Isnin, 5 November 2012

Addin

Addin


Najib Tergamam Apabila TG Hj. Hadi Mahu Bertanding Di Pekan?

Posted: 05 Nov 2012 08:59 AM PST

VIENTIANE - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak fikir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di sini hari ini.

Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.

"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib. Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah Anggota Parlimen Marang. ~bernama


Addin :

Najib playsafe statement.. atau  terasa tercabar.. atau mungkin tergamam sebentar? Sekiranya menjadi kenyataan TG Hj. Hadi bertanding di Pekan, ianya merupakan pertemuan buku dengan ruas. Warga Pekan bukan macam dulu..



Iklan



16 Ditahan JAIS Dibicara 20 Disember

Posted: 05 Nov 2012 07:09 AM PST

SHAH ALAM 5 NOV : Kesemua 16 individu yang ditahan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Bandar Tasik Puteri, Rawang minggu lalu akan dibicarakan di Mahkamah Syariah pada 20 Disember nanti.

Serbuan tersebut berikutan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JAIS bahawa terdapat usaha menghidupkan kembali Kumpulan Al-Arqam di dalam satu majlis anjuran Global Ikhwan Sdn. Bhd.

Global Ikhwan merupakan syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan gerakan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dalam satu sidang media hari ini memberitahu kesemua mereka ditangkap di bawah Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

"Kesemua mereka ini merupakan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama.

"Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon jamin RM 1000 dan seorang penjamin," ujar beliau.

Beliau turut ditemani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam sidang media di bangunan JAIS di sini petang tadi.

Bahagian Penguatkuasaan JAIS sebelum ini mengesan satu program cubaan menghidupkan ajaran dan fahaman al-Arqam yang diadakan di Dataran Global Ikhwan Celebration Hall pada 30 Oktober hingga 1 November lalu.

Majlis tersebut juga didakwa diadakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Ashaari, pengasas Al-Arqam.

Hasil samaran empat anggota JAIS selama dua malam berturut-turut mendapati wujudnya elemen-elemen fahaman dan pegangan al-Arqam. ~selangorku



Iklan



Ahli Parlimen BN Sahkan RM40 Juta Kini Dalam Akaun Umno Sabah

Posted: 05 Nov 2012 05:57 AM PST

KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah. Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu. "Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan.

Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. 

"Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.

"Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan," jelas Rafizi.

Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah.

"Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan," tegasnya.

Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13. ~kd



Iklan



Kantoi!! Zulkifli Noordin Minta Lebih RM60,000 Untuk Kosongkan Kerusi Parlimen

Posted: 05 Nov 2012 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR 5 November: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran lebih tinggi berbanding RM60,000 bagi mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu ditanya berhubung pendedahan beliau dalam kes samannya terhadap Zulkifli 25 Oktober lalu bahawa Zulkifli ada meminta bayaran RM60,000 bagi tujuan itu.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, jawapan Syed Hussin itu jelas membuktikan penipuan Zulkifli yang kononnya Syed Husin ada menawarkan tempat kepada Zulkifli.

"Jawapan Dr Syed jelas, dan kita nak bongkar kebenaran tentang penipuan Zulkifli. Walaupun pihak pembelaan cuba mengelirukan hakim sama ada jumlah RM60,000 itu betul atau tidak, jadi kita nyatakan ia lebih dari jumlah tersebut," jelas Latheefa.

Turut mewakili Syed Hussin, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 apabila menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Zulkifli juga menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut. ~kd




Iklan



Patutlah Beria-Ria Nak Pasang AES.. Rupanya Syarikat Kroni Umno

Posted: 05 Nov 2012 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA. Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To'Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

"Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

"Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini," soal beliau.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

"Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.

"Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini," kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman. ~kd




Iklan



Berita Memalukan Ni Pasti Tak Di Siarkan TV3, Utusan Dan Berita Harian..

Posted: 05 Nov 2012 12:44 AM PST


SUBANG JAYA, 5 NOV : Sekumpulan 129 pemilik rumah di Lestari Perdana semalam bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berjaya menyelesaikan masalah hak milih tanah mereka yang berlanjutan lebih 10 tahun.

Kebanyakan pemilik rumah ditemui menjelaskan mereka menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak tertentu seperti institusi kewangan kerana tidak memiliki geran tanah.

Mereka menghadapi masalah selepas pemaju perumahan itu gagal membayar premium tanah kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pekerja Swasta, Abdul Ghani Saari, 45, dari Zon 9 berkata ketiadaan geran tanah telah mencacatkan pembangunan di perumahan tersebut.

"Memang banyak masalah dari segi kebersihan, kemudahan infrastruktur serta landskap.

"Sebelum ini kami sudah membayar (premium) kepada pemaju dan dia kata akan serahkan surat hakmilik ini kepada kami tetapi selepas itu senyap sebegitu sahaja," kata Abdul Ghani yang telah menetap di situ selama 10 tahun.

 "Apa dilakukan Kerajaan Negeri ni bagus dan terima kasih," katanya kepada TVSelangor selepas menerima surat hakmilik daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid menyerahkan dokumen hakmilik Kepada Pembeli Rumah Teres Zon 6, 7 dan 9 Lestari Perdana di satu majlis di Dewan MPSJ semalam.

Pengurus projek, Yusman Jusof, 40, dari Zon 6 yang menetap di situ kira-kira lapan tahun berkata, dia menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman bank kerana tidak ada surat hakmilik.

"Satu usaha yang bagus dari Kerajaan Negeri bagi menjaga hak dan kepentingan pemilik rumah," katanya.

129 pemilik rumah itu adalah daripada jumlah keseluruhan 303 orang yang telah membayar premium RM 1,460 seperti ditetapkan pihak berkuasa negeri.

Abdul Khalid dalam sidang media selepas itu menjelaskan masalah itu kerana pemaju Fast Creasent Sdn Bhd (Fast Creasent) gagal membayar premium sebanyak RM 12.19 juta mengikut nilaian tanah pada 2002.

"Pemaju tidak menjalankan tangungjawab dengan tidak membayar premium.
Penduduk yang memiliki rumah telah membuat permohonan untuk mendapatkan geran tanah iaitu sehingga kini lebih daripada 10 tahun.

"Mereka bersetuju dengan cara dikendalikan (Kerajaan Negeri) iaitu mereka menyerahkan tanah kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri mengembalikan hartanah mereka dalam bentuk geran," katanya.

Abdul Khalid berkata, masalah berlaku kerana Kerajaan Umno-BN dahulu yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan Kanun Tanah Negara.

"Inilah buktinya (bekas Menteri Besar) Khir Toyo tidak menjalankan tugasnya. "Kalau dia ikut cara yang kita lakukan ini, sudah tentu masalah tidak timbul pada hari ini.
"Masalah timbul ialah pentadbiran Kerajaan Negeri yang lepas tidak mentadbir mengikut tataracara yang dikehendaki di bawah Kanun Tanah Negara.

"Oleh sebab itu terdapat keadaan di mana akhirnya Pejabat Tanah dan Galian serta Pihak Berkuasa Tempatan menghadapi masalah untuk menyelesaikannya termasuk urusan pemilikan tanah." katanya.

Menteri Besar berkata, melalui dasar kerajaan yang lama, kerja-kerja tanah dan pembangunan di atas tanah boleh dijalankan setelah kebenaran merancang serta pelan bangunan diluluskan PBT.

Ini berlaku walaupun premium dan dokumen hakmilik belum diselesaikan dan dikeluarkan.

Namun dasar tersebut, telah diberhentikan kerana ia mengakibatkan banyak projek perumahan terbengkalai.

Turut hadir, pada majlis semalam Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi dan Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Kamarulzaman Jamil. ~selangorku




Iklan



BN Johor Di Ambang Kehancuran..

Posted: 04 Nov 2012 06:37 PM PST

Kajian yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendapati Johor bukannya negeri yang paling kuat Umno dan BN kerana kubu paling kuat Umno adalah Melaka. Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Masduki (gambar) berkata, sekurang-kurangnya 14 daripada 26 kawasan Parlimen di Johor berada di bawah 50 peratus sokongan tradisi rakyat kepada Umno dan BN.

Ini bermakna, pembangkang mempunyai peluang yang besar untuk mengalahkan BN di negeri ini. Kawasan-kawasan itu adalah Segamat,  Labis, Ledang, Bakri, Muar,  Batu Pahat,  Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Tebrau, Johor Baru, Pulai dan Kulai.

Menurut Zuhdi, lima kriteria diambil kira ketika menentukan Umno dan BN mendapat sokongan rakyat atau tidak di negara ini iaitu keahlian Umno, keahlian Rela, petugas Kemas, ahli Pertubuhan Peladang dan ahli persatuan belia yang terletak di bawah pejabat belia daerah.

"Mereka yang berdaftar dalam organisasi ini dikira pro Umno dan BN yang dijangka berpotensi tinggi akan mengundi Umno dan BN dalam setiap kali pilihan raya," kata Zuhdi dalam Konvensyen PAS Johor semalam.

Kira-kira 750 peserta yang terdiri dari pemimpin PAS kawasan di Jojor menyertai konvensyen yang bertema 'Pecutan terakhir  menuju Nusajaya' ini.

Konvensyen ini dikira persiapan terakhir PAS Johor untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pelbagai kertas kerja dibentangkan dalam konvensyen ini yang semuanya membayangkan Pakatan Rakyat mampu menjatuhkan Umno dalam pilihan raya. ~mpr



Iklan



Negeri Sembilan Bakal Tumbang Ke Pakatan Rakyat.. Ini Petandanya

Posted: 04 Nov 2012 05:52 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Negeri Sembilan bakal ditadbir oleh perikatan itu ekoran "kebangkitan rakyat", yang diperlihatkan pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, semalam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR mempunyai keyakinan akan menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat dengan menghadiri majlis semalam walaupun dalam keadaan hujan.

Menurutnya, pada tahun 2008 PR tidak memiliki kekuatan seperti sekarang. PR dianggotai Pas, PKR dan DAP. Kini ia mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagaimanapun apabila semua parti bekerjasama dalam setiap program yang dianjurkan PR, katanya, ia menunjukkan pembangkang semakin kuat. "Kita yakin PR akan menang untuk tawan Negeri Sembilan pada kali ini.

"Kita kata sebegitu kerana rakyat turun menunjukkan sokongan kepada semua program yang kita buat termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat, semalam.

"Walaupun cuaca tidak menentu dan hujan tapi sambutan masih menggalakkan, dan semua ahli parti di kawasan itu juga bekerjasama untuk menjayakannya, kami semakin kuat daripada tahun 2008," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kelmarin, PR telah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan dan menampilkan barisan pemimpin PR, artis-artis dan aktivis-aktivis.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, PR akan terus mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat - yang paling besar Januari depan.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, PR menganjurkan perhimpunan semalam untuk menyegarkan semula tuntutan ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. ~sinar



Iklan




Akibat Hina Islam.. Kini Chua Soi Lek Makin Tertekan

Posted: 04 Nov 2012 04:55 PM PST

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung isu hukum hudud kelmarin menunjukkan beliau sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

"Dia sebenarnya rasa tertekan... tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

"Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud Pas, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam," kata beliau dipetik Harakahdaily semalam.

Nik Aziz berkata, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan Pas adalah ajaran Islam.

Dalam kenyataan terbaru, Soi Lek berkata, beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud Pas.

Selain itu beliau juga meminta Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai Pas, supaya memasukkan hukum hudud dalam manifesto mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan 'mana hukum hudud Umno' dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan Pas. ~sinar


Iklan




Ali Rustam!! Mana Duit Saya??

Posted: 04 Nov 2012 04:50 PM PST

Penyelia DUN Bkt Baru, Cikgu Yusuf bersama anak mangsa kebakaran
Penyelia Dun Bukit Baru bersama Pemuda Kawasan Bukit Katil melawat mangsa kebakaran di Bukit Baru Dalam, Dun Bukit Baru. Mangsa, Abu Kassim Syed Ahmad sekeluarga telah kehilangan tempat tinggal dalam kejadian pada 13 September yang lalu.

Rumah beliau seratus peratus telah dijilat api dan beliau sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang.Kini beliau menumpang di rumah adiknya sementara menunggu rumahnya siap dibina.

Namun begitu ,walaupun sudah hampir dua bulan kejadian tersebut berlalu, rumah beliau masih belum siap dibina, ditambah pula kontraktor telah menghentikan kerja-kerja pembinaan sejak sebulan yang lalu.

Beliau tidak mengetaui kenapa kerja-kerja membaik pulih telah diberhentikan, sedangkan Ketua Menteri telah menjanjikan peruntukan yang besar untuk membaik pulih rumah beliau.

Beliau juga turut kecewa apabila kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung rumah beliau hanyalah menggunakan lebihan kayu tidak terbakar dan disambung-sambung, ini akan menjejaskan ketahanan bumbung rumah beliau kelak. Beliau bimbang bumbung itu akan runtuh nanti.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Bkt Katil, Sdr. Jauhar bersama mangsa kebakaran


~penyeliaDunBktBaru


Addin :

Untuk rekod, Adun Bukit Baru adalah Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam..




Iklan




(Video) Ahli Parlimen DAP Ikrar Pertahankan Islam..

Posted: 04 Nov 2012 03:17 PM PST


Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke memberi ucapan di hadapan seramai 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya,  Negeri Sembilan baru-baru ini. 

Beliau berikrar untuk mempertahankan Islam. Amat malu bagi Melayu Umno apabila mengaku Islam tetapi apabila presiden MCA hina Islam mereka jadi 'syaitan bisu'.

Malah yang amat malang sekali, pemimpin Umno dan ulamaknya bersetuju apa yang di perkatakan oleh presiden MCA, Chua Soi Lek.

Mari kita ikuti rakaman video tersebut..








Iklan




Tiada ulasan: