Khamis, 13 Disember 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Datuk K cedera kemalangan di New Zealand

Posted: 13 Dec 2012 03:35 PM PST

NIZAM ZAIN

[DIKEMAS KINI, JAM 10.35 MALAM] SHAH ALAM - Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang wakti tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya.

Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga esok.

Anak kelahiran Kuala Lipis itu dalam media sosial Twitter pada jam 7.46 malam memberitahu beliau baru saja menghubungi suaminya dan dapat bercakap dengannya sambil meminta peminatnya agar mendoakan Datuk K pulih segera.

"Terima kasih semua yang mendoakan suami saya... alhamdullillah dapat bercakap dengan suami tadi... sama-sama doakan agar DK segera sembuh ye...salam," kata beliau.

Dalam satu mesej sekitar jam 1.40 tengah hari tadi, Siti menulis, "salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert. Ct (Siti) tak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tidak terduga. Mohon memahami ya," katanya lagi.

Datuk K dilaporkan berada di New Zealand sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.

Sementara itu, laporan Bernama lewat malam ini menyebut bahawa Datuk K dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan.

Memetik anggota keluarga terdekat Datuk K yang enggan dikenali, Bernama berkata, kemalangan berlaku apabila Datuk K cuba mengelak kayu di atas jalan raya.

"Beliau kini dilaporkan stabil dan dirawat di sebuah hospital di Queenstown," katanya.

Menurutnya Siti dan kakak iparnya Datin Zaiton Mohamad Jiwa akan berlepas ke New Zealand esok.

Piala AFF: Malaysia gagal ke final

Posted: 13 Dec 2012 03:32 PM PST

Noor Hafiza Che Abdullah

Logo Piala AFF
.
MISI Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.
Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2. Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65.

Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.

Pada perlawanan malam ini, sebaik perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.

Selepas itu, giliran Thailand menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.

Selang minit kemudian, gawang Malaysia terus diuji apabila Jakkraphan @ornsai hampir-hampir ambil kesempatan daripada kesilapan Aidil. Pun begitu penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan.

Kehadiran penyokong Thailand di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.

Thailand sekali lagi mempunyai peluang meledak gol pada minit ke-19. Rembatan Teerasil melepasi benteng pertahanan Malaysia.

Susulan serangan Thailand, Malaysia melakukan asakan dan peluang negara tiba menerusi larian solo Mat Yo pada minit ke-24. Serangan Mat Yo  dipatahkan pertahanan Thailand.

Benteng pertahanan Malaysia terus huru hara apabila diasak oleh Thailand, namun Mahali menanduk keluar hantaran Datsakon pada minit ke-29.

Malaysia yang terdesak memburu gol awal terus tertekan apabila  pemainnya, Fadhli Shas dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Lee Minhu pada minit ke-44.

Beraksi 10 orang pemain nyata tidak melemahkan semangat Malaysia untuk memburu gol. Bagaimanapun tendangan percuma Safiq berjaya diselamatkan oleh Kawin dengan senang.

Babak kedua bermula, Thailand terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia. Percubaan Apipoo Suntornpanavej tersasar.

Kesilapan pemain  pertahanan Malaysia, Amar yang menanduk bola dari tandukan Panupong Wongsa akhirnya memberi Teerasil peluang untuk meledak gol pertama pada minit ke-61 sekali gus menggegarkan stadium tuan rumah.

Teerasil sekali lagi hampir membolosi gawang apabila berjaya melepasi benteng perthanan Malaysia, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan harapan negara.

Selang satu minit kemudian, Theerathon menambah jaringan skuad Thailand sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah.

Biarpun ketika Thailand dilihat lebih menguasai permainan, Malaysia tetap enggan menyerah kalah apabila tendangan Aidil pada minit ke-76  yang melepaskan dari jauh hampir membolosi gawang lawan.

Begitupun, Kawin menyelamatkannya dengan mudah.

Thailand terus ghairah memburu gol ketiga apabila Anucha memecut di sayap kiri tetapi hantaran beliau tersasar.

Malaysia terus berusaha menguji benteng pertahanan Thailand, dua percubaan menerusi dua penyerang negara, Mat Yo dan Safe Sali terus gagal dilaksanakan.

Safee sekali lagi mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-84 tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Thailand.

Malaysia yang tertekan terus mengasak, namun sepakan percuma yang diperolehi Harimau Malaya terus menemui jalan buntu apabila gagal membolosi gawang lawan sehingga kedudukan tersebut kekal ke wisel penamat.

Jaringan:

  THAILAND: Teerasil Dangda (minit ke-61), Theerathon Butmathan (minit ke-65)
    
 Barisan pemain:

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohamad
Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (kapten), Amar
Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan (Mohd Khyrill
Muhymeen Zambri), Azamuddin Mohd Akil, Norshahrul Idlan Talaha.
  
THAILAND
: Kawin Thamsatchanan, Panupong Wongsa (kapten), Theerathon
Butmathan (Apipoo Suntornpanavej), Chonlatit Jantakam, Jakkapan Pornsai (Sompong
Soleb), Datsakorn Thonglao, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Phichitphong
Choeichiu (Arthit Sunthornphit), Piyaphon Buntao, Teerasil Dangda.
       
Pengadil: Lee Min Hu (Korea Selatan)

Ziarah amal ke rumah Datuk Yahya Sulong

Posted: 13 Dec 2012 03:27 PM PST

 smnoor

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) telah mengadakan ziarah amal di rumah Datuk Yahya Sulong, Bandar Baru Sentul di sini semalam.

Rombongan DPPWP diwakili oleh Ketua Pemuda PAS WP, Sdr. Kamaruzaman Mohamad. Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Sdr. Mohamad Suhaimi selaku Timbalan Ketua Pemuda, Sdr. Wan Shafareen selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPWP dan beberapa orang yang lain.

Ketibaan DPPWP jam 8 malam itu telah disambut oleh Datuk Yahya Sulong sendiri. Walaupun dalam suasana hujan yang lebat namun ianya tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda PAS WP ini untuk berjumpa dengan veteran artis dan pelawak ini.

Pertemuan selama 45 minit tersebut telah membuahkan kemesraan di antara golongan muda dengan yang lama. Veteran artis yang berusia 84 tahun ini memaklumkan bahawa isterinya sedang menghidapi barah paru-paru selama 6 bulan manakala beliau pula mengalami masalah semput.

Penderitaan beliau bertambah parah apabila terpaksa menjelaskan tunggakan sewa rumahnya dengan pihak DBKL sebanyak RM800. Ini ditambah pula dengan tiadanya peluang berlakon selama 6 bulan dan beliau tidak mempunyai pendapatan yang lain.

Justeru, dalam pertemuan tersebut, pihak DPPWP telah memberikan sedikit sumbangan dan barangan dapur bagi meringankan beban kedua-dua mereka. Penderitaan Datuk Yahya Sulong mendapat perhatian apabila berita mengenai arahan DBKL supaya beliau dan isterinya mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Medan Minyak Bertam PM307; Najib Berbohong?

Posted: 13 Dec 2012 03:24 PM PST

 Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/PM307%20Milik%20Siapa.jpgPAS Pahang mendesak Perdana Menteri menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam, samada  berada di dalam perairan Pahang atau Terengganu, kerana ia turut dituntut oleh kerajaan Terengganu, sedangkan Perdana Menteri telah mengumumkan penemuan Medan Bertam sebagai hak bagi negeri Pahang.

Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Oktober, 2012:

"Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Penemuan ini telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin. Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, serta komitmen kerajaan untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri, dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka akan menerima wang ehsan sekitar 100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014."

Namun, di sidang DUN Terengganu, maklumat baru timbul menyatakan bahawa telaga minyak tersebut dijumpai di perairan Terengganu dan bukannya Pahang. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini.

Kita tidak mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat, kerana ini tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara. Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan penemuan kawasan telaga baru tersebut, bahkan turut menyatakan dengan penuh komitmen bahawa Pahang akan diberi  wang ehsan sebanyak RM 100 juta setahun.

Pengumuman ini dilihat satu perkembangan baru yang menarik, untuk usaha penerokaan kawasan minyak di Pahang yang turut disahkan mempunyai kawasan minyak dan gas.

PAS Pahang berharap PM tidak bermain politik dalam hal ini. Penegasan dari beliau akan meredakan ketegangan antara dua negeri yang turut menuntut medan Bertam sebagai hak negeri mereka.

Kerajaan Pahang seharusnya turut menjalankan kajian bagi pengesahan kawasan penemuan minyak tersebut, dan sekiranya benar ia di perairan Pahang, kerajaan negeri harus menuntut pembayaran dari Petronas dan Kerajaan Pusat (Persekutuan) ikut sebagaimana Perjanjian Petroleum 1974 sebagai royalti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Pesuruhjaya PAS Pahang

Sah! Projek Kambing Kaprima Gagal

Posted: 13 Dec 2012 03:23 PM PST

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/kaprima%20gagal.jpgKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akhirnya terpaksa mengakui projek penternakan kambing kaprima yang diusahakan sejak dua tahun lalu tidak berjaya bahkan gagal mencapi matlamat asalnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris berkata pelaburan kerajaan negeri dalam projek penternakan kambing kaprima hampir RM3 juta itu belum tercapai dari matlamat asal.

Katanya, tujuan asal bagi membasmikan kemiskinan tegar serta mensifarkan kemiskinan di negeri Terengganu.

"Pelaburan kita (kerajaan) dalam projek penternakan kambing kaprima sebanyak RM2,927,663.87 iaitu hampir RM3 juta.

"Kita mulakan pada 15 November 2010 sebanyak 500 ekor kambing spesies kaprima dengan 20 ekor jantan dan kini hanya tinggal 267 ekor sahaja akibat kematiannya sejak dua tahun lalu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adun Kemasik, Ir Rosli Othman pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 12 Disember lalu.

Menurutnya, keadaan tersebut berlaku disebabkan beberapa masalah termasuk banjir, lokasi yang tidak sesuai serta pengusaha yang tidak berpengalaman.

Malah, katanya pengusaha terpaksa berbelanja sebanyak RM5,200 sebulan, sedangkan hasil yang diperolehi sejak awal cuma RM10,300 sahaja itu pun hasil dari penjualan najis kambing tersebut.

Asha'ari menjelaskan kerajaan mewujudkan projek tersebut pada peringkat awal bagi membasmikan kemiskinan melalui cadangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang inginkan penjelasan sama ada benar kambing tersebut mati disebabkan banjir kerana mendakwa Kampung Chabang, Kemasik terletak di kawasan tinggi serta berbukit, Exco berkenaan berkata banjir tidak menyebabkan haiwan itu lemas, sebaliknya kandang yang ditenggelami air menyebabkan masalah kematian ternakan berlaku.

"Banjir yang berlaku di kawasan ternakan kambing kaprima menyebabkan rumput mati, pengusahanya tidak berpengalaman dan tidak ada pekerja yang berkemampuan.

"Tapi, tidaklah (banjir) sampai lemas cuma bila kandang tenggelam air jadi masalah kepada haiwan ternakan itu," jelasnya.

Misi Ke Gaza Yayasan Amal Bertolak Hari Ini

Posted: 13 Dec 2012 03:20 PM PST

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/air%20mata%20palestin%20sabasun1.jpgKUALA TERENGGANU - Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan melepaskan rombongan Misi Perubatan dan Rehabilitasi Yayasan Amal Malaysia di perkarangan masjid Rusila pada jam 10.30 pagi, Jumaat (hari ini) 14 Disember,

Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis 'Air Mata Palestin' yang diadakan di Sabasun HyperRuncit, di sini pada Rabu 12 Disember.

"InsyaAllah, rombongan Misi Perubatan dan Rehabilitasi Yayasan Amal akan dilepaskan dalam satu majlis ringkas di masjid Rusila pada Jumaat ini oleh YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang Ahi Majlis Syura Yayasan al-Quds,

"rombongan akan bertolak dari KLIA pada 15 Disember dan akan tiba di Gaza pada Isnin 17 Disember,"ujarnya.

Menurutnya seramai 11 orang ahli rombongan tersebut akan menghabiskan masa selama empat hari di wilayah bergolak itu bagi menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan meninjau lokasi bagi membangunkan bengkel pembuatan anggota palsu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/air%20mata%20palestin%20sabasun.jpgSehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada pihak pengurusan Sabasun HuyperRuncit yang telah menganjurkan majlis tersebut dan turt menyumbang kewangan sebanyak RM50,000.00 kepada Dana Gaza.

Beliau juga bersyukur kerana senstiviti rakyat Malaysia umumnya, dan rakyat negeri Terengganu khususnya, yag berlumba-lumba memberikan sokongan kepada misi tersebut.

"AlhaamduliLlah, saya bagi pihak Yayasan Amal dan selaku ketua Misi pada kali ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan sabasun yang bersama-sama menjayakan malam ini dan turut menyumbang bagi kerja-kerja kebajikan kami di Gaza kelak,"jelasnya.

Dr. Suhazeli juga berharap sokongan tersebut akan berterusan sehingga kerja-kerja membantu penduduk Gaza dan rakyat Palestin, sehingga mereka bebas dari cengkaman Israel laknatuLlah.

Beliau berkata, kepada mereka yang masih berhajat untuk memberikan sumbangan bagi Misi kali ini, boleh berbuat demikian pada waktu perlepasan di masjid Rusila nanti.

PRU13: Jangan perkecil undi Perkasa

Posted: 13 Dec 2012 03:15 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Ibrahim Ali
Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR -  Datuk Ibrahim Ali menasihatkan mana-mana pihak khususnya parti politik tidak memperkecilkan peranan ahli-ahli Perkasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Presiden Perkasa ini tidak menolak pertubuhan bukan kerajaan ini, yang terdiri daripada sekitar 300,000 ahli akan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti dalam PRU13.

"Awak boleh kata saya 'king maker' tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting," kata  beliau kepada Sinar Harian Online semalam sempena Perhimpunan Agung Perkasa hujung minggu ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, "sebab itu saya nak bagi tahu kepada mana-mana pihak, jangan memperkecilkan Perkasa."

"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya lagi.

Perkasa ditubuhkan susulan pilihan raya umum empat tahun lalu. Ia akan mengadakan perhimpunan agung tahunan ketiga Sabtu ini.

Dalam pada itu, kata Ibrahim, Perkasa menyokong Barisan Nasional dalam PRU13.

"Pendirian Perkasa ialah kita masih NGO dan kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini, tetapi kita juga terima hakikat dalam memenuhi agenda Melayu, Bumiputera dan keselamatan negara, kita juga mahu melihat kestabilan politik negara, kita juga berhak mengundi, nak tak nak kita kena tentukan pendirian untuk pilihan raya.

"Walaupun kita tak bertanding sekurang-kurangnya nak pandu ahli-ahli kita kepada siapa kita nak memilih," kata beliau yang mengesahkan pihaknya memutuskan untuk menyokong BN.

Katanya, ia keputusan dicapai pada sesi pemukiman Perkasa pertengahan tahun ini.

Calon PRU13: Ku Li serah kepada Najib

Posted: 13 Dec 2012 03:13 PM PST

SINAR HARIAN

Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
Tengku Razaleigh Hamzah
 
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.

"Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno Gua Musang, berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN akan terus kekal mendapat mandat daripada rakyat.

Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baru kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat.

"Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dun kekal menang.

"Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya.

Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengekalkan kemenangan.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin dan anggota Umno peringkat bahagian itu sentiasa terbuka bagi bekerja dalam satu pasukan dan sejarah juga telah membuktikan BN di Gua Musang terus kekal mendapat mandat rakyat. - Bernama

Pegang jawatan Umno, Timbalan Pengarah SPR Sabah salah guna kuasa

Posted: 13 Dec 2012 07:10 AM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Memegang jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ada jawatan dalam parti politik merupakan salah guna kuasa, kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia.

Beliau merujuk Timbalan Pengarah SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang juga Ketua Penerangan Umno Kinabatangan.

"Isu ini sama dengan Pengerusi dan Timbalan SPR yang sebelum ini mengakui ahli Umno. Kita mahu mereka letak semua jawatan.


"Bila berperanan dalam Umno, itu salah guna kuasa. Ini adalah alat untuk mereka (Umno) menang. Dengan cara ini, sudah pasti mereka boleh tolong parti yang disertainya untuk menang," kata Roland ketika dihubungi.

Beliau mempersoal pegawai SPR yang menganggotai mana-mana parti politik kerana akan mendedahkan ketidaktelusan badan itu terutama melibatkan proses pengundian dan daftar pemilih yang diragui semua pihak.

"Jelas ketelusan SPR sebagai badan bebas terjejas apabila orang politik ada peranan dalam SPR," ujar Roland yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan 'menyokong' kakitangan SPR menyertai parti politik.

"Boleh…tapi untuk jadi pacaba atau polling agent masa hari mengundi, bukannya jadi timbalan pengarah yang kita jelas beliau berkuasa memberi arahan. Ini tak boleh berlaku dan tak pernah ada dalam sejarah negara mahupun dunia," kata Roland.

"Kita mahukan SPR jalankan tugas dengan adil, tanpa berat sebelah dan tanpa melibatkan parti politik. Kita ingatkan Umno BN supaya jangan guna taktik kotor meskipun sangat terdesak untuk menang pilihan raya nanti," katanya.

Retreat pemimpin KEADILAN rangka strategi terkini hadapi p’raya

Posted: 13 Dec 2012 07:03 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : KEADILAN mengadakan retreat pemimpin tertinggi parti itu bermula hari ini dan esok di Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, program itu bertujuan merangka strategi terkini parti tersebut menjelang pilihan raya yang bakal diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan.



Ahli Parlimen Machang itu berkata, KEADILAN akan melaksanakan strategi yang diguna pakai oleh parti AK di Turki yang meletakkan anak-anak muda untuk mengetuai jentera strategik dan media baru untuk memantapkan lagi penguasaan mereka di internet.

"Dan dalam engagement saya dengan mereka, saya dapati juga keadaan tersebut boleh kita apply (laksanakan) dalam konteks Malaysia kerana anak muda ini, dia tidak berminat lagi dengan media tradisi ini, bahkan media parti pun dia dah tak berapa minat.

"Sebagai respon kepada ini, KEADILAN juga merekrut aktivis anak muda khusus untuk menangani kempen media baru ini. (Ia) masih di bawah saudara Nik Nazmi (Nik Ahmad), tetapi rekrut baru yang kita buat termasuk saudara Praba Ganesan, YB Sim (Tze Tzin) dan ada lagi beberapa recruitment terus kepada pejabat Ketua Pembangkang," katanya Saifuddin dipetik.

"Beberapa aktivis mahasiswa juga diberikan tugas khusus untuk kendalikan hal ehwal yang berkaitan kempen parti dalam menggunakan intrumen media baru," jelasnya.

Justeru, kata Saifuddin, KEADILAN akan mewajibkan semua bakal calon dan pemimpin partinya untuk menggunakan media sosial seperti facebook dan twitter dalam perjumpaan dua hari itu.

Menurutnya, langkah ini bertujuan agar pemimpin parti dapat berinteraksi dengan pengguna media sosial yang semakin meningkat, terutama di kalangan anak-anak muda.

"Pelaksanaan ini kerana, sama ada ianya pengundi bandar lebih-lebih lagi, semi urban, dan juga kawasan pendalaman, macam kawasan Machang umpamanya, 55,000 pengundi saya.

"Tetapi, pengundi Machang yang tinggal di luar, tinggal di Johor, di Pulau Pinang, mereka ini terdedah kepada segala macam maklumat," jelasnya dipetik Malaysian Insider.

PKR yakin ICAC buka semula kes RM40 juta

Posted: 13 Dec 2012 06:52 AM PST

 
Ini berikutan pertemuan hari ini di antara delegasi PKR dengan ahli Majlis Perundangan Hong Kong, James To. 



PETALING JAYA: PKR yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan membuka semula kes penyeludupan wang secara  haram sebanyak RM40 juta yang didakwa merupakan sumbangan untuk Umno Sabah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri  Musa Aman.

Ini berikutan pertemuan hari ini di antara delegasi PKR dengan ahli Majlis Perundangan Hong Kong, James To, yang juga Naib Pengerusi,  Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menegaskan, "semasa pertemuan tersebut, saya yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang  diserahkan merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi ICAC.

"Ini termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat (Zenique Investments  Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) yang dikaitkan dengan Michael Chia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, begitu juga dengan akuan bersumpah oleh bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim  Ukin.

Dalam akuan bersumpah tersebut, Lajim menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah  diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

Ujar Rafizi, "malah, saya yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat  dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Lajim Ukin akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Rahsia siasatan 

"Namun begitu, ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi  melindungi kerahsiaan siasatan.

"Oleh yang demikian, kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya  seperti yang diputuskan oleh ICAC.

"Saya beranggapan bahawa permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang  serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi," terang beliau.

Katanya, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberikan  mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

"James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang  haram ("money laundering") yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain.

"Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di  Malaysia.

Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia  untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Peguam Negara menyiasat kembali kes  ini.

Delegasi PKR disertai oleh William Leong (Ahli Parlimen Selayang), Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), Chang Li Kang  (ADUN Teja) dan Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) termasuk Rafizi sendiri.

31,931 Anak Selangor Terima RM31.7 Juta Hadiah Pengajian IPT

Posted: 13 Dec 2012 06:47 AM PST




SHAH ALAM: Sejumlah RM31.7 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri Selangor dalam program Hadiah Pengajian IPT sejak ia diperkenalkan pada 2008 lalu.

Dalam program tersebut, seramai 31,931 anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  dan swasta  menerima manfaat program itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu.

Abdul Khalid berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi.



Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri menganggap golongan mahasiswa harus dihargai dan tidak boleh dipinggirkan kerana mereka merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah masyarakat di negara ini dan Selangor khasnya.

"Kerajaan Negeri, walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam barisan kepimpinan kerajaan masih ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini," kata Abdul Khalid.



Sementara itu, pelajar jurusan Sains Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Adzkia Amana, berkata, Kerajaan Pusat dan negeri lain wajar mencontohi langkah kerajaan Selangor mewujudkan Hari Mahasiswa bagi menghargai golongan tersebut.

"Saya sangat gembira dengan inisiatif yang diambil Kerajaan Negeri untuk mengadakan Hari Mahasiswa dan berterima kasih kerana begitu mengambil berat serta tahu menghargai golongan yang bernilai yang perlu dijaga ini," ujar Adzkia.

Pelajar jurusan Sains Sumber Manusia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Helmy Khusairy pula, langkah Kerajaan Negeri mewujudkan Hari Mahasiswa merupakan suatu suntikan semangat kepada mahasiswa untuk menjadi mahasiswa yang diimpikan Kerajaan Selangor.

Sebelum itu, majlis Pelancaran Hari Mahasiswa 2012 dengan tema 'Mahasiswa Cemerlang, Tonggak Negara' malam tadi, dianggarkan dihadiri  lebih seribu mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS seluruh Selangor dan negeri berdekatan.

Antaranya mahasiswa dari Universiti Malaya (UM), Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,  Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan lain-lain.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Hari Mahasiswa yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Selangor itu juga bakal dijadikan sebagai acara tahunan pada setiap 12 haribulan Disember setiap tahun.


Penduduk Kampung Pandan Bakal Terima Dewan Baru

Posted: 13 Dec 2012 06:45 AM PST




SHAH ALAM : Penantian lebih 30 tahun penduduk Kampung Pandan, Ampang untuk mendapatkan dewan serbaguna baru bakal berakhir kelak setelah permohonan pembinaan semula dewan itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan media berkata, pembinaan semula dewan orang ramai di Jalan Pandan Medan itu akan menggunakan peruntukan Geran Selangorku.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ) bertanggungjawab menguruskan pembinaan dewan seluas 5,500 kaki persegi itu dengan kos sekitar RM500,000.

"Dewan baru itu bakal dilengkapi dengan dua gelanggang badminton dan akan mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

"Menurut laporan MPAJ, mereka sudah menyiapkan dokumen dan lukisan tender bagi pembinaan semula dewan itu dan hanya menunggu surat arahan daripada Jawatankuasa Geran untuk meneruskan tugas mereka," katanya.

Tambahnya, pembinaan dewan serbaguna ini merupakan satu keperluan mendesak memandangkan ia digunakan penduduk setempat untuk program-program kemasyarakatan.

Kata Iskandar lagi, Kerajaan Umno-BN sering mendakwa mereka memperjuangkan nasib orang Melayu, namun gagal menyediakan kemudahan awam yang baik kepada penduduk di Kampung Pandan.

"Kampung Pandang merupakan sebuah kampung Melayu yang ketinggalan dari segi kemudahan awam berbanding dengan taman-taman berdekatan sejak sekian lama. Masalah-masalah  pemberi milikan tanah di kampung tersebut yang begitu lama tertangguh juga hanya dapat diselesaikan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat," katanya lagi.

MBPJ Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Beli Barangan Sekolah

Posted: 13 Dec 2012 06:43 AM PST




SUBANG JAYAS, : Riak kegembiraan jelas terpancar pada wajah golongan kurang berkemampuan apabila terpilih menerima baucer membeli belah barangan persekolahan berjumlah RM200 setiap seorang.

Dikesempatan ini dimanfaatkan sepenuhnya penerima dan ibu bapa bagi membuat persediaan sesi persekolahan 2013 yang bakal bermula Januari depan.

Fatimah Abdul Mulup, 41, berkata pemberian ini nyata meringankan bebanan beliau berhadapan sesi persekolahan kali ini.

"Semua lengkap di sini. Peralatan persekolahan banyak. Senang untuk kita membuat pilihan. Terima kasih juga kepada MBPJ diatas keprihatinan mereka," katanya yang merupakan ibu kepada Nurzulaiha Sarudin.

Bagi Norsham Mat Sani, 49, ibu kepada Nurul Shuffira Ezurin Azmi, 15, pemberian ini nyata meringankan bebanan beliau yang mempunyai pendapatan sekitar RM700 sebulan dan bekerja sebagai pembantu kebersihan



"Alhamdulillah pemberian ini dapat membeli barangan sekolah. Ayah dia (Shuffira) pun sakit. Kita berterima kasih kepada MBPJ," katanya.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan keprihatinan terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan menerusi program Pembasmian Kemiskinan Bandar 'Jom Shopping' Peralatan Sekolah.

Dengan sumbangan berjumlah RM14,000, seramai 70 orang penerima bantuan ini berpeluang

membelanjakan baucer tersebut untuk membeli peralatan sekolah seperti uniform sekolah, kasut dan alat tulis.

Sementara itu, menurut Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, antara objektif pemberian sumbangan ini ialah untuk meringankan bebanan penduduk yang tidak berkemampuan dengan pendapatan RM1,500 kebawah serta mempunyai tanggungan anak bersekolah dan masih kecil melebihi empat orang.

Bertempat di Hypermarket Mydin USJ Subang Jaya program ini dianjurkan untuk kali kedua dan dijadikan program tahunan MBPJ.

"Di samping itu juga, ia merupakan salah satu tanggungjawab dan sumbangan khidmat sosial daripada MBPJ kepada komuniti setempat di bawah pentadbirannya," katanya.

Jelasnya, kesemua penerima sumbangan ini merupakan penduduk yang berdaftar di bawah. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang berada di kawasan pentadbiran MBPJ iaitu PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang, Petaling Jaya Selatan (PJS), Desa Mentari dan Impian Baiduri.

Guru Bermasalah di Sekolah Hanya 235 Guru @ 0.05% Sahaja! Guru Dah Tak Perlu Buat Tugas Pengkeranian @ Jaga Stor Sekolah?

Posted: 13 Dec 2012 06:30 AM PST

Staff Berita Semasa
Fuad Zarkashi Guru Guru Bermasalah di Sekolah Hanya 235 Guru @ 0.05% Sahaja! Guru Dah Tak Perlu Buat Tugas Pengkeranian @ Jaga Stor Sekolah?

Nak buat satu dasar dalam negara ini. Apa yang perlu pemimpin-pemimpin kita lakukan adalah melaksanakan satu dasar yang memenangkan majoriti, bukannya manoriti. Sekali lagi MAJORITI bukannya MINORITI. Jikalau di dalam sistem pendididkan negara, siapa majoritinya? Anak-anak kita yang dahagakan ilmu daripada guru-gurunya…..

Guru Bermasalah di Sekolah

Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik.
Andaikata ini hanya kes terpencil. Singkirkan sahaja guru seperti ini. Gantikan dengan bakal guru yang lebih berkaliber. Ramai lagi anak-anak muda yang diluar sana yang begitu berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa kita semua. Takkan masih mahu disimpan lagi guru yang bermasalah.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian. Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Kadang-kadang kami terfikir. Mungkin bukan semua. Kami pasti di sini ramai guru-guru yang berprestasi baik di sini. Cuma beza guru dahulu dengan guru sekarang. Guru dahulu azamnya, cita-citanya, niatnya mahu membantu mendidik anak bangsa kita kerana mereka sudah tanamkan diri yang mana mereka benar-benar minat dalam bidang perguruan.

Realiti yang berlaku hari ini, ada kalangan guru yang terkandas dalam jurusan yang dia minat pada mulanya akhirnya memilih profesiona perguruan sebagai pilihan kdua dan terkahir. Ada juga yang tidak mendapat kerja dalam bidang yang diminati tetapi terpaksa akur dengan pelbagai tuntutan sehingga memaksa golongan seperti ini memilih profesion perguruan sebagai pilihan terakhir walaupun tidak minat sebenarnya.

Guru Bermasalah Sahsiah Guru Bermasalah di Sekolah Hanya 235 Guru @ 0.05% Sahaja! Guru Dah Tak Perlu Buat Tugas Pengkeranian @ Jaga Stor Sekolah?
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT.

Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010. Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus.
Kadang-kadang sebahagian sistem pendidikan negara yang ada hari ini sudah berada di landasan yang betul. Cuma perlu digarap lagi untuk menjadi lebih baik dengan cuba mencontohi sistem pendidikan di Finland.

Guru Bermasalah Disiplin Guru Bermasalah di Sekolah Hanya 235 Guru @ 0.05% Sahaja! Guru Dah Tak Perlu Buat Tugas Pengkeranian @ Jaga Stor Sekolah?
"Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini," katanya.

Ini katanya termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah. [Sumber : Bernama]

Tahniah. Harap-harap menjadi kenyataan. Ini kerana, sistem kemauskan data yang disediakan selama ini termasuklah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang mengundang kontroversi (KLIK SINI) dan pertikaikan daripada kalangan guru-guru ini seperti melepaskan batuk ditangga. Guru ini kami faham banyak tugas yang pelru diselesaikan. Sekurang-kurangnya tekanan dan bebanan kerja serta tugasan yang perlu diselasaikan terasa kurang apabila sistem yang disediakan berada dalam keadaan terbaik.

Inilah masalahnya apabila pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah buat "manpower gap assessment daripada 3rd party".

P/S : Agaknya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahu berapa peratus % guru yang bermasalah di sekolah baru hendak bertindak?

Blogger UMNO Dedahkan Kejahilan Sendiri: Tak Tahu Bezakan Wali Dengan Jurunikah

Posted: 13 Dec 2012 06:27 AM PST


KELAB GREENBOC

NNik Aziz Jadi Wali Kepada Apex?.. Bodohnya Pencacai UMNO nie..

Nak kata dia ni bodoh, nampak macam tak lah bodoh sangat pasal dia tahu menulis dan membaca, tapi dari apa yang ditulisnya tu nampak dia bodoh lah pulak..

Sebabnya dari apa yang dia tulis nampak sangat dia tak tahu nak bezakan antara Jurunikah dan juga Wali..

Ada ka patut dia kata Nik Aziz jadi Wali pada Apex pulak..

Lain kali kalau tak tahu, bertanya jangan main tulis membabi buta macam babi yang buta saja..

Apex tu lelaki jadi dia tak perlukan Wali untuk berkahwin, yang perlukan Wali ialah Leuniey dan walinya ialah Ayahnya sendiri..

Dalam perkara ini wali kepada Leuniey iaitu ayah kepada Leuniey telah menyerahkan kepada TG Nik Aziz untuk menyempurnakan pernikahan Apek dan anaknya Leuniey..

TG Nik Aziz telah dijemput sebagai jurunikah yang akan menikahkan mereka berdua… bukannya sebagai wali..


Buat malu orang Penang saja Blogger dari Unit Media Baru ni.. -fb

Demo Baling 1974: Simbol kebangkitan rakyat

Posted: 13 Dec 2012 02:20 AM PST



Sempena penganjuran Syarahan Demonstrasi Baling anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 10 Disember lalu, saya ingin ungkapkan semula gelombang kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh golongan tani dan mahasiswa.

Gerakan mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60-an dan 70-an merupakan satu gelombang yang lahir dari hati nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat dari ditekan oleh pemerintah.

Dalam melihat hal ini, saya suka merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Generation – The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada konflik antara generasi.

Konflik antara generasi baru dan generasi lama, disebabkan oleh kerosakan bermoral, peradaban yang rosak dan lapuk, penyalahgunaan kuasa, serta tidanakan tidak bertanggungjawab dan penindasan.

Konflik antara generasi yang dicetuskan oleh penindasan adalah faktor utama kebangkitan rakyat untuk nyatakan hak. Peranan mahasiswa dalam kebangkitan rakyat jelas terpancar, ditambahkan lagi puisi yang dinukilkan oleh Usman Awang pada 1967:

Dengan buku di tangan kau nyayikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah Teluk Gong

Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Dengan berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas

Lihat pancar mata ayah mu di desa
Lihat senyum ibu mu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka

Sajak ini yang dinukilkan oleh Usman sebagai tanda hormat dan penghargaan beliau kepada mahasiswa yang pada ketika itu memperjuangkan isu Telok Gong.

Tragedi yang sama juga berulang lagi tujuh tahun selepas itu, yang mana selepas pilihan raya 1974 negara digemparkan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan ekonomi termasuklah kejatuhan harga getah.

Pada masa itu juga timbul laporan yang mendakwa rakyat Kedah mengalami kebuluran sehingga ada di kalangan masyarakat itu didakwa terpaksa makan sejenis ubi kayu gadum yang mengandungi racun.
Keadaan itu didakwa menyebabkan berlakunya kes kematian, yang dinafikan pihak kerajaan.

Susulan daripada itu, Malaysia menyaksikan kebangkitan besar-besaran mahasiswa pascamerdeka menyatakan pandangan dan bantahan ke atas apa yang telah berlaku. Dalam sejarah gerakan mahasiswa, ini adalah merupakan gerakan terbesar yang pernah dicatatkan, dengan melibatkan hampir 10,000 orang mahasiswa.

Hampir 2,000 orang mahasiswa ditangkap, dan tempoh penahanan ke atas sejumlah siswa bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan antara yang paling lama pernah dikenakan kepada golongan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah presiden ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) telah ditahan selama dua tahun di bawah ISA dan Dr Syed Husin Ali selaku pensyarah Universiti Malaya yang ditahan di bawah ISA selama enam tahun.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dirangka lebih awal iaitu pada 1971, tetapi peruntukan undang-undang dalam akta tersebut dikatakan tidak cukup ketat bagi mengekang gerakan mahasiswa pada ketika itu.

Demonstrasi Baling adalah merupakan alasan oleh pihak kerajaan untuk meminda akta tersebut pada 1975. Pada ketika ini, segala pertubuhan mahasiswa adalah berdaftar di bawah universiti dengan meletakkan kuasa mutlak kepada naib canselor dan menteri yang dipertanggungjawabkan.

Mahasiswa dilarang sama sekali untuk terlibat dengan politik dan pertubuhan luar. Ini adalah merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah mahasiswa.

Saya juga ingin memetik beberapa catatan yang diterbitkan dalam Makalah Ar-Risalah 1975:

"Perhimpunan pelajar-pelajar tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Pelajar-pelajar telah melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka. FRU telah mengepung 8,000 pelajar yang sedang berlindung di masjid serta melepaskan tembakan-tembakan gas pemedih mata kearahnya. Ketika berada di dalam masjid pelajar-pelajar tersebut telah melaung-laungkan kalimat 'Allahuakbar' dan beberapa kali mereka setelah mengalunkan azan. Sementara menunggu ketibaan waktu zohor mereka telah berzikir beramai-ramai selama kira-kira 20 minit. Setelah masuk waktu mereka telah menunaikan fardu Zohor secara berjemaah.

"Pihak FRU terus berusaha untuk memberkas pelajar-pelajar dan dalam operasi tersebut beberapa orang pelajar telah cedera. Akhirnya pihak FRU telah menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 orang, pelajar wanita dan membawa mereka ke balai-balai polis Sentul, Brickfields dan Jalan Bandar. Pada sebelah malamnya mereka telah ditempatkan di Polis Depot Jalan Gurney. Pelajar-pelajar yang ditahan hanya diberi makan selepas 11.00 malam.

"Ketika berada dalam tahanan pelajar pelajar tersebut dikatakan telah azan pada tiap-tiap kali masuk waktu dan menunaikan sembahyang dengan berjemaah secara bergilir-gilir. Kesemua pelajar-pelajar yang ditahan telah dihadapkan ke mahkamah pada keesokan harinya. Kesemuanya telah tidak mengaku salah.

Mereka telah dibebaskan dengan dibenarkan menjamin diri sendiri sebanyak antara $200.00 hingga $300.00 seorang. Mereka akan dibicarakan antara Februari hingga April tahun 1975. Tangkapan tersebut telah tidak dapat menahan pelajar-pelajar dari terus berdemonsttasi meskipun hanya terbatas di kampus-kampus sahaja, kerana dikawal ketat oleh FRU. Demo dalam kampus itu berjalan beberapa hari. Tindakan lanjut yang diambil oleh pemerintah ialah gerakan menangkap pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah-pensyarah dan pemimpin-pemimpin belia.

"Polis telah memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan (Malaysia) pada pada 2.00 pagi hari Ahad 8hb Disember 1974. Polis telah menggeledah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lain-lain bangunan universiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri."

Pengajaran besar yang harus diambil daripada Demonstrasi Baling selain daripada keberanian mahasiswa menjadi jurubicara rakyat adalah iktibar kepada isu yang diperjuangkan mahasiswa ketika itu tidak bersifat mementingkan diri yang berlegar di sekitar isu dalaman dan isu yang remeh temeh. Tuntutan yang dikemukakan adalah bersifat nasional menunjukkan kematangan mahasiswa di dalam berfikir.

Menghayati sejarah bererti bukan disimpan di dalam peti muzium untuk kenang-kenangan, tetapi sejarah adalah coretan pengalaman untuk membina sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Mahasiswa seharusnya berasa jelek dengan perkataan "senyap", atau bersikap apologetik dengan berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kecelakaan berlaku kepada rakyat.

Mahasiswa adalah kelompok terdidik dalam masyarakat punya idealisme dan aktivisme yang tinggi untuk menyatakan hati nurani majoriti yang ditindas dan dizalimi. Kronisme dan pembaziran wang ringgit negara untuk segolongan kecil dalam masyarakat tidak boleh ditolensi lagi.

Dalam aspek ini saya amat bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang terpelajar dan mencabar walaupun beliau sendiri terlibat dalam mengekang mahasiswa dalam peristiwa 3 Disember 1974.

Diakhir tulisan saya, saya ingin meninggalkan persoalan apakah yang bakal kita lakukan apabila harga barangan dan bebanan sara hidup yang makin tinggi?

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI adalah Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

PR mampu peroleh 125 kerusi Parlimen?

Posted: 12 Dec 2012 09:39 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR), perikatan Pas, PKR dan DAP ada kemungkinan boleh memperoleh 125 kerusi Parlimen - majoriti tipis untuk membentuk kerajaan pusat, dengan tiada parti komponen yang akan mempunyai "kuasa hegemoni", demikan menurut pemimpin tertinggi DAP.

Ia antara senario yang diketengahkan ketika banyak analisis dan laporan mula memberi tumpuan berkenaan soal bilangan kerusi bakal diperoleh oleh parti-parti yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.

Tumpuan adalah ke atas perikatan Barisan Nasional (BN) dan PR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, dalam senario PR menang 125 kerusi, PKR boleh memperoleh sehingga 45 kerusi manakala DAP dan Pas masing-masing 40 kerusi.

Ia antara beberapa senario digambarkan oleh pemimpin veteran ini dalam tulisannya di blog beliau menjelang konvensyen tahunan DAP hujung minggu ini.

"Dalam analisis akhir, keputusan kemungkinan sama ada mengembalikan majoriti dua pertiga di Parlimen kepada Umno/BN, memberikan satu majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi di Dewan Rakyat atau PR menang sehingga 125 kerusi, dengan majoriti 28 kerusi mengatasi Umno/BN di Parlimen," kata Ahli Parlimen veteran ini.

Menjelas lanjut, Kit Siang berkata, dalam senario PR memperoleh 125 kerusi, dengan pengagihan 45:40:40, "ia satu perikatan dengan tiada parti yang mengamalkan hegemoni politik seperti yang terdapat dalam perikatan Barisan Nasional."

Sebelum ini, Sinar Harian Online ada membawa laporan bahawa BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang. Malah ada penganalisis mengatakan bahawa kerusi BN di Parlimen kemungkinan menurun kepada 100.

Selain itu ada yang mengadakan BN tidak akan mengekalkan 140 kerusi yang dikuasai empat tahun lalu.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala parti-parti pembangkang 82.

Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN, ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 1 Disember lalu berkata, BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga jika tiada unsur sabotaj dalam Umno.

Beliau yang juga Presiden Umno akan mengetuai pilihan raya umum pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009.

Kit Siang berkata, sama ada PRU13 akan mencipta sejarah dengan perubahan kerajaan di Putrajata bergantung pada kemampuan PR untuk memikat 13 juta pengundi khususnya empat juta pengundi "pertengahan" atau yang dilabel sebagai pengundi atas pagar.

Daripada jumlah empat juta itu, tiga juta merupakan pengundi baru.

Dalam tulisannya, Kit Siang juga berharap Kongres Kebangsaan DAP ke-16 akan dijadikan medan mesej yang jelas dan terang kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin-pemimpin DAP, perwakilan dan ahli-ahlinya membawa wawasan dan komitmen untuk mencapai objektif kempen "Seratus Hari Menjelang Ke Putrajaya".

Bagaimanapun katanya, dalam politik pembohongan, kebencian dan ketakutan, pemimpin-pemimpin Umno dan MCA telah cuba untuk menyemai kebencian dan kebimbangan dengan menyebarkan mesej-mesej tidak bertanggungjawab dan bercanggah kepada kaum Melayu dan Cina bahawa jika PR menang, masing-masing komuniti akan ditekan oleh DAP dan Pas.

"Satu pembohongan jika mengatakan pemimpin-pemimpin DAP takut dengan pemimpin-pemimpin Pas, begitu juga pemimpin Pas takut kepadapemimpin-pemimpin DAP.

"Juga satu pembohongan (apabila mengatakan) orang Melayu atau Cina akan ditekan dalam kerajaan PR (kelak)," katanya sambil menambah, PKR, Pas dan DAP komited untuk mewakili kepentingan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

"Hubungan kami dalam PR, bersama PKR, adalah seimbang dengan menghormati satu sama lain," katanya sambil menegaskan, ia berbeza berbanding amalan "satu hala" dalam BN.

Guna surat Jawi tipu derma

Posted: 12 Dec 2012 09:36 PM PST

SARINAH MAT KASIM

Guna surat Jawi tipu derma
Ahmad Husaini (kiri) menunjukkan tabung dan surat kebenaran yang digunakan ketika meminta sedekah.
 
SEREMBAN – Dengan bermodalkan sekeping salinan surat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), satu sindiket mengutip derma bergerak aktif sehingga mampu memperoleh pendapatan mencecah RM54,000 sebulan.

Itu yang dilakukan sindiket yang didalangi seorang lelaki bergelar ustaz dari Thailand yang menjadikan aktiviti meminta sedekah, kononnya untuk madrasah tahfiz anak-anak yatim, sebagai sumber pendapatan mereka.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu terbongkar, semalam apabila seorang lelaki warga Thailand ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika meminta sedekah di Pasar Tani Ampangan, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, dalam operasi kira-kira 10.30 pagi itu, pihaknya menahan lelaki tersebut yang dilihat sedang merayau-rayau meminta wang daripada orang ramai.

Menurutnya, lelaki memakai baju Melayu dan bersongkok, bercakap dalam bahasa Melayu berloghat Kelantan, berlagak seperti peminta sedekah itu kelihatan berlegar-legar sekitar pasar tani berkenaan untuk mengutip dana, kononnya untuk membina madrasah di negara mereka.

"Dia berlegar-legar sambil membawa surat kebenaran Jawi, tabung derma dan beberapa dokumen dipercayai palsu di kawasan tumpuan ramai.

"Hasil soal siasat, lelaki berkenaan mengaku disuruh melakukan kegiatan itu oleh seorang lelaki bergelar ustaz dari Thailand untuk mengutip derma, bukan saja di negeri ini, malah Kedah, Johor dan Shah Alam," katanya.

Menurutnya, walaupun lelaki itu mempunyai surat kebenaran dikeluarkan Jawi, namun setelah disiasat, surat berkenaan sebenarnya surat kebenaran meminta derma oleh seorang wanita dikenali Ustazah Tasneem Omar selaku Pengerusi Yayasan Tarbiah Anak-anak Yatim di Narathiwat, Thailand.

"Bagaimanapun, surat itu disalahgunakan sindiket berkenaan apabila mereka membuat salinan dan mengagihkan kepada beberapa individu lain untuk mengutip derma di negara ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ahmad Husaini berkata, lelaki berusia 20-an itu turut mengakui dihantar seseorang dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bersama lima yang lain dan mereka mampu meraih keuntungan sehingga mencecah RM54,000 sebulan hasil kutipan daripada aktiviti tersebut.

"Dalam beberapa jam sahaja, lelaki ini sebenarnya mampu mengumpul wang sehingga RM500 sehari, mengikut keadaan tempat yang disinggah," katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian ditahan untuk membolehkan JHEAINS menyoal siasat dan mengambil tindakan undang-undang, termasuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Kenyataan Zainudin gambarkan prasangka keji Umno pada Indonesia

Posted: 12 Dec 2012 04:19 PM PST

KEADILAN DAILY

Hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia yang melangkaui sempadan geografi. Persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan saudara serumpun yang akrab dari sudut budaya dan juga agama.

Hubungan kedua-dua negara ini adalah manifestasi kepada sikap saling hormat-menghormati dan kesedaran bahawa kita punya akar budaya yang mengikat antara satu sama lain di samping faktor ekonomi.

KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan Zainuddin Maidin yang dangkal dan bersifat fitnah keji terhadap YTH Bapak B.J.Habibie, mantan Presiden Republik Indonesia dan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti dalam rencana yang ditulis beliau dalam akhbar Utusan Malaysia, 10 Disember 2012 bertajuk 'Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim'.

Apatah lagi rencana tersebut datang daripada seorang yang sudah bergelumang dan dibesarkan dalam akhbar Utusan Malaysia; akhbar picisan milik Umno yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat secara intelek tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah dan cerca. Adalah tidak salah untuk kita menyatakan bahawa Zainudin Maidin ini sedang menghidap Sklerosis Intelek yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan Umno yang lainnya.

Malah sikap yang dinyatakan oleh beliau adalah budaya politik lazim Umno yang hanya akan menyerang keperibadian individu dan menabur fitnah yang tiada batasannya. Rencana Zainuddin Maidin adalah amat memalukan lantaran beliau menggambarkan prasangka keji kepimpinan Umno terhadap negara Indonesia.



KEADILAN mengecam keras kenyataan Zainuddin Maidin yang akan mempersulit hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

YTH Bapak B.J. Habibie adalah seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara ke arah sebuah sistem yang demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit.

Sebagai seorang negarawan, beliau juga seorang yang peduli rakyat dan memiliki semangat setiakawan yang luhur. Saya sendiri menyaksikan secara dekat betapa Bapak B.J. Habibie dan isterinya, Almarhumah Ibu Ainun begitu prihatin semasa Dato' Seri Anwar semasa menjalani rawatan di Munich, Jerman pada tahun 2004. Hal ini menjelaskan betapa akrab hubungan keluarga kedua-dua tokoh yang turut memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Justeru KEADILAN mendesak Zainuddin Maidin memohon maaf secara terbuka kepada kedua tokoh ini dengan segera. Kepimpinan Umno juga perlu tegas menzahirkan rasa kesal dan memohon maaf di atas sikap keterlaluan dan keji yang digambarkan melalui kenyataan tersebut

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Duduk Bantah berjaya tekan Putrajaya selesai isu kerakyatan

Posted: 12 Dec 2012 04:17 PM PST


Oleh Sidiqin Omar


PUTRAJAYA : Perhimpunan rakyat hari ini berjaya menekan Kerajaan Pusat supaya segera bertindak menyelesaikan masalah kerakyatan yang membelenggu 300,000 warganegara Malaysia.

Ia berikutan tekanan 2,000 rakyat bersama pemimpin Pakatan Rakyat Duduk Bantah di depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bermula pagi tadi, menuntut BN memberi kerakyatan kepada mereka yang berkenaan.

Ekoran desakan itu, JPN membuka kaunter pendaftaran IC kepada seluruh peserta perhimpunan.

Sebelum itu, hanya beberapa orang dari mereka dibenar masuk ke bangunan tersebut bertemu dengan wakil jabatan berkenaan untuk sesi perbincangan.

Menurut penganjur perhimpunan yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, meja dan kerusi disusun sukarelawan KEADILAN di depan pintu masuk bangunan itu.



Ia bagi membantu proses pendaftaran kad pengenalan dilakukan.

Mereka juga turut membantu pemohon mengisi borang IC biru di perkarangan bangunan tersebut.

Detik itu amat dinanti-nantikan sebahagian rakyat yang menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan hak kewarganegaraan.

Jejaka Mat Saleh kekasih Yuna?

Posted: 12 Dec 2012 04:14 PM PST

KL TODAY

 

Mungkin Murai Batu adalah orang yang terakhir mengetahui tentang cinta hati penyanyi Terukir Di Bintang, Yuna.Maklum sajalah, gambar kemesraan antara Yuna dan jejaka Mat Saleh bernama Jules Schratter telah pun mendapat perhatian pihak media mahupun blog hiburan yang lain sejak kebelakangan ini.

Banyak juga gambar mereka berdua menjadi bahan tatapan ramai, meskipun setahu Murai Batu jejaka kacak tinggi lampai itu telah dilantik Yuna sebagai jurukamera peribadinya.

Lebih membuatkan Murai Batu tersenyum, apabila Jules Schratter menerusi blog miliknya, troughjuleslens.tumblr.com telah berkongsi banyak gambar menarik mengenai penyanyi popular berkenaan termasuk gambarnya bersama beberapa ahli keluarga Yuna sepanjang dia berada di negara ini.

Tidak ketinggalan juga laman sosial Instagram (troughjules) milik jejaka yang khabarnya merupakan model sambilan.

Oleh kerana tidakan itu, ramailah yang membuat spekulasi mengatakan mereka berdua hakikatnya sedang bercinta. Lebih-lebih lagi bila ada sumber yang pernah melihat mereka berdua berpimpinan tangan.

Murai Batu tidak mahu menidakkan atau menafikannya kerana sehingga hari ini Yuna masih belum pernah membuka sebarang cerita berkenaan cinta barunya terutama selepas berpisah dengan Qi Qushairi.

BACA: Julia Perez Perlekeh Drama Malaysia
 
Bagi Murai Batu, tentunya Yuna mempunyai hak untuk berkawan atau berkasih dengan sesiapa saja. Tidak kiralah jejaka tempatan ataupun Mat Saleh. Lagipun pula dia masih solo. Apa salahnya.

Cuma harapan Murai Batu agar Yuna dapat menjaga tatasusila sebagai wanita Islam yang berhijab. Ingatlah bahawa anda itu milik masyarakat dan pastinya ke mana saja Yuna pergi pasti menjadi perhatian ramai.

Jika benar Yuna sedang bercinta dengan Jules, Murai Batu mendoakan kebahagiaan mereka dan sekiranya tidak, mudah-mudahan Yuna tk cepat melatah dengan spekulasi atau gosip yang timbul di sana sini.

Macam Murai Batu katakan tadi, anda adalah milik masyarakat. Ke mana saja anda pergi pastinya akan menjadi perhatian.

Murai Batu: Semakin kurang berTwitter tetapi aktif Instagram. Suka main gambarlah katakan.Murai.com.my

10 Bayi Lahir Pada 12.12.12 Di Alor Setar

Posted: 12 Dec 2012 04:05 PM PST

KL TODAY

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki yang dilahir di dalam kereta adalah antara 10 orang bayi yang lahir dan ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini Rabu sempena tarikh 12.12.12. Bayi seberat 3.7 kg ini dilahir kira-kira 4.55 pagi tadi dengan disambut oleh ibu saudaranya yang turut sarat mengandung sembilan bulan, sebelum bayi ini ditempatkan di hospital berkenaan.


Ibunya, Siti Hajar Ibrahim, 28, berkata beliau dijangka melahirkan anak padapada 23 Disember ini.


"Walaupun tidak sempat melahirkan di hospital, saya bersyukur kerana bayi saya lahir dengan selamat. Bayi saya masih ditempatkan di bilik khas bagi menerima rawatan dan kalau semuanya baik, mungkin kami akan keluar hospital petang ini," katanya.



Siti Hajar berkata beliau mula merasa sakit ketika tengah malam tadi dan meminta bantuan kakak serta abang iparnya untuk menghantarnya ke hospital kira-kira pukul 3 pagi.


"Saya tak sangka bayi saya akan lahir cepat, kira-kira 100 meter lagi nak sampai hospital. Memang saya tak akan lupa tarikh hari ini sebab ia membawa 1,001 makna kepada saya dan keluarga dan diharap bayi saya sentiasa dalam keadaan sihat," katanya.


Seorang ibu muda, Nor Murni Nadia Mohd Noor, 19, turut tidak menyangka anak keduanya akan lahir pada hari ini.



Beliau berkata bayi perempuan yang dilahirkannya merupakan bayi pertama yang dilahir di HSB kira-kira 12.01 pagi. "Kalau ikutkan tarikh yang diberikan doktor, saya dijangka bersalin esok. Syukur sangat kerana semuanya berjalan lancar dan saya harap anak saya menjadi anak yang solehah," katanya.


Sementara itu Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata 10 bayi tersebut dilahir sehingga tengah hari tadi mulai pukul 12.01 pagi. "Bayi yang dilahir adalah lima lelaki dan lima perempuan. Sembilan daripadanya dilahirkan secara normal dan seorang dilahirkan secara pembedahan," katanya.

Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar

Posted: 12 Dec 2012 04:02 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.



Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.
Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.
Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 – 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."

Isu2 rakyat dalam buku terbaru Zunar “Lawak & Lawan”

Posted: 12 Dec 2012 03:57 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Kartun untuk rakyat, begitulah pendekatan yang diambil kartunis Zunar melalui buku kartun terbaru beliau berjudul "Lawak & Lawan."

Menjelas lebih lanjut, kartunis kontroversi itu berkata ia tetap mengekal mesej yang sama iaitu mengenai rasuah dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN, cuma kali dia mahu membangkitkan kesedaran rakyat melaui karya kartun.

"Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat. Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka," kata Zunar.

"Judul "Lawak & Lawan" juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional," tambah beliau lagi.

Majlis pelancaran akan diadakan pada 15 & 16 Dis (Sabtu & Ahad) di compound Amcorp Mall (menghadap tasik, Ground Floor belakang Mc Donald) dari jam 11 pagi hingga 9 malam, kedua-dua hari.

"Saya berharap peminat, penyokong dan orang ramai dapat memberi sokongan untuk hadir dan membeli buku ini," kata Zunar lagi.

"Lawak & Lawan" diterbitkan dalam dua bahasa, iaiatu Bahasa Melayu dan Inggeris. setebal 108 muka surat, penuh warna dan dijual dengan harga RM25 senaskah. Pembelian online boleh dibuat di sini.

Tiada ulasan: