Addin |
- Inilah Wajah Samseng Umno Yang Tikam Petugas Pakatan Rakyat..
- Lagi Salah Laku Polis.. Timbalan Ketua Polis Daerah Hantar SMS Lucah
- LIVE!! Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Padang Serai
- Nah!! Ini Bukti Pengerusi BN Penang Rasis Melampau..
- Panas!! Konspirasi Terbaru Najib Terbarai..
- Selangor Tutup AES 2.30 Petang Esok
- Kerajaan Selangor Dedah Laporan Lengkap Umno BN Sapu Tanah Rakyat Selangor
- Dr. Asri Tanding Atas Tiket PKR Di DUN Penanti
- Najib, Rosmah, Pemimpin Umno Pasti Ketar Lutut Baca Berita Ni..
- Lihatlah!! Lakonan Terhebat Ketua Pemuda Umno Gombak..
Inilah Wajah Samseng Umno Yang Tikam Petugas Pakatan Rakyat.. Posted: 06 Dec 2012 09:00 AM PST Dalam insiden 'ceramah berdarah' di Gombak pada 5 Disember 2012 yang lalu, seorang petugas dari Pakatan Rakyat telah mengalami kecederaan akibat ditusuk dengan objek tajam. Menurutnya beliau ditusuk ketika cuba menghentikan provokasi dan menghalang serta menasihati penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak agar bertenang. Malangnya beliau telah ditikam.. gambarnya sila lihat di ( SINI ) Dan malang juga pemuda yang menikam petugas Pakatan Rakyat itu kerana tanpa disedarinya perbuatannya itu telah terakam oleh seseorang.. Perhatikan video di bawah.. Pada minit ke 1:38 kelihatan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang penyokong Pakatan Rakyat kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO.. |
Lagi Salah Laku Polis.. Timbalan Ketua Polis Daerah Hantar SMS Lucah Posted: 06 Dec 2012 07:29 AM PST Belum pun selesai dengan kes tahanan lari semasa dalam perjalanan ke mahkamah, satu lagi insiden membabitkan salah laku anggota polis didedah! Seorang wanita hari ini mendakwa bahawa seorang pegawai polis berpangkat tinggi menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada beliau sejak September lalu. Dalam sidang media yang diatur oleh DAP Negeri Sembilan sebentar tadi, Tan Yik Ching, 32, yang berasal dari Sungai Siput tetapi menetap dan bekerja di Seremban menceritakan kronologi dakwaan tersebut. "Pada 2 September, lebih kurang pukul 7.00 malam; berlaku satu kejadian pecah rumah dan cubaan untuk merogol saya oleh seorang lelaki yang dikenali. "Saya berjaya lepaskan diri dan pada malam yang sama saya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput (U), Perak. "Pegawai penyiasat kes tersebut ialah Sarjan Latifah. Selepas dua atau tiga hari, Sarjan Latifah bawa saya berjumpa Timbalan Ketua Polis Daerah (OCPD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Sungai Siput, DSP Ernest John. Selepas seminggu kejadian itu saya terima panggilan telefon dari DSP Ernest mengajak saya keluar makan tengahari. Saya terima pelawaan itu dan beberapa kali saya keluar makan tengahari dan malam bersama beliau dan sambil itu kami bincang tentang kes kami. "Beberapa hari selepas itu saya mula terima sms-sms mengenai hajat beliau ingin berkenalan dengan saya. Tidak lama selepas itu saya mula menerima sms-sms berbaur lucah daripada beliau. "Justeru itu saya membuat satu laporan polis terhadap Ernest di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ipoh pada 26 November berhubung sms-sms lucah yang dihantar oleh Ernest. "Kes ini disiasat oleh Deputi Supritendant Tham Lai Kuan dari IPD Polis Ipoh. Beliau ada merakamkan kenyataan saya dan mahu telefon bimbit saya sebagai bahan bukti. "Walaubagaimanapun saya tidak mahu menyerahkan telefon bimbit ini kerana tidak yakin dengan ketelusan pihak IPD Polis Ipoh. Saya bimbang seandainya bahan bukti berbentuk sms-sms lucah itu akan dipadam (delete) oleh pihak polis sendiri", kata Tan. Bukan cakap kosong Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata apa yang didakwa oleh Tan bukan cakap kosong atau sengaja direka-reka. "Berdasarkan laporan polis Tan, sememangnya Tan menamakan pegawai polis dan nombor telefon bimbit pegawai polis itu di dalam laporan polis beliau. Maka dakwaan beliau ada kredibiliti. "Saya gesa kes ini diambil alih segera oleh polis Bukit Aman. Saya akan menulis surat kepada IGP, Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein. Saya akan meminta polis Bukit Aman membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini kerana ia bukan membabitkan seorang pegawai berpangkat rendah tetapi seorang pegawai polis tinggi yang merupakan Timbalan OCPD IPD Polis Sungai Siput. "Kes ini amat memalukan kerana melibatkan gangguan seksual dan ibarat 'harapkan pagar, pagar makan padi'. "Tan tidak akan menyerahkan telefon bimbit itu selagi beliau tidak mendapat jaminan daripada Bukit Aman bahawa kes ini akan disiasat secara profesional. Tan juga tidak yakin dengan polis Perak dalam siasatan kes gangguan seksual ini", kata Loke. Dalam sidang media itu Tan turut menunjukkan beberapa sms berbaur lucah kepada jurugambar media untuk dirakamkan. ~roketkini |
LIVE!! Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Padang Serai Posted: 06 Dec 2012 07:03 AM PST Biarpun masih terkesan dengan insiden serangan berdarah di parlimen Gombak Isnin lalu, namun ia langsung tidak mematahkan semangat untuk menumbangkan rejim Umno dan Barisan Nasional (BN). Mendahului senarai yang bakal hadir malam ini pastinya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Pengkalan Kundor, Phahrolrazi Zawawi, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ADUN Teja, Chang Lih Kang, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Wan Salleh Wan Isa dan ADUN Bandar Baharu, Yaakob Hussin. KEADILAN dijangka merampas kembali kerusi parlimen ini dari tangan pengkhianat rakyat, N Gobalakrishnan yang keluar dari KEADILAN dan menjadi barua paling setia kepada perdana menteri, Najib Altantuya. Gobalakrishnan yang terpalit dengan skandal setelah keluar dari KEADILAN langsung tidak menjelaskan dakwaan Saifuddin yang dibongkar pada 10 Mac tahun lalu. Selamat menonton.. |
Nah!! Ini Bukti Pengerusi BN Penang Rasis Melampau.. Posted: 06 Dec 2012 06:13 AM PST Terserlah sikap rasis (perkauman), khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang. Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah hodoh dan perkauman sempit mereka. Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka. Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu. Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri. Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang. Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA, mengesahkan bahawa bekas kerajaan BN di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri, Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno BN di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini. Jesteru itu, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini. Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam. Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum. Berikut kenyataan berbau perkauman Teng: Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang."Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina."Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.Kenyataan berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan". Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim. "Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina. Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro-Umno yang bertopengkan NGO seperti Perkasa, JaTi , Pajim, Pertiga, Badai, JMPP, PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng. Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin BN.Teng adalah sebahagian pemimpin BN yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri, Najib Altantuya.Inilah wajah sebenar mereka. Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada pilihanraya umum akan datang! Abdul Malik Abul Kassim Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang |
Panas!! Konspirasi Terbaru Najib Terbarai.. Posted: 06 Dec 2012 02:59 AM PST KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) didakwa sedang berada dalam bahaya jika benar wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menyenaraikan KPF ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH). Presiden Persatuan Anak peneroka Felda Kebangasaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, konspirasi ini melibatkan seorang menteri dan mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, menteri berkenaan telah mengarahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Md Yusof Samsudin mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah. Pembatalan AGM ini katanya dipercayai sebagai jalan membolehkan AGM diadakan semula bagi melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi KPF dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai setiausaha. Pada 20 Jun lalu, ahli KPF yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad mengadakan mesyuarat agung untuk mengambil alih semula pengurusan itu. Beberapa perwakilan kemudian meminta mesyuarat itu dibatalkan atas sebab laporan audit kewangan KPF lambat dihantar kepada mereka. "Untuk bawa masuk KPF adalah sukar dengan peraturan sedia ada melainkan satu konspirasi dibuat antaranya adalah membatalkan mesyuarat agung KPF dan memastikan dua orang, Tan Sri Isa Samad dan Faizoull Ahmad berada dalam KPF. "Jadi AGM akan diadakan semula pada 27 Disember ini dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokan melalui Pengurus Felda kepada perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kepada SKM agar Isa Samad menerajui KPF," Katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam, Mazlan menjelaskan, apabila KPF disenaraikan ke dalam FGVH, ekuiti KPF dalam Felda Holdings dikurangkan sebanyak 22 peratus dan diambil alih oleh Felda. Hal ini menyebabkan KPF yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja dan Felda akan memindahkan syer 22 peratus kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham majoriti. "Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10 peratus, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad. "KPF akan hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan konco-konconya. "Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12 hingga 15 peratus tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH membawa isyarat KPF akan lingkup bersama FGVH," tegas Mazlan. |
Selangor Tutup AES 2.30 Petang Esok Posted: 05 Dec 2012 11:04 PM PST SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa telah dipasang secara haram di negeri itu, pada jam 2.30 petang esok. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya tidak akan dilanjutkan lagi. Ini bagi memberi peluang kepada kontraktor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa tempatan terbabit sebelum tindakan selanjutnya diambil. "Idea untuk kamera AES ini ditimbulkan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat," katanya di lobi Universiti Selangor hari ini. ~sinar |
Kerajaan Selangor Dedah Laporan Lengkap Umno BN Sapu Tanah Rakyat Selangor Posted: 05 Dec 2012 10:57 PM PST SHAH ALAM 5 DIS : Kerajaan Selangor akan mendedahkan secara terperinci semua bidang tanah yang diperolehi secara murah oleh komponen parti Umno-BN bagi rakyat menilai keikhklasan gagasan itu yang terkenal dengan slogan "rakyat didahulukan".Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri kini dalam proses mengumpulkan maklumat berhubung dakwaan pemilikan tanah tersebut.Ini berikutan siri pendedahan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun lepas berkenaan tanah yang dimiliki pemimpin Umno-BN di seluruh negeri. Pendedahan terbaru oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim pada 20 Nov lalu di mana beliau mendedahkan bukti bahawa komponen Umno-BN membeli 24 bidang tanah yang bernilai lebih RM 20 juta dengan bayaran premium murah RM 1 kaki per segi. Ng berkata tanah-tanah tersebut dibeli antara 1999 – 2008, semasa Umno-BN memerintah Selangor."Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut. "Kemudian kita juga akan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah untuk mendengar pandangan mereka berkenaan hal ini," jelas Abdul Khalid di dalam satu sidang media di sini hari ini.Terdahulu, Abdul Khalid menyampaikan 360 Surat Watikah Perlantikan kepada ketua-ketua kampung tradisi bagi penggal 2013. Perlantikan itu melibatkan 27 lantikan baru sementara 333 lagi disambung kerana prestasi baik.Turut disampaikan dalam majlis tersebut ialah Watikah Penubuhan kepada 56 buah Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Selangor. ~selangorku |
Dr. Asri Tanding Atas Tiket PKR Di DUN Penanti Posted: 05 Dec 2012 09:25 PM PST Berita ni dikeluarkan oleh Antara Pos. Sejauh mana kebenarannya belum dapat di pastikan. Mungkin ada segelintir akan mempersoalkan kenapa Dr Asri sertai PKR, kenapa tak sertai PAS? Sebenarnya tak kisah parti apa pun janji Asalkan Bukan Umno (ABU).. Perlu jugak ada yang mahir agama dalam PKR supaya lebih seimbang. Jikalau benarlah jadi realiti.. ini menjadi satu tamparan hebat buat Umno dalam menghampiri tempoh pilihanraya yang semakin hampir..
KUALA LUMPUR: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata sumber-sumber.
|
Najib, Rosmah, Pemimpin Umno Pasti Ketar Lutut Baca Berita Ni.. Posted: 05 Dec 2012 07:56 PM PST KUALA LUMPUR 5 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi. Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu. Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti. "Kini, Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi pendedahan, tunggu dan lihat. "Apa yang pasti ini petanda Umno akan dikuburkan bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Putrajaya, InsyaAllah," katanya di hadapan 4,000 rakyat. Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Adun Batu Caves, Amirudin Shari; Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Menurut Azmin, ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga akan mendedahkan lebih banyak salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. "Deepak sudah umum semalam lebih banyak pendedahan akan dibuat dan akan dedah berapa banyak wang dibayar kepada Rosmah, Najib dan keluarganya. "Kita yakin pemimpin yang rasuah, zalim mesti kita humban pada PRU akan datang," kata Azmin. Musa dalam sidang medianya minggu lalu menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis ketika di bawah pimpinannya, termasuk memberi arahan terus kepada pegawai rendah dan ketua polis daerah. Deepak pula dalam wawancara Malaysiakini sebelum itu menyatakan kekesalannya terlibat mengatur akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membatal akuan bersumpah pertama mengaitkan Najib dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. ~kd |
Lihatlah!! Lakonan Terhebat Ketua Pemuda Umno Gombak.. Posted: 05 Dec 2012 04:22 PM PST Gambar di atas ialah gambar Mohd Faizaruddin bin Mustafha, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan Batu 8, Gombak yang dikatakan bersama kumpulannya telah mengganas di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat semalam. Faizaruddin dilaporkan telah menerima sembilan jahitan setelah dibaling dengan batu oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menghadiri ceramah tersebut. Menurut Faizaruddin, serangan dicetuskan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menyerang kumpulan Pemuda UMNO yang berdiri di hadapan Bilik Gerakan UMNO dan menjerit ke arah Anwar Ibrahim "TIPU". Pada masa yang sama, di Bilik Gerakan itu sedang berlangsung program anjuran Pemuda UMNO.Kelompok Pemuda UMNO yang tidak bersenjata diserang kumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang membawa senjata termasuk senjata tajam yang diperolehi di gerai jualan dalam ceramah itu. Ini gambar beliau sebelum kepalanya dibalut... Kononnya menerima sembilan jahitan dikepalannya.. oleh itu pembalut pun mestilah besar.. lihat gambar di bawah.. Hari ini pula.. untuk meraih simpati rakyat dalam sidang medianya bersama Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din yang telah turut disiarkan oleh TV3 pembalutpun dibuka.. kononnya biar ramai yang nampak luka dikepalanya.. Katanya meneriman sembilan jahitan di kepala?? mananya? Ini lagi video keganasan Umno semalam... |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan