Ahad, 4 November 2012

shalehudin

shalehudin


Kesian kat Berita Harian... kahkahkah...

Posted: 04 Nov 2012 10:00 AM PST


Heboh sekampung...
Akhbar Berita Harian dah hebohkan bahawa himpunan Kebangkitan Rakyat di jalankan dengan sambutan yang menghampakan...!!!!

Seperti yang kita semua jangkakan... lidah biawak penjilat rasmi Umno, Berita Harian telah menerbitkan kisah kononnya sambutan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi dijalankan dengan sambutan cukup menghampakan penganjur...

Untuk menguatkan hujahnya maka diterbitkan kerusi-kerusi kosong sebagai bukti!!!!!

Masaalahnya, betoi ka...???

Inilah dinamakan politik primitif zaman batu!!!!... Tidak sedar yang kini kita sudah hidup dizaman alaf baru.. Zaman internet.. Zaman informasi dihujung jari.

UMNO nampaknya semakin terperangkap dizaman purba, zaman syok sendiri, zaman tidak mau menerima realiti.

Demi menjawab fitnah dan penipuan UMNO yang sudah terkantoi lumat lunyai ini, maka dimuat naikkan beberapa gambar untuk berbicara...


Najib lari tak cukup tanah la camnie... kahkahkah...

Posted: 04 Nov 2012 08:00 AM PST

71 Peratus Setuju Presiden PAS Lawan Presiden Umno Di Pekan!

Setelah hasrat Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di parlimen Pekan menentang presiden Umno yang juga perdana menteri, Najib Altantuya, direstui Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sokongan terus melonjak!

Buktinya, setakat jam 1130 pagi tadi, sebanyak 71 peratus atau 592 pembaca yang mengundi dalam kajian yang dilakukan oleh akhbar Sinar Harian bersetuju ahli parlimen Marang itu bertanding menentang Najib Altantuya.

Manakala cuma lapan peratus atau 67 pembaca akhbar dalam talian berbahasa Melayu itu merasakan tidak wajar bagi Abdul Hadi berbuat demikian.

Selebihnya, 21 peratus atau 173 pembaca merasakan cadangan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

Seramai 832 pembaca mengundi dalam kajian tersebut.

Ini sekaligus membayangkan pandangan rakyat terhadap cadangan yang disifatkan sebagai 'pertemuan antara buku dengan ruas' itu sangat diterima majoriti pembaca yang mahukan Hadi mewakili Pakatan Rakyat menentang presiden Umno yang tidak mempunyai mandat perdana menterinya sendiri sehingga ke hari ini.

Untuk rekod, Najib Altantuya mengambil alih jawatan daripada bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009 setelah Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah politik tanah air sejak pilihanraya pertama diadakan pada 1955.

Pakatan Rakyat menang 82 kerusi parlimen berbanding BN yang dinafikan majoriti dua pertiga buat pertama kali dalam sejarah dengan hanya memungut 140 kerusi, jauh dari prestasi lebih 190 kerusi ketika Abdullah mengadakan pilihanraya umum pada 2004.

Tidak mustahil, impian Pakatan Rakyat untuk melantik Najib Altantuya menjadi duta besar Malaysia ke Mongolia tidak terlaksana sekiranya Abdul Hadi berjaya menewaskan Najib Altantuya di kubu kuatnya sendiri sejak 1986.

Malah, dalam pilihanraya umum 1999, Najib Altantuya hampir tersungkur di laman sendiri apabila cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti paling tipis 241 undi, itu pun setelah tiga buah tong undi tiba-tiba datang kunun dari perkampungan Orang Asal pada saat-saat akhir.


Nik Aziz bikin PANAS lagi... hehe...

Posted: 04 Nov 2012 06:41 AM PST

Ini baru cool...
Ini baru trailed...
Walaupun dah berumur, Nik Aziz telah buktikan berpolitik itu adala seni. Kenyataan Nik Aziz yang bagi lampu hijau kat Hj Hadi supaya turun ke Parlimen Pekan demi menjatuhkan Najib dilihat terlalu cool. Ini seiring dengan hasrat rakyat nak kasi Najib betoi-betoi tak lena tidur.

Kahkahkah...

Kasi GEMPAQ sama Najib. Walaupun kita semua tahu, PAS takkan sesekali mengorbankan Presiden mereka, apatah lagi dalam keadaan dimana peluang Pakatan menawan Putrajaya cukup selesa tika ini...


**********************************

Nik Aziz beri lampu hijau Hadi tanding Pekan

Nik Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik dan direstui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau' kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam.
"Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Nik Aziz yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas tidak terkejut dengan pengumuman Abdul Hadi yang ingin berhijrah ke Pahang walaupun tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya sama ada kemenangan memihak kepada parti mahupun pihak lawan.
"Sekarang ini menang atau kalah itu lain hal, apa yang penting adalah sokongan kepada beliau setelah menunjukkan keberanian untuk bertanding di kerusi disandang Perdana Menteri," katanya.
Tanpa menunjukkan kebimbangan terhadap kerusi Parlimen Marang sekiranya dilepaskan Abdul Hadi nanti dengan penghijrahannya ke Pekan, Nik Aziz mengharapkan perjuangan tersebut disokong penuh.

Nik Aziz juga Menteri Besar Kelantan turut menyuarakan kebimbangan sekiranya pilihan raya yang berlangsung di Pekan tidak dilaksanakan dengan adil.
"Saya minta ketika pilihan raya nanti tidak ada pengundi- pengundi hantu yang mempengaruhi keputusannya," katanya.
Dalam masa sama, Nik Aziz juga turut memuji keberanian Abdul Hadi itu untuk melawan mana-mana calon yang dilihat menolak kepada perjuangan Islam.- SH


HOT: Lagu yang bakal menggegarkan persada politik negara

Posted: 04 Nov 2012 04:40 AM PST


Nov 3 2012

ITO mempersembahkan lagu "Ubah" di hadapan seramai 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan.


Mana bangsa Umno, meh tolong jawab sat...

Posted: 04 Nov 2012 02:00 AM PST

Rakyat mempersoal sejauh mana kebenaran Umno untuk mempastikan PRU13 akan berlansung dlm keadaan adil serta telus. Sekiranya tuntutan bersih ditolak adakah kerajaan yg dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.

[ Realisasikan Tuntutan Bersih Hala Tuju Negara Demokrasi ] ... ALLAHU AKBAR !!!


Pilih Yang Ori: Biar Gambar Berbicara... hehe...

Posted: 03 Nov 2012 10:45 PM PDT

Lensa : Himpunan Kebangkitan Rakyat - Malam


  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Pehal ngan mamat PKR neh...

Posted: 03 Nov 2012 07:14 PM PDT

Hekelleh...
Pehal ngan Saifuddin neh, potong stim betoi laa...
Satu Malaya dah terkejut, dah berapa hari Najib tak lalu makan... tetiba mamat PKR neh muncul kacau daun.

Woiitt...
Tak payah cakap la, tobat lahom PAS nak benarkan Presiden depa mencemar duli turun ke Pekan lawan Najib. Satu Malaya dah tau... Tujuan utama kita adalah nak GEMPAQ Najib ja... biaq dia rasa ada kemungkinan dia dicabar, baru best... baru politik kita ada trail skit...

Biar dia tidoq tak lena bahawa ada kemungkinan kerusi empok Parlimen Pekan bakal hanyut... biaq dia tau sikit yang dia tu harapkan Rosmah ja glemerkan dia...

Kahkahkah...


************************************

Saifuddin: PR belum ada ketetapan Hadi tanding di Pekan

Datuk Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM - PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) belum membuat sebarang pendirian berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang Perdana Menteri di Pekan, Pahang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, setakat ini hasrat Hadi masih belum dibincangkan di peringkat pusat.
"Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini.
"Kita tidak bincang lagi di peringkat pusat jadi masih tidak ada ketetapan parti dalam hal ini," ujar beliau. 
Semalam, Hadi membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU nanti.

Beliau bagaimanapun berkata, kedudukan calon yang bertanding di mana-mana kerusi tertakluk sepenuhnya kepada keputusan parti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata berkemungkinan besar bertanding di kerusi Parlimen Marang pada PRU13 selepas hasrat beliau untuk tidak bertanding ditolak Pas.

Beliau memberi alasan bahawa pencalonan beliau di Parlimen kelak memudahkannya untuk bergerak di peringkat pusat, lebih-lebih lagi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti.
"Seboleh-bolehnya satu (kerusi) sahaja. Itu yang saya minta. Terpulang kepada partilah (untuk menentukan sama ada Parlimen atau Dun) tetapi saya lebih mudah di Parlimen untuk bergerak di peringkat pusat," katanya awal Februari lalu.- SH


Owhh!! Paling ngeri buat Najib...

Posted: 03 Nov 2012 04:57 PM PDT

Abdul Hadi: Satu keberanian.

Syabas Abdul Hadi Awang

Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berselorah dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen yang baik dan serius.

Sewajarnya ketua sebuah parti berdepan dengan ketua sebuah parti yang bertentangan. Jangan persoalkan apakah Pekan itu kawasan lawan atau tidak, yang pentingnya Abdul Hadi ke situ bagi menumbangkan ketua parti yang dimusuhinya.

Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ. Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.

Cara itu juga membuktikan bahawa Pas bukan berjuang di dalam lopak sendiri tetapi perjuangannya universal.

Bagi Abdul Hadi kemenangan kerusi dan memenanginya bukan yang mutlak. Baginya kesediaan melawan seorang ketua parti yang ditolak atau dianggap sebagai jahat, khianat adalah satu tanggungjawab dan kewajiban. Kalau perjuangan Pas benar dan apa digagaskan Abdul Hadi adalah haq kenapa harus takut membiarkan dia ke Pekan.

Tidak timbul kalau ada mengatakan Abdul Hadi sengaja mencari naas. Bagi perjuangan Pas dan beliau sendiri, kemenangan itu bukan bermakna memenangi kerusi tetapi kemenangan itu adalah berlawan dengan musuh secara mendada. Tidak juga perlu soal bukankah kalau kalah Abdul Hadi tidak boleh memegang jawatan? Persoalan itu hanya bagi mereka yang jahil dan nafi dalam memahami erti perjuangan.

Saya berharap kenyataan dan kesediaan Abdul Hadi itu menjadi realiti. Kalau hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, sayalah orang pertama akan menjujung duli kepada presiden Pas itu dan menerimanya sebagai seorang pejuang tulen yang berani, ikhlas dan bertepatan dengan prinsip perjuangan Islam ala Pas. Bahawa Abdul Hadi bukan seorang politiciansekluar dan munafik seperti kebanyakan yang lain yang juga pengecut untuk mengejar musuh ke hingga ke laman rumah.

Syabas kepada Abdul Hadi Awang atas keberanian melemparkan hasrat itu. Dan Pas perlu memcuba strategi berkenaan.- MSO


Tiada ulasan: