Khamis, 6 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar dan Video suspek yang menikam petugas Pakatan Rakyat didedahkan!!

Posted: 06 Dec 2012 07:06 AM PST


Dalam insiden 'ceramah berdarah' di Gombak pada 5 Disember 2012 yang lalu, seorang petugas dari Pakatan Rakyat telah mengalami kecederaan akibat ditusuk dengan objek tajam.

Menurutnya beliau ditusuk ketika cuba menghentikan provokasi dan menghalang serta menasihati penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak agar bertenang.

Malangnya beliau telah ditikam.. gambarnya sila lihat di ( SINI )

Dan malang juga pemuda yang menikam petugas Pakatan Rakyat itu kerana tanpa disedarinya perbuatannya itu telah terakam oleh seseorang..

Perhatikan video di bawah..

Pada minit ke 1:38 kelihatan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang penyokong Pakatan Rakyat kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO..


Sumber Video dari SINI

Baca juga spesis apa Ketua puak-puak ini di ( SINI )



Kerana fitnah, Ketua Pemuda ini bakal disaman Guan Eng..

Posted: 06 Dec 2012 03:10 AM PST


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin terpaksa membuktikan dakwaannya di mahkamah kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Dalam kenyaatan akhbarnya hari ini, Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri Pulau Pinang, Andrew Yong berkata, Guan Eng akan membuktikan dakwaan itu di mahkamah bahawa beliau tidak korup seperti Ketua-ketua Menteri BN yang dikait dengan skandal sumbangan RM40 juta atau memiliki kekayaan luar biasa.

"Kerana terdesak untuk kekal berkuasa, UMNO terpaksa menggunakan fitnah dan kawalan ke atas media untuk menyebarkan fitnah terhadap Lim. Maka, Lim tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyaman Shaik Hussein dan BN dalam mahkamah kerana fitnah," ujar beliau.

Menurut beliau, Shaik Hussein, Pemuda UMNO dan BN negeri mendakwa bahawa KLIDC menawarkan wang kepada Guan Eng bagi menyokong tender untuk tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis untuk pembinaan hospital swasta.

"KLIDC tidak menerima apa-apa bantuan dalam pembidaan mereka untuk tanah berkenaan kerana ia ditawarkan kepada umum melalui tender terbuka. Pembida tertinggi sudah dipilih," kata beliau sambil menambah bahawa BN tidak mengamalkan tender terbuka demi memperkayakan kroni.

Beliau menambah bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas terhadap rasuah.

Pulau Pinang adalah negeri pertama yang melaksanakan tender terbuka, membuat pengisytiharan harta Ketua Menteri dan Ahli EXCO, melarang ahli keluarga daripada berurus niaga dengan kerajaan negeri serta melarang wakil rakyat dan ahli majlis daripada memhon tanah kerajaan.

Andrew turut menambah bahawa tiada guna membazirkan masa untuk memenuhi undangan dialog umum oleh Shaik Hussein kerana itu hanya menunjukkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu tidak berani membuktikan tuduhannya di mahkamah, sambil menambah bahawa Guan Eng mempunyai hak untuk menyaman Shaik Hussein kerana membuat tuduhan fitnah tanpa bukti.

"Kebebasan bersuara dan kebebasan media tidak memberi hak kepada seseorang untuk memfitnah dan membuat kenyataan palsu," ujar beliau lagi.

Keganasan UMNO di Gombak : Ini catatan dari orang Gombak..

Posted: 06 Dec 2012 12:58 AM PST


Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun..

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..

Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"

Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..

Catatan oleh Mohamed Hadi Al-Majwi, 06 Dis 2012

Pengerusi BN Pulau Pinang pertikai peruntukan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.. mana PERKASA?

Posted: 05 Dec 2012 08:51 PM PST


Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang.

Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka.

Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka.

Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri antiMelayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.

Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri.

Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.

Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang.

Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA,mengesahkan bahawa bekas kerajaan BN di bawah pimpinan mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan PR.

Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno/BN di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini.

Justeru itu, kerajaan PR terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini.

Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam.

Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin PR bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum.

Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi BN yang juga Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Othman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina.

Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro Umno yang bertopengkan NGO seperti PERKASA,JATI,PAJIM,PERTIGA,BADAI,JMPP,PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng.

Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin BN.

Teng adalah sebahagian pemimpin BN yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri. Inilah wajah sebenar mereka.

Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada PRU akan datang !



**KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATO' ABDUL MALIK KASSIM, EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PADA 5 DISEMBER 2012**

Wajah penyokong pembangkang yang mencetuskan keganasan di Gombak didedah!! (Video Inside)

Posted: 05 Dec 2012 04:30 PM PST


Dalam sidang media di Pejabat Pemuda Umno, Menara Dato' Onn semalam.. Ketua Pemuda UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, tindakan provokasi seorang penyokong pembangkang yang bertindak meluru kepada Pemuda UMNO menjadi punca insiden tersebut.

Beliau menjelaskan, penduduk setempat di Rantau Gombak Utara membantah ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berlangsung di hadapan bilik gerakan peti undi Gombak Utara, yang pada masa sama berlangsung taklimat pilihan raya.

"Apabila penduduk dan Pemuda Umno Bahagian mengadakan bantahan secara aman di tempat kami, salah seorang daripada mereka telah meluru ke arah kami sambil provokasi dilakukan pembangkang dari tempat mereka.

"Mereka membaling batu, periuk belanga, kuali, tong air yang datang dari gerai-gerai di sepanjang jalan," katanya..

Berikut adalah rakaman video keganasan yang telah berlaku itu.. memang benar apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Gombak itu iaitu seseorang yang bertindak meluru menjadi punca insiden tersebut. Tengoklah..


Cuma yang tak betulnya ialah.. bukan  seorang penyokong pembangkang yang bertindak meluru kepada Pemuda UMNO tapi seorang Pemuda UMNO bertindak meluru kepada penyokong Pakatan Rakyat..

Tiada ulasan: