Anak Sungai Derhaka |
- Samseng upahan UMNO menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat lagi!!
- Sebab kakitangan CIMB piket didedahkan!! (Video Inside)
- Artis Rock yang menyokong UMNO buka Kelab Malam?
- Gambar dari Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang.. 860 orang hadir!!!
- TV3 dah mohon maaf... Mazidul bila lagi?
Samseng upahan UMNO menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat lagi!! Posted: 16 Dec 2012 06:40 AM PST Sekali lagi samseng-samseng upahan UMNO mempamirkan keganasan mereka terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat. Bas yang dalam perjalanan ke Bandar Baru Seri Iskandar, Perak bagi turut bersama dalam sambutan Deepavali di Taman Hijau, Tapah dilaporkan telah diserang. Samseng-samseng upahan UMNO yang dipercayai menerima peruntukan yang kecil hingga tidak cukup untuk membeli cat merah telah menggunakan batu untuk menyerang bas. Serangan telah dilakukan selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak. Namun begitu tiada kecederaan dilaporkan oleh Maisurie Zainal, Setiausaha Kerja Wanita Pusat Parti KeAdilan yang turut berada di dalam bas. Hanya cermin sisi berjaya dipecahkan mereka.. Kesian betul kat bas ni... lagi lama Najib tangguh Pilihanraya mahu hancur bas ni dikerjakan pencacai UMNO.. Yang aku hairannya apa hal dengan pencacai-pencacai UMNO ni.. Najib kata UMNO kuat tapi pencacai-pencacainya.. dengan Billboard takut.. PR buat ceramah takut dan bas pun depa takut.. Sumber gambar : Twitter Maisurie ( |
Sebab kakitangan CIMB piket didedahkan!! (Video Inside) Posted: 16 Dec 2012 04:53 AM PST Berikut adalah sebab yang telah disenaraikan oleh pihak NUBE menjelaskan mengapa mereka telah mengadakan piket di hadapan CIMB Bank Berhad, Menara MBC, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2012 lalu. Antara sebab utamanya ialah adik Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia, Nazir telah melakukankan pencabulan serius terhadap hak-hak asasi manusia dan hak-hak pekerja bersama barisan pengurusan bank miliknya yang tidak profesional, tidak beretika dan penuh dengan penipuan. Ketika penyelesaian pertikaian pada tahun 2007, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak pernah memberi jaminan kepada NUBE bahawa beliau dan kumpulan pengurusan bank sentiasa mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip layanan yang adil dan saksama, kejujuran, profesionalisma dalam semua urusan berkaitan pekerja termasuklah menghormati dialog sosial. Ini video pendedahan oleh Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon. Ini pula pendedahan oleh kakitangannya yang mendakwa Pengurus CIMB menzalimi pekerja yang sedang mengandung. Sis Norlaily Mat Loddin berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan sedang hamil empat (4) bulan. Pada ketika ini, beliau mudah terdedah kepada simptom kehamilan seperti perubahan biologi, loya, sakit kepala yang kerap dan keletihan. SUMBER: NUBE Malaysia |
Artis Rock yang menyokong UMNO buka Kelab Malam? Posted: 16 Dec 2012 01:08 AM PST Aku dan MiLo SuaM pernah menulis dan menyiarkan satu laporan pendek bersama video tentang penafian Awie bahawa beliau telah menyertai UMNO suatu masa dulu.. Aku tulis di ( SINI ) dan MiLo SuaM tulis di ( SINI ).. Malangnya ada pencacai UMNO yang mengatakan aku dan MiLo Suam rasa tercabar apabila artis mula menunjukkan sokongan kepada UMNO yang sememangnya paling berjasa dan terus berjasa menjaga agama bangsa dan negara kita kononnya.. Tambah pencacai itu lagi.. "Jelas hakikatnya Awie menyokong UMNO apabila menyertai program anjuran Pemuda Umno Malaysia bukan sebaliknya seperti dakwaan mereka." Ini printscreen blog Pencacai UMNO itu.. Oleh kerana dia bangga sangat Awie menyokong UMNO..Nah!! Ambik kat hang!! Artis Rock yang menyokong UMNO buka Kelab Malam? Pusat hiburan tersebut dinamakan Malai Rock Station Bistro ianya menyediakan minuman keras dan sebagainya. Ada sumber yang mendakwa Awie berada di tempat tersebut hanya untuk menyambut hari jadi dan meraikan pertandingan ratu cantik. Ada juga yang mendakwa beliau sedang merasmikan kelab malam yang baru dibuka itu. Dan ada pula yang mendakwa kelab tu AWIE YANG PUNYA... Menurut sumber, gambar diambil ketika majlis hari jadi dan pertandingan pakaian tercantik. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh, lawa lawa aweks2 tu ehk.. Dah nama majlis kat kelab malam, takkan minum air sirap je kot? Takpun air teh panas? Cuba tengok anak sape yg datang tu.. Cina? Melayu? India? Anak korang ada x? Baik korang tengok bebetul.. Kita tunggu jawapan dari Awie sendiri mengenai gosip ini. ~ Sumber info : Era Pasca |
Gambar dari Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang.. 860 orang hadir!!! Posted: 15 Dec 2012 09:41 PM PST Ketika memberikan ucapan Tuan Haji Mohd Sabu telah mengumumkan jumlah yang hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang ini, jumlahnya ialah 860 orang yang hadir. Jumlah kehadiran itu menurut beliau adalah berdasarkan teori yang digunapakai oleh Utusan dan lain-lain media tunggangan UMNO/BN dalam melaporkan jumlah kehadiran dalam sebarang program Pakatan Rakyat. Dipercayai teori tersebut telah dicipta oleh Menteri apa benda tah.. lupa pulak dah.. Rais Yatim Meskipun padang hampir bertukar menjadi bendang akibat hujan lebat pada sebelah petangnya, yang hadir terpaksa berdiri kerana padang yang basah.. Harakahdaily melaporkan kira-kira 15,000 orang telah hadir..
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang semalam.. Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) |
TV3 dah mohon maaf... Mazidul bila lagi? Posted: 15 Dec 2012 04:30 PM PST Pihak TV3 memohon maaf kerana tidak memuatkan kenyataan "Ini Bukan Aksi Sebenar". Sewaktu paparan visual segmen berkenaan disiarkan. TV3 juga ingin menjelaskan bahawa wartawan yang berkenaan, Mazidul Akmal Sidik, sama sekali tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila membuat komentar mengenai kelajuan kedua-dua penunggang motosikal terbabit. Akhirnya penerbit Majalah 3 dan TV3 mengambil tindakan yang betul kerana memohon maaf secara umum berkaitan isu lakonan aksi pelesit jalanan oleh penunggang Superbike dalam Majalah 3 minggu lalu. Kenyataan ini disiarkan sejurus sebelum bermulanya siaran Majalah 3 15 Disember 2013. Menurut kenyataan TV3, "Ini Bukan Aksi Sebenar" adalah tidak benar kerana pada waktu siaran Majalah 3 minggu lepas, terang-terang Mazidul berkata "ini aksi dua penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang sempat kami rakamkan.." Bukan begini cara nak menghalalkan perlaksanaan AES. TV3 sepatutnya mengambil satu tempoh masa yang lama untuk menyiapkan program yang berkaitan dengan perlaksanaan AES ini. Umum tahu bahawa pengguna jalan raya di Malaysia ini ramai yang kurang berdisplin, TV3 seharusnya bersabar dalam soal merakam aksi yang sebenar. Bukannya mengupah 2 orang pelakon bagi memenuhi kehendak penerbit. Sabtu yang lalu, wartawan Majalah 3 Mazidul Akmal Sidek telah membuat satu laporan berkaitan dengan "AES" dalam salah satu slot di Majalah 3. Malangnya, laporannya itu mendapat kritikan daripada orang ramai terutamanya kalangan penunggang superbike dan juga penonton setia Majalah 3~ UtaraNews Video mengenai aksi tersebut sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan