Jumaat, 21 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila


Wajib Ubah Sebelum Negara Parah

Posted: 21 Dec 2012 02:00 PM PST

Rakyat Malaysia wajib ubah kerajaan di dalam PRU akan datang. BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat. Terbaru Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China. Perkara ini dilaporkan oleh Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington. Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Satu ketika dahulu rekod Altantuya yang masuk ke negara ini hilang daripada Imigresen. Sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.

Negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh hilang.

Masalah rasuah tidak ditanggani dengan serius di bawah kepimpinan Najib. Sehingga beliau tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu..

Hutang negara semakin meningkat, tahun 2004 hutang RM242 bilion kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011. Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.

Fenomena di atas jika rakyat tidak ubah negara akan parah. Telahan Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan tahun 2019 bangkrap ada asasnya. Oleh itu rakyat wajib ubah demi kesejahteraan negara.

Idris Ahmad

Mahasiswa Berkhemah Kena Penjara, Perogol Mengaku Salah Dibebas

Posted: 21 Dec 2012 06:07 AM PST


KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengkritik pihak berkuasa yang bersikap dwi-standard dalam pelaksanaan undang-undang terhadap rakyat.

"Bandingkan kes rogol dan berkhemah kerana memperjuang hak, rogol itu lebih serius tetapi boleh dibebas. Jelas ada dwi-standard," kata Pengarah Biro Mahasiswa, Saifullah Zulkifli.

"Sebenarnya undang-undang kita banyak diatur tangan-tangan politik, ikut selera pemerintah. Mana-mana tindakan yang tak disenangi dikenakan tindakan," katany kepada Keadilan Daily, hari ini.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap mahasiswa 'Occupy Dataran' Umar Mohd Azmi atas alasan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, 23 April lalu.

Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada 'menangkap dan mengiringi' aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ketika berkhemah di Dataran Merdeka jam 8 pagi 22 April lalu.

Sekumpulan mahasiswa berkhemah sebagai bantahan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak adil.

Suasana ini berbeza dengan keputusan kes seorang pemain boling tenpin kebangsaan, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan Mahkamah Sesyen walaupun mengaku bersalah merogol gadis bawah umur, Ogos lalu.

Mengenai Umar, Saifullah menyifatkan mahasiswa itu sebagai antara contoh kebangkitan anak muda yang berjuang untuk kebebasan bersuara dan melontar idea.


Oleh: Aisya Geofrey


mafiaboss2u


Budak 3 tahun diseret sejauh 10km

Posted: 20 Dec 2012 11:00 PM PST


Menyayat hati apabila melihat mayat seorang kanak-kanak 3 tahun Muhamad Aslam Maricar Said Ibnu Salam dalam keadaan hancur dan hampir berkecai. Kanak-kanak malang ini diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan lain selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaiki bersama keluarganya yang terlibat dalam satu kemalangan.

Kejadian berlaku di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin. Mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta jenis Ford Laser yang dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing.
Mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini.

Ayah mangsa, Said Ibu Aslam GM Ismail, 47, menceritakan kembali detik kejadian malang yang mengorbankan anaknya itu berlaku ketika mereka di dalam perjalanan pulang ke Air Itam, Pulau Pinang selepas berkelah di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak.

"Kami sekeluarga bertolak kira-kira jam 6 petang selepas bermandi-manda di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak. Pada mulanya, saya memandu di lorong kanan namun masuk ke lorong kiri apabila terdapat kenderaan di belakang yang ingin memotong.

"Apabila melalui laluan yang agak gelap, saya ternampak bangkai anjing di hadapan dan cuba mengelaknya namun gagal," katanya.

Muhammad Aslam Maricar

Akibat itu, dua anaknya, Nur Aisyah Aslam, 2, dan Muhammad Aslam Maricar, 3, yang duduk di belakang tercampak keluar disebabkan kenderaan berpusing selepas melanggar anjing tersebut.

"Bagaimanapun, isteri, dua anak dan adik ipar saya selamat," katanya ketika ditemui di perkarangan wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya, semalam.

Said Ibnu Aslam berkata, beliau mencari kedua-dua anaknya yang tercampak dan menemui anak bongsunya yang tertiarap di dalam longkang.

"Saya kemudiannya mencari arwah di merata tempat termasuklah di tepi lebuh raya dan hutan kira-kira dua jam namun gagal ditemui.

"Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan seseorang yang meminta untuk ke hospital kerana telah menemui anak saya.

"Hancur luluh hati ini apabila diberitahu anak saya meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati," katanya.

Dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

Antara perubahan ketara yang ditunjukkan ialah arwah seringkali memeluk dan menciumnya serta mengungkapkan perkataan sayang kepadanya serta ahli keluarga lain tiga hari sebelum kejadian.

Katanya, dia tidak menyangka itu adalah petanda anak kesayangannya itu akan meninggalkan mereka buat selamanya.

"Arwah berkali-kali mahu mengikut saya bersolat di masjid sejak beberapa hari lalu.

"Dalam perjalanan pulang pula, dia mencium saya beberapa kali dan arwah sempat makan jeli kelapa yang dibeli ketika kami singgah di pasar malam Taiping sebelum kejadian," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HSJ untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga kira-kira jam 3 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 4 pagi.


HM/SH

POLIGAMI

Posted: 20 Dec 2012 08:00 PM PST




Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.

Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan sakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya..

Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Tidak wajar, namun kehendak suami juga boleh diraikan. Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat.

Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang 'tinggi' dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata.

Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila sesetengah pihak menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.

Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita.

Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan 'lemah' kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.

FB DR MAZA



Wang Haram 200b: Najib Menteri Kewangan 'terbaik' negara

Posted: 20 Dec 2012 06:00 PM PST


1. Pendedahan yang dibuat oleh Global Finance Integrity (GFI) bahawa Malaysia mencatatkan pengaliran keluar modal haram berjumlah USD 64.38 billion pada tahun 2010 adalah sesuatu yang sangat mengejutkan ramai pihak. Jumlah ini meletakkan Malaysia pada tangga ketiga jumlah wang haram terbesar di belakang China dan Mexico.

2. Apa yang tidak mengejutkan kita ialah usaha kerajaan menyekat media arus perdana dari membuat pendedahan lanjut. Ianya adalah satu tindakan sia-sia apabila mengambilkira pandangan PM sendiri di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa masyarakat kini didorong oleh teknologi ICT dan menjadikan mereka khususnya golongan muda lebih bermaklumat.

3. Kita juga boleh menjangkakan bahawa kerajaan akan segera menempelak angka GFI ini sebagai menyimpang. Ianya berdasarkan kenyataan dangkal PM tahun lepas yang menyangkal angka GFI tahun 2000 - 2009 sebanyak RM 662.6 billion lalu mendedahkan angka rasmi kerajaan yang kononnya jauh lebih kecil iaitu sebanyak RM 135.4 billion bagi tempoh yang sama.

4. Variasi tersebut adalah dijangkakan kerana perbezaan pada kaedah pengiraan tetapi pertikaian angka ini telah menjadi akademik semata-mata. Sama ada angka Kerajaan yang betul atau pun angka GFI, hakikatnya PM sendiri telah mengakui wujudnya modal haram yang berbilion ringgit nilainya.

5. Pendedahan ini adalah signifikan kerana ianya membuktikan wujudnya wang komisyen rasuah yang besar berlegar di dalam ekonomi kita. Ianya juga membuktikan usaha tidak sah kumpulan penyangak ekonomi untuk mengelak cukai dan membawa keluar hasil negara melalui kaedah pelaburan hartanah, deposit akaun luar pesisir dan sebagainya bagi menokok kekayaan peribadi mereka.

6. Contoh kekayaan kumpulan penyangak ekonomi ini antara lainnya terbongkar melalui kes perceraian anak Ketua Menteri Sarawak yang membenarkan kekayaan luar biasa keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Jumlah tuntutan perceraian menantunya sahaja menjangkau RM 100 juta ringgit! Maka tidak hairan sekiranya jumlah wang haram ini menjangkau nilaian berbilion ringgit.

7. Laporan GFI setebal 94 mukasurat ini mendedahkan beberapa petunjuk penting mengenai punca pengaliran wang haram tersebut. Antaranya ketidaktelusan akaun firma dana kekayaan berdaulat (SWF), pengaruh petro-dolar dan penipuan dalam inbois dagangan.

8. Secara langsung petunjuk-petunjuk ini mendorong kita untuk mempersoalkan kredibiliti Khazanah, Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ianya sekaligus mengukuhkan persepsi bahawa institusi-institusi ini telah dipergunakan secara sistematik untuk menambah kekayaan ahli-ahli politik pemerintah UMNO-BN, ahli keluarga mereka dan kroni.

9. Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat dan LHDN sebenarnya cukup berupaya menjejak transaksi meragukan melalui instrumen forensik audit di samping keupayaan pihak SPRM dan PDRM membina kes jenayah komersil ke atas pihak-pihak terlibat.

10. Malah Ketua Audit Negara boleh mengambil pendekatan lebih aktif dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya melalui Perkara 5(d) Akta Audit 1957 yang membolehkan beliau memperinci akaun-akaun syarikat swasta yang menggunakan dana awam (GLC seperti Khazanah dan Petronas) bagi mewujudkan sikap kebertanggungjawaban.

11. Teguran yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Cara terbaik kini ialah menggunakan kesedaran tersebut untuk menukar rejim korup sedia ada pada PRU ke-13 dengan kepimpinan baru yang jujur dan adil.

12. Antara langkah awal yang pasti ialah dengan membuat pengisytiharan harta sebagaimana yang telah dipelopori oleh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi menjamin ketelusan kepentingan ahli politik dan penjawat awam.

13. Pada masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat mestilah komited untuk memberdaya mekanisme semak imbang negara agar ketirisan dapat segera dihentikan dan kekayaan negara dapat dipulangkan kembali kepada rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

HD

Jom lepas marah anda secara aman pada k'jaan

Posted: 20 Dec 2012 03:25 PM PST


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua mereka yang tidak puashati dengan kerajaan supaya menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Katanya, himpunan tersebut dianjurkan oleh semua NGO dan
parti-parti politik yang ingin membuat perubahan, termasuk DAP, PAS, PKR, Parti Sosialis Malaysia dan pihak-pihak lain, NGO dan oleh mereka yang bukan dari mana-mana NGO.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Mohamad berkata sesiapa sahaja yang marah dengan kerajaan dijemput untuk melepaskan kemarahan mereka dengan cara aman yang demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia.

Perhimpunan itu akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang 12 Januari bertempat di Stadium Merdeka.

MK


Tiada ulasan: