Sabtu, 8 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pesanan dari Penduduk Kampung Gombak Utara buat Ketua Pemuda UMNO Gombak ..

Posted: 08 Dec 2012 07:57 AM PST


Sekumpulan penduduk tampil dalam satu sidang media hari ini bagi memberikan cerita sebenar kejadian yang berlaku semasa kekecohan pada malam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 4 Disember di Gombak, Selangor.

Wakil kumpulan tersebut Said Zakaria, 57, yang juga merupakan ketua Kampung Gombak Utara, mendakwa insiden tersebut didalangi Umno dan menyalahkan parti tersebut kerana menyebabkan nama kampung tercemar.

"Apa yang saya lihat malam kejadian, separuh dari sekumpulan 200 orang Pemuda Umno membuat bising, membaling batu dan menyerang petugas serta penjaja pada malam insiden tersebut," kata Said dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Menurut Said lagi, rata-rata yang membuat kecoh pada malam itu bukan penduduk kampung sebaliknya orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

"Malahan, mereka (pemuda Umno) yang hadir malam itu adalah orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Gombak (Megat) dengan tujuan menghalang ceramah ceramah daripada pimpinan Pakatan.

"Justeru kami menolak dakwaan bahawa kekacauan itu dibuat oleh orang kampung kerana menolak kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain," tambah beliau.

Selain Said, dua lagi penduduk kampung Kamaruddin Mohamad, 70, dan Musa Zakaria, 61, juga senada dengan ketua kampung mereka itu dan menuduh Umno yang memulakan provokasi.

"Sudahlah bawa orang luar, lepas itu buat kacau hinggakan ada yang cedera dipukul dan ditikam," kata Kamaruddin yang mengecam tindakan pemuda Umno pada malam itu.

Dalam insiden malam itu, seorang pemuda Md Akasyah Md Yunos, 37, telah ditikam pada bahunya dan telah membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah Gombak selepas kejadian malam itu.

Selain beliau, terdapat lagi beberapa orang mangsa yang cedera dipukul dan khemah penjaja rosak akibat balingan batu daripada kumpulan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Antara mangsa pada malam tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48, yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

"Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh," kata Haidir berdarah dikepalanya.

"Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya."

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga secara terbuka mengecam dan menuduh Megat mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah di kampung Gombak Utara itu.

Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8½.

"Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini," kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas kekecohan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) pada malam kejadian.

Namun, Megat menafikan pemuda Umno terlibat menyerang ceramah di Gombak tersebut tetapi hanya berdemonstrasi aman di hadapan bilik gerakannya.

Menurut Megat, demonstrasi aman berlangsung di hadapan bilik gerakan Umno Gombak Batu 8½ itu kemudian bertukar ganas apabila sebahagian dari penyokong PR bertindak membaling objek seperti batu-bata, kuali dan tong air ke arah pemuda Umno.

"Kami hanya buat demonstrasi aman di depan bilik gerakan kami, tetapi mereka membaling tong air, kuali, batu-bata sehingga seorang pemuda Umno kena sembilan jahitan akibat terkena batu-bata," kata Megat yang dihubungi .

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.


~The Malaysian Insider

Dua Kamera AES disembur cat merah.. rugilah kroni UMNO..

Posted: 08 Dec 2012 05:10 AM PST


Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.

Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.


Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik.

Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.


Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis  Daerah Sepang,  Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.

Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.

"AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.

"Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.

"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.

"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi .

Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri.


~Sinar Harian

Akhirnya.. Umpan Najib dimakan seekor katak di Pulau Pinang

Posted: 08 Dec 2012 03:22 AM PST


Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada Sabtu menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat permohonan Zahrain bersama 347 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di sini.

Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.

"Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja.

"PKR dan Pas yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di sini.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai Umno pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.

"Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno)dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau)," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong Umno jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah berkata beliau yang keluar daripada parti itu pada tahun 2007 juga turut menghantar surat permohonan untuk menyertai Umno hari ini.

"Saya kembali menyokong BN kerana yakin hanya BN dapat membantu semua kaum di negara ini," katanya. - BERNAMA

UMNO guna kaedah Zionist untuk halang Konvoi Kembara Oren (Video Inside)

Posted: 07 Dec 2012 08:27 PM PST


Konvoi Kembara Oren - Selamatkan Felda, yang diadakan pada Jumaat 7 Disember idak menghadapi sebarang masalah setelah melalui tiga hentian; Felda Kerteh 2, Felda Jerangau dan Felda Bukit Bading.

Namun, perarakan aman kembara Oren yang telah mendapat kebenaran pihak polis, bertujuan menyampaikan maklumat kepada warga Felda telah di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi.

Justeru sepanjang perjalanan Kembara Oren yang bermula jam 8 pagi dari Felda Ketengah Jaya itu mendapat kerjasama baik daripada pihak polis.

Sebaliknya, Umno Felda Selasih, yang merasakan partinya terancam dan semakin kehilangan sokongan telah memperalatkan penduduk, majoriti 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, majoriti kelompok yang menghalang ketibaan Kembara Oren di Felda Selasih, adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.

Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut 'undur Isa Samad, bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad.....,"

"Budak-budak sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal,"ujar Mazlan.

Mazlan mendakwa, Insiden di hadapan pintu masuk Felda Selasih adalah satu bukti Umno sebenarnya telah kehilangan sokongan dan terpaksa memperalatkan budak-buak sekolah.

Katanya, Umno telah mengajar budak-budak sekolah terbabit memaki hamun para peserta Kembara Oren dengan tidak rasa segan silu di hadapan Pengerusi JKKK dan polis yang turut disertai Ketua Polis Daerah Besut.

"Umno berjaya tarbiyyah budak-budak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk, akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang.


"Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara,"tambah Mazlan

Berikut adalah adalah catatan Setiausaha Kembara, yang juga Setiausaha Persatuan Anak Terengganu, Naraza Muda; [Lihat Video Rakaman Skuad Media DUN Jabi di bawah]


Pada kira-kira Jam 5.50 pm Konvoi Kembara Oren Tiba di sekatan pintu masuk. Pihak keselamatan PAS, saya berunding dengan 'samseng upahan' yang menghalang pergerakan.

Mereka bawa kami berjumpa ketua peneroka JKKR, Selelah 5 minit kata sepakat di capai untuk benar kami masuk solat asar.

Tapi benteng manusia terdiri dari wanita dan kanak tidak membuka laluan apabila pihak umno enggan terima keputusan rundingan.

Pihak polis dari Balai Jabi dirujuk dan mengaku 'puok' itu tiada hak untuk sekat....tapi tidak berusaha menberitahu puak umno yang menghalang.

Setelah 20 minit kecoh dengan pandangan berbeza, saya menawarkan tawaran rempuh. Saya minta izin dari Dr. Azman, Pengerusi MTD Jabi untuk rempuh. Atas pertimbangan dr azman kita bertenang dan mengammbil sikap berlembut.

Kami konvoi akur dan mohon di beri rusng untuk membuar pusingan U. Tetapi mereka tetap enggan memberi laluan.


Sekitar jam 6.40 petang semua 80 kebderaan bersama 240 peserta beredar.


~ Buletinonline

Gambar sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat negeri Kedah..

Posted: 07 Dec 2012 07:05 PM PST


Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam ini.

Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah pemimpin utama yang berucap di samping Haji Mohamad Sabu yang menjadi pengarah himpunan ini.

Selain memberikan ucapan, mereka juga mendengar ikrar dari wakil PAS, PKR dan DAP yang berjanji untuk memberikan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan Pakatan ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor.

Hari Ini himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.

Bela Islam dan Melayu

"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar sambil menambah, "Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India.

" Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan Melayu sebagaimana dituduh Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, Umno di depan orang Melayu akan berkata, DAP akan memimpin negara ini dan menjadikan Malaysia negara Kristian.

(Anwar berjanji akan memastikan martabat Islam dan Melayu terjamin di bawah Pakatan) MCA pula di depan orang Cina berkata PAS akan menjadikan Malaysia negara Islam.

"Semua ini adalah cara nak pecah belah," kata Kit Siang.

Kit Siang juga mempersoalkan, apakah sebenarnya yang diminta maaf oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika PAU 12 baru-baru ini.

"Adakah kerana menjadikan Malaysia negara yang paling korup di kalangan perdana menteri Malaysia yang ada," kata beliau mengulas indeks korupsi negara yang sedikit menurun tetapi masih tertinggi berbanding indeks korupsi Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini. -HD


















Tiada ulasan: