Addin |
- Najib Silap Langkah, Makan Di Restoran Diragui Status Halalnya
- Sultan Pahang Lancar Buku Fitnah Rosmah Mansor
- Najib!! Hang Jangan Mimpi Dapat Undi Orang India..
- Apa?? 300 Ribu Masyarakat India Tiada IC Biru Lagi..
- Ahli Parlimen Jerantut U-Turn Balik?
- Gambar Dan Tawaran Menarik Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang Semalam
- Panas!! Ahli Parlimen Jerantut Isytihar Keluar Umno
Najib Silap Langkah, Makan Di Restoran Diragui Status Halalnya Posted: 10 Dec 2012 09:10 AM PST Menulislah seorang pencacai UMNO/BN bila Najib memandu sendiri ke sebuah Restoran Daun Pisang.. DATANG TIDAK BERPROTOKOL,TANPA KARPET MERAH ,MINUM DAN MAKAN SEPERTI RAKYAT BIASA KAT WARUNG MAMAK AJA-HEBAT PM, RAKYAT MENYAYANGIMU.. Mungkin yang menulis ayat di atas adalah pemilik Restoran itu sendiri.. Najib perlu diangkat setinggi mungkin untuk melindungi sesuatu sebenarnya.Semala mNajib telah dilaporkan memandu sendiri sebuah Merc, bukan Proton Preve yang dilancarkannya baru-baru ini.. ke sebuah Restoran atau Kedai mamak yang menyediakan makanan beralaskan daun pisang. Bagaimanapun kehadirannya tidak dipedulikan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang sedang menjamu selera di Restoran tersebut, hanya pekerja-pekerja Restoran tersebut mengerumuninya untuk bergambar.Mungkin juga sebagai menunjukkan penghargaan kepada Najib yang telah memberikan mereka MyKad kepada mereka dengan syarat menjadi pengundi kepada UMNO/BN. Sebenarnya nama restoran yang Najib singgah untuk mentekedarah ini ialah sebuah Restoran yang menggunakan tanda HALAL yg diragui statusnya.Ini kerana pada 25 November yang lalu JAKIM telah menyerbu Restoran Raju ini kerana menggunakan tanda HALAL yg diragui statusnya dan separuh dari pelanggannya setiap hari adalah orang melayu yang beragama islam. Operasi ini diketuai penolong pengarah hub halal jakim Ustaz Mohd Amri Abdullah bersama anggota dan pegawai Jakim dan KPDNKK Selangor. Pemeriksaan juga menemui sijil halal tetapi dari pihak swasta yang sememangnya tidak pernah diiktiraf oleh jakim dan kerajaan, sijil itu pula telah pun tamat sejak setahun yang lalu, atas kesalahan itu pemilik restoran ini telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 (1) akta perihal dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimum sehingga RM 250 ribu jika sabit kesalahan. Baca pendedahan seterusnya di SINI. | ||||||||||
Sultan Pahang Lancar Buku Fitnah Rosmah Mansor Posted: 10 Dec 2012 07:32 AM PST Buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal terbit pada pertengahan Januari depan hari ini telah dilancarkan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Permaisuri. Jelasnya, ia merupakan salah satu objektif buku yang memuatkan pelbagai gambar, serta menceritakan kisah hidup Rosmah dari kecil sehingga kini."Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya. "Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan..... Nampaknye 1st lady menggunakan institusi Raja untuk memebersihkan namanya.... | ||||||||||
Najib!! Hang Jangan Mimpi Dapat Undi Orang India.. Posted: 10 Dec 2012 02:05 AM PST KUALA LUMPUR 10 Dis: Fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC semalam menyebabkan beliau bakal hilang sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, kenyataan Najib yang mahu undi kaum itu sebagai deposit tetap bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) menunjukkan begitu terdesaknya beliau. "Ucapan Najib cukup terdesak. Apa sahaja yang dicakapnya hanya memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau memberitahu kita suka tipu rakyat. "Masalahnya sekarang, Pakatan belum jadi kerajaan. Bagaimana Najib boleh cakap kita tipu. Siapa yang tipu siapa, kalau bukan BN," katanya ketika dihubungi. Beliau mengingatkan Najib supaya tidak terlalu ghairah mengharapkan undi masyarakat India kerana mereka sudah serik penindasan BN. "Undi masyarakat India bukan deposit tetap BN, tetapi deposit tetap Pakatan. Najib jangan mimpi lagi. "Masyarakat India sudah terima kami (Pakatan) dari akar umbi. Setiap kali ceramah dan turun padang, mereka penuhi tapak ceramah untuk dengar penerangan," kata Ahli Parlimen Kapar itu. Selain menabur janji, Najib juga memburuk-burukkan pembangkang dengan menyatakan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi untuk huru-hara. "Najib tidak sedar bahawa BN yang menyebabkan masyarakat India masih menggunakan IC merah. Sudah berapa lama BN memerintah, kalau betul mahu bela kami, kenapa tidak selesaikan masalah itu. "Jangan nak putar belit cakap Pakatan tipu rakyat kerana terdesak mahu undi masyarakat India. Mereka semua sudah tahu nak beza siapa yang menipu rakyat," ujarnya. ~kd | ||||||||||
Apa?? 300 Ribu Masyarakat India Tiada IC Biru Lagi.. Posted: 10 Dec 2012 12:18 AM PST KUALA LUMPUR 10 Dis: Kerajaan diberi amaran supaya segera selesaikan masalah 300,000 masyarakat India tiada kad pengenalan (IC) biru, walaupun telah menetap lama di negara ini. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan menafikan hak rakyat yang sememangnya layak mendapat taraf kerakyatan adalah bertentangan dan memungkiri hak asasi. Katanya, ia adalah perkara yang serius kerana mengundang pelbagai masalah kepada kaum itu. "Kita menggesa kerajaan agar hentikan diskriminasi terhadap mereka dan selesaikan segera perkara ini. "Sebagai penduduk yang dilahirkan dalam negara dan menetap di sini berpuluh-puluh tahun, sepatutnya mereka secara automatik diberi kewarganegaraan. "Penafian ini bukan sahaja memberi masalah kepada mereka, tapi juga untuk anak-anak apabila tidak dapat bersekolah kerana bukan warganegara. Mereka juga tidak memperoleh perkhidmatan dan faedah seperti masyarakat lain kerana masalah ini," katanya selepas menyerahkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Jalan Duta, hari ini. Ia dibuat berhubung permohonan tiga warga India iaitu Letchumy Suppiah, Sarojini Kothandu dan Mala Kothandu mengenai taraf kewarganegaraan mereka. Permohonan yang ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan itu bertujuan untuk menuntut ganti rugi dan pampasan akibat penafian hak mereka seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Turut hadir, Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan Timbalannya, S Jayathas serta Penasihat Lawyers For Liberty, Eric Poulsen. Surendran turut menempelak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan kononnya masalah masyarakat India yang tidak mendapat kad pengenalan hanya sejumlah 9,000 sahaja, dan masalah tersebut selebihnya telah diselesaikan. "Angka 9,000 yang disebut Najib tidak diyakini, kerana angka tersebut diambil berdasarkan kempen My Daftar yang dibuat oleh mereka semata-mata. "Sedangkan jumlah sebenar yang terkumpul mengikut kajian kita lakukan adalah seramai 300,000 orang. Jadi bagaimana boleh hanya 9,000 sahaja?" soalnya. ~kd | ||||||||||
Ahli Parlimen Jerantut U-Turn Balik? Posted: 09 Dec 2012 11:22 PM PST Sejak malam tadi beberapa rakan termasuk pemimpin parti politik menelefon saya mahukan pengesahan apakah ahli Parlimen Jerantut Tengku Azlan Sultan Abu Bakar telah mengumumkan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. Saya sebenar tidak mengetahui maklumat itu dan tidak pun dibayangkan sesiapa sebelum ini yang Tengku Azlan akan meninggalkan Umno. Apa yang pernah dibisikkan kepada saya Tengku Azlan tidak akan mengekalkan kerusi parlimen Jerantut, itu saja. Beliau dikatakan tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menjelang raya puasa baru-baru ini terdengar desas desus mengatakan beliau menarik balik hasrat itu ada sebab-sebab tertentu di mana beliau akan mengekalkan kerusi Jerantut. Saya telah cuba mendapat pengesahan dengan Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Tuan Ibrahim dia juga ada dengar begitu; pada mulanya Tengku Azlan dah nak lepas kerusi Jerantut tetapi kini terdengar pula desas desus dia akan bertanding kembali. Sejak pagi pagi tadi saya menghubungi beberapa orang rakan Tengku Azlan termasuk Mazlan Datuk Harun. Menurut Mazlan apa yang beliau ketahui, Tengku Azlan tidak keluar dari Umno tetapi dia mengumumkan akan bersara dari politik. Kata Mazlan kekeliruan mengenai status Tengku Azlan ini ekoran salah lapor akhbar berbahasa Tamil yang melaporkan Tengku Azlan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. "Tidak Tengku Azlan tidak keluar Umno, dia hanya mengumumkan - memberi tahu wartawan akhbar itu yang beliau akan bersara dalam politik, bukan keluar Umno," jelas Mazlan. Penjelasan Mazlan itu menyapu tanda tanya mengenai kedudukan Tengku Azlan. ~mso Addin : Apa pun yang pasti kita tunggu dan dengar penjelasan tuan empunya badan.. Baca berita berkaitan di SINI. | ||||||||||
Gambar Dan Tawaran Menarik Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang Semalam Posted: 09 Dec 2012 09:42 PM PST Tawaran Kerajaan Pakatan Rakyat Kepada Rakyat Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negeri Pahang pada PRU 13 nanti maka kami akan : PERTAMA Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun. KEDUA Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. KETIGA Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. KEEMPAT Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan. KELIMA Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep 'bebas rasuah' dalam pentadbiran kerajaan. KEENAM Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang. Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang Yb Leong Ngah Ngah, Pengerusi DAP Pahang 9 Disember 2012
| ||||||||||
Panas!! Ahli Parlimen Jerantut Isytihar Keluar Umno Posted: 09 Dec 2012 07:54 PM PST Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam. Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu. Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini. Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri. Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam. Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut. Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya. Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan. Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya. Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi. Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi. Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian. Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis. Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam. Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009. ~jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan