DIALOG RAKYAT |
- Penyelewengan Umno-BN Terengganu
- Pentadbiran Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan – Fauzi
- Terpikat perjuangan PAS bela rakyat
- Sebotaj akar umbi boleh ajar Umno
- Rafizi akan serah bukti 'deposit konsesi' pada ICAC
- Produk sisa Lynas boleh dipasar di M'sia jika...
- Nik Aziz akan nikahkan Apex, Leuniey
- Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia
- Guan Eng: Janji 'kembar' Najib bukti 'BN gagal tepati janji'
- Pakatan tidak pernah terima dana asing, kata Pas
- Aktivis: Putrajaya harus tangguh lesen Lynas jika ikhlas mahu pelihara alam sekitar
- Terkepung 4 Punjuru - Najib Bakal Jatuh Dengan Sendirinya
- Anuar Zain pertahan tiket konsert mahal
- 2000 disaman AES di Selangor
- Bekas KPN Sendiri Ragu Statistik Sebenar Jenayah
- Peserta kayuh untuk perubahan serah memo kepada MB N Sembilan
- Lynas: Adakah MB Pahang sanggup potong telinga?
- Melayu diseru jadikan demonstrasi Baling iktibar kezaliman Umno BN
- Bukan kes khalwat, Pas pertahan MPKB-BRI
- KEADILAN bawa bukti akuan bersumpah Lajim Ukin kepada ICAC
- Hishammuddin tak serius selesai masalah IC kaum India – Izzah
- BOMBA SANDAKAN CUAI DAN TIDAK CEKAP?
- Kes Tanah Banggol Donas; Kerajaan Umno-BN 'Cabul' Hak Rakyat
- Pulau Bebas Cukai Kenyir; Satu 'Projek Politik' Umno-BN
- Kes pembunuhan Altantuya, rasuah Scorpene sangat dinanti rakyat
Penyelewengan Umno-BN Terengganu Posted: 11 Dec 2012 03:56 PM PST smnoor Dari Laporan Ketua Audit Negara 2011 Aktivti Jabatan/ Agensi Negeri TerengganuKUALA TERENGGANU - Pelbagai salah urus dan penyelewengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi Laporan Aktiviti Jabatan dan Agensi dibawah pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Berikut disenaraikan sebahagian daripadaya; 1. Program Bantuan Rumah - Bantuan Atap terlebih Bayar (ms 22) harga atap yang dibayar melalui 3 baucar bayaran telah melebihi kadar harga yang dibenarkan harga atap yang dibayar melalui 3 baucar bayaran telah melebihi kadar harga yang dibenarkan 2. Penggunaan Peruntukan Khas ADUN Tidak Mengikut Garis Panduan a. Beli komputer riba guna peruntukan khas adun (ms 25) Sebanyak 14 buah komputer riba telah dibeli pada tahun 2010 berjumlah RM16,290 untuk kegunaan Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan 4 buah komputer riba untuk Pejabat Daerah Setiu pada tahun 2009 berjumlah RM5,968. Pemeriksaan Audit mendapati 6 daripada 14 buah komputer riba di Pejabat Daerah Kuala Terengganu tidak dapat dikesan semasa pengauditan dijalankan. Selain itu, Daftar Harta Modal juga tidak disediakan bagi pembelian komputer riba tersebut b. Perbelanjaan Untuk Kepentingan Individu (ms 26) peruntukan khas ADUN telah dibelanjakan untuk kepentingan individu bagi tujuan modal perniagaan berjumlah RM71,976 dan projek perniagaan berjumlah RM109,100. Bantuan yang diberikan kepada individu bagi tujuan perniagaan adalah seperti pembelian mesin kelapa hidraulik bernilai RM8,100, membina rumah burung walet berjumlah RM16,000 dan membina 3 buah bangsal memproses belacan berjumlah RM30,000 c. Bayaran 2 Kali Kepada Pejabat Khidmat Masyarakat DUN (ms 27) 3. Prosedur dan Proses Pengambilan tanah a. Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 APT 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran (ms 37) Semakan Audit mendapati pengambilan tanah bagi Projek Pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntung, Mukim Manir, Kuala Terengganu yang melibatkan 76 lot tanah bagi Fasa I dan 184 lot tanah bagi Fasa II tidak diwartakan di bawah Seksyen 4 APT 1960 terlebih dahulu di mana Agensi pemohon diberi tempoh 1 tahun selepas pewartaan di bawah Seksyen 4 APT 1960 (Borang A) untuk menyelesaikan kajian dan memutuskan sama ada hendak meneruskan pengambilan balik tanah atau tidak. Sebaliknya ia telah terus diwartakan di bawah Seksyen 8 APT 1960 (Borang D) masing-masing pada 24 Jun 2010 dan 28 Oktober 2010 tanpa menjalankan kajian keadaan fizikal tanah, aksesibiliti serta mengambil kira isu-isu sosial dan ekonomi penduduk tempatan b. Projek Pembinaan Longkang Dilaksanakan Sebelum Pengambilan Tanah (ms 38) Pada tahun 2006, Majlis Daerah Marang telah melaksanakan Projek Pembinaan Longkang Di Jalan Masuk Perpindahan Pulau Kekabu, Mukim Rusila yang melibatkan 6 lot tanah iaitu Lot 2463 (GM 240), Lot 2464 (GM 241), Lot 3966 (GM 2541), Lot 3967 (GM 2542), Lot 3968 (GM 2543) dan Lot 3969 (GM 2544). Tanah yang digunakan bagi pembinaan longkang adalah seluas 0.0945 hektar dengan anggaran pampasan berjumlah RM89,703. Semakan Audit mendapati Majlis Daerah Marang tidak membuat permohonan pengambilan tanah yang terlibat sebelum melaksanakan projek berkenaan. Setelah menerima aduan daripada pemilik tanah, Majlis Daerah Marang telah mengemukakan permohonan pengambilan tanah kepada PTG pada bulan April 2011. c. Pembangunan Tanah tidak seperti pengambilan (ms 43) Mengikut Seksyen 3 (1)(a) dan (b) APT 1960, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud awam dan oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri adalah benefisial untuk rakyat dan kemajuan ekonomi. Lawatan Audit pada 21 September 2011 dan 24 November 2011 ke 8 tapak yang telah selesai dibuat pengambilan tanah mendapati 2 tapak telah dibangunkan sebagaimana yang dirancang dan 6 tapak lagi belum dibangunkan 4. Pembinaan Jerteh Souq (ms 59) Kerja yang terkandung dalam Projek ialah membina Bazar A melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan kerja infrastruktur termasuk kerja menanam cerucuk Bazar B telah ditawarkan secara tender terbuka kepada Kontraktor dengan nilai kontrak berjumlah RM22.5 juta dan tempoh siap selama 110 minggu. Tarikh milik tapak ialah pada 6 Mei 2007 dan tarikh patut siap Projek adalah pada 14 Jun 2009. Bagaimanapun sehingga Oktober 2011, Projek ini masih belum disiapkan sepenuhnya dengan status pencapaian kerja yang disiapkan sebanyak 96% dan pembayaran sejumlah RM21 juta telah dijelaskan kepada Kontraktor. i. Yuran perkhidmatan perunding terlebih bayar. ii. Kelewatan menyiapkan projek. iii. Permohonan perakuan kelambatan dan lanjutan masa lewat diluluskan. iv. Pelepasan tanggungjawab perunding terhadap perubahan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor. v. Kualiti kerja tidak memuaskan. vi. Penggunaan bangunan sebelum Sijil Kelayakan Menduduki/Perakuan Siap atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara dikeluarkan. | |||||||||
Pentadbiran Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan – Fauzi Posted: 11 Dec 2012 03:49 PM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng. "Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar. "Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki," katanya kepada Keadilan Daily. Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan. "Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu. "Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang," kata Fauzi. "Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang," ujarnya. Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan. Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik. | |||||||||
Terpikat perjuangan PAS bela rakyat Posted: 11 Dec 2012 03:47 PM PST SEORANG lagi tokoh terkemuka, kali ini dalam bidang perniagaan, menyertai PAS. Dato' Seri Abdul Rahman Maidin, 66, adalah seorang pengusaha yang telah terlibat dalam bidang pelaburan, infrastruktur, media dan komunikasi, kewangan dan teknologi selama 32 tahun. Beliau pernah menerajui Dewan Perniagaan Melayu pada peringkat negeri dan nasional dan juga Dewan Perniagaan Kebangsaan, Dewan Perniagaan Asean dan telah melaksanakan banyak program demi kemajuan dan kepentingan peniaga. Wartawan Harakah Pulau Pinang, MOHD SABRI SAID sempat mendapatkan pandangan tokoh korporat yang kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan juga membela golongan tertindas, melalui Institut Peduli Rakyat (IPR). WARTAWAN :Berapa lama Dato' Seri memerhatikan PAS sehingga berminat menyertainya secara terbuka? ABDUL RAHMAN: Bagi saya PAS adalah sebuah parti yang cukup lama perjuangannya meneroka agenda yang pelbagai. Agenda yang dipolopori bukan setakat mendedahkan kepincangan kerajaan BN sebaliknya memfokuskan kepada isu rakyat sejagat yang tertindas. Sejak tiga empat tahun ini PAS dilihat lebih kuat menumpukan kepada isu tanah yang menyebabkan prestasinya semakin memuncak. Saya, menerusi NGO Institusi Peduli Rakyat (IPR) dapat rasakan perjuangan yang dibawa PAS ada kesamaan atau selari dengan harapan dan prinsip yang menjadi keazaman saya untuk Malaysia. Lagipun PAS telah berjaya muncul dengan urustadbir yang baik di negeri di bawah pemerintahannya. Perjuangan sebeginilah merupakan intipati bukan soal perkauman. Ia mampu memikat semua rakyat Malaysia menerusi Negara Berkebajikan yang menjadi teras perjuangan PAS. Adakah dasar BN yang menyeleweng membuatkan Dato' Seri terus pilih PAS? Tanyalah sesiapa pun yang memerhati tingkah laku kepimpinan BN, jika mereka terdiri daripada individu yang celik, pasti mereka memilih PAS, KeADILan ataupun DAP. Dasar BN amat mengecewakan terutamanya terhadap masyarakat luar atau dalam bandar. Banyak dasar yang diamalkan perlu dihapuskan dan diganti dengan satu reformasi yang lebih memihak kepada kebajikan rakyat. Apakah pandangan Dato' Seri terhadap PAS dulu dan sekarang? Saya nak komen agak sukar kerana dulu saya tidak dekat dengan PAS. Tapi dengan adanya beberapa perubahan seperti PAS lebih ke hadapan dalam isu-isu besar, sikap lebih disenangi seperti mementingkan kebajikan terhadap rakyat dan negara serta "PAS Untuk Semua". Slogan seumpama itu dengan sendirinya meruntuhkan tembok kebimbangan orang yang dulunya beranggapan serong terhadap PAS, kini boleh duduk semeja atau menjadi ahli. Ia berbeza dengan sistem yang dibawa Umno-BN yang mengamalkan "dasar perniagaan". Semua boleh diniagakan, misalnya tanah, malah orang pun boleh diperdagangkan, hak-hak rakyat juga diniagakan, aset negara turun menjadi bahan yang diperniagakan Felda Global Ventures Holding (FGV). Mereka hanya pentingkan keuntungan yang diperolehi tanpa menyedari masalah kejatuhan sehingga boleh tergadai semua sekali. Serupa juga pembenihan dalam pertanian, semuanya diboloti tanpa memberi ruang kepada mana-mana petani yang mampu laksanakan dengan memperhebatkan teknologi yang ada. Kadang-kadang lebih apabila mengecewakan mereka yang terlibat dengan perniagaan tersebut ada yang tidak pandai berniaga pun. Tahu-tahu rugi memanjang. Adakah Dato' Seri rasa penindasan terhadap orang Melayu berlaku di Pulau Pinang sebagaimana didakwa Umno? Saya dah bercakap terlalu banyak dalam hal ini. Siapa yang mula buat cerita tentang peminggiran orang Melayu? Setahu saya ia berlaku sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Dia kata orang Melayu Pulau Pinang terpinggir ketika melakukan lawatan ke Tanjung Tok Kong. Di Pulau Pinang, bila agaknya Ketua Menteri Melayu? Dulu pun Cina, fasal apa timbul cerita Melayu dipinggir sekarang. Sebab Cina dulu bersubahat dengan Umno, dia tidak dipersalahkan? Sekarang ini Cina tidak sebulu dengan Umno kerana berkawan dengan PAS dan KeADILan, maka terus dicop tidak betul. Boleh bertukar sekelip mata sahaja! Saya sendiri mengaku bukan semua dah lengkap, malahan mesti buat perubahan. Itulah peranan parti-parti yang memperjuangkan masyarakat bawahan, yang mana orang Melayu ramai termasuk dalam golongan itu. Azam kerajaan negeri Pulau Pinang memang baik, contohnya hendak memastikan rakyatnya sifar miskin tegar. Pencapaian ekonomi Pulau Pinang begitu memberangsangkan di bawah Pakatan Rakyat apabila berjaya membayar balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 95 peratus iaitu RM630 juta kepada RM30 juta serta menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) daripada bankrap apabila RM230 juta hilang tanpa kesan. Apa pandangan Dato' Seri mengenai situasi ini? Sikap yang diambil oleh kerajaan Pulau Pinang amat bijak kerana pembayaran balik merupakan satu keperluan berbanding dengan zaman BN yang terus menambah hutang bayarnya tidak langsung dibuat. Apa yang dilaksanakan BN jelas menunjukkan mereka tidak bijak mentadbir. Habis wang rakyat dipergunakan untuk pembinaan projek yang tidak menguntungkan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk mengatakan Malaysia megah tetapi hakikatnya dalam keadaan sakit tenat. Perumahan mampu milik juga merupakan isu yang kerap diserang. Perwakilan Pulau Pinang, semasa Persidangan Agung Umno (PAU) baru-baru ini lantang bersuara kononnya di era Pakatan Rakyat ramai orang Melayu lari tinggalkan Pulau Mutiara kerana kenaikan harga tanah. Adakah ini benar? Sepatutnya perwakilan Umno tidak payah cakap perkara itu sebab sejak dulu peristiwa harga tanah melambung tapi waktu itu mana dia Umno yang kata pejuang bangsa? Perumahan mampu milik satu hal, tapi satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah soal sosial ekonomi yang membolehkan penduduk mampu bayar atau tidak. Bila sesebuah kampung dimajukan untuk pembangunan dan memberikan penduduk dengan rumah mampu milik, ia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya apa salahnya perkampungan itu disusun dan dimajukan dengan kegiatan di situ. Jika kampung diroboh dan membawa penduduk ke penempatan lain di flat mampu milik, penduduk akan bingung dengan persekitaran baru. Dulu sebagai nelayan, berpindah pula ke kawasan lain, pastinya memberi kesan yang mengurangkan pendapatan. Atau memindahkan penduduk yang menoreh getah ke kawasan yang jauh di pekan, pasti menyusahkan hidupnya yang mana akhirnya membuatkan mereka tidak mampu bayar rumah. Dulu ada juga tanah tapi sekarang merempat di tanah air sendiri. Dulu boleh tinggal empat kelamin di sebuah rumah kini ada dua bilik sahaja. Kerajaan BN tidak peduli penduduk merana. Yang mereka tahu pembangunan berjalan dengan lancar manakala pemaju bagi mereka kaut keuntungan. Sepatutnya kerajaan mudahkan urusan rumah ini kepada mereka yang tak mampu beli, sebagai contoh Parti Sosialis yang pernah menguasai politik di Pulau Pinang membina rumah yang disewa, selagi dia hidup, sebulan hanya RM25.00. Mereka tidak payah nak fikir takutkan bank tarik balik rumah, boleh fikir soal lain seperti pelajaran anak. Rumah tersebut masih ada di Jelutong dan Sungai Pinang. Apakah nasihat Dato' Seri kepada orang Melayu khususnya apabila menghadapi situasi sebegitu rupa? Saya minta orang Melayu sedar dan celik terhadap apa yang berlaku selama 55 tahun. Jangan kita nampak Melayu yang telah berjaya dengan kemewahan kerana itu kelompok kecil. Yang ramai adalah orang Melayu yang menanggung hutang yang tinggi, miskin, mempunyai jurang pendapatan yang jauh dengan bangsa lain. Tanya diri sendiri dan keluarga, apakah 55 tahun ini hidup kita tidak dibelenggu dengan hutang. Mereka yang hidup sama ada pinggir bandar atau kampung, buka tingkap lihat sekeliling, betapa tingginya kos hidup sekarang. Apakah ini yang kita mahu 55 tahun lagi? Rakyat harus berani menukar kerajaan yang mempunyai agenda terbaik untuk rakyatnya. Fikirkan juga masa depan anak cucu. Perubahan harus bermula sekarang. Ramai orang dulu ada tanah, sekarang dah tergadai; dulu ada rumah dah dirampas bank. Sanggupkah kita jadi pelarian di tanah air sendiri akibat politik pemerintahan yang menyusahkan rakyat dan memikirkan keuntungan diri, kroni dan kelompok mereka sahaja. BIODATA DATO SERI RAHMAN MAIDIN, 66, adalah seorang pengusaha yang telah terlibat dalam bidang pelaburan, infrastruktur, media dan komunikasi, kewangan dan teknologi selama 32 tahun. Beliau telah menerajui Dewan Perniagaan Melayu pada peringkat negeri dan nasional dan juga Dewan Perniagaan Kebangsaan, Dewan Perniagaan Asean dan telah melaksanakan banyak program demi kemajuan dan kepentingan peniaga. Beliau bukan sahaja terlibat dalam dunia niaga tapi sejak bertahun beliau meletakkan dirinya dalam kerja membantu kepada golongan yang memerlukan melalui beberapa organisasi kebajikan. Perjuangan kesihatan rakyat, pembelaan rakyat alam sekitar dan sejak kebelakangan ini beliau banyak terlibat dalam isu ekonomi khususnya dalam isu pengambilan tanah di Penggerang, Johor dan di Kuala Terengganu serta isu pertanian di Perlis dan juga isu alam sekitar di Pulau Pinang dan Kubu Gajah di Perak. | |||||||||
Sebotaj akar umbi boleh ajar Umno Posted: 11 Dec 2012 03:39 PM PST
SETIAP kali Perhimpunan Agung Umno (PAU), semua jurucakap negerinegeri akan diberikan taklimat. Tentunya taklimat itu berkaitan masa perbahasan dan had-had yang ditentukan oleh peraturan perhimpunan, yang ada persamaan dengan peraturan persidangan di peringkat bahagian. Namun, kali ini, sekatan lebih ketara kepada jurucakap negerinegeri, agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitif, kerana Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dikhabarkan akan mengumumkan pembubaran Parlimen, sebaik sahaja selesai PAU 2012. Dulu, Naib Presiden yang diarahkan mengawal jurucakap negeri-negeri ini ialah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, tetapi sekarang, ia telah diberikan kepada Hishammuddin Hussein. Apa yang paling malang, ketika menggulung perbahasan, rata-rata perwakilan dan pemerhati kecewa dengan cara Hishammuddin menggulung yang mengulangi cerita lama, kisah hidung dan bulu roma di betisnya! Walaupun ada sumber memberitahu, ada halangan kepada jurucakap supaya tidak menimbulkan cerita peranan isteri Perdana Menteri (PM), Datin Seri Rosmah Mansor dalam kerajaan, tetapi yang pasti, tiada sesiapa dibenarkan menyentuh tentang hubungan PM dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Sudah tentu isu Felda Global Ventures Berhad (FGVH) tidak dapat disentuh, kerana ia akan melibatkan Najib yang bertanggungjawab terhadap Felda. Secara kebetulan, setiap kali pertemuan dengan jurucakap, Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan terlibat sama. Di Parlimen, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan menjawab isu-isu Felda yang dibangkitkan, menyebabkan tiada siapa boleh menyentuh isu ini. Usahlah sesiapa menunggu ada jurucakap negeri akan menyentuh komisen Kapal Selam Scorpene dan NFC kerana ia sekaligus bererti "menembak" Najib secara terus, yang akan mengesahkan hubungan kurang mesra Najib-Muhyiddin. Berbulan-bulan sebenarnya orang-orang Hishammuddin sudah mengesan siapakah jurucakap negeri-negeri, supaya apa yang hendak disampaikan tidak melihatkan Umno bermasalah. PAU 2012 disifatkan PAU paling gagal oleh pemerhati politik tanahair. Hasil penggulungan, ucapan Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil dikatakan paling teruk, diikuti dengan ucapan berjela-jela Naib Presiden ketiganya, Mohd Shafie Afdal, Hishammuddin dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Seorang ketua bahagian Umno memberitahu, kenapa Hishammuddin masih mahu menyebut perkataan "ekor" dan kemudiannya disahkan oleh Najib, bahawa ketiga-tiga Naib Presiden Umno adalah "3 ekor!" "Ini perhimpunan terbesar dan tertinggi. Kenapa masih nak bergurau, ketika perwakilan dan jurucakap diberikan ingatan supaya bercakap dengan fakta dan jangan banyak melawak," katanya ketika ditanya pendapatnya pasca PAU 2012. Ada juga yang mempersoalkan berapakah perbelanjaan yang dihabiskan untuk menghias dalaman dan luaran PWTC kerana PAU 2012 dan siapakah kontraktor yang berjaya mendapat projek runding terus tersebut? Jadi, apabila Najib menyebut "Setiausaha Kerja yang semakin sihat", ramai yang mentafsirkan bahawa "selama ini Setiausaha Kerja Umno" tidak cukup sihat. Tetapi, sebaik sahaja selesai PAU 2102 dan semua kos dikira, ada yang kenyang dengan komisen dari kontraktor! PAU sebenarnya bukanlah perhimpunan yang bebas untuk mana-mana jurucakap yang hendak menegur pucuk pimpinan. Jurucakap Kedah, Mohd Kamal Saidin yang selalunya mendapat sambutan kerana bijak menyerang pembangkang, dilihat sudah kehabisan oksigen kali ini, kerana membawa isu kitar semula dalam PAU. Ada antara jurucakap yang terlalu berjaga-jaga mengeluarkan kata-kata kerana mahu memastikan namanya dicalonkan dalam pilihan raya akan datang. Rata-rata, teks ucapan jurucakap dipantau dengan teliti oleh Menteri Besar atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Jika ada pihak yang mendakwa mulut jurucakap Umno digam, ia ada kebenarannya! Jangan pula ada pihak dalam Umno yang ingin menafikan dakwaan ini kerana setiap jurucakap dipanggil, bukan oleh pihak negeri tetapi pihak Ketua Penerangan Umno, Naib Presiden Umno dan akhir sekali, oleh Timbalan Presiden Umno. Jika ada jurucakap yang terlepas isu mengkritik atau menegur Presiden Umno, ia tentunya datang dari kehendak Timbalan Presiden. Jika ada jurucakap yang terucap kata-kata yang mengkritik Timbalan Presiden, sudah pasti mereka diminta berbuat demikian oleh Naib-Naib Presiden yang sedang memerhati dengan penuh minat kerusi timbalan. Lebih malang, Muhyiddin dan Najib tidak cukup "stamina" untuk menggulung perbahasan kali ini kerana terpaksa mengambil masa yang panjang. Muhyiddin terkejar-kejar untuk menghabiskan "tujuh rukunnya" manakala Najib, mahu pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian menjawab "soalan cepu emasnya". Masalah paling besar yang Umno hadapi sekarang ialah keputusan pucuk pimpinan mereka, tidak diterima mudah oleh ahli. Itulah sebabnya, Najib bertanya, jika "saya tidak terpilih sebagai calon?" adakah akan menerima dengan senang hati dan terus memberikan sokongan kepada parti? Tentulah, secara diam-diam, mereka menjawab, akan sabotaj. Sebab, dengan sabotaj calon dan parti sahajalah pucuk pimpinan boleh "ditegur". Jika tidak, mereka tidak akan mendengar dan menerima pandangan ahli di bawah. Jika keputusan PRU12 yang lalu tidak sebegini teruk kepada BN, mustahil berlaku transformasi dan perubahan yang ketara. Apakah boleh berlaku perubahan dalam Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain jika keputusan PRU12 yang lalu, sama cemerlang dengan keputusan PRU11? Berhentikah Dato' Seri S Samy Vellu dari MIC sekiranya semua calon MIC yang diletakkan bertanding menang dalam PRU12 yang lalu? Lebih dahsyat, soalan yang sama jika ditujukan kepada Umno, apakah Tun Abdullah Ahmad Badawi akan berundur jika keputusan PRU12 yang lalu baik, sebaik apa yang dicapainya dalam tahun 2004? Jadi, eloklah kalau ahli Umno sabotaj parti dan kalahkan caloncalon yang pucuk pimpinan mereka pilih kerana, inilah cara terbaik untuk menegur mereka yang sudah angkuh dan sombong. Mereka tidak mudah ditemui, tidak mudah mendengar cadangan dan pandangan dari pihak di bawah. Lebih malang, mereka yang dilantik bekerja untuk parti, berlagak dan angkuh ketika memegang amanah tersebut! | |||||||||
Rafizi akan serah bukti 'deposit konsesi' pada ICAC Posted: 11 Dec 2012 03:25 PM PST Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan menyerahkan beberapa lagi dokumen kepada Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong bagi menggesa badan itu membuka semula siasatan ke ke atas sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah. Katanya, ia termasuk dokumen yang didakwanya sebagai salinan pengesahan pemindahan wang ahli perniagaan Michael Chia melibatkan akaun di beberapa negara. Beliau mendakwa, dokumen tersebut mungkin mengaitkan individu tertentu berhubung kutipan wang deposit konsesi balak Sabah. Rafizi memberi alasan, kelulusan permit serta kutipan hasil berkenaan dikendalikan kerajaan Sabah tanpa melibatkan pihak lain, katanya yang merujuk Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Peraturan Permit Pembalakan Sabah 1969. "Oleh yang demikian, sebarang kutipan wang bagi deposit konsesi oleh pihak lain berkemungkinan besar adalah wang rasuah yang dibayar untuk mendapatkan konsesi," katanya. Beliau mendakwa slip pengesahan urusniaga ini menunjukkan pemindahan wang ke akaun dikawal Michael Chia oleh syarikat yang dikaitkan dengan konsesi balak di Sabah. Katanya, beliau juga akan mengemukakan satu akuan berkanun bekas pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berhubung dakwaan sumbangan RM40 juta itu. Dalam akuan tersebut, Lajim antara lainnya mendakwa tidak pernah tahu mengenai sebarang pengisytiharan di peringkat majlis tertinggi Umno mahupun Umno Sabah berhubung sumbangan RM40 juta itu. Kenyataan Lajim itu merujuk kepada kenyataan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung sumbangan RM40 juta dari Michael Chia. Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen pada 11 Oktober lalu pula, Nazri berkata kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menunjukkan, wang berkenaan merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Rafizi berkata, beliau akan mengemukakan dokumen berkenaan kepada pegawai ICAC di Hong Kong, esok. | |||||||||
Produk sisa Lynas boleh dipasar di M'sia jika... Posted: 11 Dec 2012 03:23 PM PST Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata sisa daripada operasi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ia ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah. Sisa itu juga boleh dipasarkan sekiranya syarikat berkenaan berjaya mendapatkan pembeli, katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini. Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut katanya lagi. Beliau menjelaskan, hasil produk itu tidak berbahaya kerana hanya akan mengeluarkan radiasi pada skala 1 Becquerel setiap gram – jauh lebih rendah daripada had 5 Becquerel setiap gram seperti ditetapkan oleh piawai antarabangsa untuk bahan yang dikira berbahaya. Namun, beliau menjelaskan bahawa bahan berkenaan termaktub bahawa bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar dan perlu mematuhi keperluan akta berkenaan sebelum dipasarkan. Maximus juga menegaskan bahawa ia perlu dieksport keluar daripada negara, mengikut syarat yang ditetapkan, sekiranya ia dalam bentuk sisa mentah. | |||||||||
Nik Aziz akan nikahkan Apex, Leuniey Posted: 11 Dec 2012 03:21 PM PST KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini. Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau. Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri. Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi. Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari. Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung. Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style. Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104). Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey. Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan. Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri. | |||||||||
Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia Posted: 11 Dec 2012 03:20 PM PST SINAR HARIAN BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama | |||||||||
Guan Eng: Janji 'kembar' Najib bukti 'BN gagal tepati janji' Posted: 11 Dec 2012 03:18 PM PST Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan janji berkembar yang diumumkan Najib itu sebagai mendedahkan kegagalan BN untuk menepati janji yang dibuat dahulu. Beliau percaya pengundi Pulau Pinang tidak teruja dengan janji itu kerana ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan dan pengangkutan awam hasil kutipan cukai yang diterima termasuk dari rakyat Pulau Pinang. "Ini bukan janji baru kerana ia sudah dinyatakan dahulu, khususnya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. "BN gagal memenuhi janji untuk membina monorel apabila berkuasa di peringkat Pusat dan negeri pada 2007. Adakah ini jaminan mereka untuk menunaikan janji jika berjaya menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum nanti," katanya dalam kenyataan media semalam. Menurutnya,Najib sepatutnya peka dengan kegagalan Kerajaan Pusat sebelum ini untuk membina perumahan mampu milik yang mencukupi di negeri ini. "Kerajaan BN harus malu kerana gagal membina perumahan mampu milik yang mencukupi di Pulau Pinang. Hanya 70 Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah akan dibina di Pulau Pinang oleh Kerajaan Pusat, iaitu jumlah yang paling kecil di antara semua negeri di Malaysia. "Inilah perbezaan antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN. BN mengamalkan kaedah tidak demokratik dan bersyarat "you help me, I help you", manakala PR membantu rakyat tanpa syarat sebagai tanggungjawab kerajaan berjiwa rakyat," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP. Dalam ucapannya pada Program Jelajah Janji Ditepati, Najib berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu. Beliau berkata, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit dibina oleh agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). | |||||||||
Pakatan tidak pernah terima dana asing, kata Pas Posted: 11 Dec 2012 03:16 PM PST KUALA LUMPUR - Pas Pusat hari ini menempelak hasrat Bank Negara yang akan memantau sebarang kemasukan dana asing yang bertujuan membantu pertubuhan bukan kerajaan propembangkang mensabotaj Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, seingat beliau, tidak pernah berlaku kes seumpama itu dalam pembangkang bagi meneruskan survival politik mereka. "Setakat ini saya tak pernah dengar. Tak ada. Tapi Umno mungkin ada. Kes (Ketua Menteri Sabah) Musa Aman belum selesai lagi," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Bagaimanapun beliau bertanya, "kalau Umno (pula) ambil dana asing sabotaj pembangkang macam mana? "Kalau nak pantau, pantau ini kena teluslah. Memang kita ini istilah bantu pembangkang ini, saya tak pernah dengar dana asing ini yang membantu pembangkang," tambah beliau. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebelum ini memberitahu Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ujarnya, jika perkara itu berlaku, Bank Negara pastinya dapat mengesan kegiatan itu. "Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kelmarin. | |||||||||
Aktivis: Putrajaya harus tangguh lesen Lynas jika ikhlas mahu pelihara alam sekitar Posted: 11 Dec 2012 06:29 AM PST TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER Aktivis alam sekitar berkata, kenyataan dari pengarah urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad bahawa syarikat tersebut tidak akan menghantar keluar sisa radioaktif, sebaliknya diproses di dalam negara membuktikan dakwaan bahawa Putrajaya bersekongkol dengan syarikat perlombongan Australia dan tidak akan menutup kilang tersebut walaupun ia membahayakan kesihatan dan ekologi telah dibuktikan. "Jika kerajaan serius, sila lakukannya sekarang. Saya tidak mahu tindakan dilakukan selepas pilihan raya. Lakukan sekarang, hari ini," kata pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam. Beliau berkata, ketua pengarah Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum ini berkata bahawa lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas membenarkan pengeluar nadir bumi itu untuk diproses dalam relau awal bulan ini berdasarkan perjanjian bahawa mereka akan mengeksport sisa radioaktif -- dengan empat kementerian bertanggungjawab dalam portfolio yang berkaitan dengan projek Lynas. Dalam kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan Lynas mesti menghormati klausa perjanjian untuk membuang sisa dari pemprosesan nadir bumi keluar dari negara ini, dalam kerajaan cuba menangani kebimbangan orang ramai mengenai kilang pemprosesan kontroversi ini. Kabinet juga menyokong saranan ini, kata mereka lagi. "Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu kesihatan dan keselamatan rakyat di samping alam sekitar apabila berurusan dengan Lynas," kata menteri-menteri tersebut dalam satu kenyataan. Mereka juga berkata jika Lynas gagal mengikut syarat ini, AELB mempunyai kuasa dibawah Seksyen 22 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menangguhkan atau membatalkan TOL Lynas serta mengarahkan penutupan serta merta. Lynas Corp mengulangi komitmen mereka untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia semalam. Syarikat tersebut menafikan mereka akan menyimpan sisa tersebut di Malaysia, sebaliknya akan menukarkan sisa tersebut kepada bahan yang lebih selamat. Marshal berkata, bahan tersebut akan dieksport berdasarkan standard dalam dan luar negara dan akan digunakan untuk bahan kejuruteraan awam. Agensi berita kerajaan Bernama melaporkan Lynas menunjukkan demonstrasi ke atas kilang ini pada 7 Disember lalu kepada orang ramai dan wartawan bahawa bahan mentah tersebut adalah selamat kepada orang ramai, serta melaporkan kilang tersebut akan kilang pemprosesan penukaran sisa tersebut telah dibina di LAMP sudah mula bersedia untuk beroperasi. Kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng itu mempunyai isu yang serius kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), terutamanya pilihan raya semakin hampir dalam masa beberapa bulan ini. Tetapi Wong berkata, tindakan kerajaan tidak menunjukkan mereka benar-benar mahu membawa janji terhadap Lynas memandangkan masih membenarkan mereka walaupun syarikat tersebut melanggar beberapa syarat sebelum diberikan TOL, kata seorang lagi pemimpin akar umbi, Tan But Teet. AELB memberi lesen TOL kepada Lynas pada awal Februari. "Sudah sepuluh bulan dan Lynas berkata mereka tidak akan mengeksport sisa mereka. Apa jalan penyelesaiannya?" katanya lagi. "AELB mesti menjawab semua persoalan", kata Tan, seperti Wong, yang tinggal di Kuantan, berhampiran Gebeng di mana kilang pemprosesan termaju Lynas (LAMP) dalam tempoh percubaan dalam memproses nadir bumi untuk industri teknologi tinggi seperti telefon pintar. Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang menjadi penentang utama projek Lynas memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerajaan hari ini mahu mengaburi mata rakyat dengan mengulangi kenyataan bahawa pengurusan sisa tersebut tidak melanggar undang-undang, berdasarkan 11 cadangan dari pemeriksa radioaktif global seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) selepas melawat ke kilang tersbut awal tahun ini. Beliau mengata, kerajaan mempunyai kuasa untuk menentang Lynas dan menangguhkan tempoh lesen sementara mereka, dengan menggunakan Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA), yang digubal tahun lalu termasuk menambahkan klausa tambahan kepada Lynas. "Ada undang-undang dalam EQA yang boleh menghentikan Lynas, tetapi kerajaan tidak menunjukkan minat dan komitment untuk menggunakan undang-undang tersebut," katanya lagi. Beliau berkata, klausa itu dibuat untuk mewajibkan penilaian kesan alam sekitar (DEIA) bagi memastikan sebarang projek yang melibatkan bahan radioaktif atau sisa radioaktif, tetapi Jabatan Alam Sekitar tidak lakukan kepada Lynas. "Jika kerajaan bersungguh-sungguh, kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang ke atas Lynas bagi memastikan syarikat itu membuat penilaian terperinci kesan alam sekitar untuk beroperasi. Kerajaan boleh menangguhkan pemberian TOL dengan memberikan mereka untuk membuat EIA. Kerajaan sepatutnya menangguhkan pemberian TOL jika penilaian terperinci itu memberikan syarat supaya penilaian terperinci dikeluarkan dahulu. Kerajaan mempunyai kuasa untuk menghalang TOL sebelum penilaian EIA, kerajaan seharusnya berbuat demikian," kata ahli parlimen PKR itu. | |||||||||
Terkepung 4 Punjuru - Najib Bakal Jatuh Dengan Sendirinya Posted: 11 Dec 2012 06:25 AM PST KELAB GREENBOC Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor didesak menjawab pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishen mengenai penglibatan mereka dalam satu projek rasuah kementerian. Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak lagi boleh mengelak kerana kenyataan rakan karib Rosmah itu di mahkamah dan temubualnya bersama media menyatakan secara terang mengenai perkara tersebut. "Kita desak agar Najib menafikan atau memberi penjelasan berhubung isu itu. Kenyataan Deepak membuktikan kaitan Najib dalam isu ini. Justeru beliau tidak boleh berdiam diri lagi," tegas Sivarasa ketika dihubungi. Deepak sebelum ini mendedahkan keterlibatan Najib dalam satu projek rasuah kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan. Menurut Deepak, beliau membayar keluarga Najib sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. Menurut Sivarasa, Deepak memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah untuk menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut. Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja, Klang. "Roopiah tidak boleh jual tanah itu tapi diberi kelulusan oleh Najib, dengan syarat beri rasuah, iaitu sejumlah wang besar kepada ahli keluarga Najib. Dan pihak kami percaya wang tersebut diberikan kepada Rosmah," jelas Sivarasa yang merupakan peguam Deepak dalam saman difailkan syarikat usahawan tersebut, Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd. Seorang lagi peguam adalah, N Surendran. Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak. Bagaimanapun, Deepak tidak mendedahkan nama ahli keluarga Najib yang meraih komisen itu, tetapi spekulasi ada menyebut bahawa orang tersebut merupakan Rosmah, kerana beliau sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib. -SK | |||||||||
Anuar Zain pertahan tiket konsert mahal Posted: 11 Dec 2012 06:20 AM PST Penyanyi popular Anuar Zain menyifatkan harga tiket konsertnya berjudul Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang mencecah sehingga RM698 adalah bersesuaian dengan persembahan itu kelak. Anuar, 42, berkata, harga tiket yang bermula dari RM88 itu adalah satu jumlah yang wajar dan adil kerana konsert berkenaan menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega. "Ia (harga tiket) adalah bersesuaian dan adil mengikut skala dan kualiti konsert itu nanti.Kami menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah. "Mustahil untuk kita dapat sesuatu yang berkualiti dengan harga yang murah," katanya ketika ditemui mStar Online pada sidang media pengumuman harga tiket konsert tersebut di Press Room, Bangsar Shopping Centre di sini, petang Isnin. Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan penyanyi itu dalam bidang seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 bermula pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini. Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Ajari Aku itu berkata, dia akan memulakan latihan kecergasan bermula minggu hadapan bagi memantapkan stamina menjelang konsert sulung itu. "Saya akan mulakan sesi kecergasan bermula minggu hadapan bersama jurulatih bagi memantapkan stamina. "Untuk latihan vokal, saya tidak jalani kelas latihan vokal dan hanya bergantung kepada pengalaman menyanyi selama ini. "Kami juga akan ubah semula susunan muzik agar lebih segar dan mantap bersesuaian dengan suasana, rasa dan tema konsert," jelasnya yang masih belum memutuskan senarai lagu dan konsep pada persembahan tersebut. Konsert yang diiringi 31 pemuzik itu bakal diketuai pengarah muzik Mac Chew.Kata Anuar, dia juga bakal menayangkan muzik video lagu terbaru berjudul Sempurnakan Aku secara eksklusif di hadapan peminat pada konsert itu nanti. Tiket-tiket konsert akan dijual bermula Rabu ini pada pukul 12 tengah hari menerusi www.ticketcharge.com dan cawangan kaunter rasminya. Manakala harga tiket VIP pula akan diumumkan pada Rabu ini. Diskaun khas bagi mereka yang membuat tempahan awal adalah sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama bagi tempoh bermula Rabu (esok) sehingga 19 Disember ini. Bagi jualan tiket secara pukal, peminat boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-4642030. Pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif '3Dekad 1Destinasi' untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuklah dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi. | |||||||||
Posted: 11 Dec 2012 06:17 AM PST Lebih 2,000 orang telah disaman di Selangor kerana pelaksanaan Sistem Automatik (AES) kamera, dengan 1.760 dipanggil ke Mahkamah.Walau bagaimanapun, hanya 58 hadir di mahkamah, dengan waran tangkap yang dikeluarkan. Mereka semua disaman selepas didakwa ditangkap memandu laju oleh kamera AES tunggal yang terletak di Lebuhraya Utara-Selatan.Daripada jumlah itu, 40 mengaku bersalah, dengan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad mengeluarkan denda antara RM300 hingga RM350. Daripada baki 18 orang, lapan meminta tarikh lain untuk hadir ke mahkamah manakala yang lain mengaku tidak bersalah. Mahkamah menetapkan Jan 9 dan 14 untuk mendengar kes. Mereka diwakili oleh Mohd Fikah Sanusi, manakala Pegawai Pendakwa Saharudin Safirol mewakili pihak pendakwaan. Sementara itu, di Sepang, 655 orang telah disaman ke mahkamah bagi kesalahan yang serupa, dengan hanya 25 orang muncul. Lima belas orang mengaku bersalah, dengan hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi, duduk sebagai majistret, mendenda 10 daripada mereka dengan jumlah RM300 dan membebaskan lima yang lain dengan amaran. Sejumlah 1093 orang dijangka akan disaman melalui sistem automatik AES di Kajang dan 312 di Sepang pada 12 Dis. Di KUALA LUMPUR, 42 daripada 731 orang yang disaman AES dengan kesalahan jalan raya hadir di mahkamah. Daripada jumlah itu, 40 mengaku bersalah di hadapan Majistret Noorasyikin Mahat, dengan 30 hukuman denda RM300, dan selebihnya dilepaskan dengan amaran. | |||||||||
Bekas KPN Sendiri Ragu Statistik Sebenar Jenayah Posted: 11 Dec 2012 06:09 AM PST KELAB GREENBOC Musa minta SB tumpu jenayah bukan politik Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta agar pegawai Cawangan Khas (SB) polis memberi lebih tumpuan kepada isu-isu jenayah dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik sahaja. "Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik. "Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka," sambung beliau lagi. Beliau yang berkata demikian pada sidang media anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) di sebuah hotel di Petaling Jaya petang tadi. Isu polis terlalu memberikan tumpuan kepada politik menjadi panas baru-baru ini sehingga menyebabkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata polis sudah cukup tetapi silap tumpuan. Ia dijawab oleh pihak polis dengan berkata bilangan anggota polis berkurangan dari yang sepatutnya. Namun dengan permintaan bekas orang nombor satu polis ini, isu kekurangan anggota boleh diselesaikan dengan cara polis memberikan tumpuan kepada jenayah bukannya kerja-kerja menjadi alat orang politik. Dedah statistik jenayah Musa juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan angka statistik yang sebenar jenayah negara ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan. Musa menyatakan, angka statistik yang diumumkan sebelum ini hanya merujuk kepada jenayah jalanan sahaja tetapi tidak merangkumi jenayah-jenayah lain. "Kita melihat pada NKRA kerajaan hanya mengumumkan kadar statistik jenayah yang melibatkan jenayah jalanan sahaja iaitu seperti ragut dan sebagainya. "Tetapi apa yang berlaku pada jenayah-jenayah lain seperti pecah rumah mahupun bentuk-bentuk jenayah yang lain, apakah kadar statistik jenayah tersebut," jelasnya. Menurut beliau, rakyat sebenar keliru dengan kadar statistik yang diumumkan apabila kerajaan mengatakan kadar jenayah telah menurun sedangan rakyat terus mempersoalkan jenayah yang sering berlaku disekeliling mereka. "Kerajaan perlu mendedahkan yang sebenar tentang kadar statistik jenayah biar semua tahu dan rakyat akan mengetahui kedudukan mereka dalam situasi jenayah negara," kata beliau lagi. Beliau yang mengulangi masih menyayangi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan berharap agensi tersebut dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat. | |||||||||
Peserta kayuh untuk perubahan serah memo kepada MB N Sembilan Posted: 11 Dec 2012 06:03 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Seramai 20 peserta program 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ anjuran NGO Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) tiba di Wisma Negeri, Seremban semalam bagi menyerahkan memorandum tujuh tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.Mohamad menerima memorandum berkenaan menerusi Setiausaha sulitnya, Shahrul Faizal. Ia turut diterima Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Anthony Loke. Sebelum itu, pintu pagar pejabat MB Negeri Sembilan yang masih terbuka, ditutup serta merta sebaik para pengayuh sampai. Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi, Teo Kok Seong (Bahau), P Gunasegaran (Senawang) dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam. "Peserta bertolak dari Seremban Jaya pada jam 10.45 pagi dan sampai ke Wisma Negeri pada jam 11.40 pagi. Dalam perjalanan, kami turut edar risalah di bandar Seremban," kata Koordinator Jerit, R Thevarajan ketika dihubungi. "Tiada peserta cedera atau diganggu sepanjang perjalanan, cuma ramai 'SB' (polis cawangan khas) yang ikut kami," katanya yang turut menyertai program empat hari itu. 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ bermula pada 7 Disember lalu di Pasar Besar Senawang dengan penyertaan 100 pengayuh dan dirasmikan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim. Ia bertujuan menyampaikan tujuh tuntutan, antaranya pilihan raya bersih dan adil, hentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat, hak bersuara dan berhimpun secara aman serta perlindungan hak dan kebajikan pekerja. Peserta melalui tujuh daerah utama Negeri Sembilan dan berhenti di 23 lokasi untuk bertemu penduduk setempat. Antara lokasi dipilih adalah Felda Raja Alias 2 Serting, Taman Koperasi Pedas dan Ladang Juasseh, Kuala Pilah. Selain mendengar keluhan penduduk setempat, peserta turut mengedarkan risalah dan mengumpul tandatangan untuk disertakan bersama memorandum tuntutan. | |||||||||
Lynas: Adakah MB Pahang sanggup potong telinga? Posted: 11 Dec 2012 05:59 AM PST MALAYSIA CHRONICLE Kerajaan Persekutuan BN dan Lynas Corporation perlu menyatakan dengan jelas di mana sisa Lynas akan dieksport dahulu sebelum kilang dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi. Kenyataan empat Menteri BN, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas Dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL) adalah tidak mencukupi tanpa menuntut Lynas untuk menyatakan dengan jelas di mana sisa radioaktif kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu akan dieksportkan. Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri. 1. Kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi. 2. Kerajaan mesti menuntut surat atau dokumen perjanjian daripada Lynas untuk mengesahkan mereka sudah menjumpai negara yang sanggup menerima sisa-sisa radioaktif tersebut. 3. Kerajaan juga mesti menuntut Lynas memperjelaskan bagaimana syarikat tersebut mengatasi kekangan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya ke negara lain seperti yang dinyatakan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad dalam laporan Guang Ming Daily. Apakah Menteri Pahang sanggup berjanji sekali lagi untuk telinganya yang satu lagi dipotong dan terjun Sungai Pahang sekiranya Lynas gagal mengeluarkan apa-apa dokumen rasmi perjanjian, pelan dan negara mana yang sanggup menerima sisa toksik kilang LAMP? Keadaan ini mesti ditangani segera, kerana bahan mentah nadir bumi telahpun sampai di kilang, dan syarikat Lynas akan memulakan operasinya. PAS Pahang ingin tegaskan bahawa kerajaan mesti bertegas dalam soal keselamatan rakyat dan risiko dari projek ini. Rakyat Pahang khasnya bimbang sisa tersebut akan tetap berada di Pahang, kerana tiada negara sanggup menerimanya, sedangkan syarat lesen operasi ialah sisa toksik mesti dibawa keluar dari negara ini. Rakyat tidak akan teragak agak untuk berkumpul di hadapan kilang Lynas, sekiranya kilang ini memulakan operasinya tanpa menjelaskan ke mana sisa ini akan dihantar. Rakyat Pahang ingin melihat surat rasmi dari Lynas dan kesediaan negara mana yang sanggup terima sisa bahaya ini. Ketiadaan negara sanggup menerima sisa membuktikan ianya bahaya bagi alam sekitar dan manusia, dan inilah yang rakyat perlu memahami kenapa Pakatan Rakyat bertegas menentang projek ini. Tanpa surat rasmi akan timbul persoalan dan spekulasi - jika tiada negara yang sanggup menerimanya, dan demi meneruskan operasi harian untuk mematuhi syarat TOL, apakah ada kemungkinan sisa toksik Lynas dibuang ke perairan laut antarabangsa di Laut China Selatan sebagai langkah mudah?-harakahdaily | |||||||||
Melayu diseru jadikan demonstrasi Baling iktibar kezaliman Umno BN Posted: 11 Dec 2012 05:57 AM PST KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu orang Melayu mengambil iktibar peristiwa demonstrasi Baling akibat penindasan oleh pemerintahan kerajaan Umno BN. Beliau berkata, ia perlu dijadikan pengajaran bahawa rakyat yang miskin dan terpinggir turut mampu bangkit melawan sistem yang tidak adil. "Orang andaikan perubahan hanya akan berlaku dengan kesedaran orang bandar yang terdidik. Saya tidak setuju…Ia secara tidak langsung adalah serpihan dari pemikiran yang memperkecilkan (orang lain). "Baling adalah antara daerah terpencil, masyarakatnya paling terpinggir (dan) tahap pendidikannya terendah…Tetapi mampu bangkit suarakan pandangan bahawa sistem yang ada itu bobrok kerana tidak dapat pertahankan hak dan keadilan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama dalam program 'Syarahan Baling: Memperingati Demonstrasi Baling 1974 dan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia' di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya malam tadi. Ketua Pembangkang berkata, orang Melayu harus diyakinkan bahawa nasib dan kedudukan mereka akan lebih terjamin bersama Pakatan Rakyat. "Ada yang kata orang Melayu sekarang rasa tergugat. Sebab itu masalah kemiskinan diremehkan, masalah penipuan diketepikan, masalah rasuah tidak diambil berat. Mereka takut tanpa Umno, nasib orang Melayu tidak terbela. "Kita harus terangkan (bahawa) kemiskinan (dan) kesusahan mereka serta kezaliman ini adalah kerana dasar yang diteruskan Umno BN," katanya depan lebih 300 hadirin. Beliau menyarankan program seperti ini perlu terus diadakan dengan lebih mendalam seperti kupasan dasar pertanian dan ekonomi ketika demonstrasi Baling dahulu. Program anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) ini bertujuan menyorot kembali peristiwa bersejarah kebangkitan rakyat bersama mahasiswa menentang dasar pemerintah yang gagal membela nasib mereka. Demonstrasi pada Disember 1974 itu tercetus akibat masalah kemiskinan para penoreh getah di Baling serta kawasan sekitarnya semakin memuncak sehingga ada yang mati kelaparan. Ekoran itu, pemimpin mahasiswa yang terlibat, antaranya Anwar (Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia), Syed Husin Ali (pensyarah Universiti Malaya) dan Kamaruzaman Yaakob (Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Terdahulu, acara dimulakan dengan forum bersama peserta demonstrasi Baling dibarisi ahli panel Kamaruzaman Yaakob, Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan pensyarah Undang-undang UM, Professor Gurdial Singh. Turut berucap, Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN, serta deklamasi sajak oleh penyair Benz Ali dan persembahan Nik Jidan. | |||||||||
Bukan kes khalwat, Pas pertahan MPKB-BRI Posted: 11 Dec 2012 05:54 AM PST MALAYSIA CHRONICLE [DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Pas hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan isu empat orang bukan Islam yang ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam baru-baru ini. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan yang diambil oleh penguat kuasa MPKB bertepatan di bawah Undang-undang Kecil Taman MPKB 1986, dan ia bukanlah kes 'khalwat' sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. "Kes sebelum ini mungkin diberi nasihat, tapi dalam kes ini teruk sikitlah. Dicerita kepada saya secara detail tapi saya tak nak cerita lah apa yang berlaku. "Jadi kita serah kepada (MPKB) kalau perkara ini jadi kes," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Tambah beliau, kes berkenaan yang beliau sendiri tidak "tergamak" untuk menceritakannya kepada media, mungkin mendorong penguatkuasa yang bertugas bertindak mahu terus menyaman kedua-dua pasangan terbabit. "MPKB telah mengambil langkah-langkah pencegahan ini bukan sekadar saman, setiap ada kes seperti ini sama dan failkan kes, tidak (sebenarnya). "Mereka ini juga menggunakan budi bicara dalam banyak hal pun. Nampak macam tak sopan tapi boleh nasihat, maka minta beredar. Tapi dalam kes ini lain," ujar beliau. Kes berkenaan yang berlaku pada Oktober lalu disifatkan oleh Mustafa sebagai sengaja disensasikan untuk kepentingan politik MCA menerusi media miliknya, The Star menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Berlaku dalam DBKL ini, MCA tidak cakap apa pun, pasal bukan bawah Pas." katanya lagi. Ekoran kes tersebut, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan Pas Kelantan segera menyelesaikan isu itu kerana ia menjejaskan mesej pembangkang dalam menghormati kebebasan beragama di negara ini. Bahkan katanya, kes seumpama itu boleh merosakkan kerjasama yang wujud dalam pakatan pembangkang. "Tidak... tidak... ini perkara yang disebut cara tak betul oleh Star, oleh MCA. Ini yang menimbulkan persepsi tak betul menimbulkan kekeliruan ini kerana MCA telah membuat kenyataan-kenyataan yang tidak tepat," ujar beliau lagi. Malah menurut Mustafa, beliau sendiri sudah menjelaskan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong yang diarahkan oleh Guan Eng untuk berbincang mengenai isu terbabit dengannya. Mustafa kemudian merujuk kes di bawah DBKL pada 2004 di mana mahkamah sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah betul untuk mendakwa dua pelajar kerana berkelakuan tidak sopan iaitu berpeluk dan bercium di taman KLCC. Korum itu memutuskan Seksyen 8 (1) Undang-undang Kecil Taman, seksyen yang dirujuk oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menghukum sesiapa yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam adalah mengikut Perlembagaan. Berikutan keputusan itu, dua pelajar terbabit, Ooi Kean Thong, 24, dan Siow Ai Wei, 22, perlu membela diri terhadap pertuduhan itu yang didakwa terhadap mereka di Mahkamah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur pada 2004. "... yang bawah Pas ini mereka nak tunjukkan tak bagus. Sedangkan dulu lagi Pas perintah, yang terakhir 20 tahun ini, tak akan sebab kes ini menggambarkan itu pendirian Pas berkait dengan kebebasan orang yang bukan Islam dan sebagainya... tak sama sekali," tegas beliau lagi.-sinarharian.com | |||||||||
KEADILAN bawa bukti akuan bersumpah Lajim Ukin kepada ICAC Posted: 11 Dec 2012 05:48 AM PST KEADILAN DAILYPETALING JAYA : KEADILAN hari ini mengemukakan akuan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukin yang menafikan sepenuhnya bahawa Umno Sabah pernah menerima sumbangan RM40 juta seperti didakwa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.Surat akuan itu dibekalkan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi tadi sebelum kembali semula ke Hong Kong hari ini. Katanya, bukti itu akan diserah kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi menggesa badan itu membuka semula siasatan ke atas sumbangan wang tersebut kepada Umno Sabah. Rafizi berkata, kedudukan Lajim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah. Menurutnya, akuan bersumpah Lajim yang turut menawarkan diri untuk memberi kenyataan termasuklah pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam menguruskan pentadbiran konsesi balak di Sabah akan diserahkan kepada ICAC untuk tindakan lanjut. "Ketiga-tiga bukti ini adalah mencukupi, seperti yang dibincangkan dengan ICAC, untuk membuka semula siasatan terhadap Musa Aman. "Sekiranya pihak berkuasa Malaysia terus mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan, bukti-bukti ini akan terus tersebar dan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara," kata Rafizi. Di bawah adalah akuan bersumpah Lajim (gambar): Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut: 1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957; 2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; 3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia; 4. Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya; 5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya; 6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan; 7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato' Seri Musa Aman; 8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri; 9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai: i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen; ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen; iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu; 10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal; 11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah; 12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpinkerajaan Sabah; 13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah; 14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan. Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. | |||||||||
Hishammuddin tak serius selesai masalah IC kaum India – Izzah Posted: 11 Dec 2012 05:42 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu kad pengenalan (IC) kaum India sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba mengalih perhatian daripada masalah sebenar.Beliau merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri itu semalam yang mendakwa masalah 300,000 masyarakat India yang tidak memiliki IC biru hanya cubaan Pakatan Rakyat menanam perasaan benci kepada BN dan mencetuskan konflik perkauman menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, sangat mengecewakan apabila BN sekali lagi menggunakan 'hantu' perkauman dan bukannya menyelesaikan masalah tersebut. "Hishammuddin sebagai menteri berkaitan secara langsung bertanggungjawab ke atas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang gagal atasi masalah sekian lama ini. "Sebaliknya, beliau kerahkan tugas itu kepada program MyDaftar yang dijalankan oleh MIC yang tidak cekap. Jelas, Hishammuddin tidak ada niat serius untuk menyelesaikan masalah ini," katanya pada kenyataan hari ini. Justeru, KEADILAN mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan kabinet segera menyelesaikan masalah ini dan berhenti menjadikannya sebagai isu perkauman. "Walaupun majoriti rakyat tanpa warganegara adalah dari keturunan India, ia turut jejaskan kaum Cina, Melayu dan sejumlah rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak. "Rakyat tanpa warganegara teruk menderita sepanjang hidup mereka. Mereka dinafikan peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas lain. Mereka turut dinafikan hak untuk mengundi. "Mereka sudah pun menjadi warganegara kerana lahir dan hidup di Malaysia. Tiada seorang pun rakyat Malaysia harus dibiarkan tidak berwarganegara," tegas Izzah. Untuk menguatkan tekanan kepada kerajaan Umno BN supaya menyelesaikan masalah ini, KEADILAN akan mengadakan himpunan 'Duduk Bantah' di hadapan pejabat JPN Putrajaya esok jam 10 pagi. | |||||||||
BOMBA SANDAKAN CUAI DAN TIDAK CEKAP? Posted: 11 Dec 2012 05:36 AM PST
| |||||||||
Kes Tanah Banggol Donas; Kerajaan Umno-BN 'Cabul' Hak Rakyat Posted: 11 Dec 2012 05:33 AM PST Editor BuletinAhli Dewan Undangann Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak menyifatkan tindakan kerajaan Umno-BN itu sebagai mencabul hak-hak rakyat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara. "perlembagaan persekutuan memperuntukkan, tidak boleh melucutkan mana-mana hak rakyat tanpa mewartakannya terlebih dahulu seperti kes tanah Kampung Banggol Donas yang termasuk dalam Projek Pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntung, "ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, mukasurat 37,"jelasnya. Beliau bekata demikian ketika berucap membahaskan pembenatangan bajet 2013, Sidang DUN Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada hari ini, Selasa 11 Disember. | |||||||||
Pulau Bebas Cukai Kenyir; Satu 'Projek Politik' Umno-BN Posted: 11 Dec 2012 05:29 AM PST Wartawan BuletinMenurut Ahli Dewan undangan (ADUN) Bukit Tunggal, YB Dr. Alias Razak kerajaan telah meluluskan lebih RM100 juta dalam bajet 2011 dan 2012, namun perkembangan pembinaan projek tersebut tidak setara dengan peruntukan yang telah diluluskan. Beliau optimis, kos pembinaan pulau bebas cukai itu akan meningkat berlipat kali ganda, malahan akan mencapai kepada angka hampir kepada RM1 bilion ringgit. "pada bajet 2011 telah diluluskan lebih kurang RM40 juta, pada bajet 2012 (diluluskan) RM70 juta lebih, jumlahnya lebih RM100 juta, tapi apa yang kita nampak (hanya) sebahagian kecil kerja-kerja tanah yang dijalankan.....tidak ada satu bangunan pun yang didirikan.....adakah ini munasabah dengan harga yang telah diluluskan?, "kita menjangkakan harga akan (menjadi) lebih tinggi dari apa yang dijangkakan.....jangkaannya lebih RM300 juta, saya rasa dengan keadaan macam ini, harga akan lebih dari anggaran.....mungkin hampir RM1 bilion,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika melawat projek-projek pembangunan di Tasik Kenyir pada Khamis, 6 Disember. [Lihat Video] Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu mempersoalkan adakah projek tersebut adalah sebuah projek kos efektif yang memberi pulangan kepada kerajaan atau sebaliknya akan menjadi sebuah projek 'Gajah Putih'. Sepatutnya, kata beliau, kerajaan membuat satu kajian terperinci terhadap projek terbabit sebelum melaksanakannya kerana ia menelan kos yang begitu besar. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah ahli-ahli Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu, termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut. Mengulas isu yang sama, Haji Wahid berpendapat, pulau bebas cukai itu tidak akan menarik kunjungan ramai pelancong kerana kedudukan yang agak jauh dari daratan, yang melibatkan belanja besar kepada mereka yang ingin mengunjunginya. "dari jeti Gawi kita ambil masa dengan bot laju hampir sejam (sampai ke sini)....bag pelancong kalau dia berhenti di lapangan terbang, dia boleh beli barang bebas cukai di lapangan terbang....tak semestinya dia datang ke sini (pulau bebas cukai), "apa keistimewaannya di sini? kalau nak melawat itu faktor lain, tapi bagi saya, saya beranggapan nak mari beli disini kalau barang murah RM1 (dari tempat lain) orang takkan mari (datang) sini,"katanya. Berdasarkan kesukaran logistik mengangkut mesin dan jentera, bahan-bahan binaan serta penempatan para pekerja, beliau yakin, pembinaan pulau bebas cukai tidak akan dapat disiapkan dalam masa segera. Katanya, ia dibuktikan lagi pada kenyataan kerja pada papan tanda pembinaan tersebut, yang meletakkan tarikh permulaan kerja tetapi tidak menetapkan tarikh siap projek terbabit. "ia melibatkan kos pengangktan barang-barang, aga sukar..... (untuk didiapkan segera) tahun depan mungkin tak sempat nak siap....... tarikh mula bina ada, tarikh siap tamat pembinaan tak ada, "jadi kerana tarikh siap tak ada, (jadi) sampai bila-bila ia boleh bina....tak ada had tak ada kerangka masa,"jelasnya. Justeru itu, menurut Haji Wahid, dengan keadaan keindahan semula jadi Tasik Kenyir sedia ada pun, tidak ramai penduduk tempatan rakyat Terengganu yang mengunjungi Tasik Kenyir. Apatah lagi, katanya, tidak ramai yang akan mengunjungi, kalau datang ke Taik Kenyir dengan belanja yang besar, hanya untuk membeli barangan 'bebas cukai' yang murah sedikit harganya Beliau berkeyakinan, pembangunan pulau bebas cukai di Tasik Kenyir itu adalah hanya satu projek politik semata-mata. | |||||||||
Kes pembunuhan Altantuya, rasuah Scorpene sangat dinanti rakyat Posted: 10 Dec 2012 04:15 PM PST Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Penelitian Mahkamah Perancis berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan perkaitannya dengan rasuah pembelian kapal selam Scorpene sangat dinantikan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Katanya, ini kerana media kawalan Umno BN mengelirukan rakyat berhubung skandal itu dan mahkamah Malaysia menutup kedua-dua kes tersebut. "Kita mengalu-alukan dan ia tentunya sangat menarik untuk diperhatikan kerana media kawalan Umno BN selama ini enggan menyiar fakta sebenar pembunuhan Altantuya serta mengalih pandangan rakyat konon Azilah Hadri dan Sirul Azhar bersalah. "Sedangkan kedua-dua polis itu hanya kambing hitam untuk menyelamatkan penjenayah sebenar," katanya ketika dihubungi. Ahli Parlimen Batu itu kesal apabila kerajaan melambat-lambatkan perbicaraan serta menghalang peguam Perancis memberi taklimat mengenainya di negara ini. "Semua tindakan ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyembunyikan sesuatu di sebalik pembunuhan Altantuya dan skandal komisen Scorpene melibatkan beliau dan kroninya," kata Tian. 27 November lalu, Apoline Cagnat, yang bekerja di firma Wiliam Bourdan mendedahkan, hakim siasatan Mahkamah Perancis sedang meneliti rekod pembunuhan Altantuya yang diletup mengguna bahan letupan C4 pada 2006 bagi merungkai kes Scorpene. Apoline berkata, Hakim Siasatan Perancis pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin kunci kepada kes Scorpene di Malaysia. Beliau berkata demikian kepada sekumpulan Ahli Parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Singapura ekoran keengganan Speaker Dewan Rakyat membenarkan taklimat itu di Malaysia tanpa sebarang alasan. Selepas Altantuya dibunuh, dua pegawai pengiring Najib iaitu Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar ditahan dan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Altantuya. Namun, rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang turut ditahan, terlepas hukuman dan dibebas tanpa dipanggil membela diri, sebelum meninggalkan Malaysia untuk ke United Kingdom. Razak Baginda adalah pemilik Perimekar Sdn Bhd yang didedah menerima komisen RM570 juta dalam urus niaga pembelian Scorpene dengan bantuan Altantuya. Najib, ketika itu Menteri Pertahanan, melulus pembelian kapal selam itu. Badan hak asasi, Suara Rakya Malaysia (Suaram) kemudian membuat aduan di Paris, Perancis terhadap DCNS, syarikat pembuat kapal selam itu dan ia diterima untuk perbicaraan. Antara pendedahan menggemparkan dalam kes ini ialah kewujudan 'orang ketiga' selain Altantuya dan Razak Baginda yang terbang ke Malta untuk urusan pembelian dan 'komisen' Scorpene. Siasatan mendapati Gifen – sebuah subsyarikat kepada DCNS berpangkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan