Ahad, 23 Disember 2012

Addin

Addin


Gara-Gara Bantah AES, Zizan Bakal Di Gam TV3?

Posted: 23 Dec 2012 08:45 AM PST


Tengah hari tadi, dianggar lebih 300 penunggang motosikal yang menderu ke perkarangan Sri Pentas, tempat stesen penyiaran TV3 beroperasi terkejut apabila pelawak terkenal Zizan Razak tiba-tiba keluar dari celah-celah mereka membawa sekeping kertas!

Penunggang motosikal yang berang dengan tindakan wartawan Majalah 3, Mazidul Akmal Sidik menggelar mereka 'pelesit jalanan' dalam paparan isu 'AES dan rasional dilaksanakan' yang disiarkan dua minggu lalu, nyata terubat dengan kemunculan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak yang menyokong kehadiran mereka dengan membawa bersama kertas dengan tulisan 'Tolak AES' (Automated Enforcement System).

Tindakan Zizian pantas disorak penunggang motosikal dengan membunyikan hon motor masing-masing dengan dikawal lebih 30 anggota polis yang berkawal di pintu masuk bangunan itu di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut seorang saksi, Zizan dengan spontan keluar dari bangunan tersebut setelah selesai mengacarakan rancangan hiburan 'Melodi' terbitan stesen itu bersama Awal Ashaari dan Ziana Zain kira-kira jam 1.45 tengah hari sambil membawa kertas berkenaan tanpa dipaksa sesiapa mahupun diarah oleh mana-mana pihak.

Sebelum ini, Zizan pernah menggemparkan seluruh negara apabila hadir mengacara bersama Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis sambutan tahun baru anjuran Kerajaan Selangor akhir tahun lalu.

Zizan yang berpasangan dengan rakannya dalam kumpulan lawak Jozan iaitu Johan Raja Lawak setakat ini tidak diberi amaran atau diminta memberi penjelasan oleh pihak atasan stesen kawalan Media Prima Berhad itu mahupun Astro yang dia dan Johan sedang menyertai sebuah pertandingan terbitan stesen tersebut.

Tahniah Zizan, anda sememangnya berani menegakkan kebenaran.



Iklan C(ii)



Mazidul Lari Lintang Pukang?

Posted: 23 Dec 2012 05:43 AM PST


Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak  program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari.

Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan  "Kami sayang TV3".

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.



Iklan C(ii)


Ali Rustam Mengamuk Sakan..

Posted: 23 Dec 2012 02:23 AM PST


Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menulis dalam FBnya bahawa sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam naik angin kerana namanya tidak tersenarai sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang sekali lagi di Melaka pada PRU 13 nanti.

"Tahniah BN Melaka, apat calon CM baru! Orang Najib mesra Muhyiddin! Patutlah seminggu dua ni Datuk Ali asyik naik angin"! tulis Adly dalam wall FB hari ini. Coretan itu mengundang banyak komen dari rakan-rakan FB nya.

Sementara itu dalam isu zakat pula, Ali Rustam memberikan respon terhadap dakwaan adanya penyelewengan wang zakat. "Dai bebal nanti saya saman dia" coret Ali dalam FBnya sebagai respon terhadap isu zakat yang dikemukakan oleh Adly sejak setahun lebih dahulu.Adly dengan bersahaja membalas " Datuk Ali kata kalau saya ulang isu zakat Melaka, dia akan saman saya. Saya akan seibu kali lagi".

Ada berani ke Ali Rustam hendak saman Adly dalam isu zakat ini. Ibarat kata Adnan Yaakub ....kerat tlinga pun belum tentu Ali berani. ~mutaligat


Iklan C(ii)





Akhirnya.. Ummi Hafilda Berkahwin Dengan Pelakon Salman Khan

Posted: 22 Dec 2012 11:57 PM PST


Buat pembaca blog ini yang tertanya-tanya kemana menghilang Ummi Hafilda kerana beliau kelihatan jarang berada di pentas UMNO kebelakangan ini.. ini jawapannya..


Dia dah nak kawin la.. kawin dengan orang Pakistan yang mukanya macam Hero Hindustan...

22 Dis. - Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.

Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Artikel penuh klik pada imej dan baca..


Tahniah lah ya... semoga berbahagia hingga ke Pakistan..


~anaksungaiderhaka


Addin :

Muka mirip ala-ala Salman Khan.. lepas ni harap-harap insaflah dan tak jadi pencacai umno dah..




Iklan C(ii)





Panas!! Samseng Umno Serang Kembara OREN, Ketua Penerangan Cedera

Posted: 22 Dec 2012 08:00 PM PST


Kembara Oren di serang, Naraza Muda, AJK ANAK Pusat, dicederakan oleh samseng Umno bersama beberapa yang lain dlm aksi ganas di tengah jalan besar berhampiran Felda Bukit Rokan Utara. 

Samseng Umno sudah hilang akal dan ada yang mabuk! Suasana terkini Kembara Oren Negeri Sembilan....





~fb Mazlan Aliman


Iklan C(ii)





Pencacai Umno.. Meh Sini Jap!!

Posted: 22 Dec 2012 07:49 PM PST


Singkap kembali!! Buat pencacai Umno sila baca ni.. Mereka Pemimpin Islam Tetapi Tolak Hukum Islam..! Apa Pendapat anda Sebagai Rakyat Yang Beragama Islam...?



Iklan C(ii)




(Kemaskini) 4 Rentung Kemalangan Ngeri Di Kemaman

Posted: 22 Dec 2012 07:35 PM PST


KEMAMAN - Empat mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di depan IKBN Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya. Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.


Laporan lanjut menyusul

~sinar



Iklan C(ii)



Gambar Ini Bukti Umar Tidak Bersalah

Posted: 22 Dec 2012 06:28 PM PST


Lihat gambar di bawah,dimanakah kedudukan Umar Azmi ketika Fahmi Reza diseret oleh gerombolan pegawaipenguatkuasa  DBKL?

Di penjara 1 bulan dan denda RM1,000 kerana merakam video.Dalam penghakimannya, Majistret Zaki Asyraf berkata, "tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas.

"Selain Umar, terdapat 3 kawan-kawan occupier Occupy Dataran lain yang merakam video insiden penangkapan pada hari tersebut, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.Selain Umar, terdapat lebih 3 kawan-kawan occupier lain yang berada lebih dekat dengan aku waktu aku ditangkap 3 orang penguatkuasa DBKL, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.


Selain Umar, terdapat berpuluh-puluh occupier dan mahasiswa lain yang berkhemah dan bermalam di Dataran Merdeka bersama Umar, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.Umar ditangkap sekali ketika rombongan penguatkuasa DBKL yang menangkap aku accidentally bertembung dengan Umar (yang sedang berdiri merakam video) dalam perjalanan mereka membawa aku ke van DBKL di tepi jalan.

Atas kesalahan secara tidak sengaja bertembung dengan penguatkuasa DBKL ketika sedang merakam video, Umar ditangkap dan didakwa "dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu Pegawai Penguat Kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Fahmi Reza di Dataran Merdeka pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu.

"Kerana ini Umar dihukum penjara 1 bulan dan denda RM1,000 yang berkuatkuasa serta-merta atas satu kesalahan yang tidak dia lakukan.Kini Umar dipenjara di Penjara Kajang menunggu hari rayuan kes di Mahkamah Tinggi pada hari Isnin nanti.

Soladariti untuk Umar.

Free Umar..




Iklan C(ii)


Tiada ulasan: