Jumaat, 21 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


5 PM Hutang RM200 Billion, Najib Buat Sama Banyak Dengan 5 PM

Posted: 20 Dec 2012 09:30 PM PST



55 Tahun Barisan Nasional Khianati Rakyat

Posted: 20 Dec 2012 07:00 PM PST



PKR Tiru Umno - Umno Buat Lawak Lagi...

Posted: 20 Dec 2012 05:30 PM PST

Calon muda: PKR tiru Umno?

ALOR SETAR - Umno tidak gusar dengan cadangan PKR untuk meletakkan sekurang-kurangnya 35 peratus calon muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, cadangan PKR itu dilihat hanyalah satu pendekatan yang digunakan seoalah-olah meniru strategi Umno dalam PRU nanti.

Katanya, Bagaimanapun, Umno tidak ambil peduli dengan peniruan strategi yang digunakan pembangkang kerana yakin kemenangan akan terus berpihak kepada Umno.


"Kita tidak kisah kalau mereka nak tiru strategi kita. Umno juga ada strategi sendiri dan yakin kaedah yang kita gunakan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi baru dalam PRU13 nanti.

"Kita tidak nafikan saingan kali ini agak kuat sebab kedua-dua parti lawan meletakan calon baru dan muda.

"Tapi dengan kesungguhan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya, pengundi baru terutamanya mampu memberi sokongan kepada Umno," katanya kepada Sinar Harian selepas
menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga dua beradik yang mati lemas akibat terjatuh ke dalam muara Sungai Kuala Kedah, semalam.

Ahmad Bashah berkata, kesungguhan Najib untuk menjaga kepentingan anak muda dilihat dapat membantu perjuangan Umno di masa depan.

"Sekarang kita sudah nampak Najib banyak memberi sumbangan dan jaga kepentingan anak-anak muda. Dulu tidak nampak, sekarang bantuan cukup banyak.

"Ini kerana anak-anak muda inilah yang bakal membangunkan negara di masa hadapan. Kalau tiada kesinambungan calon baru dan muda, macam mana negara nak terus membangun," katanya.

Terdahulu, sebuah laman sesawang melaporkan pemimpin muda akan disenaraikan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada senarai calon PKR bagi PRU akan datang sebagai langkah agresif parti tersebut untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam perlawanan penting merebut undi golongan muda, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. - SH

Hadi diserang kerana dicadang jadi PM

Posted: 20 Dec 2012 02:50 PM PST

SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM.

Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.


Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang.

Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri.

Itulah yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri itu berjaya ditolak dengan munculnya cadangan ini.

Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden Pas pula. Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri akan menjadi sasaran serangan media BN.

Rakyat mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi berfikiran bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu hak eksklusif Umno sahaja di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat


India Iktiraf Malaysia Juara Rasuah Dunia

Posted: 20 Dec 2012 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Dis: Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.

Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.

Bertajuk 'Malaysia is world champion in corruption', Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut


Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.

Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.

Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat 'pengiktirafan' oleh komuniti dan media antarabangsa di atas 'penganugerahan' tersebut.

"Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara.

"Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi," kata Jui Meng dalam kenyataan.

Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman.

"Sejak dari 1983, ia tetap sama. Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion," katanya.

Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui.

"Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?" ujarnya.

Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini.

"Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib," kata Jui Meng.

Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.

GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion.

www.keadilandaily.com/



Banner Bodoh Dari Umno Selangor..

Posted: 20 Dec 2012 01:36 AM PST




Tiada ulasan: