Isnin, 3 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Malu weh!! Pencacai UMNO Kantoi lagi akibat kebodohan diri sendiri!!

Posted: 03 Dec 2012 08:37 AM PST


Perhatikan betul-betul apa yang tertulis pada banner di hadapan DS Anwar Ibrahim pada gambar di atas.. apa yang tertera ialah "Pelancauan Skuad Adil Kedah".

Adakah ahli-ahli PKR Kedah juga bodoh seperti ahli-ahli UMNO sehingga perkara sebegitu remeh tidak disedari oleh mereka?

Oh tidak.. tidak sama sekali... Ahli-ahli PKR walau dimana sekalipun berada tidaklah sebodoh Ahli-ahli UMNO..

Gambar di atas sebenarnya telah diedit oleh Blogger pencacai UMNO yang ketiadaan isu untuk dijadikan senjata bagi menyerang PKR dan juga Pakatan Rakyat..

Ini apa yang disiarkannya...


Dan ini apa yang telah ditulisnya..

Hahahaha aakj hampir terguling dalam jamban..kah kah kah kah..mamposss..

Dalam ghairah nak lancarkan skuad lama yang entah berapakali tukar nama supaya nampak gah..akhirnya Allah tunjukkan..kena LANCAU sendiri hahaha boleh depa tak perasan atau memang d sengajakan..nak malukan kaki langgan pelacur...tuihHH !!

UMNO ada SKUAD SAYANG dari Pergerakan Wanita UMNO Malaysia..depa pun nak guna juga nama "skuad" hehe berat nanang natang ni... 

Itulah yang terjadi bila hendak menulis tiada isu.. kalau tak menulis pula miss soru.. jadi tulislah apapun meskipun terpaksa edit gambar untuk dijadikan modal menabur fitnah..

Yang menghairankan aku ialah fitnah sebegitu bodoh pun ada yang percaya sehingga menyebarkannya di facebook pula..


Sebenarnyajika diperhatikan betul-betul pada gambar-gambar di atas perkataan PELANCARAN telah diubah dengan memadamkan huruf "R" dan digantikan dengan huruf "U".

Pada huruf "U" nampak jelas akan bezanya warna merah dengan lain-lain perkataan yang terdapat pada banner tersebut.

Berikut adalah gambar asal...

DS Anwar Ibrahim bersalaman dengan anggota 'Skuad Adil Kedah'

DS Anwar Ibrahim melancarkan 'Skuad Adil Kedah'

Betul kata Tun Mahathir.. hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO.. dan pencacai-pencacai UMNO di atas telah membuktikannya.....

Foto dirakam oleh Sidiqin Omar dari Suara Keadilan pada 2 September 2012 dalam Siri Jelajah Merdeka Rakyat Di Bakar Bata,Alor Star.

Lagi bukti kekejaman pemimpin UMNO.. (Video Inside)

Posted: 03 Dec 2012 04:57 AM PST


Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Qatrun memberitahu demikian sebelum menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pemecatannya oleh JAWI.


Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghantar 10 borang keahlian Umno kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri, yang meminta borang tersebut melalui SMS, untuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya. Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.

"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi. Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.

"Dia minta borang saya kasilah," katanya.

Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.

Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.

Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.

"Demi Allah, saya tidak pernah suruh JAWI buang atau pecat dia. Perkara ini perlu dirujuk kepada JAWI lah.

"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.

"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.

Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu.


~ Malaysiakini

PANAS!! Mahathir arah pemimpin UMNO gulingkan Najib selepas PRU..

Posted: 02 Dec 2012 11:46 PM PST


Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan pemimpin-pemimpin UMNO negeri supaya menangguhkan rancangan mereka untuk membunuh karrier politik dan menggulingkan Najib.

Buat sementara waktu segala perancangan tersebut ditangguhkan sehingga selepas Pilihanraya Umum 13 berlangsung.

Mahathir telah mengarahkan semua pemimpin-pemimpin UMNO negeri untuk memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional dan dalam masa yang sama memberitahu mereka boleh menggulingkan Najib selepas Pilihanraya..

Semua yang di atas itu dinyatakan oleh DS Anwar Ibrahim...

Ini laporannya...

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad is asking Umno state leaders to postpone their plan to kill off Prime Minister Najib Tun Razak until after the general election, according to Anwar Ibrahim.

The opposition leader said he "knew for a fact" that Mahathir had been asking state leaders to lend their support to Umno and Barisan Nasional while suggesting that they could "topple the leader after the election".

"This message has gone to almost all state leaders. I think that is why because of this fear, Najib feels that his personal position is rather insecure," he told a press conference here.

Anwar was responding to Najib's sudden move to thank Mahathir for voluntarily campaigning for Umno towards the end of the party's AGM on Saturday and congratulating the former premier for his Vision 2020 yesterday.

"Najib has displayed very little courage as a leader, he cannot deal with [Wanita Umno chief] Shahrizat [Abdul Jalil] firmly, can't imagine he can deal with Mahathir firmly. That is why he is trying to appease everyone," he said.

Asked if he thought Najib now realised that he needed Mahathir in the run-up to the 13th general election, Anwar said: "Knowing Najib he will need to cling to everyone, his personality of seemingly [appearing] confident was never Najib's style." ~ Free Malaysia Today

Malang sungguh nasib Najib... kalau tadi Sinar Harian dah bagi dia pening kepala ( baca di SINI ).. ini Anwar Ibrahim pula buat dia tak lena tidur...

Tengok ni.. Sinar Harian memeningkan kepala Najib lagi..

Posted: 02 Dec 2012 08:49 PM PST


Hari ini buka Sinar harian online ada perkara menarik yang dilihat iaitu keputusan undi yang di buat oleh Sinar Online diantara BN dan Pakatan Rakyat dan hasil yang di perolehi dari pengundian pembaca memihak kepada Pakatan Rakyat didalam semua jenis soalan pengundian.

Walaupun ini hanya bancian dari Akhbar Sinar harian dan bukan mewakili dari pengundi sebenar tetapi sedikit sebanyak membuat kepala Najib Tun Razak pusing dan pening .

Terbukti satu contoh ketara kepala najib pusing dan pening ialah belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia tarikh pembubaran parlimen menghampiri keakhir mandat pemerentahan, mandat kerajaan BN hanya berbaki 4 bulan sahaja tetapi masih belum kedengaran tarik keramat pembubaran dewan rakyat yang sangat di tunggu tunggu oleh orang ramai.

Selepas kejutan pada PRU12 yang di gelar 'Tsunami politk " susaana politik Malaysia dilihat agak panas dan bergelora. Dari pembentukan kerajaan oleh kompenan BN sehingga la kesaat ini senario politik sentiasa panas.Saban hari ada sahaja isu isu yang timbul dari semua parti politik.

Berbalik kepada keputusan yang di capai pada pengudian dalam sinar online walaupun ia memihak kepada Pakatan Rakyat dan mengembirakan penyokong tetapi harus diingat ini hanyalah bancian semata mata.

Kepada penyokong PR Jangan syok sangat akan keputusan pengundian ini,Biarkan Najib dan grombolannya pening kepala yang penting kita semua terusukan perjuangan dengan mempertingkatkan lagi keazaman dan gerak kerja parti untuk menghadapi hari pengundian yang sebenar.


Kepada penyokong PR Ayuh jangan kita toleh kebelakang , gerakan kerja parti anda semaksima yang boleh dengan tujuan yang satu iaitu untuk menjatuhkan Umno/BN Kerana pada pru 13 ini peluang dan pontensi untuk Pakatan Rakyat menawan Putra Jaya di lihat bergitu cerah.

Akhir sekali jangan sekali kali kita alpa akan permainan licik musuh dan menganggap Umno/Bn itu lemah.Sesungguhnya Umno itu sungguh licik dan pandai dalam permaian politik. mereka mempunyai segalnya dari kewangan,media,penggunaan jentera kerajaan dan sebagainya yang akan di gunakan untuk memanupulasikan PRU13 ini.

~ Batu vs Kayu

UMNO Pulau Pinang menipu di Perhimpunan Agung UMNO.. (Video Inside)

Posted: 02 Dec 2012 04:30 PM PST


Dalam Derhimpunan Agung UMNO baru-baru ini UMNO Pulau Pinang telah mencadangkan penubuhan sebuah yayasan hartanah bertujuan untuk menyelamatkan kampung Melayu tradisi di negeri itu.

Menurut perwakilannya, Datuk Abdul Rahim Saibu (gambar atas) langkah itu perlu bagi menangani masalah, termasuk perumahan bagi penduduk terbabit yang kini terhimpit dengan pembangunan.

"Puak-puak yang nak rosakkan perkampungan Melayu dapat kelulusan pantas kerajaan negeri akibat nilai hartanah tinggi orang Melayu terpaksa meninggalkan kampung halaman, soal rumah mampu milik langsung tak dipedulikan kerajaan negeri".

Ini videonya...


Benarkah apa yang didakwa Datuk Abdul Rahim Saibu itu?.. ini jawapannya..

UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui "pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah".

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato' Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.

Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa "tiada ada sebiji pun" rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

"Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town.

Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka.

Menurutnya, Dato' Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Omar Faudzar.

Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato' Musa dan Dato' Omar telah mengaut keuntungan "atas angin" yang berjumlah hampir RM5 juta.

"Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?

"Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata," kata Zairil.

Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

"Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

"Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri," ujar beliau. – Roketkini.com

Dokumen mengenai penjualan tanah itu sila lihat di ( SINI )

Tiada ulasan: