Ahad, 2 Disember 2012

Addin

Addin


Ini Perbezaan Antara Muktamar PAS Dan Perhimpunan Agong Umno

Posted: 02 Dec 2012 08:39 AM PST


PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan.

Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti.

PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata.

PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis.

PAS memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. UMNO memanjatkan pujian kepada para pemimpin mereka, tak habis-habis membodek.

Semua pemimpin dan perwakilan PAS menutup aurat. Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat.

PAS berazam mahu berkuasa sambil berserah diri kepada Allah. UMNO dengan angkuh dan sombong mengatakan mereka pasti menang besar. Jika PAS berlapik dengan perkataan 'insyaAllah' maka UMNO hampir tidak menyebutnya.

PAS bercakap dari lubuk hati yang ikhlas, apa yang dicakap datangnya dari hati. UMNO pula lain di lidah tetapi lain di hati dan lain pula perbuatannya. Kononnya UMNO ikhlas demi agama, bangsa dan negera tetapi hakikatnya semua itu hanya 'pemanis kata' dalam PAU, nawaitu sebenar mereka ialah untuk terus merampok reta meredak kekayaan negara.

Dalam muktamar PAS, ahli-ahli digalak banyak berderma atau bertabaruat. UMNO pula banyak meminta dari pucuk pimpinan mereka macam-macam, sampai minta yang muflis dibebaskan.

Muktamar PAS banyak dipandu oleh persoalan halal, haram, dosa dan pahala dalam ucapan. Namun tiada panduan seumpama itu bagi UMNO. Halal haram dia baham semacam, fitnah dan maki hamun jadi 'makanan lazat' mereka. 



Iklan C(ii)







LIVE!! Ceramah Himpunan Hijau Di Kuala Lipis, Pahang

Posted: 02 Dec 2012 07:27 AM PST


Live!! Ceramah Himpunan Hijau di Lipis Pahang oleh Parti Islam Semalaysia (PAS)..



Broadcasting live with Ustream



Iklan C(ii)







Video Sumpah Rais Yatim Tersebar..

Posted: 02 Dec 2012 05:58 AM PST


Kedengaran satu yang amat pelik kepada pemimpin pemimpin umno dewasa ini,terbaru rais yatim bertanya kepada rakan twitternya apa yang perlu kita lakukan dengan sesumpah politik?

Berdasarkan kajian, perkataan yang di tulis dari rais yatim ini di tujukan khas kepada NajibRazak yang penyokong penyokongnya kerana gemar benar bersumpah sumpah. sesumpahpolitik adalah seperti video di bawah ini yang kami bawakan khas kepada anda untuk menilaidan memahami erti sesumpah yang sebenar.

Sumpah dan sesumpah memang tidak dapat di pisahkan dari Barisan Nasional, rais yatimjuga pernah menafikan bahawa beliau tidak pernah merogol amah. tapi amah tidak berkata apa-apa, malah kes ini langsung tidak di bicarakan. bukan mahu tuduh, tapi jika tidak takut kenapa sekat dari di bicarakan?

Saksikan video ini yang tidak terdapat di mana mana web site dalam dunia maya. anda lihatanda nilai sendiri,

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia.





~erapasca



Iklan C(ii)





Pendedahan Panas!! Ali Rustam Kena Jawab Isu Ni..

Posted: 02 Dec 2012 03:48 AM PST


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Melaka telah membuat satu sidang media berkenaan Pertam Construction Sdn. Bhd pada 30 Nov lalu. Isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah membelenggu urus tadbir PCSB. Ikuti pendedahan oleh Dewan Pemuda PAS Bukit Katil berdasarkan Laporan Audit 2011..

Kenyataan Media berkenaan PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM) PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)

PENGENALAN

PERTAM merupakan satu-satunya agensi yang menguruskan Kemajuan Tanah Adat di dalam negeri Melaka. Fungsi yang baik ini menjadi harapan kepada rakyat negeri Melaka supaya pengurusan tanah lebih efisien dan mendatangkan manfaat.

Sejarah dan fungsi PERTAM:

a. Ditubuhkan pada 14 Mei 1991

b. PERTAM menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet melalui proses pengambilan balik tanah.

c. Fungsi PERTAM adalah membangunkan sektor hartanah samada secara maju sendiri, secara usahasama atau secara penswastaan.

d. PERTAM mempunyai 3 buah anak syarikat:

• PERTAM Construction Sdn. Bhd.
• PERTAM Properties Sdn. Bhd.
• PERTAM Trading Sdn. Bhd.
• Pertam Teamcoat Management Services Sdn Bhd

Namun, pengurusan dan pentadbiran agensi ini sering dipandang serong. Rentetan daripada Laporan Ketua Audit Negara yang menegur corak pentadbiran dan pengurusan PERTAM ini.

Berikut merupakan keratan daripada Laporan Ketua Audit Negara:

1. Penemuan Audit (Julai – Ogos 2011)

b. 2008 : PCSB* mengalami kerugian sejumlah RM0.25 juta

c. 2009 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM1.02 juta

d. 2010 : PCSB memperoleh keuntungan sebelum cukai sejumlah RM0.17 juta

e. Kerugian meningkat sebanyak RM0.77 juta dari tahun 2008 ke 2009.

f. Kerugian terkumpul sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM6.78 juta dengan beban hutang sebanyak RM6.26 juta.

g. Rujukan (Sumber: Penyata Kewangan PCSB):

• Pendapatan dan Perbelanjaan Serta Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

• Trend Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

*PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)

(Dahulunya dikenali sebagai Pembangunan Pembinaan Melaka Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Mac 1983 dan bertukar nama berkuatkuasa pada 18 Februari 1998)

2. Hasil laporan audit berpendapat, pengurusan dan pelaksanaa projek oleh PCSB tidak memuaskan :

a. PCSB mensasarkan untuk menyertai sekurang-kurangnya 10 tender dan memperoleh sekurang-kurangnya 2 projek dalam setahun bagi tahun 2009 – 2011.

b. 2008 – Jun 2011 : PCSB menyertai 20 tender (19 untuk projek agensi kerajaan, 1 swasta). Penyertaan dari 13 tender bagi tahun 2008 menurun setiap tahun sehingga tiada tender disertai dalam tahun 2011

c. PCSB tidak berjaya memperoleh sebarang projek bagi tahun 2008, 2010 dan 2011 kecuali 1 projek swasta dari CTRM dalam tahun 2009.

d. Kelemahan PCSB dalam pengurusan projek :

• PCSB gagal mencapai sasaran bilangan projek yang ditetapkan.

• Hutang projek tidak dijelaskan kepada subkontraktor walapun projek telah lama siap.

• Bayaran kemajuan kerja serta bon pelaksanaan milik subkontraktor digunakan oleh PCSB bagi menampung kos operasi.

• PCSB bergantung pada sokongan padu Kerajaan Negeri untuk memasuki tender/memperoleh projek.

• Peluang PCSB untuk memperolehi tender bagi melaksanakan projek baru terjejas akibat beban hutang yang gagal dijelaskan berikutan masalah kewangan yang serius.

• PCSB tidak mampu berperanan sebagai kontraktor utama dalam menjalankan projek yang diperolehi sedangkan PCSB merupakan kontraktor kelas A yang telah lama beroperasi.

• Menyerahkan projek yang diperolehi kepada subkontraktor kerana sumber kewangan tidak mencukupi.

Hal ini menunjukkan terdapat penyelewengan yang nyata dalam PERTAM.


3. Hasil laporan audit berpendapat, tadbir urus korporat PCSB TIDAK MEMUASKAN :

a) Caruman KWSP dan PERKESO dibayar bagi 2 jurutera yang tidak berkhidmat di PCSB

• Jawatan Pengurus Projek dan Jurutera Tapak tidak pernah diisi walaupun perjawatan diwujudkan. Kekosongan jawatan tersebut kerana PCSB kurang mendapat tender untuk melaksanakan projek selain mengalami masalah kewangan yang serius.

• PCSB menggunakan nama dan jawatan 2 jurutera yang tidak berkhidmat dengan PCSB bagi tujuan pembaharuan Lesen Kelas A di PKK dan CIDB.

• Sebagai balasan, PCSB membuat caruman KWSP dan PERKESO syer majikan dan pekerja berjumlah RM0.03 juta dari tahun 2008 – Jun 2011 bagi kedua-dua jurutera berkenaan.

b) Jawatankuasa Audit tidak ditubuhkan dan pembayaran dividen tidak dapat dilaksanakan kepada PERTAM kerana mengalami kerugian.

• PCSB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit sepertimana yang ditetapkan dalam Pekelling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993*

• Pengurusan PCSB didapati belum pernah diaudit oleh mana-mana juruaudit termasuk PERTAM dan BADSA (Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam)

*setiap syarikat kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan dalaman yang berkesan terhadap pengurusan syarikat agar kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham dipelihara

c) Pengurusan PCSB kurang memberi komitmen terhadap mesyuarat dengan badan induk.

Dengan ini, saya Johar Jawi mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, dan mewakili rakyat Melaka inginkan jawapan daripada Pengerusi PERTAM, YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap PENGURUSAN dan PENTADBIRAN PERTAM dengan jawapan yang munasabah dan disiarkan di media dan akhbar.

Kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM dalam TEMPOH TUJUH HARI jika tidak mendapat penjelasan yang diiginkan daripada YAB Datuk Seri.

Ikuti video sidang media tersebut..





Sumber



Iklan C(ii)






Kantoi!! Parti 'Pejuang Islam' Abai Waktu Solat..

Posted: 01 Dec 2012 10:20 PM PST


Sama ada kita sedar atau tidak, perhimpunan agung Umno (PAU) yang baru melabuhkan tirainya ternyata mengabaikan solat fardhu tak kira waktu, tak kira apa yang berlaku.

Ucapan penggulungan presiden parti reput itu, Najib Altantuya yang memakan masa selama lebih dua jam setengah rupanya telah terlajak hingga masuk waktu solat fardhu Maghrib yang semestinya mesti didahulukan daripada apa saja kerja kita di dunia.

Jika benar kata-kata Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Marican Naina Marican semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden kelmarin bahawa Umno adalah parti pilihan Allah untuk memerintah Malaysia selama lebih setengah abad, mengapakah perkara asas dalam agama Islam ini dengan mudah diabaikan presidennya sendiri?

Apakah ucapan presiden Umno lebih penting dari segala-galanya termasuk menunaikan solat fardhu tepat pada masanya?

Nampaknya peranan Pengerusi Tetap Umno, Badaruddin Amiruldin langsung tidak terpakai oleh Najib Altantuya yang kelihatan sedang asyik berjanji dan melemparkan serangan terhadap parti lawan, Pakatan Rakyat hingga terlupa bahawa solat fardhu Maghrib telah pun masuk jam 7.02 malam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

Kalau pun tengah sedap membahan Anwar Ibrahim, Najib Altantuya tidak sepatutnya mengabaikan waktu solat yang mesti ditunaikan seberapa segera apatah lagi apabila siaran langsung ucapannya yang disiarkan di TV1 jelas menunjukkan bahawa solat Maghrib telah pun masuk.

Berbeza dengan PAS, Pengerusi Tetap muktamar mengingatkan perwakilan setiap kali hampir mastk solat fardhu dan kesemua perwakilan keluar dari dewan kira-kira lima minit sebelum setiap kali azan berkumandang di Kota Bharu.

Saya tidak mengatakan Najib Altantuya tidak menunaikan solat tetapi melengahkan solat fardhu setiap kali masuk waktunya boleh mendatangkan dosa besar sekiranya sengaja dilengahkan.

Di mana Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sibuk menghentam Pakatan Rakyat kunun tidak berani melaksanakan hukum hudud?

Saya petik sebuah persoalan mengenai hukum melengahkan solat fardhu seperti di bawah:

Abdullah bin Mas'ud telah bertnya kpd Rasulullah SAW: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tnya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah SWT." - Riwayat Bukhari & Muslim.

Sy ingin bertnya sekiranya melewatkan/melambatkan solat adakah ianya menjadi makruh, membawa ke dosa kecil atau bagaimana? Minta kpd panel mahir menjawabnya, insyaallah. Syukran..
_________________


Alhamdulillah. Berikut adalah matan hadith tersebut :-

Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-

. أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله

"Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]

Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat. ~jalanpulang



Iklan C(ii)





Presiden Syria, Bashar Al-Assad Di Dakwa Terbunuh

Posted: 01 Dec 2012 08:31 PM PST


Seorang teman memberikan pautan pengumuman bahawa Bashar Al-Assad mati atau melarikan diri ke Russia. Ia diumumkan dari pentas utama himpunan menyokong Mursi di hadapan Universiti Kaherah, malam tadi.

Kelihatan, Syeikh Muhammad Hasan dan mereka di atas pentas sujud syukur kepada Allah. Mungkin ada benarnya.

Semoga berita ini adalah sesuatu yang benar. Jika benar ia melambangkan kemenangan Islam Sunni di Syria. Sunni mendapat kembali hak mereka sebagai rakyat Syria dan manusia yang selama ini dizalimi kerajaan lahanat Bashar Al Assad. 



~gendangperang

Iklan C(ii)





Bekas Pengerusi MRCB, Pengarah Eksekutif FELDA Plantation Sertai PAS

Posted: 01 Dec 2012 05:00 PM PST


BATU PAHAT - Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

(Gambar atas : Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.


(Gambar : Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.

Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.


(Gambar : Haji Nasir serahkan borang)


Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.



(Gambar: Haji Ramlan)

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri ~harakahdaily
Addin :

Golongan ini melihat PAS dan Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara dengan baik berdasarkan prestasi yang di tunjukkan di 4 buah negeri. Dan yang paling pedih sekali buat Umno selepas PAU 2012, golongan ini juga melihat Umno dan BN bakal tumbang pada PRU 13 akan datang..


.
Iklan C(ii)



Gambar Bakal Calon PAS Di Simbah Cat Merah Tersebar

Posted: 01 Dec 2012 04:41 PM PST


Gambar ni di perolehi semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat negeri Johor di Batu Pahat. Kelihatan billboard bakal calon PAS di Parit Raja iaitu Noor Khalim Sakib telah di simbah cat oleh samseng-samseng upahan..

Kerana terdesak takut hilang kuasa, Umno sanggup melakukan apa sahaja. Dulu pancing rakyat dengan pelbagai gula-gula dan candu pilihanraya namun tidak berkesan.

Sekarang Umno mengambil pendekatan mengugut dan menakut-nakutkan rakyat. Mereka upah pencacai dan samseng untuk menjalankan aktiviti jahat mereka.

Rakyat makin muak dengan permainan politik kotor Umno. Jikalau macam ni gayanya Umno bakal tumbang di negeri kelahirannya sendiri..




Iklan C(ii)



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hdyfy [url=http://www.drdrebeatscheapsales.com]beats by dre outlet[/url] hfompf http://www.drdrebeatscheapsales.com mcre [url=http://www.drebeatsstudioheadphones.com]cheap beats[/url] nsqszh http://www.drebeatsstudioheadphones.com vueu [url=http://www.beatsdreheadphonesonsale.com]beats headphone[/url] bbwrcg http://www.beatsdreheadphonesonsale.com vevwz [url=http://www.dreheadphonesonsales.com]beats by dre outlet[/url] xcqczs http://www.dreheadphonesonsales.com jseif [url=http://www.drdrebeatssales.com]dr dre beats[/url] uklrv http://www.drdrebeatssales.com nqtei [url=http://www.focsa.org.au/myreview/beatsbydre.phtml]beats by dre sale[/url] qpcfz http://www.focsa.org.au/myreview/beatsbydre.phtml gtc