shalehudin |
- Gambar asal Titanic langgar bongkah ais dilelong
- KESIAN: Kawan Rosmah neh ditekan hingga letak jawatan...
- PANAS: Anwar PAKSA warga Kudat berpanas...
- Mati hidup balik pun Utusan takkan ulas isu neh...
- Ini puncanya Ameno gelabah bewak...
- TERHOT!! BN Selangor lancar skim terbaru??
- Gua punya ikhlas buat perwakilan Ameno 2012
- TERHOT: Hakim Scorpene dah jumpak kunci...
- Foto PANAS dari Myanmar, apa makna semua neh...
Gambar asal Titanic langgar bongkah ais dilelong Posted: 28 Nov 2012 10:00 AM PST Gambar hiasan... Firma pelelong RRAuction of Amherst, dari New Hampshire dalam laman webnya hari ini berkata, bongkah ais setinggi menara itu dirakamkan menerusi imej hitem putih adalah mirip lakaran yang dibuat dua anak kapal selepas tragedi itu. Gambar berkenaan dirakam oleh W.F. Wood, kapten sebuah lagi kapal - Etonian - dua hari selepas kejadian yang menyayat hati itu. "Gambar itu menunjukkan bongkah ais yang amat tinggi dan membawa kemusnahan yang dahsyat," kata syarikat pelelong terbabit.Gambar asli itu dijangka dilelong antara AS$8,000 hingga AS$10,000 mulai 13 hingga 16 Disember ini. Titanic karam dalam pelayaran sulungnya dari Southampton, England ke New York, apabila kapal persiaran gergasi itu bertembung dengan bongkah ais padam alam 14 April 1912. Kapal itu karam kurang tiga jam selepas itu dengan mengorbankan 1,500 nyawa. - AFP |
KESIAN: Kawan Rosmah neh ditekan hingga letak jawatan... Posted: 28 Nov 2012 08:20 AM PST Deepak dakwa ditekan lembaga pengarah syarikatnya Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya, didakwa ekoran tekanan ke atasnya oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan. Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara yang diadakan bersama beberapa media termasuk Malaysiakini berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. "Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya. |
PANAS: Anwar PAKSA warga Kudat berpanas... Posted: 28 Nov 2012 05:40 AM PST (Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat) KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno. Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu. "Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah. Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan, Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam. |
Mati hidup balik pun Utusan takkan ulas isu neh... Posted: 28 Nov 2012 04:55 AM PST Nizar temu Pak Hashim, buruh paksa landasan maut. 25 November, Changkat Jering - DS Nizar bersama Pak Hashim bin Yaakub, buruh paksa landasan keretapi maut dekat Burma. Pak Hashim berada dekat sana 3 tahun 8 bulan 1942 - 46. Dengan diberi gaji tiga baht duit Siam. Masa jadi buruh paksa beliau masih berumur 26 tahun. Kaum keluarga telah pun buat tahlil kerana kehilangannya yang tidak dapat dikesan. Apabila kembali kekampung sebaik selesai Perang Dunia Kedua, kaum keluarga buat pula kenduri kesyukuran. Pak Hashim didakwa berumur 112 tahun. Perbezaan beliau dengan allahyarhamah isteri 10 tahun. Isteri beliau meninggal pada usia 92 tahun, sepuluh tahun dulu. DS Nizar menjelaskan kepada Pak Hashim Yaakub, kerajaan Jepun sudah bayar pampasan sebanyak RM207 bilion untuk mangsa. Kerajaan Indonesia pun sudah beri pada mangsa. DS Nizar juga menjelaskan jika pampasan ini diberi, mangsa boleh mendapat antara 2.5 juta hingga 3 juta ringgit. Sepuluh tahun dulu ramai mangsa masih hidup. DS Nizar berjanji kepada Pak Hashim Yaakub, beliau akan terus membela nasib mangsa dan waris buruh paksa keretapi maut Burma. DS Nizar mempersoal kenapa kerajaan BN tak mau jawab isu ini. "Mana pergi duit pampasan RM207 bilion ini? kata DS Nizar. Turut bertemu Pak Yaakub, TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad, S/U Fadhil Idris Kawasan dan Muhamad Tiang, AJK Pas Perak.~ Pakkaramu |
Ini puncanya Ameno gelabah bewak... Posted: 28 Nov 2012 12:51 AM PST Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Banggi, Datu Abdul Salam Datu Harun mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pagi tadi di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan pejabat parti itu di Kudat, Sabah. Datu Salam yang juga merupakan bekas ADUN Benggkoka menyatakan pendiriannya di hadapan lebih 6,000 hadirin seraya menyatakan 'negeri Sabah sudah merdeka tetapi rakyatnya belum merdeka!' Lawan Tetap Lawan. Turut berada semasa pengumuman tersebut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, pengerusi majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli majlis pimpinan negeri Ansari Abdullah dan pimpinan Pakatan Rakyat. Keluarga Datu Salam merupakan keluarga paling berpengaruh di Kudat dan kesan penyertaannya akan terus dapat dilihat apabila para penyokong dan ahli Umno yang kecewa dengan perjuangan parti itu akan menyertai KEADILAN sedikit masa lagi. Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan bahawa selama Sabah diperintah Barisan Nasional (BN) pembangunan yang dinikmati hanyalah dapat diperolehi oleh kroni yang rapat dengan pemimpin Umno sedangkan rakyat yang mengundi mereka terus terpinggir dari arus pembangunan hingga bekalan air paip bersih pun masih belum disiapkan. Justeru beliau menyeru penduduk Kudat agar segera sedar dari penipuan BN dan mengundi calon Pakatan Rakyat tanpa rasa ragu kerana merekalah yang akan berusaha mengubah nasib rakyat yang tidak pernah dilakukan pemimpin Umno selama ini. Anwar dalam ucapannya pula mengucapkan tahniah kepada Datu Salam kerana memilih perjuangan KEADILAN sebagai wadah baru bagi menyelamatkan Sabah dari terus terperosok dalam paras kemiskinan paling tinggi di negara ini. Sambil menempelak pembaziran yang dilakukan Umno dan BN, Anwar turut mengingatkan bahawa kali ini peluang Pakatan Rakyat sangat cerah menguasai Putrajaya sekaligus mengembalikan hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian 20 perkara semasa Sabah menyertai Malaysia 49 tahun lalu. Dengan perkembangan terbaru ini, Umno pasti akan merasa bahang kemaraan Pakatan Rakyat di utara negeri ini yang bersempadan dengan Filipina dalam pilihanraya umum akan datang. |
TERHOT!! BN Selangor lancar skim terbaru?? Posted: 27 Nov 2012 11:20 PM PST Tanah yang dibeli Adun-Adun BN adalah antara satu hingga tujuh ekar dengan harga cuma RM1 kaki persegi, lebih rendah dari nilai pasaran.SHAH ALAM: Pakatan Rakyat mencabar Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang menjelaskan bagaimana mereka boleh membeli tanah dengan harga yang tidak munasabah sewaktu Umno-Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa 23 bidang tanah dianggarkan bernilai RM20 juta dibeli Adun Umno-BN dengan harga cuma RM1 satu kaki persegi, saiz di antara satu hingga tujuh ekar, jauh lebih rendah dari harga pasaran. Ujar beliau, "Sebanyak 23 bidang tanah rakyat Selangor, meliputi pembinaan pusat komersial dan rumah kedai ini, 'disapu' oleh MIC, MCA dan Umno. Kami cabar mereka supaya menjelaskan isu tanah di beberapa daerah di Selangor. "Sebagai parti pemerintah ketika itu mereka diam-diam mohon tanah untuk kepentingan sendiri," katanya pada sidang media di lobi persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini. Ujarnya, sepanjang Pakatan mentadbir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membenarkan Adun atau mana-mana parti memohon untuk memiliki tanah di negeri ini. Ini jelas menunjukkan ketelusan yang ditonjolkan pentadbiran Pakatan di Selangor.- FMT |
Gua punya ikhlas buat perwakilan Ameno 2012 Posted: 27 Nov 2012 08:46 PM PST Selamat Bersidang, NFC 1Malaya.....!!!! Seandai para perwakilan lupa tanggung jawab sebenar/hakiki mereka ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bakal berlangsung secara rasmi mulai 27hb November 2012 hingga 1hb Disember 2012, maka menjadi tanggungjawab admin memberikan peringatan. Maklumlah... MELAYU MUDAH LUPA... Kalau tepuk pastikan kali ini kalau boleh kasi pecah dewan... Gelak terbahak-terbahak sambil menggilai apabila ada satu lawak bodoh dari salah perwakilan dipersembahkan. Ampulah setinggi bangunan PWTC segala ucapan Presiden UMNO, sebagai contoh, dengan menyatakan beliau adalah pemimpin terhebat pernah dilahirkan dinegara kita malahan nasihat dan pandangan beliau sungguh berwawasan jauh, dan kini sentiasa diburu oleh para pemimpin dunia untuk memohon dan mengemis segala pandangannya sama ada perhubungan antarabangsa, ekonomi maupun politik. Presiden UMNO pemimpin yang membawa tuah kepada negara dengan memiliki ciri keberanian yang amat luar biasa.. Amat digeruni pihak lawan dan disegani serta disanjung serta dipuja pihak kawan. Ucapan dasar dan perasmian sidang UMNO yang terhebat pernah diucapkan. Akhir sekali berikrarlah dengan suara yang kuat nyaring sambil bersumpah sanggup mati bermandikan darah sehingga hancur tulang dan lumat lunyai badan, mempertahankan UMNO, Najib, Rosmah, Melayu dan Islam. Banyak sudah contoh yang UMNO memang pejuang Melayu bersikap dan bersemangat sedemikian. Contoh terkini rakan paling baik, akrab dan disayangi UMNO, MCA terus gentar nak menghina, mencaci dan memaki hamun Islam dalam Persidangan Tahunan MCA baru-baru ini. Kepada para perwakilan... Selamat bertepuk tangan, selamat angguk-angguk kepala, selamat berketawa dan selamat ampu bodek... SALAM TEPUK 1MESIA, SALAM ANGGUK2 KEPALA 1MESIA, SALAM KETAWA 1MESIA, SALAM KETAWA 1MESIA, SALAM AMPU BODEK 1MESIA... HIDUP UMNO!!!!... HIDUP NAJIB!!!!!.. HIDUP ROSMAH!!!! |
TERHOT: Hakim Scorpene dah jumpak kunci... Posted: 27 Nov 2012 06:33 PM PST Sedikit pencerahan dari Hotel Changi, Singapore. Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene. Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin 'kunci' kepada kes Scorpene di Malaysia. "Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat," katanya.Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene. Apoline menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram. Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda. Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat. P/S : Hmmmm patutlah tak bagi peguam tu masuk Malaysia... |
Foto PANAS dari Myanmar, apa makna semua neh... Posted: 27 Nov 2012 05:52 PM PST |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan