Khamis, 20 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Lucah Deepak bakal tersebar?

Posted: 20 Dec 2012 08:12 AM PST


Dengar kata sudah bersebaran satu klip video melibatkan dia dengan seorang wanita yang tidak dikenali indentitinya.

Lebih mengaibkan, video tersebut hanya layak untuk dilabekan dalam kategori 18SX!

Dikatakan aksi melibatkan Deepak berlaku di Singapura tahun lalu dan wanita itu iras Melayu, kata sumber.

Tapi sumber itu menjelaskan, kebarangkalian besar ia adalah wanita berketurunan Filipina.

"Mungkin masa itu tak dapat perempuan Melayu, dia ambiklah perempuan Filipina yang memiliki wajah yang hampir sama," kata sumber itu.

Namun sumber itu memberikan amaran…"Ini bukan pro yea bro…ini kalau nak tengok baldi kena siap sebelah…kalau lebih seorang nak tengok…baldi pun kena lebih dari satu,".

Apa sudah jadi ni? Kalau beginilah gayanya, rasanya elok benarlah kalau Deepak pergi angkat tilam dan batal ke Myanmar dengan kadar segera.

Kenapa Myanmar?.. Jawapannya mudah. Dalam wawancaranya dengan media sebelum ini, Deepak asyik sebut nak berhijrah ke negara junta tentera tersebut.

Mudah saja, kalau nak menipu pun tak menjadi, kemudian ada pula skandal sana sini, rasanya itu jelah pilihan terbaik buat Deepak.

Inilah masalahnya bila masalah sendiri tak selesai, sibuk pula nak kaitkan orang lain untuk terbabit sama. ~ MyMewsHub

Hmmm.. Kalau benarlah ada video ni.. korang faham-fahamlah angkara puak dari mana...

Tak terjawab tuduhan Deepak tu inilah cara terbaik untuk memusnahkan kredibiliti dia..

396 ahli Pas Semerak keluar PAS, sertai UMNO setelah sedar tertipu dengan 'Amanat Hadi'.. abih la PAS..

Posted: 20 Dec 2012 06:15 AM PST


Oleh kerana 'Amanat Hadi' begitu popular kebelakangan ini maka 'Amanat Hadi' telah dikaitkan mereka sebagai alasan kononnya mereka mereka menyertai PAS kerana terpengaruh dengan amanat itu..

Dan kerana telah sedar selama ini mereka tertipu dengan amanat itu.. mungkin setelah membacanya di Utusan Malaysia mereka mengambil langkah untuk keluar dari PAS..

396 Orang?? Huih!! ramainya...

Kah..kah..kah.. boleh percaya ke??

Orang PAS tolong sahkan ada tak Pemuda Pas Tahan Lasak dalam PAS?..Pok Cik kat bawah ni kata ada, tapi aku tak pernah dengarpun.. yang aku pernah dengar ialah Pemuda Tahan Lasak tu ada dalam UMNO..

Ni beritanya..

Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.

Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas.

"Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30 tahun lepas," kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di sini, hari ini.

Che Ngah berkata sekarang beliau dan rakan-rakannya sedar amanat itu hanya retorik politik dan bukan ajaran Islam sebenar, sehingga Pas sanggup mengeluarkan hukum kononnya tidak sah jika bersolat berimamkan orang UMNO dan terpaksa menikah dua kali (dinikahkan semula) jika dinikahkan oleh imam UMNO.

Beliau berkata Pas juga gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada rakyat seperti masjid, jalan dan jambatan sebagaimana yang dijanjikan walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama kira-kira 22 tahun.

Rakannya, Ahmad Abu Bakar berkata beliau merasa kesal dan bersalah kerana turut terpengaruh dengan amanat itu antara lain orang UMNO yang meninggal dunia tidak boleh dikebumikan di kawasan perkuburan orang Pas sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata kini semakin ramai anggota dan penyokong Pas ingin menyertai UMNO kerana mereka sudah sedar dengan tipu daya Pas.

"Perkembangan terbaru itu luar biasa dan hasrat UMNO untuk menawan empat DUN dan Parlimen Pasir Puteh yang kini dikuasai Pas semakin cerah pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak. - BERNAMA

Najib umum berjuta untuk BR1M.. tapi Hospital nak buat ujian darah pun tak ada duit..

Posted: 20 Dec 2012 03:57 AM PST


Kata Najib seperti yang telah dilaporkan oleh Bernama.. Kerajaan mampu melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Najib juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan membuat pinjaman, menegaskan bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Tapi… seorang pesara kerajaan mempertikaikan semua itu.. katanya "Apakah gunanya semua itu kalau kerajaan tak mempunyai satu sen pun untuk menjamin kepentingan asas seperti kesihatan rakyat?"

Ini kerana, menurutnya bahawa kebanyakan ujian darah telah diberhentikan oleh klinik-klinik mahupun hospital-hospital kerajaan di Negeri Sembilan.

Ini kandungan suratnya..

Daripada:


XXX.
_____________________________________


Kepada:

Pihak-pihak yang berkenaan.

14 Disember 2012

Krisis Gempar: Ujian-ujian Darah Penting Tidak Lagi Dapat Dilakukan Di Semua Hospital Dan Klinik Kesihatan Di Negeri Sembilan Kerana Kekurangan Wang
Salam sejahtera.

Saya seorang pesara kerajaan Malaysia dan pesakit masalah tiroid dan kencing manis. Saya perlu melakukan ujian darah untuk memastikan paras tiroid dalam badan saya adalah sihat.

Dua hari lepas saya telah pergi ke sebuah klinik kesihatan kerajaan di Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberitahu saya beliau tidak boleh lagi melakukan ujian darah untuk saya.

Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa kebanyakan ujian darah telah diberhentikan oleh klinik-klinik mahupun hospital-hospital kerajaan di Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan ini perintah daripada pihak kerajaan.

Lewat-lewat ini, masalah kehabisan bekalan ubat di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan telah dibahaskan di Parlimen dan perkara ini masih belum selesai. Sekarang ujian darah pula tidak boleh dibuat.

Pelik sekali krisis seperti ini boleh berlaku di negara kita yang aman dan makmur. Boleh diterima sekiranya ujian darah dan pemberian ubat tidak dapat dilakukan di zon peperangan seperti Gaza di Palestin, tetapi apakah situasi di Negeri Sembilan sudah tenat seperti di kawasan peperangan?

Bayangkan, sejumlah 50 ujian darah telah disenaraikan tidak dapat dilakukan lagi. Ini termasuklah ujian-ujian darah yang mustahak seperti:

- Ujian untuk HIV
- Ujian untuk penyakit barah/kanser
- Ujian untuk demam denggi
- Ujian kawalan untuk kencing manis
- Ujian untuk hepatitis B dan C
- Ujian untuk rawatan lanjutan tiroid
- Ujian untuk penyakit 'thalassaemia'
- Ujian untuk pasangan kurang subur

Saya menerima maklumat bahawa ini berlaku kerana kerajaan negeri tidak ada peruntukan wang lagi untuk membeli bahan ujian makmal.

Malahan bahan ujian makmal bernilai RM500,000 yang diperolehi sebelum ini dikatakan didapati secara pinjaman (atau hutang) daripada pihak pembekal.
Ramai pesakit termasuk saya sudah memberikan sampel darah mereka tetapi kemungkinan semuanya terpaksa dibuang sekarang kerana ujian-ujian darah tidak dapat dibuat lagi.

Ini satu pembaziran masa dan wang rakyat. Saya marah dan kecewa dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan dalam menangani perkara yang serius ini.

Tidak logik apabila kerajaan pusat mampu membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk KR1M/BR1M dan untuk wang bonus pegawai kerajaan.
Apakah gunanya semua itu kalau kerajaan tak mempunyai satu sen pun untuk menjamin kepentingan asas seperti kesihatan rakyat?

Minggu lepas kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan penerimaan geran bernilai USD400,000 (RM1.2 juta) daripada syarikat komputer IBM untuk menjadikan Negeri Sembilan 'bandar pintar'.
Apakah status 'bandar pintar' diutamakan manakala kesihatan rakyat yang menderita dikebelakangkan?

Semoga keluhan saya ini membuka mata dan hati para pemimpin kami dan tindakan segera dapat diambil demi kebajikan asas rakyat

Sekian.

MASIH BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Seorang pesara kerajaan Malaysia.

Dan ini pula adalah print screen surat tersebut..


Sumber surat : CPIAsia

Perkembangan terkini kes gaduh di Sungai Petani.. 36 ditahan Polis.

Posted: 20 Dec 2012 01:18 AM PST


Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.

"Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.

Katanya, polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan. Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.

Katanya, apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.

Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.

"Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta," katanya.

Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.

Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.

"Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger," kata Ahmad. – Bernama

UMNO kata memperjuangkan Bangsa Melayu.. tapi adakah ini adat dan budaya Melayu?

Posted: 19 Dec 2012 11:01 PM PST

Orang Melayu memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi

Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang kita.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Setelah kedatangan Islam lebih dari 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.

Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu.

Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu.

Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Kini setelah lebih dari 700 tahun kedatangan Islam ke Tanah Melayu, wujud sebuah parti yang terkenal dengan ketuanan Melayu.

Kononnya mereka memperjuangkan Bangsa Melayu dan mempertahankan hak-hak Melayu..

Malangnya dalam sibuk mencanangkan merekalah pejuang Bangsa Melayu.. mereka langsung tidak menunjukkan sifat sebenar bangsa Melayu..

Adakah ini adat atau budaya Melayu??


Orang kata Kampung Mohd Noor ni kat negeri Selangor.. jadi pencacai UMNO ni disamping tak reti adat.. rupa-rupanya tak reti bahasa juga..

Lynas ni nak jadikan Rakyat Malaysia sebagai tikus makmal ke?

Posted: 19 Dec 2012 08:41 PM PST


Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

Peter Karamoskas, seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP) - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan - menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.

Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand.

Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan.

~Malaysiakini

Tiada ulasan: