkelakuan baik. Sedangkan mereka mengaku bersalah," katanya kecewa.

Perkhemahan siswa di depan penjara Kajang bermula semalam dengan kehadiran hampir 100 aktivis SMM dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Turut hadir memberi sokongan  ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli dan Adun Kajang, Lee Kim Sin dan pelakon, Abby Abadi.

Umar Mohamad, lulusan Diploma Keselamatan Industri yang kini menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, dipenjara sebulan dan denda RM1,000 kerana dikatakan menghalang tugas penjawat awam.

Khalid Samad : MBSA Perlu Tegas Tutup Kelab Malam Haram di Shah Alam

Posted: 22 Dec 2012 03:01 AM PST


PC Khalid Samad 01

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disarankan agar bertindak tegas terhadap sebuah premis yang beroperasi sebagai kelab malam haram di kawasan Setia Alam.

MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Datuk Bandar Shah Alam diharap menyerbu dan menutup premis tersebut yang didakwa tidak mempunyai lesen hiburan atau lesen minuman keras.

Ujarnya, premis berkenaan hanya mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan kafeteria tetapi menyalahgunakannya dengan membuka sebuah pusat hiburan.

"Mereka menyalahgunakan lesen itu dengan sokongan pihak polis untuk menjual minuman keras yang sepatutnya juga mempunyai lesen daripada pihak Jabatan Kastam dan juga MBSA.

"Kawasan Setia Alam adalah sebuah perbandaran yang di mana 70 peratusnya adalah bukan Islam.

"Namun sewajarnya pihak MBSA patut membuat pendengaran awam berhubung kebenaran membina pusat hiburan di situ," jelas Khalid di dalam sidang media di pejabatnya.

Kata Khalid, MBSA telah mengeluarkan saman terhadap premis itu, akan tetapi tindakan tersebut dianggap tidak mencukupi.

"Saya tidak bersetuju dengan tindakan mengenakan saman kerana premis itu telah melanggar syarat dengan sengaja dan kefahaman melanggar banyak peraturan dan undang-undang kecil termasuk persoalan menjual minuman keras," katanya.

"Sewajarnya pihak MBSA mengenakan tindakan lebih tegas dengan menggentikan operasi premis tersebut serta merta."

Menurut laporan sebuah akhbar, premis itu dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12. Selain daripada menjual minuman keras, kelab malam itu juga mengadakan persembahan hiburan.

Pihak Pengurusan MAS Digesa Perjelas Polisi Pengambilan Pekerja Asing

Posted: 22 Dec 2012 02:56 AM PST


PC Khalid Samad 03

SHAH ALAMIS, : Pihak pengurusan baru syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) diseru memberikan penjelasan berkenaan polisi pengambilan pekerja asing yang dikhuatiri boleh menjejaskan kecekapan syarikat itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, usaha pemulihan prestasi MAS perlu dilaporkan kepada rakyat dan bukan sekadar hanya pihak kroni yang mendapat keuntungan.

"Difahamkan banyak kerja-kerja MAS yang disumberluarkan dan diagihkan-agihkan kepada pihak kroni.

"Dan banyak kerja-kerja MAS seperti penyelenggaraan kargo dijalankan oleh pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran dan latihan seperti pekerja MAS asal," katanya dalam sidang media di pejabatnya.

Dalam sidang media itu juga, Khalid mempertontonkan kepada pihak media sebuah video yang dikatakan dihantar ke pejabatnya oleh individu tidak dikenali berkenaan kecuaian pekerja asing dalam penyelenggaran kapal terbang milik MAS.

Dalam video durasi kira-kira dua minit yang bertarikh November lepas itu menunjukkan pekerja yang didakwa warga asing melakukan aksi melanggar bahagian enjin sebuah pesawat 737 di sebuah landasan kapal terbang yang tidak dinyatakan lokasinya.

Ujarnya, dahalu syarikat MAS mempunyai kedudukan dan setaraf dengan syarikat penerbangan asing seperti Singapore Airlines System (SIA) dan beberapa syarikat antarabangsa lain.

Namun akibat pemberian kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan kepada pihak kroni menyebabkan prestasi MAS kini dipertikaikan.

"Selepas bermacam-macam campurtangan politik khususnya semasa zaman Tun Mahathir situasi semakin memburuk.

"Kita mahukan ketelusan dan akauntabiliti pihak MAS, kita tidak mahu perkara yang berlaku semasa Tajuddin Ramli berulang kembali," ujarnya.

Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian bersih RM2.52 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, yang terbesar dalam sejarah korporatnya dengan pendapatan RM13.9 bilion.

Lapan Bulan Lagi Untuk Kurangkan Masalah Banjir Klang

Posted: 22 Dec 2012 02:51 AM PST


banjir klang 4

KLANG - Majoriti kolam tadahan air di kawasan-kawasan Klang yang sering dilanda banjir dijangka akan siap di dalam masa lapan bulan, manakala kolam tadahan yang terbesar di Taman Sentosa dijangka siap dalam setahun.

Kolam-kolam yang akan siap di dalam lapan bulan adalah di Bandar Bayu Tinggi, Bandar Bayu Perdana, dan Bandar Tengku Kelana. Kesemuanya telah hampir siap 80 peratus.

Manakala pembinaan kolam tadahan 23 ekar di Taman Sentosa pula akan mengambil lebih masa kerana saiznya yang lebih besar.

Keseluruhan projek-projek tersebut memakan kos RM 5 juta, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Pembinaan kolam tadahan air ini melibatkan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Kita mengutamakan bandar Klang terlebih dahulu kerana kawasan ini kerap kali banjir.

"Selepas itu beberapa kawasan lain turut akan dikenalpasti untuk dibina kolam tadahan air kerana ianya melibatkan suatu proses yang rumit," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini.

 Turut hadir Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ikhsan Mukri, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Sebelum ini, ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang lalu, peruntukan sebanyak RM 50 juta telah diluluskan bagi mengatasi masalah banjir di seluruh Selangor.

Dr Xavier berkata MPK akan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju yang tidak mengikut pelan struktur bangunan dengan tidak menyediakan saluran yang mencukupi untuk mengalirkan air hujan.

Dalam pada itu, satu kertas kerja tentang pembinaan kolam tadahan air di kawasan yang lain di Klang akan disiapkan untuk dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Bukit Botak : Akhirnya, Satu Lagi Janji Umno-BN Ditunaikan Pakatan Rakyat

Posted: 22 Dec 2012 02:45 AM PST


bukit botak 961 dis22 01

SELAYANG: Setelah menanti hampir tiga dekad untuk janji Umno-BN tepati, hampir semua peneroka asal Bukit Botak hari ini menerima surat tawaran kepada rumah mereka yang telah disiapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Seramai 961 individu daripada 1,020 pemilik rumah Bukit Botak telah diberi surat tawaran rumah berkembar teres satu tingkat pada satu majlis hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rumah Bukit Botak

Mereka antara peneroka asal yang pada 1985, dijanjikan tanah oleh Kerajaan Umno-BN di dalam skim penempatan semula Bukit Botak.

"Bila buat cadangan penyelesaian pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana telah tertipu oleh (kerajaan) dahulu.

"Di mana mereka diminta tandatangan untuk beri hak mereka kepada pemaju yang akhirnya tanah mereka tergadai," kata dalam ucapannya di majlis pemberian surat tawaran rumah Bukit Botak pagi tadi.

"Sekarang rumah telah siap dan surat rasmi pun telah diberikan, rakyat nampak yang kita boleh melaksanakan apa yang kita janji.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas keyakinan mereka terhadap kerajaan," kata Abdul Khalid.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.

bukit botak 961 dis22 03

Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.

Kesemua 1,422 unit rumah dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac tahun depan.

Dalam sidang media, Abdul Khalid berkata sehingga kini 1,020 pemilik rumah telah disahkan layak untuk memiliki rumah di Bukit Botak manakala 400 orang yang lain sedang menjalani proses kelayakan yang diuruskan oleh Pejabat Tanah Gombak.

Skim itu dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan syarikat tersebut membelanjakan subsidi kira-kira RM 79.6 juta bagi menyiapkannya.

Setiap unit rumah ditawarkan pada harga RM 99,000 bagi unit standard dan dibangunkan dengan rekabentuk moden. Ia mempunyai keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

PKNS turut menyediakan tapak masjid, tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi.

Staf RTM maut

Posted: 22 Dec 2012 02:42 AM PST

NORAFIZA JAAFAR

Staf RTM maut
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
 
KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan Bahagian Teknikal Unit Berita Televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) maut selepas keretanya bertembung dengan kenderaan lain di Lebuhraya Connaught, tengah malam semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.50 malam itu, mangsa, Zainah Md Sharif, 46, maut di tempat kejadian selepas  cedera teruk pada bahagian kepalanya.

Zainah yang memandu kereta jenis Myvi dari arah Mid Valley menghala Cheras gagal mengelak kereta Honda CRV yang dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan serta melanggar pengadang sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Perlanggaran tersebut menyebabkan kenderaan mangsa terbalik dan terseret sejauh beberapa meter.

Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah dua buah kenderaan lain iaitu sebuah Myvi dan Proton Wira yang berada di belakang kereta mangsa.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes disiasat di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, mayat Zainah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abdullah berkata, pemandu Honda CRV dan kenderaan lain yang terlibat hanya mengcedera ringan.

Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 diterima setakat 17 Disember

Posted: 22 Dec 2012 02:36 AM PST

SINAR HARIAN

Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
 
IPOH - Lebih 2.3 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 17 Dis lepas, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
  
Beliau berkata daripada jumlah itu lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan lebih 720,000 permohonan daripada isi rumah.
  
Katanya 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara online.
  
"Kita akan membuat pembayaran pada suku tahun pertama (2013), jadi untuk pembayaran tersebut, kita minta kepada mereka yang masih belum mendaftar agar mendaftar sebelum 31 Dis kerana permohonan ini perlu diproses supaya mereka dapat bayaran bila kita mula buat pembayaran.
    "
Kalau dia lewat, dia akan dapat lewat.  Mereka boleh daftar secara online atau manual supaya apabila kita buat pembayaran pada suku pertama nanti, yang dah daftar semua akan dapat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan SME Bank di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata tarikh tutup permohonan BR1M 2.0 yang bermula 1 Nov lepas belum ditetapkan.
  
Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan, agensi-agensi kerajaan atau dimuat turun atau diisi secara online melalui laman sesawang LHDNM: www.hasil.gov.my.
  
Katanya bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
  
Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - Bernama

Nicol raih gelaran ketujuh Skuasy Terbuka Dunia

Posted: 22 Dec 2012 02:33 AM PST

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Datuk Nicol David
Datuk Nicol David
 
PEMAIN nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan kali ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia dengan menundukkan pemain England, Laura Massaro pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kepulauan Cayman.

Nicol, 29, mengambil masa 44 minit untuk mengatasi Laura 11-6, 11-8 dan 11-6 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay.

"Sukar untuk dipercayai, Laura bermain dengan sangat baik, beliau juga berjaya memberi saingan hebat kepada saya.

"Saya sangat berpuas hati dan gembira dengan corak permainan tadi.

"Saya cuma mahukan kemenangan ini dan sekali gus merangkul kejuaraan ketujuh di Cayman," kata Nicol dipetik dalam laman sesawang rasmi pertandingan www.worldopen.squash.com.

Berdasarkan rekod, Nicol telah merangkul enam gelaran Juara Terbuka Dunia, bermula di Hong Kong pada tahun 2005, Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan Belanda (2009 and 2011).

Beliau menjuarai Terbuka Kepulauan Cayman untuk tiga tahun berturut-turut 2009 hingga 2011

Dakwaan VCD seks: Speaker Dun Perak buat laporan polis

Posted: 22 Dec 2012 02:30 AM PST

SINAR HARIAN
 Datuk R. Ganesan
Datuk R. Ganesan
 
IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini.
  
Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.
  
Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam  masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita.
  
Dalam laporan polis itu, Ganeson mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.
  
Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata, laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap
penyebar fitnah.
  
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa  Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman turut membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
  
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dun Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
  
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
  
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
  
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi. - Bernama

'Tak ganjak selagi Isa Samad tak terima memo'

Posted: 21 Dec 2012 04:03 PM PST

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) memberi amaran tidak akan berganjak daripada Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak pada 28 Disember ini jika Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sendiri tidak menerima memorandum yang akan diserahkan mereka.

Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, memorandum yang akan diserahkan kepada Isa mengandungi empat tuntutan peneroka.

GSF menuntut Isa dipecat sebagai Pengerusi Felda dengan serta merta kerana didakwa banyak menghuru-harakan Felda sejak dilantik.

GSF juga menuntut Felda menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat Israel.

Selain itu, GSF juga menuntut kerajaan menghentikan campur tangan politik dalam Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) serta mengembalikan tanah Felda Felda Plantation kepada peneroka.

"Kita minta Isa Samad sendiri yang terima dan jawab tuntutan yang kita kemukakan.

"Kalau Isa Samad tidak boleh beri komitmen kita akan berhimpun di depan pejabat hingga perhimpunan 12 Januari," kata beliau dalam sidang media di Pejabat agung PAs, jalan Raja Laut hari ini.

Perhimpunan akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan akan berarak ke pejabat Felda.

Mengulas mengenai Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan, Mazlan berkata pihaknya akan mengerahkan paling kurang 20,000 anggota ke perhimpunan tersebut dengan berpakaian oren.

"Himpunan 28 Disember ini merupakan pra perhimpunan 12 Januari. Kita sudah isytihar perang dengan Felda selepas segala bantahan kita tidak diterima selama ini," katanya.

Lelaki maut ditembak di Bukit Mertajam

Posted: 21 Dec 2012 03:53 PM PST



 
Seorang lelaki mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh suspek bermotosikal ketika sedang minum bersama rakan di sebuah kedai makan di Jalan Kampung Baru di Bukit Mertajam awal hari ini.
    
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, Khor Chun Hau, 41, terkena tiga das tembakan dan mati dalam perjalanan ke hospital.
  
Mangsa sedang minum bersama empat rakan, apabila dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang kemudian melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri, dada kiri dan belakang mangsa, katanya kepada pemberita.

Menurutnya kedua-dua suspek memakai topi keledar bertutup separa dan menutup sebahagian muka mereka dengan kain.
  
"Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki penjenayah terbabit dan motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya menambah mangsa bekerja di sebuah syarikat pembalakan.
  
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.- Bernama

Warga Bangladesh didakwa liwat kanak-kanan lelaki

Posted: 21 Dec 2012 03:51 PM PST

MALAYSIA KINI


Seorang jurukimpal warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun pada Oktober lepas.

Md. Rezaul dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Blok B, Lorong Merak 57, Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada  12 tengah hari, Oktober lalu.
  
Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
  
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Malaysia dan tidak mempunyai jurubahasa.
  
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Jan depan untuk sebutan semula kes.
  
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Md. Daud.- Bernama

Anak kembar Adun Paroi cemerlang

Posted: 21 Dec 2012 03:48 PM PST

KL TODAY

 

SEREMBAN: Sepasang anak kembar lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Rabu lepas.

Kembar sulung, Muhammad Sobri Mohamad Taufek, 15; merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, memperolehi keputusan 9A.

Manakala seorang lagi kembar Muhammad Syukri Mohamad Taufek, 15, merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab, memperolehi keputusan 8A 1B.

Mohd Taufek berkata dia dan isteri beliau Cikgu Mahani berbangga dengan pencapaian anak kembarnya itu yang dilihat sebagai sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama.

"Saya syukur kepada Allah di atas kejayaan ini dan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu dan menyumbang dalam mencapai kejayaan ini iaitu guru-guru semasa di PASTI Al-Amal Taman Marida, SRIAS, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Rembau dan semua guru di SMKA SHAMS dan MRSM Gemencheh.

"Saya dan isteri bersyukur di atas kejayaan ini.Saya juga ucapkan tahniah kepada anak-anak (pelajar) Negeri Sembilan yang berjaya dalam PMR dan bagi mereka yang kurang berjaya, terus berusaha untuk kejayaan di masa hadapan," kata Mohd Taufek.

PMR: 4 sekolah kelolaan Yik lulus 100%

Posted: 21 Dec 2012 03:46 PM PST

KL TODAY
 

KOTA BHARU: Empat buah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencapai keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding tiga buah sekolah tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah Arshad pada sidang medianya berkata, selain itu, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu juga meningkat, iaitu 0.19 peratus.

Beliau berkata demikian ketika sidang medianya berhubung keputusan PMR di Putik, semalam.

Katanya lagi, tahun lalu keputusan PMR  tahun lepas 60.97 peratus, manakala tahun ini 61.16 peratus.

Amar berkata, empat buah sekolah yang mendapat keputusan 100 peratus iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains Bistanul Ariffin Tumpat, Maahad Tahfiz Sains Al Muhammadi, Bachok dan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.

Beliau berkata, Maahad Muhammadi Perempuan mencapai keputusan 99.27 peratus, Mahaad Muhammadi Lelaki, 95.38 peratus.

Amar berkata, seramai 163 orang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi keputusan 9A dari 412 orang calon.

Beliau memberitahu, bukan hanya sekolah kawalan, sekolah di pinggir bandar sahaja yang memperolehi kecemerlangan, tetapi sekolah jauh dari pusat bandar juga mendapat keputusan yang baik.

Berkongsi rahsia kenapa kejayaan seringkali dapat dicipta oleh sekolah di bawah Yik, beliau berkata kemantapan program yang dianjurkan Yik dan sekolah membuatkan pelajar bertambah maju.

"Kita berharap bukan hanya dalam peperiksaan PMR, sebaliknya semua peperiksaan," ujarnya.

Sekali lagi Utusan disaman

Posted: 21 Dec 2012 03:36 PM PST

KL TODAY

 
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia.

"Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau.

Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu.

Isu ini juga dibangkitkan oleh para Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sehingga mereka dicabar menyebutnya di luar Dewan.

"Saya dah kata sebelum ini kalau keluar berita sensasi dalam Utusan jangan percaya, kena selidik dulu sebab sudah banyak Utusan keluar cerita fitnah," katanya.

Ekoran itu, katanya, beliau telah membuat arahan kepada pegawainya agar membawa kes ini ke mahkamah.
"Semoga apa yang berlaku di mahkamah nanti akan perjelaskan cerita yang sebenarnya," kata TG Nik Aziz.

Tanding pilihan raya

Dalam sidang media ini juga, TG Nik Aziz sekali lagi menegaskan beliau akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang ini.

TG Nik Aziz yakin dengan pemikiran yang sihat, beliau boleh lagi melawan Umno.

"Tanding dalam politik ni tak perlu sangat badan yang sihat tetapi pemikiran yang sihat. Kalau orang ajak bertumbuk, saya tak mampulah," katanya.

Sidang DUN Perak kecoh isu tanah

Posted: 21 Dec 2012 03:35 PM PST

KL TODAY

 

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam kecoh apabila beberapa wakil rakyat BN membangkitkan pemberian tanah melibatkan dua pemimpin DAP Perak sebagai habuan bagi melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak.

Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) yang membahaskan Belanjawan Perak 2013 di persidangan DUN berhubung isu tanah di Perak.

Datuk Rosli Husin (BN-Trong) bangun dan meminta penjelasan mengenai sebidang tanah di Kelantan yang didakwa diberikan kepada dua pemimpin DAP terbabit sebagai pertukaran Nizar dilantik sebagai menteri besar sedangkan DAP memenangi banyak kerusi di Perak berbanding PAS pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12).

Beliau berkata sebelum pelantikan menteri besar sememangnya ada pertikaian antara DAP dan PAS mengenai siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar.

Wong Kah Woh (DAP-Canning) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mencabar Rosli untuk mendedahkan bukti dakwaannya di luar dewan.

"Sekiranya dakwaan Trong benar perlu bersikap jantan, sekiranya ada bukti buat kenyataan di luar untuk tentukan," katanya.

Khusairi kemudian mendedahkan dua pembeli tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan iaitu Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd dan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) untuk tujuan pembalakan.

Beliau juga mendakwa transaksi itu juga melibatkan Setiausaha DAP Perak Nga Koo Meng (DAP-Pantai Remis).

Khusairi juga mempersoalkan adakah kerajaan Kelantan yang diterajui PAS turut terlibat dalam memastikan calon daripada parti itu dilantik sebagai menteri besar Perak.

Nizar (PAS-Pasir Panjang) kemudian mendedahkan kononnya beliau ditawarkan jawatan menteri besar jika menyertai Umno selepas keputusan PRU-12 diumumkan.

"Zambry (Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) masa menjadi exco ketika baik dengan abang saya. Dia (Zambry) menghubungi abang saya memberitahu bahawa ADUN Pangkor (Zambry) menawarkan saya untuk menjadi menteri besar sekiranya saya menyertai Umno," katanya.

Zambry kemudian bangun dan mendakwa Nizar sekali lagi melakukan pembohongan dan beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak pernah membuat tawaran itu.

"Saya melihat ADUN Pasir Panjang ini hidup penuh dengan pembohongan, kalau nak bersumpah saya akan bersumpah dan saya berani bersemuka dengan orang itu (abang Nizar)," katanya.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) kemudian bangun menjelaskan bahawa Zambry tidak mempunyai kuasa dalam isu pelantikan menteri besar ketika itu memandangkan beliau (Tajol Rosli) adalah pengerusi BN Perak dan pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Menyambung perbahasan, Khusairi turut mempersoalkan bagaimana pemimpin DAP itu memperoleh duit untuk membeli tanah walaupun hanya 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak.

Perdebatan itu berterusan sehingga Speaker Datuk R Ganesan mengarahkan Khusairi menyambung perbahasan.

Nik Aziz masih relevan, perlu tanding PRU

Posted: 21 Dec 2012 03:30 PM PST

KL TODAY

 

SHAH ALAM – Pas menegaskan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih relevan untuk menjadi salah seorang calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang telah diputuskan oleh pihaknya meskipun masalah kesihatan beliau dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, pendirian Nik Aziz untuk bertanding dalam PRU13 adalah keputusan parti yang masih memerluka beliau untuk bersama memimpin.

Beliau berkata, Nik Aziz dan juga Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih relevan dan Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk mengekalkan kedua-dua calon tersebut.
"Kita telah putuskan Nik Aziz dan Hadi (Presiden Pas) bertanding pada PRU13 ini.

"Masalah kesihatan sikit itu memang ada dan menjadi perkara biasa.

"Jadi Nik Aziz dan Presiden memang masih relevan, parti mempunyai pertimbangan sendiri mengapa masih mengekalkan mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam mengikut laporan media, Nik Aziz mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada PRU13 walaupun keadaan kesihatan dipersoalkan.

Nik Aziz berkata, untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-ALLAH…apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu tubuh badan sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," katanya.

Mengulas lanjut Mustaffa turut mengakui keupayaan berfikir dan otak yang sihat penting untuk politik bukan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan fizikal seperti yang dikatakan Nik Aziz.

Beliau berkata, jadi Pas tidak akan mengubah sebarang keputusan yang telah diputuskan walaupun ada desakan atau kritikan daripada parti lain yang mempertikaikan keadaan calon telah dipilih termasuk Nik Aziz.

Susilo bangkitkan isu kenyataan Zam pada Najib

Posted: 21 Dec 2012 03:27 PM PST



 
Dakwaan kontroversi bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

NONESusilo (kanan dalam foto) menyentuh perkara itu semasa
lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.

"Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur.

Perdana menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.

Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.

Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.

"NONEBagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua
orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.

Zainuddin (kanan) telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Zainuddin memanggil Habibie dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme".- The Jakarta Globe

Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh

Posted: 21 Dec 2012 03:25 PM PST


MALAYSIA KINI


 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan berhubung isu tanah ladang seluas 10,526 hektar kepada syarikat swasta yang mana kemudiannya dibeli pemimpin DAP Datuk Ngeh Ko Ham.

Tokoh PAS itu menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa tanah itu sebagai rasuah kepada Ngeh dan DAP sebagai pertukaran bagi membolehkan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menteri besar selepas pilihan raya umum 2008.

NONEDalam kenyataan Setiausaha Akhabarnya Ahmad Fadhli Shaari yang disiarkan oleh portal berita Harakahdaily berkata, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkannya sebagai "satu fitnah besar".

Dakwaan itu mula dibangkitkan oleh blog pro-BN pisau.net yang mendakwa kerajaan negeri memberikan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh.

Blog itu mendakwa tanah itu sebahagian daripada perbincangan DAP dan PAS pada 2008 berhubung pelantikan menteri besar Perak selepas kedua-dua parti bersama PKR menguasai majoriti kerusi DUN di negeri itu.

DAP yang menguasai lebih kerusi berbanding PAS dan PKR, menolak pelantikan Nizar sebagai menteri besar tetapi kemudiannya mengubah fikiran dan menerima pelantikan pemimpin PAS itu.

Dakwaan itu, kemudiannya dikuatkan oleh pemimpin Umno Perak, termasuk ADUN Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Exco kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman, yang mengemukakan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menunjukkan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd dimiliki Ngeh dan beliau pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu.

NONEManakala seorang lagi pemimpin DAP, Nga Kor Ming - ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping - juga merupakan salah seorang pengarahnya. Ngeh pula adalah ADUN Setiawan dan ahli parlimen Beruas.

Kedua-dua pemimpin DAP itu adalah sepupu dan dilaporkan menafikan dakwaan tersebut tetapi enggan mengesahkan mereka memiliki atau syarikat Upayapadu Plantation.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli berkata tanah yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 13 September 2000 untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah yayasan itu.

"Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan projek usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.

"Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan," katanya.

NONEMenurutnya lagi, tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.

"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Ahmad Fadli juga menegaskan segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat sama ada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK.

"Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Tiada ulasan: