Anak Sungai Derhaka |
- Utusan kantoi menipu dalam laporan “Balak: Pas Kedah tetap degil” pula.. dokumen sebagai bukti!!
- Memorandum diserah.. tapi mana Mazidul?.. dah lari ke? (Video Inside)
- Ummi Hafilda nak kawin dengan Hero Hindustan?
- Alahai.. kesiannya.. Majlis Muhyiddin pun tak dapat sambutan rupanya.. tengok nih!
Utusan kantoi menipu dalam laporan “Balak: Pas Kedah tetap degil” pula.. dokumen sebagai bukti!! Posted: 23 Dec 2012 07:06 AM PST Image di atas adalah apa yang telah Utusan @ Lidah Rasmi UMNO siarkan pada 22 Disember 2012 dan ianya terbukti sebagai satu lagi laporan berbentuk fitnah oleh Lidah Rasmi UMNO itu. Setelah menyedari artikel berupa fitnah terhadap Kerajaan Negeri Kedah dengan tajuk "Balak: Pas Kedah tetap degil" telah kantoi, Utusan telah mengeluarkannya dari Utusan Online tanpa sebarang permohonan maaf. Apa yang tercatat dimuka hadapan Lidah Rasmi UMNO itu ialah kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata: "Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri." Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusan Malaysia 22 Disember 2012. Lantaran dari itu pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya. Menurutnya beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan projek penebangan hutan di Kedah sebaliknya hanya menolak sekiranya pembangunan di tanah tersebut. Katanya, pihaknya hanya tidak bersetuju sekiranya kawasan tersebut dibangunkan ladang atau projek-projek lain, bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Sememang amat meragukan laporan oleh Utusan itu, bilamana seorang Pengarah Perhutanan dilaporkan menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco. Jadi apakah benar apa yang dikata oleh Pengarah Perhutanan Kedah itu ? Jawapannya sila baca surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pengarah Perhutanan Kedah itu sendiri… Dokumen sepenuhnya sila lihat di sini ( Kedah La ) Artikel yang juga disiarkan oleh Utusan Online dengan tajuk "Balak: Pas Kedah tetap degil" telah ditarik balik dari siarannya.. jika korang klik pada tajuk di atas.. apa yang terpapar ialah ini.. | ||
Memorandum diserah.. tapi mana Mazidul?.. dah lari ke? (Video Inside) Posted: 23 Dec 2012 05:33 AM PST Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka. Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci. Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas. Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3". Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya. Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf. Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar. "Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'. "Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya. Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan. Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan". "Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi ~ Malaysiakini
| ||
Ummi Hafilda nak kawin dengan Hero Hindustan? Posted: 22 Dec 2012 07:23 PM PST Buat pembaca blog ini yang tertanya-tanya kemana menghilang Ummi Hafilda kerana beliau kelihatan jarang berada di pentas UMNO kebelakangan ini.. ini jawapannya.. Dia dah nak kawin la.. kawin dengan orang Pakistan yang mukanya macam Hero Hindustan... 22 Dis. - Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami. Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara. "Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya. "Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Artikel penuh klik pada imej dan baca.. Tahniah lah ya... semoga berbahagia hingga ke Pakistan.. | ||
Alahai.. kesiannya.. Majlis Muhyiddin pun tak dapat sambutan rupanya.. tengok nih! Posted: 22 Dec 2012 06:00 PM PST Gambar di atas adalah sekeping gambar yang telah dirakamkan ketika Najib sedang memberikan ucapan perasmian Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu. Dalam media tunggangan UMNO sibuk mencanangkan bahawa populariti Najib meningkat ketika itu, kita telah menyaksikan orang ramai berpusu keluar ketika Najib berucap di Stadium Bukit Jalil. Video kejadian sila lihat di ( SINI ) Berikutan itu Ismail Sabri telah mengarahkan 5 Pengarah ditukar 24 jam.. (lihat di SINI ) Nampaknya bukan Najib saja yang menerima nasib begitu.. maksud aku majlis tidak mendapat sambutan, malah Timbalannya sendiri yang kini dikhabarkan sedang giat melebarkan sayapnya untuk menyingkirkan Najib dari tampuk kuasa juga menerima tempias itu. Dalam satu Majlis yang dinamakan "Sepetang Bersama Rakyat di Dataran Sungai Rengit" baru-baru ini sambutan sebenar rakyat terhadap pemimpin UMNO itu terserlah akhirnya.. Meskipun majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. Namun apa yang kelihatan hanyalah seperti gambar di bawah ini.. menurut sumber gambar dirakam ketika Muhyiddin tiba.. Apa dah jadi? di Johor tempat asal sendiri pun sambutannya begini?.. boleh ke Muhyiddin nak ganti Najib sebagai Perdana Menteri ni? Pekan tempat asal Najib juga majlisnya tidak mendapat sambutan yang menyebabkan beliau bengang .. lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan