Jumaat, 14 Disember 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lim Guan Eng Terus Malukan BN

Posted: 14 Dec 2012 08:00 AM PST

24 penduduk KG Buah Pala gembira terima  rumah mewah RM500 ribu

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua ting kat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu. 

 Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan. 

 "Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji. 

 "Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa. 

"Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang. 

 "Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri. 

 "Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu," katanya. 

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak. 

 "Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini," katanya. 

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu...SUMBER

Harimau Malaya Kecundang : Tengok Video Gajah Perang ...

Posted: 13 Dec 2012 05:48 PM PST


Aku dah cakap hari tu : Bukan kerana Harimau Malaya itu tidak bagus. Bukan juga kerana Gajah Perang itu bagus bangat … Tetapi kerana badak ini sudah buka mulutnya di sini LOL! 

kampong lad berkata...kalah 0-2. Nampaknya ramalannya tepat secara kebetulan…kesian dengan Badak yang cakap ..."Harimau Malaya teruskan perjuanagn hingga ke TITISAN yang terakhir bagi...."

Maka kini berakhirlah sungguh TITISAN itu….Aku sendiri pun tak tahu apa maksud Badak tu cakap "TITISAN yang terakhir itu....LOL! 

Nasib malang menimpa skuad Harimau Malaya , mereka kalah secara agregat 1-3 kepada Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, malam tadi. 

Aku simpati dgn kekalahan itu tapi mahu ucapkan tahniah kepada si Badak!

Walau apa pun, ramai peminat Harimau Malaya seperti tidak dapat menerima kekalahan tersebut dan marah dan menyalahkan pengadil perlawanan, Lee Min Hu dari Korea Selatan dan tuduh dia rasuah! Ha! ha!


Mohamad Fadhli Mohd Shas pada minit ke-44 dilayangkan kad merah kerana bergaduh dengan pemain tengah Thailand, Datsakorn Thonglao. Mereka kata berat sebelah dan suruh bekas guru itu kembali mengajar di sekolah!

Walau bagaimana pun, kalau diamati permainan malam tadi, Gajah Perang nyata lebih unggul dengan kemahiran individu dan tactical play yang menguasai sebahagian besar permainan dengan serangan bertali arus ke kubu skuad kebangsaan. 

Video permainan malam tadi masih belum terdapat di You Tube. Korang tengoklah yang ini dahulu : 


Kalau di Thailand, dia orang boleh latih gajah bermain bolasepak, apa kata kita di sini melatih badak pula main bolasepak?

Tiada ulasan: