Sabtu, 22 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila


DEMONSTRASI TARIAN TIANG DATARAN MERDEKA

Posted: 21 Dec 2012 08:00 PM PST

DEY MACHA
INILAH UNDANG-UNDANG AMENO
STANDARD GAMPANG BETOI
TARIAN TIANG CUMA DIDENDA RM25


MAHASISWA PROTES SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
LEPAK KAT DATARAN 40 KALI LEBIH BERDOSA
KENA PENJARA SEBULAN DAN DENDA RM1000
KAH! KAH! KAH!

KALAU INI MACAM LEBIH BAIK BUAT TARIAN TIANG
KOS LEBIH RENDAH DAN LEBIH MENJIMATKAN
ANGGOTA POLIS PUN TAK PAYAH TURUN BERKAWAL
FRU PUN TAK PERLU SEMBOQ AYAQ
PENJARA PUN TAK JADI PENUH
BERAPA BANYAK KERAJAAN UNTUNG
KAH! KAH! KAH!


Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Sementara itu, Umar dibawa ke Penjara Kajang petang ini bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Permohonan penangguhan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas hukuman dijatuhkan dan Hakim Amelia Tee sedia mendengarnya petang ini.

Bagaimanapun peguam Umar gagal menjejaki timbalan pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes ini.

MK


Tok Guru Nik Aziz Bakal Saman RM 100 Juta Bloger Fitnah Pisaunet

Posted: 21 Dec 2012 05:00 PM PST


Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan...
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit
penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan
yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi
Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh
sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012.
Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan
isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir
UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut
ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar
Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan
22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari
'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak,
suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang
telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang
pada 13 September 2000.

Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan
pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa
pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan
di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama
memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu
untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga
Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan
ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong
Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala
perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan
diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar
sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun
untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah
dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut,
pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada
pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar
adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada
3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya
umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai
pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya
dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja.

Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah
tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat
samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK
atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan
dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang
akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan
Guru Menteri Besar Kelantan.

UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan
pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu
kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75
peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul
Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.

Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka
di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk
dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada
parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu...

Daripada AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.


Tiada ulasan: