Khamis, 13 Disember 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ketua Menteri Musa tiada aman lagi ....

Posted: 13 Dec 2012 08:44 AM PST

Dato' Seri Musa Aman masih tidak boleh berasa aman walaupun telah menerima surat peribadi dari pihak berkuasa anti-rasuah di Hong Kong (ICAC) pada Disember lepas , memberitahu yang Ketua Menteri Sabah itu tidak lagi di bawah siasatan bagi rasuah untuk derma RM40 juta kepada Umno Sabah. 

Keputusan ICAC membersihkan Musa daripada dakwaan RM40 juta pengubahan wang haram yang menghubungkan beliau dengan peniaga kayu balak Sabah , Michael Chia adalah disebabkan oleh kekurangan kerjasama daripada SPRM. 

Menteri Nazri Aziz dengan megah memberitahu sidang Parlimen lalu, ICAC telah menutup kes itu selepas SPRM mendapati dalam siasatan bahawa wang dalam milikan Chia itu bertujuan untuk Umno Sabah dan tidak Musa.


Namun Akuan Bersumpah Datuk Seri Lajim Ukin Mengenai Wang RM40 juta itu menjadikan mulut Nazri Aziz terbungkam dan mencemaskan Musa hingga tidak aman...

Delegasi KEADILAN - YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang), 
YB Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan),YB Chang Li Kang 
(ADUN Teja), Saudara Darell Leiking (Timb Setiausaha Agong/
Ketua Cabang Penampang) Rafizi Ramli
 
Hasil usaha Rafizi Ramli dan beberapa rakannya dengan memberikan keterangan lanjut kepada agensi tersebut baru-baru ini , mewajarkan bagi ICAC untuk memulakan siasatan baru keatas kes Musa itu.

Kemungkinan besar Musa Aman didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram ("money laundering") yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain. 

Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia. 

Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini. Sila baca selanjutnya di sini

Adnan Yaakub lebih busuk dari bangkai

Posted: 12 Dec 2012 06:24 PM PST

Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukan oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub hingga bertindak keterlaluan keatas warga emas, Tuw Yin Lan, 71 (kiri) dan dua orang rakannya adalah sangat dikesali.

Takkanlah hanya kerana mereka menyuruhnya meminta maaf pun satu kesalahan jenayah dan perlu ditangkap? 

Lihatlah, bagaimana polis dan undang-undang diperalatkan dengan semborono oleh orang-orang politik macam Adnan ini.Betul gak dakwaan mantan Musa Hasan tu. 

Apakah mungkin kerana Adnan marah kerana dia tercirit-cirit dan terkencing apabila diterjah oleh warga emas tersebut, lalu polis dipanggil polis untuk menangkap mereka? 

Adnan bangga dgn kelaku samseng dan sombongnya

Entahlah…walau apa pun, nama Adnan Yaakub kini lebih busuk dari bangkai.Benarlah apa yang Mahathir kata : Umno busuk hingga ke ususnya...ha! ha! ha!

Warga emas bersama rakannya telah pergi ke pejabat Menteri Besar Pahang dan bila Adnan muncul, mereka pun menghampirinya dan memintanya supaya minta maaf. 

Adnan telah mendakwa mereka telah menaiki kereta mewah dan hanya berjalan 200 meter sahaja. 


Mereka yang menyertai perarakan hijau anti Lynas , berjalan kaki sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur tentulah berasa kesal dan jengkel kerana difitnah macam itu. 

Tetapi Adnan degil dan enggan berbuat demikian, sebaliknya warga emas tersebut ditangkap bawah Seksyen Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan 189 kerana mengancam keselamatan penjawat awam. 

Jika sabit kesalahan , boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. sumber

Tiada ulasan: