Jumaat, 14 Disember 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib ada peranan tarik balik akuan bersumpah Bala – Deepak

Posted: 14 Dec 2012 03:20 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.



Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

Mengikut Malaysia Kini, SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala… Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.

Hak non-Muslim di Kelantan

Posted: 14 Dec 2012 03:13 PM PST


 
DETIK DAILY

Sejak Oktober 1990 dasar pentadbiran Islam terlaksana di Kelantan dan mulai saat itu UMNO tidak berani mengungkit-ungkit dari segi rasionalisasinya. Meskipun begitu pada 1993, saat diluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) melibatkan hukum hudud, takzir dan seumpamanya, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu memulakan 'pendekatan mengkritik' dan menolaknya sambil melabelkan enakmen itu sebagai "Hudud PAS." Ia suatu serangan melibatkan akidah dan politik takut kepada non-Muslim.

Apa pun pendekatan Dr Mahathir itu belum cukup untuk masyarakat non-Muslim (ketika itu) berani campur tangan (atas label yang Dr. Mahathir mengenai enakmen kanun jenayah), kerana itu hal ehwal umat Islam. Malah sebahagian besar non-Muslim di Kelantan boleh menerima enakmen itu kerana ia tidak melibatkan penguatkuasaan ke atas non-Muslim.

Namun kesan daripada pendekatan dan label Dr Mahathir itu membuatkan pemimpin MCA (sekarang menjelang pilihan raya) mula berani mengambil langkah penentangan selepas 22 tahun PAS mentadbir. Bukan sahaja MCA sesekali turut melibatkan pemimpin DAP, selain UMNO juga mulai  lantang mengkritik pentadbiran Islam di Kelantan. Ia sudah menjadi kemenangan moral untuk PAS yang sudah banyak berjasa menengahkan prinsip Islam dalam kerajaan negeri.

Apa pun pada Oktober lalu, timbul isu (kerana dekat pilihan raya) peniaga kedai gunting tidak senang dengan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang menyaman kedai gunting kerana beroperasi tidak mengikut syarat lesen. Syarat lesen hanya mengunting sesama wanita atau sesama lelaki sahaja. Tetapi ada kedai gunting yang mengunting berlainan jantina (unisex). Maksudnya pegunting wanita mengunting pelanggan lelaki. Sedangkan yang dibenarkan wanita boleh mengunting pelanggan wanita sahaja. Perlanggaran syarat lesen itu mungkin disengajakan atas hak non-Muslim (khususnya sosial orang Cina) yang tidak melarang, malah agama mereka dikatakan membolehkan wanita menggunting lelaki. Maka mereka sedia tidak mematuhi syarat lesen. Kesannya,ia telah menjadi isu politik apabila MCA dan DAP mulai bising, kononnya undang-undang Islam sudah dikenakan ke atas non-Muslim!

Sebelum ini tidak pun dibisingkan soal syarat tersebut. Ia sudah telah dilaksanakan kira-kira 20 tahun lalu. Ia kerana senario sosial (kesan pentadbiran BN di Kelantan) yang banyak terbuka ruang maksiat, termasuk pelacuran di sebalik perniagaan salon unisex. Hal ini diakui sendiri oleh Cikgu Lau (bekas Setiausaha Parti Gerakan Kelantan). Justeru peraturan melarang menggunting wanita-lelaki atau lelaki-wanita dilaksanakan. Rasional seawal pentadbiran Islam (selepas PAS mengambil alih daripada BN) adalah atas alasan untuk mencegah perkara mungkar (maksiat dan pelacuran).

Realitinya pada masa itu, masyarakat non-Muslim boleh menerima tujuan baik kerajaan negeri Pimpinan Ulama, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Setiap kali pilihan raya, peraturan mencegah kemungkaran itu diuar-uarkan dan ia mendapat sokongan padu umat Islam. Pendekatan dakwah-politik itu tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah kuasa BN. Justeru pemimpin UMNO terdiam dan akur dan cuba mengelak daripada dijadikan bahan kempen (bimbang takut makan diri).

Apa pun selepas dibisingkan isu tuntutan peniaga kedai gunting (mahukan peraturan itu dipinda), timbul hujah dan alasan--kedai gunting sekarang sudah profesional, keadaan kedai gunting sudah telus dan beroperasi di tempat terbuka--maka mereka mendesak (melalui perjumpaan wakil persatuan peniaga Cina) pihak kerajaan negeri Kelantan membenarkan kedai gunting unisex. Sosial non-Muslim (khususnya kalangan masyarakat Cina) sekarang bersikap adalah 'tidak salah' menggunting lelaki oleh wanita atau sebaliknya. Justeru mereka menganggap peraturan lama (20 tahun lalu) itu perlu diperbaharui (dibolehkan kepada non-Muslim), kerana ia suatu perniagaan dan perkhidmatan sosial dan tidak lagi bersifat maksiat lagi.

Apa pun keadilan tetap menjadi keutamaan di sisi kerajaan negeri yang berteraskan amalan Membangun Bersama Islam. Atas hak non-Muslim, mereka sudah dibenarkan membuka restoran khusus untuk mereka menikmati hidangan yang hartama di sisi Islam. Mereka juga dibenarkan berniaga dan minum minuman keras (arak atau alkohol). Malahan kerajaan negeri tidak menutup pasar Pokok Pinang di Kota Bharu yang menjual daging babi di tempat terbuka.

Kesemuanya di sisi norma sosial masyarakaat Islam adalah tidak sensitif dan ia menggembirakan masyarakat non-Muslim. Ia suatu keharmonian yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Apa pun, persepsi harmoni dan sejahtera hidup pelbagai kaum di Kelantan itu membuatkan parti politik pesaing (UMNO dan rakan BN-nya) amat iri hati. Atas asas ini, isu kedai gunting yang disaman itu telah digunakan sepenuhnya untuk mengeruh keharmonian dan kesejahteraan. Ia suatu tindakan politik terdesak oleh puak BN di Kelantan.

Walau pun begitu, pihak kerajaan negeri Kelantan tetap bersifat terbuka. Sesi dialog dan penjelasan serta mendengar pandangan daripada pihak terbabit telah diadakan. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memberi mandat kepada ahli exco, Dato' Takiyudin Hassan dan Dato' Dr. Mohamad Fadhli Hassan merunding dan mengambil langkah positif bagi mendengar pandangan dan langkah terbaik demi keadilan untuk semua pihak.

Mengambil mandat itu, maka pihak PAS Negeri Kelantan turut menyatakan sikap sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat perhubungan minggu lalu, bersetuju agar hak sosial non-Muslim Kelantan diberi secara adil, termasuklah dalam bab kedai gunting. Kalau kedai babi dan kedai arak dibenarkan apalah susah sangat untuk meraikan hak mengunting. Apa pun hak yang mungkin diberikan secara eksklusif kepada non-Muslim itu perlu mematuhi norma sosial yang positif kepada keharmonian dan kesejahteraan.

Natijahnya kedai gunting untuk semua jantina hendaklah bebas daripada aktiviti tidak bermoral yang ditegah oleh semua agama. Ia boleh diurus secara baik dan profesional. Apa pun ia terserah kepada kebijaksanaan pihak kerajaan negeri Kelantan dalam merangka beberapa peraturan dan syarat yang telus demi menghormati sensitiviti sosial umat Islam. Jika hal ini dapat diolah secara terbaik, UMNO akan terus ternganga dan non-Muslim akan terus selesa bersama Kepimpinan Ulama.http://greencresent-wanibrah.blogspot.c

Kantoi! Penipuan BN terbongkar seluruh dunia!

Posted: 14 Dec 2012 03:56 AM PST

http://jalanpulang1978.blogspot.com,




Memalukan! 

Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia!

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa "sengaja" memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.

Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara.

Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM "memudahkan" silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.

"Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita," kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan 'A' yang diperolehi semasa peperiksaan," tambah mereka.

Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.

Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.

Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.

Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata.

Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.

Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.

"Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM," kata Pua dan Ong.

Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.

Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.

"Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.

"Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik)," kata mereka.

TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.

Robert Phang akan saman Musa Hassan kerana jatuhkan reputasinya

Posted: 14 Dec 2012 02:39 AM PST


Robert Phang: Kerana reputasi diturunkan. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR — Tan Sri Robert Phang mengesahkan beliau akan menyaman bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, berkenaan dengan dakwaan beliau berkenaan dengan dalahlaku semasa Phang menjadi ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 Phang memberitahu The Malaysian Insider beliau bersetuju untuk memfailkan saman berikutan tuduhan Musa itu.

"Ya, saya pasti saman dia," katanya dalam temubual eksklusif oleh The Malaysian Insider semalam. "Dia merosakkan reputasi saya. Saya sudah bincang dengan peguam saya.

"Saya dah tunggu tiga hari tetapi masih tidak ada apa-apa, jadi saya terus akan failkan saman," katanya.

Musa, yang kini sering disebut-sebut namanya kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior untuk mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Musa Hassan: Dakwaan melibatkan pegawai kanan polis. — Gambar fail
"(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam," dakwa Musa.
 "Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang lagi.

Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.

Dalam kenyataannya di Free Malaysia Today semalam, Haniff mengesahkan kenyataan Phang bahawa beliau tidak pernah melantik ahli perniagaan itu sebagai penasihat polis.

"Saya tidak pernah mempunyai penasihat. Tetapi ramai yang menasihati saya tentang jalan yang mana tidak sesak, kedai mana untuk beli-belah.

"Jika Musa mendakwa Phang berkata bahawa beliau adalah penasihat saya, itu antara mereka berdua," kata Haniff dalam laporan di dalam portal berita tersebut.

Phang juga menafikan bahawa beliau menentang Mywatch, sebaliknya berkata masalah utamanya ialah Musa menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform semata-mata.

"Saya tidak ada masalah dengan Mywatch, cuma Musa menggunakan Mywatch sebagai platform untuk dirinya," kata Phang.

"Dia mahu dilihat dan didengari semula oleh orang ramai, sebab itu beliau mengalami withdrawal syndrome, jika begitu, saya cadangkan beliau untuk berjumpa pakar sakit jiwa dan dapatkan perubatan, kalau tidak ia tidak elok untuk kesihatannya.

"Saya mendoakan beliau cepat sembuh," kata Phang lagi.

Phang beberapa hari lalu enggan untuk memohon maaf kepada Musa kerana menggaitkan MyWatch dengan sindiket jenayah, dan berkata beliau bersedia untuk bertemunya di mahkamah.

Musa mendesak beliau memohon maaf dan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Phang atau  tindakan undang-undang diambil kerana pertuduhan Phang terhadap MyWatch.

Salun: Gerakan, MCA gagal raih simpati

Posted: 14 Dec 2012 02:32 AM PST

Rizal Tahir,


KOTA BHARU: MCA dan Gerakan dianggap gagal meraih simpati pengundi bukan Islam di Kelantan berkaitan isu salun yang cuba dipolemik, setelah diselesai segera kerajaan negeri.

Keputusan Kelantan menangguh penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut berkaitan orang bukan Islam sehingga satu kajian dan penilaian semula dibuat disifat pelbagai pihak tindakan bijak.

Bekas Setiusaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua (gambar) berkata, pemimpin Gerakan dan MCA paling kecewa dengan keputusan terbaru kerajaan negeri semalam.

"Saya menemui beberapa pemimpin MCA dan Gerakan di sini, mereka menyatakan sangat kecewa kerana isu ini dapat diselesaikan dalam masa singkat.

"Mereka mengeluh kerana tidak dapat lagi mengambil kesempatan mengeksploit isu berkenaan bagi meraih simpati pengundi Cina," katanya di sini.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penangguhan penguatkuasaan tersebut mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan hasil perjumpaan dengan pemimpin NGO bukan Islam baru-baru.

Menurutnya penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang telah diguna pakai sejak 1991 ditangguhkan pada mesyuarat Exco.

Sebelum ini seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar banyak saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Ekoran itu kerajaan negeri mengadakan pertemuan dengan wakil daripada Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan.

Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan

Posted: 14 Dec 2012 02:30 AM PST



Khalil al-Syarif - Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.

Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.

Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.

Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.

Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.Detik Islam

Calon DHPP: Kesungguhan PAS Pahang dihargai

Posted: 14 Dec 2012 02:28 AM PST

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: Kesungguhan PAS Pahang untuk meletakkan calon dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) disambut baik.

Malah, kesungguhan itu perlu dicontohi negeri-negeri lain yang pernah menyuarakan hasrat sama berkenaan perkara tersebut.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa (gambar) berkata kesungguhan PAS Pahang itu merupakan satu berita gembira kepadanya dan ahli DHPP.

"Saya gembira dengan kesediaan PAS Pahang yang ingin memberikan satu kerusi kepada calon dari DHPP. Saya masih menunggu negeri-negeri lain menyatakan komitmen yang sama," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Mujahid berkata selain Pahang, beberapa negeri lain pernah menyatakan hasrat yang sama iaitu Selangor, Sabah, Sarawak dan Perak.

Namun, tegas Mujahid negeri-negeri tersebut masih belum menunjukkan kesungguhan seperti Pahang.

"Saya harap, di negeri-negeri lain itu perlu berani menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon DHPP di satu kerusi menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegas beliau.

Biarpun menyedari pemilihan calon akan diputuskan Majlis Syura PAS, Mujahid berkata secara umumnya Majlis Syura telah memberikan 'lampu hijau' berkenaan perkara tersebut.

"Tinggal lagi, mencari calon-calon di kalangan DHPP yang boleh membawa agenda parti menjelang pru-13 ini," tegas beliau.

Jemputan Menghadiri Majlis Pelancaran GEGAR

Posted: 14 Dec 2012 02:25 AM PST




Merujuk perkara di atas, Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) menjemput pihak tuan untuk menghadiri majlis pelancaran GEGAR.

2. GEGAR adalah sebuah gabungan badan bukan kerajaan (non-government organisation-NGO) yang diwujudkan bertujuan membangkitkan kesedaran rakyat Sabah khususnya anak muda untuk menuntut perubahan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 ini. GEGAR terdiri daripada 11 pertubuhan lagi melibatkan pertubuhan politik, sosial, alam sekitar, anak muda dan mahasiswa.

3. Justeru, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menghadiri Majlis Pelancaran GEGAR pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Disember 2012 (Ahad)
Tempat: Wisma Muis, Tingkat 1, Bilik Madani
Masa : 9.00 pagi-11.30 pagi

4. Kami juga memohon jasa baik pihak tuan untuk mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai warna tema solidariti GEGAR. Sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Sdra. Khairuddin- 0135467541.

Perhatian dan jasa baik pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

'Anak Muda Mahu Perubahan'

Yang benar,

(HARIEY ADI KARMIN)

Koordinator
Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR)

Lampiran Kepada:

Solidariti Anak Muda Sabah (SAMS)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah
Gabungan Menuntut Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih)
Partners of Community Organisation in Sabah (PACOS Trust)
Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH)
Royalti Sabah (R Sabah)
Youth Borneo Revolution
Occupy Kota Kinabalu
Parti Politik
Aktivis Sosial
Pengamal Media

HKR: Terengganu 14 dan 15, Perlis 17 Disember

Posted: 14 Dec 2012 02:23 AM PST

Harakahdaily,


KUALA TERENGGANU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Terengganu akan diadakan  14 dan 14 Disember ini di Paka, Dungun.

Di Terengganu, program ini lebih dikenali dengan nama PGU (PAS Ganti Umno) sempena program yang diadakan seluruh Terengganu sebelum ini.

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut serta di program ini nanti adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Datuk Yahya Lampong, bekas timbalan menteri juga akan menyertai program ini.

Di KANGAR: Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat akan meneruskan momentumnya bagi peringkat negeri Perlis pada 17 Disember ini.

Himpunan peringkat negeri Perlis ini akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok dekat sini.

Program bermula dengan penampilan selebriti Aby Abadi yang akan bersama para peminatnya dalam program Santai Wanita pada jam 5.00 petang.

Kemuncak program Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat akan bermula jam 9.o0 malam dengan persembahan kebudayaan melibatkan kesemua kaum utama seperti Hadrah, gendang Cina, gendang India serta gendang kaum Thai.

Ini diikuti dengan pidato yang bakal disampaikan oleh pimpinan termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Setiausaha Agung KeADILAn, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke.

Tulisan Biadab Bekas Menteri Burukkan Hubungan Malaysia-Indonesia

Posted: 14 Dec 2012 02:22 AM PST

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat ketidakupayaan Barisan Nasional sebagai peneraju negara semakin terserlah apabila dengan sengaja mencetuskan perbalahan moral dengan negara serumpun iaitu Indonesia melalui satu penulisan 'sampah' yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

AIC melihat penulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai ZAM ini sebagai penuh rasa sombong dan marah, serta tidak menggunapakai etika penulisan yang sebenar dan malas untuk menggali data-data sebenar bagi menerangkan keadaan.Ini turut menggambarkan Barisan Nasional sebagai betul-betul panik menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Zainuddin Maidin sebagai seorang ahli politik veteran dan pengalaman sebagai bekas editor Kumpulan Utusan tidak menulis artikel itu semata-mata sebagai kolum bacaan biasa, tetapi lebih tertumpu sebagai menipiskan upaya politik dan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Pakatan Rakyat.

Malah tiada permohonan maaf serta sikap berdiam diri Barisan Nasional menggambarkan artikel itu adalah seolah-olah adalah pendirian rasmi regim Malaysia itu, dan tidak menggambarkan langsung usaha Datuk Seri Najib Razak yang berpendidikan terbuka di Britain, untuk membawa satu pembaharuan dalam "tranformasi' yang dilaungkan, dengan cara rendah mengekang pembangkang dalam pilihanraya.

Sebagai bekas Presiden Republik Indonesia, Prof. Dr. Ing BJ Habibie pastinya salah seorang tokoh yang membawa imej negara republik itu ke mana-mana sahaja negara yang beliau kunjungi, dan menjadi satu imej terhormat di dalam dunia yang terbuka ini untuk beliau rapat dengan sesiapa sahaja yang beliau inginkan tanpa ada sifat prejudis.

Menghina BJ Habibie adalah laksana menghina bangsa Indonesia itu sendiri secara keseluruhannya, meski semasa era pentadbiran beliau tetap menerima kritikan dan perbalahan isu dalam negara, tetapi beliau tetap dihormati sebagai bekas Presiden yang membawa Indonesia melalui zaman reformasi dengan begitu baik, adil dan saksama.

Ternyata Barisan Nasional sebagai pemerintah gagal memainkan peranan diplomatik yang diperlukan sebagai sebuah kerajaan berdaulat. Mencipta konfrontasi dengan negara luar apatah lagi di saat banyak isu dua hala yang tidak selesai, menggambarkan kerajaan Najib Razak sudah begitu lemah dan pura-pura bertenaga untuk memimpin lima tahun ke hadapan.

AIC bertegas bahawa penulisan dan etika Zainuddin Maidin itu sama sekali tidak boleh diterima, dan hanya mewakili pandangan individu dan parti komponen Barisan Nasional sahaja, jauh sekali menggambarkan pendirian rakyat Malaysia secara menyeluruh. Rakyat Malaysia menjunjung hubungan baik dengan Republik Indonesia sebagai sahabat terdekat, yang sentiasa bersama-sama negara ini dalam suka dan duka sepanjang penubuhannya sejak dulu.

Justeru, penulisan Zainuddin Maidin harus dipandang sepi, sebagai satu interpertasi seorang penulis, dan bekas Menteri yang akhirnya telah bertukar menjadi satu penulisan yang cukup bodoh dan kurang ajar, berniat mencemarkan hubungan dua hala semata-mata mencuba untuk memburuk-burukkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Malaysia yang sebenar diterima oleh pimpinan dunia terutama di Asean.

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia

Musuh Najib yang sebenar ada di dalam Umno

Posted: 14 Dec 2012 02:18 AM PST

Aspan Alias,

BN sedang menghadapi zaman getirnya. Lagi hampir pilihanraya sampai, lagi banyak masalah yang timbul. Dalam ingin memenangi pilihanraya UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan. Dalam masa yang sama Najib sedang menghadapi masalah peribadi yang besar hasil dari pembongkaran oleh mereka yang rapat dengan beliau (Najib) dahulu tentang banyak perkara. Isu Altantuya dengan akuan sumpah Bala Subramaniam dan kenyataan-kenyataan Musa Hassan merupakan isu yang mencengkam pemikiran Najib dan keluarga sekarang ini.
Masalah yang dihadapi Najib ini tidak pula mendapat sokongan dari dalam UMNO sendiri kerana terlalu ramai dalam UMNO sendiri mahukan Najib berundur selepas keputusan pilihanraya yang dijangka buruk diumumkan. Ramai di dalam UMNO mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah kerusi yang kurang dari apa yang didapati dalam pilihanraya yang lalu. Jika ini berlaku maka mudahlah bagi 'Raja Muda' UMNO mengambilalih jawatan yang disandang oleh Najib sekarang ini.

Najib nampaknya kesaorangan kerana dalam UMNO sendiri terlalu ramai yang berkeyakinan UMNO akan tumpas dan jika mendapat kemenangan pun UMNO akan hanya mendapat kemenangan tipis. Dalam kedua-dua situasi ini Najib terpaksa berundur dan melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Bagaimana situasi ini boleh berlaku, ia merupakan ulangan sejarah dalam UMNO kerana perkara seperti ini sememangnya biasa berlaku dalam parti itu.

Hanya kali ini perpecahan yang berlaku akan menjahanamkan UMNO buat selama-lamanya kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang menonjol dan jelas mendapat dukungan rakyat berbilang kaum sekarang ini. Najib sebagaimana yang saya sebutkan selalu, mempunyai musuh yang lebih ramai di dalam UMNO itu sendiri daripada musuh di luar parti itu.. Najib sedang berhadapan dengan musuh di hadapan beliau iaitu pihak pembangkang dan musuh yang lebih merbahaya sekali, iaitu musuh beliau yang berada di dalam UMNO itu sendiri.

Ramai di dalam UMNO itu sendiri sudah merasakan yang UMNO itu sudah menjadi parti yang semakin hari semakin kurang mendapat  keyakinan dari ahli-ahlinya sendiri. Elemen yang akan menjatuhkan UMNO itu bukannya disebabkan kekuatan pembangkang semata-mata, tetapi yang akan menjadikan UMNO itu kecundang ialah kerana kekurangan keyakinan di kalangan ahli-ahlinya sendiri.

Persoalan yang mesti kita bertanya kenapa UMNO itu semakin hari semakin tidak diyakini oleh ahli-ahlinya sendiri?

Salah satu dari sebabnya ialah kerana pucuk pimpinannya yang mempunyai terlalu besar masalah yang terpaksa memikul 'baggage' nya yang terlalu berat. Ahli-ahli UMNO yang pada asasnya tidak mempunyai daya juang yang kuat akan mudah merasa rendah diri apabila mereka melihat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakain kuat dan di sebelah diri masing-masing melihat masalah peribadi pucuk pimpinan mereka yang terlalu besar.

Apa yang menjadi masalah lagi ialah, tidak ramai pimpinan UMNO itu sendiri yang bingkas mempertahankan Presidennya sendiri kerana di dalam hati mereka yakin yang isu-isu serta tuduhan  terhadap Presidennya itu ada asasnya dan mereka merasakan mempertahankan Najib itu akan mencederakan kredibiliti mereka sendiri. Malahan ramai di antara mereka tidak mahu di'associate'kan dengan Datuk Najib dan lebih mempunyai kecenderungan untuk mengaku untuk berpihak kepada Muhyiddin Yassin.

Di belakang tabir ramai di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri mahukan banyak kerusi dimenangi oleh pembangkang kerana mereka tidak mempunyai keyakinan yang Najib mampu memulihkan imej UMNO sebagai parti yang mempunyai kredibiliti. Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO yang menangguk di air yang keroh untuk kepentingan peribadi mereka.

Menikam pimpinan dari belakang ini merupakan kemahiran ramai pimpinan UMNO. Sekarang sejarah berulang sekali lagi. Datuk Hussein Onn terpaksa mengumumkan tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 1981 selepas beliau di tandingi oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin telah menandingi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1978 di atas permainan "Raja Muda' UMNO semasa itu untuk menekan Hussein berundur bagi 'Raja Muda' itu mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Usaha 'Raja Muda' UMNO itu berjaya dan kejayaannya membaling batu sembunyi tangan itu menempatkan beliau menjadi Presiden UMNO secara percuma dalam tahun 1981 dan beliau telah mula memecahkan UMNO dengan melagakan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan inilah cara pemimpin yang saya selalu sebutkan namanya di dalam blog ini bermain politik. Secara sistematik beliau telah menghapuskan semua pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai 'consequence' kepada negara dalam tempuh kurang dari sepuluh tahun. Tiada siapa yang beliau was-was dan cemburui akan selamat di bawah pimpinan orang ini.

Dalam permainan politik intra UMNO sekarang ini pun, beliau adalah pemain utamanya dan jika diikutkan kehendak hatinya beliau mahukan Najib berhenti dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin. Itulah sebabnya saya selalu berkata UMNO tidak perlu berdepan dengan pembangkang untuk tumpas, tetapi UMNO wajar berperang sesama sendiri terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan pembangkang.

Dalam pada Najib terdesak dengan permainan ini beliau terpaksa tunduk juga kepada pengaruh orang ini dan beliau (Najib) telah mengikut telunjuk dan kerenah orang ini sehinggakan banyak kesempatan diambil oleh keluaraga orang ini untuk mendapatkan peluang perniagaan secara monopolistik dalam negara ini.

Selagi orang ini masih bercakap politik dan bercakap pasal UMNO selagi itulah politik negara kita akan berkecamuk kerana keadaan berkecamuk inilah yang di kehendaki beliau kerana situasi berpecah belah UMNO itu akan meletakkan beliau sebagai orang penting kepada semua pihak.

Mungkin UMNO akan selamat apabila beliau berhenti bercakap politik yang membingungkan ramai orang itu. Tetapi apa pun samada beliau masih bercakap politik atau tidak UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk maju dan eloklah begitu. Biarkan pihak lain pula yang mentadbir kita. Tidak ada salahnya jika kita lakukan secara serius untuk perubahan itu, kerana demokrasi membenarkannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

S'gor sedia bincang Langat 2 dengan Pusat, tapi...

Posted: 14 Dec 2012 02:16 AM PST

Harakahdaily,


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sedia berbincang berhubung Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dengan syarat kerajaan pusat membenarkan kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula air di negeri itu.

Katanya, sehingga kini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap surat yang dihantar oleh kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika kerajaan pusat bersetuju untuk kerajaan negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan (Langat 2) lanjut," katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.

Projek Langat 2 menjadi polemik apabila kerajaan negeri tidak memberi kebenaran untuk projek tersebut diteruskan.

Bagi kerajaan negeri, tindakan paling wajar bagi menyelesaikan isu air di Selangor pada ketika ini adalah membuat penstrukturan semula industri itu.

Bagaimanapun, kerajaan pusat memutuskan bahawa projek Langat 2, yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kerajaan negeri berulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada pusat meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan.

Mahkamah putuskan Utusan bersalah fitnah Karpal

Posted: 14 Dec 2012 02:10 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar Umno Utusan Malaysia membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan akhbar itu bersalah memfitnah Karpal dalam satu laporannya empat tahun lalu.

Laporan itu bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' telah disiarkan pada 25 Ogos 2008 yang ditulis oleh Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut.

Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.

Karpal yang memfailkan saman itu pada 19 September 2008, mendakwa akhbar itu memfitnah beliau melalui artikel bertajuk DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu pada 25 Ogos tahun yang sama.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, keseluruhan kandungan artikel itu adalah palsu dan berniat jahat kerana ia tidak diucapkan oleh beliau ketika membuat ucapan pembukaan pada kongres itu.

Dakwanya, sepanjang keahliannya selama 26 tahun di Dewan Rakyat dan dalam ucapannya, beliau sentiasa menegaskan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini seperti dijamin di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan kebebasan menganut agama-agama lain.

Menurutnya, penerbitan artikel itu telah menjejaskan nama baik dan reputasinya secara peribadi, profesional dan politik.

Duta Palestin: 'Azeez bukan pertama, laporan muka depan pertama'

Posted: 14 Dec 2012 02:06 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.

Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.

Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.

Namun sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.

19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria  berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.

(Dr Fauzi menunjukkan sijil Duta Kehormatnya yang diberikan oleh kerajaan Palestin pada 22 Ogos 2012 lalu)

Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil  berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.

"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.

"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.

Bersih 2.0: Kerajaan diperintah bayar Mahfuz, Salahudin RM70,000

Posted: 14 Dec 2012 01:58 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah.

Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.

Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu.

Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka.

Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.

AMK desak Najib Razak bersihkan nama dari pendedahan Deepak

Posted: 14 Dec 2012 01:56 AM PST

KEADILAN DAILY

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak segera bersihkan nama daripada pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan agar imej dan kepentingan pemimpin tertinggi badan eksekutif dan negara tidak terjejas.
 
PM Najib Razak perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat tentang penglibatan isteri PM Rosmah Mansor serta ahli keluarga beliau terlibat dalam kes pembunuhan berprofil tinggi wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan projek penswastaan Kementerian Pertahanan pada tahun 2005.
 
AMK berpendapat bahawa rakyat berhak tahu perkara sebenar khasnya dalam isu membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua yang menolak kaitan Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantunya Shaariibuu.
 
 
 
Selain itu, dakwaan Deepak bahawa pembayaran satu sumbangan jumlah besar kepada ahli keluarga PM Najib Razak dalam satu projek penswastaan Kementerian Pertahanan yang bernilai RM100 juta juga perlu diperjelaskan agar kebenaran dapat dicari.
 
AMK menyifatkan PM Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain. Kredibiliti dan integriti Najib Razak telah dipertikai dan jatuh merudum.
 
Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi. Lebih mengecewakan adalah Najib Razak pula menyalahguna institusi kerajaan untuk menekan whistleblower serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti SUARAM yang membawa isu pembelian kapal selam Scorpene ke Mahkamah Perancis.
 
Kesemua usaha untuk menyekat kebenaran daripada ditegak serta cubaan mewujudkan suasana ketakutan di kalangan orang ramai hanya terbongkarnya hati nurani Najib Razak yang bersalah.
 
Sekiranya Najib Razak berasa tuduhan Deepak adalah tidak berasas, tidak benar dan berniat jahat, maka perlunya membersihkan nama beliau dengan mengambil tindakan mahkamah ke atas Deepak. Dengan cara ini baru boleh mengelakkan imej PM dan negara daripada terus terjejas.
 
Di samping itu, sekali lagi AMK mendesak PM Najib Razak menjawab 10 soalan yang telah dikemukakan pada Disember 3 dengan segera agar orang ramai dapat memperolehi maklumat yang mencukupi serta halatuju politik negara kita sebelum membuat keputusan pada Pilihanraya Umum ke-13.
 
PM Najib Razak tidak patut lari daripada pertanyaan orang ramai khasnya dalam isu-isu yang berkenaan dengan urus tadbir, pembangunan demokrasi, pengurusan ekonomi dan penentuan dasar negara. Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan.
 
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
012-2258607

19,454 ibu tunggal dapat manfaat pelbagai skim kerajaan Selangor

Posted: 14 Dec 2012 01:54 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor mendapat manfaat dan kemudahan daripada pelbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.

Mereka adalah daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.gov.my sehingga November.

Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.



Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Mengikut TV Selangor, beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

"Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari rumah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

"Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee di mana seramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kesemua skim yang ditawarkan memberi peluang kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM1,500 mendapat kemudahan dengan hanya mendaftar.

Dalam pada itu, Rodzuah turut menyarankan mana-mana ibu tunggal yang layak tetapi belum menerima bantuan untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.

"Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi," katanya lagi.

Najib ada peranan tarik balik akuan bersumpah Bala – Deepak

Posted: 14 Dec 2012 01:51 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR  Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka sudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.



Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

Mengikut Malaysia Kini, SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala… Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.

Tiada ulasan: