DIALOG RAKYAT |
- Mohon maaf: Najib lebih lemah dari Pak Lah
- 'Doa apa pun, kita tak takut'
- 'Mengapa Petronas bayar bahagian K'tan pada k'jaan pusat?'
- MB Pahang: Kenyataan 'potong telinga' hanya kiasan
- Petronas perlu serah terus royalti kepada Kelantan
- Pakatan: Mohon maaf Najib hanya sandiwara politik
- Beri kuota haji kepada ahli Umno
Mohon maaf: Najib lebih lemah dari Pak Lah Posted: 30 Nov 2012 11:09 PM PST
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat kali ketiga memohon maaf kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik. "Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik. "Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliua ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu. Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu. Mengulas lanjut, Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. "Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka. Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Justeru katanya, tiada masalah bagi rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti yang terbukti gagal. "Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilioh parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Najib dalam ucapan dasaranya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan" | ||
Posted: 30 Nov 2012 11:03 PM PST Perwakilan Rantau Panjang Mohd Affandi Yusoff menegaskan parti itu "tidak takut" apa yang didoakan oleh PAS termasuk mendoakan bala terhadap pemimpin dan parti itu. Beliau berkata tindakan PAS mendoakan Umno diturunkan bala oleh Allah, dibutakan mata, pecah perut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan didakwa setaraf antaranya Firaun dan Abu Lahab, dianggap perbuatan "betapa jahat sesama Islam" Sambil membaca sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Ra'd ayat 14, beliau yakin doa PAS itu tidak dimakbulkan Allah kerana bercanggah kaedah yang ditentukan oleh Allah dalam kitab suci itu. "Kita tak takut PAS. Doa apa pun, kita tak takut... Kita bukan seperti puak-puak dalam parti itu. Kita doakan (mereka) diberikan hidayah dan kembali kepada doa sebenar. "Dakwah PAS dan Umno berbeza, kita mengikut Sunnah Rasulullah... Ini cara yang dipilih Umno, pendekatan hikmah dan bijaksana seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW," katanya sambil membaca kisah teladan Rasulullah SAW yang mendoakan kebaikan kepada penduduk Taif sewaktu peristiwa hijrah baginda ke Madinah. Beliau berkata demikian sewaktu mencadangkan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno di ibu negara pagi ini. Dalam ucapannya, Mohd Affandi turut menempelak PAS yang mendoakan kehancuran Umno dengan membangkitkan kisah burung Ababil yang menghancurkan tentera bergajah Abrahah dalam sirah Nabi."Kita bertanya kepada PAS, adakah tentera bergajah adalah Umno? Tidak. Siapa tentera Abrahah itu adalah DAP, sebab siapa yang kata langkah mayat dahulu kerana menentang hudud. "Tentera bergajah tidak ada dalam Umno, ada dalam PAS. Apabila 'Ababil' lontar kepada DAP, tidak akan terkecuali akan PAS juga yang terkena sekali," katanya. Mohd Affandi juga membidas PAS kerana menyokong pemimpin NGO - yang tidak dinamakannya - yang didakwanya menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Sedangkan, ulama tersohor Prof Yusuf Al-Qaradhawi menegaskan haram menyokong orang yang bersetuju dengan kumpulan LGBT, katanya. Mohd Affandi turut menyatakan kebimbangan mengenai nasib keluarga dan generasi selepas ini apabila timbul dakwaan bahawa orang Melayu bebas memilih agama. Dalam ucapannya juga beliau mahu, ulama dalam Umno diberi lebih banyak ruang di media massa, untuk menjelaskan isu yang dihadapi mereka. | ||
'Mengapa Petronas bayar bahagian K'tan pada k'jaan pusat?' Posted: 30 Nov 2012 11:01 PM PST MALAYSIA KINI Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa tindakan Petronas Membayar 5 peratus bahagian Kelantan kepada kerajaan persekutuan adalah satu jenayah pecah amanah.Katanya, berdasarkan kenyataan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abas semalam, syarikat minyak negara itu sememangnya membayar 5 peratus bahagian negeri Kelantan kepada kerajaan persekutuan. "Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan tidak menyampaikan pembayaran itu kepada kerajaan negeri Kelantan, tidak juga memasukkan ke dalam Akaun Wang Yang diSatukan Kerajaan Persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957 serta membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak Akta yang sama," tegasnya dalam satu kenyataan semalam. Beliau mengingatkan bahawa Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada tahun 1975 dengan Petronas dan tidak ada sebarang perjanjian antara Kelantan dan Kerajaan Malaysia. Menurut perjanjian itu, katanya, Petronas, bukan Kerajaan Malaysia, berjanji membayar secara langsung kepada Negeri Kelantan 5 peratus bayaran tunai dua kali setiap tahun bilamana pengeluaran bermula. Oleh itu, tegasnya, mengapa Petronas tidak membayar langsung kepada Kelantan tetapi sebaliknya membayar kepada pihak ketiga iaitu kerajaan persekutuan. "Jika Kelantan tidak layak menerima bayaran itu atas apa jua sebab, kerajaan persekutuan juga tidak berhak menerima lebih daripada 5 peratus bayaran tunai hak kerajaan persekutuan selain dividen dan cukai," tegasnya. Oleh itu, Husam mendakwa, pembayaran oleh Petronas 5 peratus hak Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan "adalah satu tindakan jenayah pecah amanah di mana hukumannya adalah mandatori penjara". Beliau mendakwa bahawa kerajaan persekutuan juga melakukan jenayah dengan bersubahat menerima bayaran bukan haknya dan menggunakan wang itu tidak seperti yang dikehendaki oleh perjanjian. "Semua pihak yang bersubahat menggunakan wang ini secara salah, termasuk jawatankuasa Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Awang Adek juga melakukan jenayah pecah amanah yang sama," tegasnya. "Mustahil bagi Petronas untuk tidak memahami perjanjian mudah seperti itu dan sebarang tanggungjawab perundangan kembali kepada Petronas dengan semua anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertingginya akan dipertanggungjawabkan," tambahnya. Menurut Husam lagi, tindakan yang sesuai akan diambil oleh kerajaan Kelantan apabila tiba masanya. "Kerajaan negeri juga akan menulis surat kepada Petronas untuk mendapatkan jumlah wang 5 peratus bahagian Kelantan yang telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan," tambahnya. | ||
MB Pahang: Kenyataan 'potong telinga' hanya kiasan Posted: 30 Nov 2012 10:55 PM PST Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong. "Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola... "Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan. "Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah. "Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini. Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP. "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam. Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong. | ||
Petronas perlu serah terus royalti kepada Kelantan Posted: 30 Nov 2012 10:49 PM PST KOTA BHARU - Petronas perlu menyerahkan wang royalti terus kepada Kerajaan Kelantan, bukan melalui Kerajaan Pusat, kata Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. Katanya, menurut Akta Pembangunan Petroleum 1974, tidak ada klausa yang mengatakan syarikat itu boleh membayar wang royalti melalui Kerajaan Pusat. "Penjelasan daripada Presiden Petronas tidak menyebabkan syarikat itu bebas daripada kesalahan kerana kontrak dibuat antara Kerajaan Negeri dan Petronas, bukan Kerajaan Kelantan dan Pusat. "Oleh itu, sebagai memenuhi kontrak, Petronas perlu bayar sendiri secara terus kepada Kerajaan Kelantan," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas bahawa syarikat itu tidak pernah berhutang dengan Kerajaan Persekutuan atau negeri dalam pembayaran royalti minyak. Memetik kenyataan Shamsul Azhar, pembayaran royalti itu dibuat melalui Kerajaan Persekutuan dan terpulang kepada Kerajaan Persekutuan sama ada mahu mengagihkannya dalam bentuk royalti atau wang ihsan. Husam turut mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat yang didakwa enggan menyerahkan wang royalti sebagaimana yang diserahkan oleh Petronas. "Terbongkar rahsia Petronas bayar lima peratus bahagian Kelantan kepada Pusat, namun Kerajaan tidak bayar kepada Kelantan. "Melalui penjelasan ini terbukti Kerajaan Pusat telah lakukan jenayah pecah amanah kerana tidak menyampaikan apa yang diberikan Petronas" katanya. Husam turut meminta Jabatan Audit Negara menjalankan semakan terhadap akaun Petronas bagi menjamin ketelusan selain memberi kepercayaan kepada rakyat bagaimana syarikat itu menguruskan wang negara. Pada Ogos 2009 Kerajaan Kelantan telah failkan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009. | ||
Pakatan: Mohon maaf Najib hanya sandiwara politik Posted: 30 Nov 2012 10:44 PM PST Mereka menyifatkan ia tindakan terdesak bagi menarik semula sokongan rakyat kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, tindakan Najib itu dilihat tidak lebih daripada strategi dalam menawan hati rakyat dan cuba untuk membersihkan kembali imej Umno yang tercalar dengan pelbagai skandal. "Mereka cuba pulihkan kembali imej untuk kaburi mata rakyat. Dia (Umno) macam orang tenggelam yang sanggup menggapai apa saja hatta nak berbaik balik dengan Pas," katanya di sini, semalam. Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali pula menganggap tindakan Najib itu hanya sandiwara politik kerana terdesak dan kegagalan mereka dalam memperlihatkan dasar perjuangan yang jelas. Katanya, ucapan dasar Najib semasa Perhimpunan Agung Umno ke-66 itu juga tidak menonjolkan bagaimana Umno berperanan untuk mampu memartabatkan orang Melayu dalam soal melibatkan ekonomi, keselamatan dan pendidikan. "Yang ada masih lagi serangan terhadap PR dan pemimpin yang bersifat fitnah dan peribadi. Memang benar Umno terdesak dan ini bukan soal untuk minta maaf tetapi rakyat mahu perubahan secara keseluruhan," katanya. Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim pulaberkata, memohon maaf itu adalah perkara biasa tetapi apa yang lebih penting adalah komitmen dalam menangani isu-isu seperti rasuah dan sebagainya. "Ini menunjukkan kekuatan PR dan kebangkitan rakyat, dan Najib tahu mungkin ini perhimpunan terakhir Umno dalam menerajui negara dan dia (Najib) tahu tidak ada cara lain dalam menarik sokongan rakyat, jadi terpaksa meminta maaf," katanya. Di KOTA BHARU, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu seolah-olah pilihan terakhir Umno dan BN setelah menyedari rakyat menolak mereka pada pilihan raya umum lalu. "Permohonan terlewat, apabila sudah hampir pilihan raya umum, orang semua marahkan Umno, dan dia (Umno) fikir sudah tak ada jalan lain bagi membetulkan keadaan kecuali meminta maaf. "Bagi kita, permohonan maaf ini satu kenyataan terdesak," katanya. Ditanya adakah kemungkinan rakyat akan terpengaruh dengan permohonan maaf secara terbuka itu, Mohd Amar berkata, beliau yakin rakyat mampu menilai dengan bijak setiap kenyataan yang dibuat oleh pemimpin politik. Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Najib perlu mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan jika beliau benar-benar jujur dan ikhlas mohon maaf kepada rakyat khususnya di Kelantan. | ||
Beri kuota haji kepada ahli Umno Posted: 30 Nov 2012 10:42 PM PST KUALA LUMPUR - Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi memberikan kuota haji kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji. Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu. "Biar kita (Umno) yang mulakan dulu. Sebelum ini, parti pembangkang tahu cakap sahaja. "Ini boleh menjadi salah satu program parti dan boleh menambahkan kekuatan kita," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam. [UNTUK IKUTI LAPORAN PENUH SILA KLIK DI SINI] Katanya, dengan pelbagai program dilakukan, rakyat sudah mendapat manfaat. Walaupun pelbagai cabaran datang, kita berjaya mengatasi dengan berhemah dan tabah. "Jangan jadi seperti parti lawan, yang tahu cakap sahaja, tapi tak tahu nak buat," katanya. Jalaluddin berkata, dengan peningkatan sokongan, khususnya daripada orang Melayu, Pilihan Raya Umum ke-13 berada dalam genggaman. "Umno tidak ketandusan pemimpin. Kita semakin kukuh dalam memperjuangkan nasib rakyat. "Saya yakin Umno dan Barisan Nasional di ambang kejayaan sekali lagi, ditambah dengan populariti Presiden yang juga Perdana Menteri semakin tinggi," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan