Addin |
- Betul Ke Ni?.. Ketua Umno Taiping Jadi Bahan Lawak..
- Komen- Komen Takabur Dan Lupa Diri Pemimpin Umno
- Kes Altantuya.. P. Balasubramaniam Bakal Dedah Penglibatan Najib..
- Lebih 10,000 Hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Seremban
- 71% Pembaca Sinar Setuju Presiden PAS Bertanding Di Pekan, Umno Sudah Kecut Perut..
- Rupanya Utusan Sorok Berita Penahanan Pengerusi PERKASA N. Sembilan Bersama Dr. Badrul Amin
Betul Ke Ni?.. Ketua Umno Taiping Jadi Bahan Lawak.. Posted: 04 Nov 2012 08:23 AM PST Ni bukan cerita dongeng sang kancil dengan kura-kura, tapi ini betul-betul punya kejadian beb! Al kisahnya, lebih kurang dua hari lepas, satu mesyuarat bulanan Badan Perhubungan Umno Perak dah berlangsung di bangunan parti reput itu kat Ipoh… Biasa la Umno, mesyuarat memang berpuluh-puluh kali, sebab bila ada mesyuarat, ada masyuk untuk poket sendiri… tapi apa yang dibincangkan, perlaksanaannya habuk pun tarak. Dalam mesyuarat ini dikatakan ketua-ketua bahagian Umno membawa dokumen berkaitan laporan aktiviti bahagian masing-masing untuk dipersembahkan kepada pengerusi mesyuarat, si memanda Menteri Besar Perak yang tidak halal. Sebanyak 24 laporan aktiviti Zambry Kadir terima…Sorang demi sorang Ketua Umno bahagian memberi laporan tersebut dengan pelbagai gaya persembahan, ada yang gaya bodek, ada yang langsung tiada nafsu syahwat dan sebagainya. Menurut sumber, antara bahagian Umno yang dikatakan paling banyak aktiviti ialah dari Rosli Husin dari DUN Trong dalam parlimen Bukit Gantang yang cuma menang 916 undi tu, sampai naik boring para ketua-ketua Bahagian lain dengar Rosli ni merepek meraban baca laporan, maklumlah dia sendiri pun sekarang terumbang-ambing dalam isu calon pilihanraya umum, bikin laporan hebat-hebat la…. tapi auta saja semua tu..… hehehe… Tapi malang bagi Ketua Umno Bahagian Taiping, Ahmad Shalimin Shafie (gambar kanan) yang dikatakan membawa laporan aktiviti yang paling sedikit jumlahnya dalam bahagian, khabarnya hanya dua ke tiga program saja yang dilaporkan Shalimin dalam laporan tersebut. Menurut sumber lagi, berikutan kelemahan dan kekurangan dari laporan jumlah aktiviti Shalimin ini, telah dijadikan bahan ketawa gila-gila, disusuli sindir-menyindir dan umpat-mengumpat mengalahkan kaum perempuan antara ketua bahagian selepas selesai mesyuarat seperti yang dibuktikan gambar di atas. Persoalannya sekarang, kenapa keadaan ini berlaku..?? Adakah sabotaj terhadap Ketua UMNO Bahagian Taiping masih berlarutan berikutan permainan politik nak jatuhkannya oleh orang-orang UMNO di Taiping..? Benarkah Shalimin tiada aktif dalam membuat program sebab Umno tak bertanding?? Tapi tengok tenung-tenung, rupanya ada aktiviti Shalimin di Taiping, tak percaya tengok gambar kat bawah nih. Adakah orang-orang di sekeliling Shalimin sendiri yang berkomplot nak humbannya keluar dari Umno Taiping (dengan meletakkan nama Shalimin sebagai perasmi majlis yang ditaja syarikat arak)? Usaha jatuh-menjatuhkan sesama pemimpin Umno sendiri ibarat 'cah keting' di Kelantan…jadi wajarlah Umno disingkirkan sesegera mungkin dari peta politik tanahair ini. Zambry pun dah tak lama dahhh!! ~orangni |
Komen- Komen Takabur Dan Lupa Diri Pemimpin Umno Posted: 04 Nov 2012 06:55 AM PST KUALA LUMPUR, 4 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang umpama "membunuh karier politiknya" jika mengambil pendirian untuk bertanding menentang pemilik kerusi Parlimen Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin Umno.Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang dihubungi The Malaysian Insider membayangkan Hadi akan menamatkan kariernya dalam politik dengan cara yang "amat memalukan" jika memilih Pekan sebagai lokasi untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang."Sebagai presiden parti, jika benar mahu bersara, pilih cara yang lebih baik ... bukan bersara dengan kekalahan. "Jika Hadi (gambar) bertanding di Pekan, dia tidak akan menang, tetapi bakal mengalami kekalahan besar," katanya.Abdul Rahman bagaimanapun tidak melihat Najib, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan akan tergugat jika bertanding menentang Hadi."Belum ada sejarah perdana menteri yang berkhidmat tewas di kerusi yang ditandinginya."Kalau Hadi mahu mencipta sejarah memalukan legasi kepimpinan PAS, saya alu-alukan beliau bertanding di Pekan," tambahnya kepada The Malaysian Insider.Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut sependapat dengan Rahman malah menegaskan Ahli Parlimen Marang itu sudah terlalu "takbur" apabila menyuarakan hasrat untuk bertanding di Pekan. "Siapa Hadi ... beliau terlalu angkuh ... Tuhan hanya nak uji sahaja, sekarang dia rasa hebat untuk lawan perdana menteri."Orang Pekan tidak kenal Hadi ... saya yakin Hadi akan mengalami kekalahan dengan majoriti terlalu besar," katanya kepada The Malaysian Insider.Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali hanya melihat tindakan Hadi itu sebagai "gimik politik" dan "retorik" menjelang pilihan raya umum.Samsul Bari turut berkata, sekiranya Hadi benar-benar berhajat untuk bertanding di kawasan yang menjadi kerusi tradisi keluarga Najib itu, beliau tidak perlu menunggu keputusan parti, sebaliknya atas kuasa sebagai presiden, Hadi boleh memilih untuk bertanding di kawasan tersebut. "Beliau presiden parti ... kenapa perlu tunggu parti ... kalau nak lawan, lawan betul-betul ... ini kononnya ingin tunjuk hebat."Dia (Hadi) presiden, dia yang buat keputusan ... tapi akhirnya serah kepada parti," katanya kepada The Malaysian Insider.Samsul Bari turut menyindir Hadi yang belum tentu lagi akan menang sekalipun bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) selain Najib."Lawan calon lain beliau belum tentu akan menang ... saya tidak merasakan karier politik beliau akan tamat kerana Hadi tidak akan bertanding di Pekan," tegas Samsul Bari, dan menambah kenyataan Hadi itu semata-mata untuk menaikkan semangat anak-anak buahnya menghadapi pilihan raya umum. Di petik laporan Sinar Harian hari ini, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad menyifatkan hasrat Hadi untuk bertanding di Pekan umpama "mimpi di siang hari."Ishak menegaskan, Pekan adalah kubu kuat BN dan peluang Hadi untuk merampas kerusi Parlimen di situ tentunya amat tipis.Sementara itu, Ketua Penerangan Umno bahagian, Datuk Abdul Manaf Sulong turut menyokong kenyataan Ishak yang mahu Abdul Hadi melupakan saja niatnya bertanding di Parlimen Pekan.Abdul Manaf turut menegaskan perbandingan potensi kemenangan PAS di Parlimen Pekan berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 tidak lagi relevan kerana keadaan di sana kini telah banyak berubah. Sementara itu, Adun Chini, Datuk Abu Bakar Harun turut mengingatkan pemimpin veteran PAS itu supaya tidak bertanding di Pekan kerana yakin rakyat Pekan bijak memilih pemimpin yang mampu membela nasib mereka.Najib menang tanpa bertanding di Pekan ketika berusia 24 tahun selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 1976.Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil dengan kurang daripada 300 undi di Pekan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999. ~tmi |
Kes Altantuya.. P. Balasubramaniam Bakal Dedah Penglibatan Najib.. Posted: 04 Nov 2012 05:02 AM PST Luka lama kini berdarah kembali.Umpama epik panjang opera klasik Cina, enam tahun lalu kini bakal terbongkar - satu demi satu!Itulah janji penyiasat persendirian yang diupah rakan baik perdana menteri, Najib Altantuya, Razak Baginda, P Balasubramaniam yang mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Najib Altantuya dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, Balasubramaniam yang kini bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau miliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa. Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semuanya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga sudah memperolehinya. Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya.Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat. Oleh itu, Balasubramaniam meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya yang dilantik dalam tempoh tujuh hari, jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku". Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.Altantuya mati dibunuh pada 19 Oktober 2006 di Puncak Alam, Selangor ketika misteri kematiannya dikaitkan dengan Najib Altantuya yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan semasa pembelian kapal selam kelas Scorpene dimulakan pada 2002. ~jp |
Lebih 10,000 Hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Seremban Posted: 04 Nov 2012 01:24 AM PDT SEREMBAN 3 Nov: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi, sekalipun hujan lebat mencurah-curah.Dalam padang berbecak, berbekal baju hujan atau payung – juga ada membiarkan diri, basah – mereka tidak berganjak demi mengikuti ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat. Jika 5,000 orang ada di lokasi itu sejak jam 4 petang dan setia menunggu ucapan pimpinan, jumlah itu lebih sekali ganda menjelang jam 10 malam.Kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ditunggui penuh sabar.Sementara itu, semangat mereka dihangatkan dengan bait-bait indah tapi tegas melalui puisi yang dideklamasi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berjudul 'Pelamin Kuasa'. Pidato pemimpin lain, antaranya Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tambah membakar semangat juang rakyat.Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abasi; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Ghani dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fok, turut berucap. Acara malam dimulai dengan ucapan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuang tuntutan royalti, anti-Lynas, membela peneroka, menuntut pilihan raya bersih dan adil dan membantah AES.Empat warna tema pada perhimpunan ialah kuning sebagai menyokong Bersih, Oren (Anak), merah (Royalti) dan hijau (anti-Lynas).Seperti biasa – gentar dek kebangkitan rakyat, cubaan mensabotaj program tetap berlaku tetapi gagal, namun ada kenderaan pengunjung dilapor dirosakkan samseng Umno. ~kd |
71% Pembaca Sinar Setuju Presiden PAS Bertanding Di Pekan, Umno Sudah Kecut Perut.. Posted: 03 Nov 2012 11:02 PM PDT Setelah hasrat Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di parlimen Pekan menentang presiden Umno yang juga perdana menteri, Najib Altantuya, direstui Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sokongan terus melonjak! Buktinya, setakat jam 1130 pagi tadi, sebanyak 71 peratus atau 592 pembaca yang mengundi dalam kajian yang dilakukan oleh akhbar Sinar Harian bersetuju ahli parlimen Marang itu bertanding menentang Najib Altantuya.Manakala cuma lapan peratus atau 67 pembaca akhbar dalam talian berbahasa Melayu itu merasakan tidak wajar bagi Abdul Hadi berbuat demikian. Selebihnya, 21 peratus atau 173 pembaca merasakan cadangan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.Seramai 832 pembaca mengundi dalam kajian tersebut.Ini sekaligus membayangkan pandangan rakyat terhadap cadangan yang disifatkan sebagai 'pertemuan antara buku dengan ruas' itu sangat diterima majoriti pembaca yang mahukan Hadi mewakili Pakatan Rakyat menentang presiden Umno yang tidak mempunyai mandat perdana menterinya sendiri sehingga ke hari ini. Untuk rekod, Najib Altantuya mengambil alih jawatan daripada bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009 setelah Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah politik tanah air sejak pilihanraya pertama diadakan pada 1955.Pakatan Rakyat menang 82 kerusi parlimen berbanding BN yang dinafikan majoriti dua pertiga buat pertama kali dalam sejarah dengan hanya memungut 140 kerusi, jauh dari prestasi lebih 190 kerusi ketika Abdullah mengadakan pilihanraya umum pada 2004. Tidak mustahil, impian Pakatan Rakyat untuk melantik Najib Altantuya menjadi duta besar Malaysia ke Mongolia tidak terlaksana sekiranya Abdul Hadi berjaya menewaskan Najib Altantuya di kubu kuatnya sendiri sejak 1986.Malah, dalam pilihanraya umum 1999, Najib Altantuya hampir tersungkur di laman sendiri apabila cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti paling tipis 241 undi, itu pun setelah tiga buah tong undi tiba-tiba datang kunun dari perkampungan Orang Asal pada saat-saat akhir. ~jp |
Rupanya Utusan Sorok Berita Penahanan Pengerusi PERKASA N. Sembilan Bersama Dr. Badrul Amin Posted: 03 Nov 2012 09:43 PM PDT Ketika penahanan Dr. Badrul Amin menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Ikhwan Global di Rawang ini telah diarahkan oleh JAIS. Namun ada kisah menarik sebaliknya, rupanya pengerusi Perkasa Negeri Sembilan di tahan bersama Dr. Badrul Amin. Utusan telah menggelapkan berita penahanan tersebut, apa motif di sebaliknya? Berikut luahan hati dari pengerusi Perkasa N. Sembilan di dalam blognya.. Salam ceria. Entah untuk ke berapa kali anjang sampai ke rumah agam GISB di Danga Bay ni. Sebelum Abuya pergi, kalau ke JB, di sinilah selalunya Abuya tinggal. Indahnya kenangan bersama Abuya. Ummu Miqdam pun pernah duduk sini, begayala. Bunglow! Saudara mara yang sangat pandang dunia memuji-muji rumah Ummu Miqdam, besar giler.
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan