Ahad, 9 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar-gambar sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang..

Posted: 09 Dec 2012 07:34 AM PST


Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggarkan kira-kira 30,000 hadir pada perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.

Meskipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand.


Ini, kata Tuan Ibrahim menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia hanya seri 1-1 di mana gol pasukan negara dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 manakala Thailand oleh Teerasil pada minit ke-78.

Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.

"Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang," kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..

Pada sebelah petangnya..
Ketika program belum bermula, ribuan sudah menanti dihadapan pentas.
Ustaz Fadzil Noor Abdul Karim memimpin solat hajat dan munajat selepas solat Mghrib
Sabar menanti biarpun tiada upah yang dijanji

Semakin ramai memenuhi di hadapan pentas
Lagu Kebangsaan sedang dinyanyikan..
Kadir Sheikh Fadzir sedang berucap
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir
Wakil dari kumpulan Anti Lynas sedang berucap
Tuan Haji Mohammad Sabu
DS Anwar Ibrahim baru tiba..

DS Anwar Ibrahim
Puluhan ribu sedang mendengar
Tak perlu disediakan bas atau nasi bungkus.. ribuan sudi hadir


Sumber gambar : Wfauzdin Ns

Tak cukup dengan Utusan Malaysia, UMNO guna The Star pula untuk fitnah PAS..

Posted: 09 Dec 2012 03:49 AM PST


Semakin hampir Pilihanraya walaupun kita tak tahu entah bila, UMNO dan Barisan Nasional kelihatan mula menggerakkan media-media yang ditunggangi mereka bagi menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tak cukup dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian dijadikan medium menyebar fitnah, The Star pula digunakan untuk menyebar fitnah bagi menimbulkan kebencian dan keresahan bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Media milik sekutu UMNO iaitu MCA dalam Barisan Nasional di dakwa telah menyiarkan satu laporan yang tidak berasas sama sekali kononnya empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan...

KUALA LUMPUR, 9 Dis – PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.

Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai "tidak berasas" dan "penipuan yang jelas" dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

"Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut," kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.

Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan "yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan", sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan "kejahilan" pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana "berkhalwat", satu jenayah di bawah undang-undang syariah.

PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum.

Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai "tuduhan tidak bertanggungjawab" kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat," Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.

"Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam," kata Dzulkefly.
"Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?" soal beliau lagi.

Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: "Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka."

Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama.

"Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal.

"Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan.

"Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama," kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu  kepada The Malaysian Insider semalam.

"Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang  Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka," tambah beliau.

Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka "untuk menyelesaikan masalah".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah.

Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah.

"Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang.

"Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan.

"Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum," kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu.

Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan.

Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.

~ The Malaysian Insider

Monorel lagi?.. Dulu Pak Lah pun janji Monorel juga Najib.. tapi bila kalah..

Posted: 08 Dec 2012 06:30 PM PST


Dalam lawatannya ke Pulau Pinang semalam, Najib Tun Razak yang juga dikenali sebagai Bapa Pengumuman Malaysia dengan nada meneran telah mengumumkan dua janji.

Beliau berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya dengan nada meneran, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

"Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati.

Apa yang jelas disini Najib telah berjanji tanpa menyedari apa yang diucapkannya itu sendiri.

Janjinya dengan memberikan contoh  "jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja" membuktikan beliau tidak peka langsung dengan apa yang menjadi masaalah rakyat di Pulau Pinang.

Jika dikatakan sebuah rumah yang berharga RM300,000 itu adalah sebuah rumah mampu milik ianya adalah bersepah di Pulau Pinang ini pada masa sekarang.

Dan ianya memanglah sebuah rumah mampu milik tetapi bukanlah oleh majoriti rakyat Pulau Pinang tetapi ianya adalah rumah mampu milik oleh majoriti Pemimpin UMNO Pulau Pinang.

Nak bagi contoh pun biarlah boleh diterima rakyat...

Tentang janji kedua Najib iaitu menyediakan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Ini sebenarnya adalah projek yang telah diumumkan oleh Pak Lah semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.

Tender projek ini telah ditutup pada 16 November 2007.

Pengendali projek ini ialah Melewar Industrial Group Bhd (MIG) dan Putera Capital Bhd, pada 10 Januari 2008, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan pemenang tender, yang mana ialah sebuah konsurtium iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB).

Anggota konsurtium termasuk Scomi Engineering Bhd dan Penang Port Commission. Mengikut sumber The Edge iaitu surat khabar perniagaan Malaysia, Malaysian Resources Corporation akan membina infrastruktur monorel.

Sementara Scomi Engineering akan menjaga kepentingan konsultan ketika dalam pembinaan infrastruktur dan Penang Port Commission bertanggungjawab menjadikan ia sebuah hab utama beroperasi.

Kos tender dianggarkan bernilai RM 1.6 bilion.

Bagaimanapun selepas pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertukar tangan projek tersebut ditangguhkan dengan alasan Kerajaan Barisan Nasional mahu memberi keutamaan kepada projek mesra rakyat.

Hakikatnya ianya ditangguhkan sebagai membalas dendam terhadap rakyat Pulau Pinang yang telah menolak Barisan Nasional pada PRU ke 12 lalu..

UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan Pusat menghentikan semua projek mega yang dirancang di negeri ini termasuk perkhidmatan bas RapidPenang yang telah beroperasi 31 Julai tahun lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, langkah tersebut perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerajaan baru Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP merencanakan projek mengikut acuan mereka sendiri.

Beliau berkata, tindakan itu juga sebagai memenuhi keinginan rakyat Pulau Pinang yang tidak mahukan kemajuan dan pembangunan yang ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

''Ini bukan balas dendam. Ini tanggungjawab kerajaan negeri yang baru untuk memajukan dan membangunkan negeri ini mengikut cara mereka sendiri.

''Kami akan memujuk, merayu dan meminta kepada kerajaan Pusat supaya segala projek mega di Pulau Pinang ditarik balik," katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat UMNO negeri - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Kini Najib kembali membawa lagi janji tentang Monorail itu setelah Barisan Nasional sendiri memungkiri janji mereka kepada rakyat Pulau Pinang..

Awat?? Hang ingat kami bodoh macam pencacai UMNO ka Najib?

Tiada ulasan: