Sabtu, 15 Disember 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


UMNO taksub mengkianati bangsa Melayu

Posted: 15 Dec 2012 08:00 AM PST

Masyarakat Melayu di negara ini dinasihatkan untuk tidak terlalu taksub dengan parti politik kerana perkara itu bakal memberikan kerosakan kepada perjuangan memartabatkan Islam di negara ini," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria,  di sini

Tetapi peliknya, tokoh agamawan terbilang Perkasa ini tidak kata apa-apa pun sewaktu Ibrahim Ali, Presiden Perkasa hari ini berdiri bersama-sama ahli-ahli pertubuhan NGO yang condong kepada Umno/BN itu ,untuk berbai'ah taat setia mereka terhadap pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang nanti.

Nak buat macam mana? Dia baru sahaja terima Bintang Pahlawan Tertinggi Perkasa Negara oleh Perkasa sebagai menghargai jasa beliau selaku tokoh agamawan terbilang. Takkanlah nak buat hal pula! Nanti Ibrahim Ali ambik balik, habislah kau Musang Berjanggut!

Hanya Umno, parti yang menerajui barisan, boleh diharap memperjuangkan Melayu, katanya di sini  

Ibrahim Ali cuba menonjolkan dirinya sebagai penyokong kuat Umno/BN – dalam satu usaha untuk menjadikan dirinya popular supaya dapat dijadikan calon di Pasir Mas, Kelantan. Ha! ha! 



Tetapi hakikatnya, orang Melayu hari ini semakin ramai yang celik politik dan menolak Umno.Biarlah Ibrahim Ali jadi calon Umno/BN di parlimen Pasir Mas kerana dia nak sangat tersungkor di situ! 

Orang Melayu kini menolak Umno disebabkan mereka semakin sedar bahawa UMNO mengkianati bangsa Melayu dengan mengamalkan rasuah dan fitnah serta memperlekehkan ajaran ISLAM!

Kes Pembunuhan Altantuya : Najib perlu bertanggungjawab

Posted: 15 Dec 2012 03:00 AM PST

GEORGE TOWN, 15 Dis – DAP hari ini membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan karpet Deepak Jaikishan. 

Karpal Singh bersama dengan pemimpin DAP lain membuat laporan tersebut di balai polis Bayan Baru jam 3.20 petang tadi. 

Pagi tadi, Karpal (gambar) dalam ucapan pembukaannya menyatakan pendedahan Deepak Jaikishan yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam penarikan balik pengakuan berkanun (SD) oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam wajar dipandang serius. 

Beliau berkata pendedahan tersebut mengukuhkan lagi tuduhan kaitan Najib dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 


"Pendedahan Deepak ini suatu lagi yang mengejutkan. Malahan kes ini melibatkan pembunuhan Altantunya. "Satu siasatan semula perlu dibuat dalam kes ini," tegas beliau semasa berucap di Kongres Kebangsaan DAP ke-16. 

Menurut beliau lagi, Najib perlu bertanggungjawab terhadap segala penglibatannya dalam kes pembunuhan tersebut. 

 "Najib perlu bertanggungjawab ke atas penglibatannya!" SUMBER

Karpal Singh ini betul-betul tidak berguna ...

Posted: 15 Dec 2012 01:39 AM PST

Karpal Singh ini betul-betul tidak berguna. Dia hanya pandai menyakitkan hati kita orang sahaja!

Mungkin itulah yang pencacai Umno/BN katakan kerana kecewa nunggeng sekali lagi di buat oleh Karpal Singh. Karpal bukan buat apa-apa provokasi pun kepada Umno. 

Beliau sekadar berkata ,"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping PKR," katanya di sini

Kisah seorang Duta Keparat

Posted: 14 Dec 2012 11:00 PM PST

Memang akhbar meloya ini tidak pernah serik buat kerja fitnah. Kelmarin mahkamah perintahkannya membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP, Karpal Sing kerana memfitnhnya di sini

Aku pun baru tahu cerita sebenar yang ini :


Setiap Ketua Rombongan, tak kira siapa pun bila ke Gaza akan diberikan pengiktirafan sebagai Duta Kehormat Palestin.

Media Lidah Biawak Umno macam biasa telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu yg kononnya mendapat watikah lantikan DUTA KHAS KEHORMAT PALESTIN.

Datuk Abdul Azeez Rahim, berbangga gileee dengan anugerah yg diberi Kerajaan Palestin

Dr Fauzi bersama watikah Duta Kehormat Palestin yang 
diberikan oleh negara tersebut pada 22 Ogos 2912

Sebenarnya aku pun x tau mamat ni DUTA yg keberapa walaupun agaknya UMNO baru first time dapat kot. Paling latest sebelum perlantikan mamat ni, seramai lebihkurang 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu termasuklah 19 orang darinya adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). 

Yang sebelumnya lagi wallahualam.. Kesian UMNO, org lain dah berpuluh DUTA, UMNO baru satu?! Itupun dah kecoh riuh rendah macam ayam berak kapur!!! SUMBER

Rupa-rupanya Umno sayang Karpal Singh

Posted: 14 Dec 2012 06:34 PM PST

Utusan Meloya akhbar Umno/BN yang selama ini begitu benci dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, kini berubah 360 darjah dan seolah-olah jatuh kasih dan sayang kepadanya. 

Utusan heboh menyiarkan berita kononnya ada konspirasi untuk menyingkirkan Karpal dari kedudukannya itu dan didalangi sekumpulan pemimpin DAP . Biasalah itu. 

Kalau tidak apa guna ada pemilihankan? Itu adalah perkembangan sihat dalam sesuatu organisasi yang demokratik dalam memilih pucuk pimpinan.Itu hal dalaman dan perlembagaan parti tersebut membenarkannya. 

"Semua orang dalam DAP adalah sama. Pemimpin dipilih berdasarkan kekuatan peribadi mereka, " jelas Karpal Sigh di sini 

DAP berani , tidak seperti mana Umno yang penakut dengan pemilihan jawatan parti.

Najib, yang menang tanpa bertanding bagi tempoh pemilihan parti 2008-2011, menundakan pemilihan parti hingga Oktober 2013 nanti, konon atas alasan untuk mengelak perpecahan dikalangan ahli!

Inilah padahnya bila parti bergelumang dengan gejala rasuah dan pemimpin tidak mahu bertindak serius untuk menghalangnya.Malah gejala tersebut semakin subur dalam Umno.

Ini bukti jelas hingga Umno terpaksa menangguhkan pemilihan kerana rasuah dalam parti sudah tidak dapat dibendung atau dikawal, sehingga proses untuk memilih pemimpin seperti yang di benarkan oleh perlembagaannya sendiri itu pun sudah tidak mampu dilaksanakan kerana rasuah akan menguasai suasana pemilihan. 

Perbalahan dalaman sudah pasti akan berlaku dalam pemilihan Umno dan ia sudah sukar dibendung kerana sudah menjadi darah daging mereka. 

Mereka menggunakan banyak wang untuk kempen tikam menikam di kalangan mereka sendiri untuk tujuan peribadi, kedudukan mereka dan mengkayakan diri masing-masing. 

Umno jelas sekali parti yang sudak rosak kerana rasuah, masih nak harapkan Umno hapuskan rasuah dalam negara? Maka apa perlunya ada dalam perlembagaan parti fasal yang membenarkan untuk mengadakan pemilihan? 

Lebih baik tukar perlembagaan dan jadikan semua jawatan yang ada itu dikekalkan untuk seumur hidup! Ha! ha! itulah Umno.Patut sangat rakyat beralih kepada PAS.

Kita patut ucapkan syabas kepada DAP kerana berani mengadakan pemilihan Kongres Kebangsaan ke-16 esok. 

Walau bagaimanapun, konvensyen itu bukan untuk memutuskan menggulingkan Karpal sebagaimana dakwaan Utusan Meloya. 

Difahamkan, Konvensyen adalah untuk memilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Seramai 2,500 perwakilan di seluruh negara akan membuang undi mereka untuk 66 calon, senarai yang dikecilkan daripada 103 nama-nama yang pada mulanya dikemukakan untuk bertanding 20 jawatan dalam CEC. 10 ahli lagi akan dilantik oleh lembaga yang dipilih.

Tiada ulasan: