Sabtu, 8 Disember 2012

Addin

Addin


Sambutan Dingin Rakyat Melaka Di Himpunan Kebangkitan Rakyat.. Saksikanlah!!

Posted: 08 Dec 2012 02:35 PM PST


Addin sempat menghadiri himpunan kebangkitan rakyat negeri melaka di pejabat DAP lorong pandan. Lokasi asalnya di kg. bkt palah namun telah diganggu oleh umno atas arahan ali rustam.

Berikut adalah gambar yang sempat di rakam..







Iklan C(ii)


2 AES Di Sembur Cat Merah Oleh Samseng Umno?

Posted: 08 Dec 2012 09:13 AM PST

SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.

Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.Laporan Bernamasemalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.


Ketua Polis  Daerah Sepang,  Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.

AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi."Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES."Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.

"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin  atas nasihat pejabat peguam negeri. ~sinar


Iklan C(ii)


Akhirnya.. Mamat Ni Kembali Ke Lubang Najis

Posted: 08 Dec 2012 05:05 AM PST

Bekas pemimpin KEADILAN, Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Altantuya menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno, lapor The Star Online.

Beliau dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang kununnya dikatakan dari Cabang KEADILAN Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Gelugor. Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris itu lagi, surat hasrat telah diserahkan kepada Najib selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bahagian Bayan Baru.

Bekas pemimpin KEADILAN keluar dari parti itu pada Februari 2010, dan menjadi ahli parlimen bebas mesra-BN.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut disertai oleh bekas Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang meletak jawatan dari parti itu pada tahun 2007.

Selepas acara itu, Zahrain dilaporkan berkata orang Melayu kununnya tidak mempunyai pilihan selain menyokong Umno kerana parti adalah satu-satunya kumpulan yang melindungi kepentingan mereka.

Di majlis yang sama, bekas pemimpin Pemuda PAS negeri Hafiz Nordin telah menyerahkan memorandum kepada Najib Altantuya menggesa beliau supaya melindungi prinsip-prinsip Islam di negara ini.

Selain Zahrain, turut keluar dari parti itu kununnya sudah hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ialah ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri, ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Kesemua mereka dikatakan mempunyai masalah kewangan peribadi dan sejurus keluar dari KEADILAN, masing-masing menjadi jutawan segera setelah dijanjikan habuan lumayan jutaan ringgit bagi melunturkan semangat perjuangan rakyat terhadap pengkhianat agama, bangsa dan negara iaitu Umno.

Contoh paling nyata ialah kemampuan Gobalakrishnan membeli dua keping tanah bernilai RM1.4 juta beberapa hari selepas keluar dari KEADILAN pada Mac tahun lalu yang sehingga ke hari ini yang gagal dijelaskannya. ~jalanpulang



Iklan C(ii)


Kantoi!! Penduduk Kampung Gombak Utara Tuntut Ketua Pemuda Umno Minta Maaf

Posted: 08 Dec 2012 02:21 AM PST

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu."Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti.

Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini. "Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini," kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

"Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

"Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa," kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

"Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama," katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno. ~kd



Iklan C(ii)





Gempar!! Menteri Belia Dan Sukan Letak Jawatan

Posted: 07 Dec 2012 11:34 PM PST

Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, meletakkan jawatan daripada kabinet semalam. Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Jakarta Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.
  
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.
    
Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.
  
Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah semalam mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.
  
Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.
  
Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.
  
Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang daripada projek itu.
  
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.
  
Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta). ~bernama

Addin :

PM dan menteri kabinet negara kita yang terpalit dengan pelbagai dakwaan kes rasuah dan salahguna kuasa tetapi muka tembok tak tahu malu teruskan berkuasa. Dengan selambanya je masih enggan letak jawatan. Najib, Hishamuddin, Nazri Aziz, Zahid Hamid bila ko orang nak letak jawatan? Respek.. Di Indon baru suspek dah letak jawatan..






Iklan C(ii)





Utusan Bodoh Terlampau.. Ini Buktinya

Posted: 07 Dec 2012 10:07 PM PST


"Orang ramai pegang nadir bumi bukti lynas selamat" - Utusan. Nak kata bengong, marah - tp mmg bengong pun. Korg pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok.

Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil.

Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suh belajo kimia, xnak.Mcm ko pegang bom la. Mati x pegang bom? Mana mati. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuma ko tarik pin dia tgk.

Masa tu cepat2 la taubat. Sebab bila ko tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Cuba la cerdik rakyat malaysia. Jgn la dok diperbodohkan org.

Sumber ~fb Fais Al-Hajari


Addin :

Tahap kewartawanan utusan.. tahap longkang.. bodoh dari lembu shahrizat..



Iklan C(ii)





PAS Sedia Di Bubar

Posted: 07 Dec 2012 08:12 PM PST

KANGAR - Pas sedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam di negara ini.Hashim Jasin (Pas-Sanglang) berkata, Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam. Bagaimana pun, beliau berkata setakat ini tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyertai Umno kerana ia masih gagal melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Islam.

"Saya tidak akan menyertai Umno kerana ia menolak hukum Islam," katanya ketika ketika perbahasan Bajet 2013 peringkat jawatankuasa, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BNTambun Tulang) yang ingin tahu sama ada wakil Pas itu akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana doa mereka agar 'Umno KO' tidak dimakbulkan.

Shahidan berkata, Umno akan terus meraih kemenangan cemerlang dalam PRU akan datang kerana ALLAH SWT merestui perjuangan selama ini.

Hashim berkata, jika mahu menyertai Umno, beliau boleh berbuat demikian sejak dahulu lagi iaitu ketika berkhidmat dengan Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur.

"Saya mempunyai ramai kawan dari Umno termasuk dalam kalangan timbalan menteri dan setiausaha parlimen (ketika itu). Mereka mengajak saya tetapi saya menolak kerana tidak dapat menerima perjuangannya.

"Jadi saya tidak akan menyertai Umno walau apa pun yang terjadi," katanya.Sementara itu, Shahidan membidas Hashim kerana menuduh Umno menolak Islam sebaliknya menegasksn parti itu berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

"Biarlah Mursyidul Am Pas seorang yang menuduh Umno tolak Islam. Saya harap YB tidak terikut-ikut dengan keadaan itu.

"Saya kesal Pas tidak konsisten dengan perjuangannya. Dulu Pas kata nak menegaskan negara Islam tetapi kini mahu melaksanakan negara berkebajikan," katanya.

Menurutnya, Umno sudah lama memperjuangkan negara kebajikan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada rakyat sejak merdeka lagi.

"Pas tidak berani mempertahankan perjuangannya disebabkan menghadapi tekanan dari rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR," katanya. ~sinar



Iklan C(ii)





Sebenarnya Polis Telah Memohon Maaf Berkali-Kali Kepada Keluarga Aminulrasyid

Posted: 07 Dec 2012 07:44 PM PST

KUALA LUMPUR 7 DIS: Sehingga hari ini, polis dan Menteri Dalam Negeri tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Aminulrasyid Amzah.

"Walaupun didesak berkali-kali, polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence'. "Jangan sesekali kita lupa, polis melepaskan 21 das tembakan untuk memberhenti sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal.

Ini melangkaui keraguan munasabah," kata Edy Noor Reduan. Beliau adalah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) – sebuah badan bukan kerajan (NGO) tempatan yang aktif dalam perjuang isu politik dan sosial.

Aminulrasyid, 15, ditembak mati semasa memandu kereta kakaknya pada kejadian antara jam 1 -2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam 26 April tahun lalu.

Polis Selangor mendakwa anggotanya melepaskan tembakan kerana Aminulrasyid kononnya cuba melanggar kereta polis yang mengejarnya.

Polis turut mendakwa Aminulrasyid seorang penjenayah kerana kononnya sebilah parang dijumpai di dalam kereta yang dipandunya.

Bagaimapaun, tiada bukti 'parang' diketengah pada perbicaraan mahkamah yang kemudian menyaksikan Koperal Jenain Subi, 49, dibebas daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.

"Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa kermaafan dari polis dan menteri dan terbaru keputusan mahkamah itu, di manakah keadilan buat Aminulrasyid?

"Jenain dibiar bebas ketika keluarga Aminulrasyid meratapi pemergiannya," kata beliau dipetik dari TV Selangor, hari ini.

Justeru itu, Edy Noor berkata, SAMM berpendirian kelalaian polis wajar diakui dan si penembak harus dijatuhi hukuman setimpal. ~kd

Addin :

Udahlah di bebaskan tapi masih belum mintak maaf.. macam tak bersalah je..



Iklan C(ii)





India Pun Hadir Kuliah Ustaz Azhar Idrus.. Saksikanlah!!

Posted: 07 Dec 2012 06:20 PM PST


Kuliah UAI semalam bukan sahaja menggamit ribuan umat Islam di Kedah tetapi menarik minat kaum India jugak. Tahniah UAI, kerana berjaya menjadi ikon pendakwah yang berwibawa buat seluruh rakyat Malaysia.












Iklan C(ii)





Gambar Menarik Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah

Posted: 07 Dec 2012 05:49 PM PST


Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam ini.

Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah pemimpin utama yang berucap di samping Haji Mohamad Sabu yang menjadi pengarah himpunan ini.

Selain memberikan ucapan, mereka juga mendengar ikrar dari wakil PAS, PKR dan DAP yang berjanji untuk memberikan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan Pakatan ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor.

Hari Ini himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.

Bela Islam dan Melayu

"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar sambil menambah, "Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India.

" Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan Melayu sebagaimana dituduh Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, Umno di depan orang Melayu akan berkata, DAP akan memimpin negara ini dan menjadikan Malaysia negara Kristian.

(Anwar berjanji akan memastikan martabat Islam dan Melayu terjamin di bawah Pakatan) MCA pula di depan orang Cina berkata PAS akan menjadikan Malaysia negara Islam.

"Semua ini adalah cara nak pecah belah," kata Kit Siang.

Kit Siang juga mempersoalkan, apakah sebenarnya yang diminta maaf oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika PAU 12 baru-baru ini.

"Adakah kerana menjadikan Malaysia negara yang paling korup di kalangan perdana menteri Malaysia yang ada," kata beliau mengulas indeks korupsi negara yang sedikit menurun tetapi masih tertinggi berbanding indeks korupsi Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini. ~harakahdaily
















Iklan C(ii)





Tiada ulasan: