shalehudin |
- 2 GRO Kemboja dipaksa layan 17 lelaki
- PANAS!! Najib ada masa sampai 9 Nov ni ja...
- MALUNYA: Tang mana nak letak muka neh, kahkahkah...
- Ramainya senarai nak lompat? Macam tak percaya
- Gambar terbaik perangkap had laju...saksikanlah!!
- PANAS: Najib mengacum kat Rosmah plak dah...
2 GRO Kemboja dipaksa layan 17 lelaki Posted: 05 Nov 2012 10:00 AM PST 2 GRO Kemboja dipaksa layan 17 lelaki ditangkap. Seramai 17 nelayan warga asing dan dua pelayan wanita warga Kemboja ditahan sepasukan polis ketika sebahagian daripada mereka sedang leka meneguk arak sambil 'menari goyang' di sebuah premis karaoke haram di Jalan Jeti Ikan Teluk Gading Tanjung Gemok, di sini, awal pagi semalam. Premis karaoke haram yang dipercayai baru beroperasi sejak seminggu lalu itu menjadi tumpuan nelayan warga asing pada malam minggu untuk berhibur. Dengan diiringi alunan lagu-lagu rancak, pusat karaoke haram itu beroperasi seperti 'disko terbuka' apabila pengunjungnya bebas menari sambil diterangi cahaya lampu warna-warni di atas sebuah pentas. Bagaimanapun, keasyikan mereka menari terbantut apabila sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya menyerbu premis berkenaan. Johari berkata, pihaknya menjalankan beberapa risikan sebelum bertindak menyerbu premis itu yang dipercayai menjalankan kegiatan pusat hiburan haram di kawasan terbabit. Menurutnya, operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 1.30 pagi itu turut merampas sebuah set karaoke termasuk layar skrin. "Hasil risikan polis mendapati mereka menjalankan kegiatan hiburan haram di kawasan ini sejak seminggu lalu sebelum kami melancarkan operasi besar-besaran bagi menahan mereka yang terlibat," katanya. Beliau berkata, hasil pemeriksaan di sebuah rumah kosong di hadapan premis hiburan haram itu, polis turut menemui empat unit komputer dan empat komputer riba yang digunakan bagi tujuan perjudian di dalam rumah terbabit. "Pada mulanya, kami sangka ada penghuni di dalam rumah kosong tersebut, namun setelah dipanggil berkali-kali tidak berjawab, polis terpaksa memecah masuk ke dalamnya dan menemui beberapa komputer dan komputer riba," katanya. Menurutnya, pihaknya percaya terdapat aktiviti perjudian dijalankan di dalam rumah kosong berkenaan berdasarkan bukti putung rokok yang ditinggalkan pelanggan. "Tiada pelanggan yang ditahan di pusat judi itu, tetapi kami telah merampas kesemua barang dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian haram," katanya.Johari berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Tanjung Gemok untuk saringan ujian air kencing, namun kesemua mereka didapati negatif. |
PANAS!! Najib ada masa sampai 9 Nov ni ja... Posted: 05 Nov 2012 07:42 AM PST PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu. Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa. Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya. Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya. Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat. Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku". Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu. |
MALUNYA: Tang mana nak letak muka neh, kahkahkah... Posted: 05 Nov 2012 03:53 AM PST UGUTAN TUMPAH DARAH BERKESAN!!! Orang Negeri Sembilan tidak berani keluar rumah ke Himpunan Kebangkitan Rakyat? Ramai agak terkejut bila ada kain rentang yang dipasang dijejantas jalan kaki bagi menunjukkan bantahan "rakyat" Negeri Sembilan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan semalam di Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Kain rentang dipasang ekoran ugutan pertumpahan darah bakal berlaku jika penganjur enggan membatalkan himpunan tersebut. Ugutan pertumpahan darah ini dikeluarkan oleh seorang askar pencen yang pernah menyandang pangkat Mejer, Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria Mungkin rakyat terus gentar, terketar-ketar kepala lutut ketakutan menyebabkan Himpunan Kebangkitan Rakyat terus lengang, sunyi sepi, hambar dan tiada sambutan langsung. DSAI, TGHA dan LKS terpaksa berceramah didepan khalayak kosong. Disitulah hebatnya NGO berdarah dan berjiwa pekat UMNO kalau mengeluarkan ugutan dan amaran. Sebelum ini Jamal Sekinchan Ikan Bakar keluar ugutan dan amaran serupa kepada para peserta himpunan aman ambang merdeka janji bersih diDataran Merdeka. Memang dasyat impak dan kesan mamat askar pencen ini beb!!!!! Najib Razak pun tak sehebat beliau dalam memberi gertakkan dan ugutan. PERGH!!! bertuah betul nasib UMNO memiliki pejuang seperti beliau!!!!..Lain kali kalau nak sekat dan halang rakyat dari datang kesatu-satu perhimpunan anjuran PR, sila gunakan kepakaran mamat askar pencen ini...BERBALOI BEB!!!! Kata-kata admin ini berpaksikan kepada fakta bergambar beb!!! Kalau tidak yakin dan percaya... Lihat saja gambar-gambar yang dimuat naikkan.. ALAMAK!!!!!!!.. salah muat naik gambarlah beb!!!!!.. Ingatkan bila kena gertak dan ugut, rakyat tak berani nak turun, tetapi sebaliknya.. LAGI DIGERTAK LAGI RAKYAT TURUN BERDUYUN-DUYUN. DIA INGAT INI POLITIK ZAMAN BATU KE? - RM |
Ramainya senarai nak lompat? Macam tak percaya Posted: 04 Nov 2012 09:05 PM PST Owhh!! Mampuih la Umno camnie... Ramainya senarai MP dan Adun Sabah yang nak lompat kapal... Kahkahkah... Ini adalah senarai terkini, betoi atau tak... menjadi kenyataan ataupun tidak, hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Dia yang sebaik-baik perancang... Seperti yang semua sedia maklum, selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah... jeng... jeng... jeng... Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh. Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah : ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Amacam... Shalehudin |
Gambar terbaik perangkap had laju...saksikanlah!! Posted: 04 Nov 2012 05:50 PM PST Gambar ni diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering. Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera 'speed trap' berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera 'speed trap' ni. Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera 'speed trap' di laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j. Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik. Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas (rujuk sini). Foto ~cikgu din |
PANAS: Najib mengacum kat Rosmah plak dah... Posted: 04 Nov 2012 03:46 PM PST |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan