ALHUSSEYN |
Posted: 21 Dec 2012 12:10 AM PST KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Baca penjelasan tereperinci isu ini di sini Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia. "Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau. Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu. Isu ini juga dibangkitkan oleh para Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sehingga mereka dicabar menyebutnya di luar Dewan. "Saya dah kata sebelum ini kalau keluar berita sensasi dalam Utusan jangan percaya, kena selidik dulu sebab sudah banyak Utusan keluar cerita fitnah," katanya. Ekoran itu, katanya, beliau telah membuat arahan kepada pegawainya agar membawa kes ini ke mahkamah. "Semoga apa yang berlaku di mahkamah nanti akan perjelaskan cerita yang sebenarnya," kata TG Nik Aziz. - Harakahdaily. Penjelasan Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan