SOKONG PAKATAN RAKYAT |
KETUA PEMUDA PAS ADA REZAB 3 BULAN Posted: 15 Nov 2012 10:27 PM PST Ketua Pemuda Pas Pusat mengistiharkan ada simpanan RM 9,000.00. Kira-kira oklah tu. Jika anda sebagai aktivis Islam yang mempunyai rezab sara hidup untuk 3 bulan, itu sudah di kira ok amat sangat. Ha ha. Saya kenal Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub sejak mereka belum lagi menjadi YB. Ketika itu, mereka bukan sahaja tidak ada rezab sara hidup 3 bulan, tetapi tiada pendapatan bulanan yang dibagi oleh parti secara tetap. Kalau dapat pun rasanya setakat tak sampai RM 1,000.00. Sorilah jika diam-diam mereka diberi oleh parti lebih dari itu. Ha ha. Selepas mereka jadi YB, barulah ada "syenang" sikit. Ha ha. Tak payahlah kita belanja teh lagi. Sekarang mereka bertiga sudah tidak fikir hal perut lagi kerana paling kurang pun pencen YB sudah ada dalam tangan. Yang mereka perlu fikir macam mana nak jatuhkan BN sahaja!!!! Woooo. Bertuah juga jadi Ketua Pemuda Pas pada zaman sekarang kerana ada gaji hulanan yang dibayar oleh parti secara tetap. Yahoo. Tetapi kata orang, lagi bertuah jadi Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah. Fasal itulah jawatan itu semacam monopoli untuk seorang sahaja sampai mati agaknya. Belajar-belajarlah jawatan digilir kepada orang lain. Tak syok ada orang kata "macam tak ada orang lain yang lebih layak lagi". Wooooo. |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan