. |
- Umno Ambillah Ibrahim Tanding Di Pasir Mas
- Tengku Azlan Bersara Dalam Politik
- Pemonopolian Ruang Media Oleh Najib Tidak Berapa Bagus
Umno Ambillah Ibrahim Tanding Di Pasir Mas Posted: 10 Dec 2012 01:57 AM PST ANALISA SENJA Pernyerahan borang permohonan oleh Zahrain Hashim untuk menyertai semula Umno kepada Ha Najib Razak semalam memecah liur beberapa orang lain yang ingin juga berbuat demikian. Salah seorang yang saya yakin sedang mengira-ngira untuk berbuat perkara sama ialah ahli Parlimen Pasir Mas, Inchek Ibrahim Ali.
Pas kini sudah mengenali siapa dia Ibrahim Ali. Kenal bukan setakat wajah tetapi perut pedalnya sekali. Jika Ibrahim dicicang 78, mayatnya berkecai, namun bau hamis pedalnya Pas kenal. Kiamat dunia pun Pas tidak akan mengulangi perkara sama untuk beliau. Mustahil. Perkara ini disedari Ibrahim sejak awal-awal lagi. Dia pun sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Pas. Niat awal lagi dia hanya mahu menjadikan Pas sebagai jambatan untuk melepaskan diri ke seberang. Bila lepas, dia menang dan dapat kerusi Pas ditinggalkan, bahkan dikencing hacing begitu saja. Perbuatan Ibrahim terhadap Pas samalah seperti dia kecing dalam beladi dan menjirus dirinya sendiri. Walaupun dia jenis muka tidak malu, tetapi Ibrahim tidak akan sanggup menghirup air kencingnya sendiri dengan Pas kali ini. Dia tidak akan menangis lagi untuk meminta direkmenkan Pas memberi laluan kepadanya. Tidak. Maka untuk survive politiknya dia kena berbuat sesuatu menjelang pilihan raya ini. Sekiranya dia berhajat untuk terus bertanding dan kena cari formula baru atau membuat tipu muslihat baru dan melupai formula dan tektiknya sebelum ini. Dia tahu dia tidak akan menang kalau bertanding atas calon bebas. Silap hari bulan dia akan kalah. Ibrahim menyedari hakikat ini dan kekalahan itulah amat digeruni kerana dia tidak mahu menjadikan kekalahan akhir ini sebagai legasi politiknya. Dia juga tahu di mana kekuatannya dan berapa kapasitinya di Pasir Mas. Dia boleh mendakwa dia memnpunyai pengaruh yang besar di Pasir Mas. Tetapi dia juga tahu berapa orang yang sanggup mengundinya. Dia tahu berapa banyak orang di Pasir Mas sedia mengambil duitnya tetapi tidak mengundinya. Misalnya semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, sebanyak 2,600 orang yang datang mengambil wang di rumahnya, tetapi hanya 420 saja yang mengundinya. Dalam pilihan raya itu wang depositnya mampus. Sebenarnya selepas pilihan raya itu Ibrahim sudah patut berundur dari arina politik. Kekalahan itu cukup memalukannya dan memberi pengajaran kepadanya. Wang yang beliau tabur di Pasir Mas, ibarat padi yang dipatut dan disudu itik tetapi ia tidak jatuh ke perut. Mereka amabil duit tetapi tidak tergamak untuk undinya. Tetapi nasibnya baik. Pas beri laluan bertanding atas tikit Pas dan menang. Pas khasnya Nik Aziz berkorban memberi kerusi itu atas kepercayaan dan ikhlas untuk membantunya. Kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12 memulihkan semanmgat dan maruahnya. Dia menjadi hero kesekian kalinya. Tetapi Ibrahim tetap seperti anjing yang tersempit. Bagaimana kali ini? Ibrahim sebenarnya sedang berkira-kira untuk bertanding atas tikit BN menggunakan lambang dacing. Dia tahu sukar Umno untuk menerimanya sebab dia dipecat. Menurut perlembagaan Umno setiap ahli yang dipecat akan dibuang keanggotaan seumur hidup. Kerana itu dia mengharap Najib akan memberi laluan kepadanya untuk kerusi Pasir Mas. Bagaimana pun boleh jadi, ketegasan perlembagaan itu Umno akan terubah memandangkan Umno dalam keadaan senak perut hari ini. Kalau Umno dan Najib mempercayai dengan kata-kata dan dakwaan Ibrahim mungkin peraturan yang rigid mengenai keahlian Umno boleh berubah. Najib boleh pejam mata kedua belah untuk mengambil Ibrahim. Kini pun Ibrahim sedang menjual modal yang sama. Kononnya pengaruhnya hebat di Pasir Mas. Kalau Umno memberi laluan kepadanya sekurang-kurang tiga kerusi Dun akan selamat. Dun Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok. Kononnya pengaruhnya di parlimen Pasir Mas boleh menjamin kemenangan Umno. Betulkah begitu dan sekuat itu pengaruh Ibrahim Ali. Sebenarnya itu adalah dakwaan dan retorik Ibrahim saja. Satu yang perlu disedari bahawa dalam pilihan raya lalu bukan semua orang Pas mengundi Ibrahim walaupun dia bertanding atas tikit Pas. Sekiranya semua orang Pas mengundi beliau majoriti yang diperolehinya bukan 8,991 tetapi lebih besar dari itu. Seramai 864 undi rosak, kemungkinan yang rosak ini yang tidak mahu mengundi Ibrahim dan calon BN. Ini menunjukkan bahawa ada penolakan ke atas peribadi Ibrahim Ali. Hakikat itu beliau tidak boleh mendakwa dia mempunyai pengaruh besar di Pasir Mas. Untuk dia bawa dirinya sendiri pun tidak berapa nak rak - berdaya. Bahawa yang membantu kemenangannya ialah Pas. Kini Ibrahim beriya untuk menyertai Umno. Palan dan strategi sedang dibuat. Katanya dia tidak akan merayu untuk menyertai Umno tetapi kalau ditawar dia akan masuk. Tidak ada beza bagi dunia politik sama ada dia masuk dengan merayu atau pun ditawar. Kita boleh tanya bila masa Ibrahim Ali ada maruah dalam politik? Cuma disini saya nak katakan kepada Najib terimalah Inchek Ibrahim menyertai Umno. Berilah lambang dacing untuk dia bertanding. Orang Pas dan orang Pasir Mas lebih seronok kalau Ibrahim bertanding atas tikit BN daripada berrtanding sendiri atas tikit Bebas. Mereka akan merasa puas hati dan gentlemen kalau dapat mengalahkan Ibrahim yang menggunakan lambang dacing daripada mengalahkan Ibrahim atas lambang bebas. Tolonglah Najib berikan peluang kepada lebih lebih 65,000 pengundi di Pasir Mas untuk melepaskan dendam kesumat mereka ke atas Ibrahim Ali. Biarlah dunia melihat nasib Ibrahim kali ini yang 'sengotinya'. Kerana kalau Ibrahim bertanding atas tikit bebas, Ibrahim awal-awal lagi akan kalah. Sebelum tiba hari penamaan calon Ibrahim sudah menangis di umbi sagu. Kita mahu tenguk permainan sebenar di Pasir Mas kelak. Bagaimana pun perlu disebut kalau Najib memberi laluan kepada Ibrahim Ali nescaya plan dan juga strategi yang sedang dilakar oleh Mustapa Mohamed dan rakan-rakannya untuk rampas Kelantan akan jadi 'berkucar baral' semula. Ibrahim akan tetap menganggui Mustapa. Dia tidak akan boleh duduk diam dan mengikut apa yang disusun aturkan kerana bila-bila masa dan di mana juga keadaan dia mahu menjadi ketua dan kepala halian. [wm.kl.5:41 pm 10/12/12] | ||
Tengku Azlan Bersara Dalam Politik Posted: 09 Dec 2012 09:21 PM PST TENGKU AZLAN Sejak malam tadi beberapa rakan termasuk pemimpin parti politik menelefon saya mahukan pengesahan apakah ahli Parlimen Jerantut Tengku Azlan Sultan Abu Bakar telah mengumumkan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. Saya sebenar tidak mengetahui maklumat itu dan tidak pun dibayangkan sesiapa sebelum ini yang Tengku Azlan akan meninggalkan Umno.
Beliau dikatakan tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menjelang raya puasa baru-baru ini terdengar desas desus mengatakan beliau menarik balik hasrat itu ada sebab-sebab tertentu di mana beliau akan mengekalkan kerusi Jerantut. Saya telah cuba mendapat pengesahan dengan Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Tuan Ibrahim dia juga ada dengar begitu; pada mulanya Tengku Azlan dah nak lepas kerusi Jerantut tetapi kini terdengar pula desas desus dia akan bertanding kembali. Sejak pagi pagi tadi saya menghubungi beberapa orang rakan Tengku Azlan termasuk Mazlan Datuk Harun. Menurut Mazlan apa yang beliau ketahui, Tengku Azlan tidak keluar dari Umno tetapi dia mengumumkan akan bersara dari politik. Kata Mazlan kekeliruan mengenai status Tengku Azlan ini ekoran salah lapor akhbar berbahasa Tamil yang melaporkan Tengku Azlan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. "Tidak Tengku Azlan tidak keluar Umno, dia hanya mengumumkan - memberi tahu wartawan akhbar itu yang beliau akan bersara dalam politik, bukan keluar Umno," jelas Mazlan. Penjelasan Mazlan itu menyapu tanda tanya mengenai kedudukan Tengku Azlan. [wm.kl.1.19 pm 10/12/12] | ||
Pemonopolian Ruang Media Oleh Najib Tidak Berapa Bagus Posted: 09 Dec 2012 07:04 PM PST MENJOLOK MENTARI Menjadi persoalan kenapa yang muncul di dalam tv tiap-tiap malam berkempen untuk kemenangan UBN hanya Najib Razak manakala pemimpin Umno dan BN lain diam membisu atau hampir sesetengahnya tidak muncul langsung. Najib semacam memonopoli ruang berita di tv. Semua berita mengenai Najib, baik penting atau tidak muncul di waktu puncak (prime time).
Bukan saja untuk mengumumkan polisi atau dasar-dasar baru kerajaan untuk membantu rakyat, aktiviti Najib berjumpa dengan rakan Fb juga dilaporkan di ruang utama. Kenapa begitu sekali? Kita tahulah tv semua akur dan bersujud sawi kepada perdana menteri, tetapi sampai cerita terjerlus longkang atau isteri keluar dari salon unisex pun dilaporkan melampau sangatlah. Untuk pemimpin Umno lain jarang-jarang sekali muncul apa lagi mendapat prime time jauh panggang dari api. Walhal pemimpin lain para wakil rakyat setiap hari berkubang dan 'bertumah" dengan rakyat. Mereka juga mahukan kepada publisiti. Walaupun aktiviti pemimpin lain adakalanya lebih penting dan berbobot dari bual-bual Najib tetapi tetap disiarkan selepas Najib. Semacam ada protokol khas pula cerita Najib kena awal. Bukan saja pemimpin kecil, tetapi pemimpin nombor dua, Muhyiddin Yassin juga terkebelakangan dan tempohnya semput sekali. Walhal ada kalanya kenyataan atau bual-bual Muhyiddin lebih berkualiti dan bermanfaat daripada apa yang Najib katakan. Itu tidak kisah, apabila jarang-jarang pemimpin lain seperti Ahmad Zahid Hamidi, Shafei Afdal, Khalid Nordin, Hishamuddin Hussein ataupun Sharizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan ketua puteri yang gemuk lupa nama itu, oh ingat dah.. Rosnah Sakirin, ia menjadi tanda tanya. Adakalanya berita mengenai mereka ini jauh lebih berkurangan berbanding dengan berita mengenai Mahathir. Mahathir lebih acap dan mendapat prime time berbanding menteri seperti Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain. Kenapa? Apakah Najib tidak mempercayai mereka ini atau suka memonopoli semua ruang dalam media massa atau tidak mahu mereka menjadi popular? Ataupun ada arahan agar biar Najib seorang bercakap manakala yang lain diam membisu menjadi yes man saja? Atau pun Najib mengira kata-kata dan kenyataan Mahathir lebih baik dan boleh menarik sokongan Melayu berbanding Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain? Ini berbeza sekali dengan Pakatan Rakyat di mana semua pemimpin mereka sepakat berkempen untuk kemenangan PR. Nampak kesepaduan didalam Pakatan Rakyat dan tiada siapa yang menjadi raja ataupun dianggap genius? Semua pemimpin di dalam Pakatan Rakyat mendapat ruang dan kedudukan yang sama rata. Perhatikan program Himpunan Kebangkitan Rakyat ketiga-tiga pemimpin utama mereka akan bersama dan duduk sepentas. Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang sering kali bersama. Begitu juga dengan timbalan masing-masing, Mohamad Sabu, Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng juga bersama. Begitu juga dengan naib-naib presiden, Sallahuiddin Ayub, Mahfuz Omar, Nurul Izzah, Tian Chua, Tan Seng Geok duduk sekali dan sepentas berceramah dan berkempen untuk Pakatan Rakyat. Tdak ada protokol di dalam Pakatan Rakyat, seperti mana di dalam UBN. Situasi begitu jarang sekali dilihat dalam BN. Begitu juga dengan pemimpin pemuda, Anthony Loke, Shamsul Iskandar Md Akin sering kali duduk bersama, kecuali ketua pemuda Pas yang bergerak dengan caranya sendiri kerana mereka tinggi merit Islamiknya. Anak-anak muda penggerak Ngo seperti Mazlan Aliman (Anak), BadruHisaham (SAMM), Ngo Lynas dan lain-lain juga bergerak serentak dan sederap, berbeza dengan anak-anak muda Ngo yang menyokong Umno dan BN yang membuat kenyataan di studio tv no 3 dan sebagainya. Apa yang berlaku dan dilakukan Najib itu sya rasa tidak begitu bagus buat BN. Rakyat akan melihat hanya Najib bercakap atau pun menguasai dan monopoli keadaan dan ruang yang ada. Cara Najib tampil dan diberi ruang menunjukkan dia seorang diktator dan menggunakan kuasa veto. Orang-orang seperti Zahid, Mustapa Mohamed, Ahmad Said, Khairy, atau Saifuddin Abdullah, Khalid Nordin, Md Alwi Che Ahmad, Awang Adek Hussein dan lain-lain juga mahu berkempen untuk diri mereka. Mereka juga mahu menang. Mereka juga teringin ruang dan peluang itu. Tetapi nampaknya mereka dinafikan ataupun tidak dilayan secukupnya. Kalau pemimpin sendiri dinafikan hak dan keinginannya disekat apalah yang boleh diharapkan rakyat? Tidak ada guna bagi BN dan Umno kalau hanya Najib yang menang besar sampai 10,000 majoriti tetapi orang lain semuanya kalah. Justeru bagilah juga ruang dan peluang kepada pemimpin lain untuk muncul di tv, setidak-tidaknya menampakkan didalam Umno dan BN kesemua tokoh mereka sepakat sehati dan sejiwa. Dengan persembahan yang dibuat sekarang ini orang hanya melihat dan merasakan hanya Najib saja yang serius manakala orang lain semacam endak tidak endah saja. Persepsi buruk begitu boleh timbul. Orang akan menganggap pemimpin lain sudah tidak bersemangat kerana mereka sudah dapat menghidu bau kekalahan sudah merata di bawah sana. Justeru selepas ini hendaknya media massa PB turut sama memberi ruang kepada pemimpin Umno dan Melayu lain untuk muncul dan mengemukakan idea di tv kerana orang lain juga ingin mendengar apakah wawasan mereka. Dengan hanya konsentrasi kepada Najib ia boleh memburukkan reputasi perdana menteri tersebut [wm.kl.10:45 am 10/12/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan