Rabu, 28 November 2012

Addin

Addin


Gambar Ketua Pengarah JAKIM Hadiri Perhimpunan Agung Umno Tersebar..

Posted: 28 Nov 2012 02:21 PM PST


Cuba perhatikan di sebelah kiri Khairy Jamaluddin, dalam bulatan tu.. kalau ko orang nak tau itulah Ketua Pengarah JAKIM sekarang, Dato' Hj. Othman bin Mustapha.

Beliau hadir semasa ucapan amanat Presiden Umno sempena perhimpunan agong Umno semalam (27 Nov 2012).  

Yang menjadi persoalannya, beliau hadir atas kapasiti apa? Sebagai penjawat awam ke? Ataupun perwakilan?

Double standard apa yang di amalkan oleh Umno ni, kalau penjawat awam sokong parti pemerintah di benarkan walaupun hadir pada waktu bekerja.


Manakala, penjawat awam yang sokong Pakatan Rakyat di beri tekanan yang pelbagai termasuklah di buang kerja. Adakah ini amalan murni yang diterapkan daripada slogan "Rakyat Di Dahulukan"...


SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi (gambar).

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Katanya, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

"Jawi juga gagal memberi sebab yang munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam," katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.

Pada 15 September 2012, Qatrun Nada menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada 24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.

Notis yang diterima beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Qatrun Nada kemudiannya menghantar surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.

Sebelum itu, beliau juga menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lalu.

Dalam panggilan tersebut individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pada 22 Oktober, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau. Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.

Mohd Faris juga mengecam tindakan Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Insan menggesa pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.

"Tindakan Tatatertib itu juga penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit. ~selangorku

Tanpa disedari makin Umno menekan rakyat makin rakyat menolak mereka...

Addin :

Terima kasih buat sahabat, Abu Mutaqqin yang beri info..



Iklan C(ii)






Tembelang Hishamuddin Hussein Terbongkar..

Posted: 28 Nov 2012 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan (gambar) menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan. Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

"Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekarang, siapa yang kawal sekarang?" soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

"Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

"Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan."

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

"Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

"Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

"Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) "Saya arahkan polis buat itu... buat ini," jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

"(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

"Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

"Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya," gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

"Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.~tmi




Iklan C(ii)




Gempar!! Ahli Parlimen BN Nyaris Kena Baling Batu Nisan

Posted: 28 Nov 2012 06:13 AM PST


Heboh dan menjadi mulut penduduk di sekitar Air Molek, Melaka apabila seorang ahli parlimen dari Johor yang datang berceramah disitu Ahad lepas dimalukan dengan "hadiah" berupa sebatang batu nisan dari seorang lelaki diatas pentas ceramah.

Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek. Menurut penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.

Menurut penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang seolah-olah baru dicabut.

Ahli parlimen yang terkenal dengan sikap lantang dan merupakan ayam tambatan bagi UMNO/BN diparlimen tersebut tergamam dan terus berhenti ceramah seketika apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa beliau datang kesini dan kemudiannya lelaki tersebut terus menghempas batu nisan di depan ahli parlimen tersebut dihadapan ratusan penyokong-penyokong UMNO/BN.

Kejadian itu turut disaksikan oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos dan oleh ratusan penyokong-penyokong UMNO yang lain, yang belum pernah berlaku dalam sejarah di Melaka ini. Tiada sesiapa mengenali lelaki terbabit, mungkin juga cucu-cicit Hang Jebat yang ingin memberi amaran supaya jangan makan sembarang makan.

Tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut menghempaskan batu nisan, dihadapan Ahli Parlimen Seri Gading, Muhammad Aziz.

Mungkin juga rakyat sudah jelek mendengar pembohongan-demi pembohngan UMNO sedangkan kehidupan harian rakyat bawahan semakin tertekan dibawah pemerintahan UMNO/BN.

Mungkin batu nisan itu simbolik bahawa sudah sudah sampai masanya UMNO dikuburkan setelah 55 tahun memerintah.

Lelaki tersebut tidak dikenali tersebut telah dibawa oleh polis untuk disoal siasat. Harian Metro ada mengeluarkan berita tersebut semalam di ahkbarnya.

Di tapak inilah Ahli Parlimen tersebut "dihadiahkan" batu nisan


~yusufwahab.blogspot.com



Iklan C(ii)




Musa Aman Lebih Baik Dari Anwar Ibrahim

Posted: 28 Nov 2012 02:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Sabah masih menjadi kubu dan simpanan tetap bagi Umno dalam pilihan raya umum ke 13. Demikian kata beberapa ahli Umno bahagian Tawau, Sabah yang ditemui di perhimpunan agung parti itu di PWTC hari ini.

Mereka menolak kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu. "Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri) lebih dari Anwar. Kami orang Sabah tidak mahu Anwar.

"Rakyat Sabah tidak ada masalah dengan Datuk Seri Musa," kata Duruse Mohamadi ketua Umno cawangan Ladang Timun di Kunak. Beliau menambah, kebanyakan orang Sabah tidak percaya kepada Anwar.

"Anwar datang Sabah, orang tidak pergi ceramahnya. Orang dia ajak yang pergi, kata Duruse yang berusia 70 tahun.

Manakala Munir Jorong juga dari Kunak berkata, satu hari nanti beliau berharap seorang lagi pemimpin Sabah iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri.

"Bagus kalau orang kita, orang Semporna jadi Ketua Menteri. "Bagus. Saya suka," kata Munir sambil tersenyum.

Mohd Shafie merupakan Timbalan Pengerusi Umno Sabah dan ahli Parlimen Semporna. Di peringkat Pusat belau merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. ~fmt

Addin:

Tunggu pru 13 nanti.. adakah rakyat Sabah masih setia dengan Umno BN..





Iklan C(ii)




Hakim Perancis Akan Teliti Rekod Pembunuhan Altantuya

Posted: 28 Nov 2012 12:19 AM PST

SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.

Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin 'kunci' kepada kes Scorpene di Malaysia.

"Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat," katanya.

Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.

Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.

Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.

Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram. ~kd



Iklan C(ii)




Kes Menteri Rogol Amah Di Lapor Ke SPRM

Posted: 27 Nov 2012 11:54 PM PST

KUALA LUMPUR 28 November: Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut.

"Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia. Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini.

"Jingga 13 merasakan kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi negara," katanya ketika dihubungi.

22 November lalu, Jingga 13 menyerahkan laporan permohonan penyiasatan kes itu dan tindakan undang-undang kepada Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Ampang.

Laporan itu diterima kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk pihak berkuasa Indonesia membuka siasatan.

Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar mengesahkan perkara itu.

Menurut Fariz, pihaknya mengesyaki ugutan terhadap Robengah hingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam.

"Robengah sendiri menyatakan beliau diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau daripada membicarakan perkara ini," tegas Fariz.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa bekas majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. ~kd



Iklan C(ii)




Umno Betul-Betul Tegakkan Syiar Islam.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 27 Nov 2012 10:52 PM PST


Mula-mula korang baca laporan dari BERNAMA ini dulu pasal UMNO menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini..

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012  menyediakan wadah bagi parti memperkukuh usaha memartabat syiar Islam yang diperjuangkan Umno sejak sekian lama sehingga Malaysia menjadi negara Islam teladan.

Perhimpunan yang berlangsung sehingga 1 Dis ini, dan bermula dengan persidangan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno hari ini, bukan sahaja suatu kelangsungan kepada politik dan masa depan orang Melayu, tetapi juga Islam sebagai agama persekutuan.

Tanpa menggunakan label Islam pada namanya, Umno dengan penuh bijaksana memperkukuh syiar Islam dalam serba kesederhanaan pada ketika penganut ajaran lain turut mengamalkan agama masing-masing dengan selesa.

Namun mungkin kerana cemburu dan takut atas hakikat kejayaan Umno itu, ada percubaan pembangkang yang menggunakan label Islam, untuk menidakkan keIslaman Umno pada ketika parti pembangkang itu sendiri gagal berbuat apa-apa untuk Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya berkata Islam terbina atas lima perkara; mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji.

"Umno adalah pelopor yang jelas bagi lima perkara itu dalam negara kita.  Kerajaan yang diterajui Umno telah mewujudkan badan-badan yang memantau soal akidah berteraskan syahadah.

"Bagi rukun Islam kedua, solat, kerajaan menyediakan banyak masjid dan surau dan kita boleh bersolat secara terbuka, tanpa halangan dan gangguan," katanya kepada Bernama di sini.

Fathul Bari berkata dalam rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa, kerajaan menerusi badan-badan tertentu bukan sahaja menguatkuasakan larangan makan minum secara terbuka dalam kalangan orang Islam, malah membudayakan solat tarawih.

"Bagi Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, pengurusan baitulmal di negara ini antara yang cemerlang di dunia. Begitu juga bagi Rukun Islam yang kelima iaitu haji, kita mempunyai badan (Tabung Haji)yang begitu berjaya dalam menguruskan soal jemaah haji ke Makkah dan diiktiraf terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata memandangkan lima asas itu telah didukung kepimpinan Umno, maka dakwaan pihak tertentu kononnya Umno tidak memperjuang Islam adalah karut semata-mata.

"Dari segi dasar, Umno adalah parti yang menegak, mempertahan dan mengembangkan agama Islam di negara ini. Tiada pihak yang waras yang akan menafikannya," katanya.

Sementara itu Naib Ketua Umno bahagian Kuantan, Datuk Shafik Fauzan Shariff berkata Umno yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dalam Perlembagaan.

Shafik Fauzan yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Pahang berkata hasil perjuangan Umno selama inilah juga, orang Melayu dan agama Islam tidak boleh dipisahkan

"Jelas dalam Perlembagaan, Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu, ini adalah hasil perjuangan Umno," katanya.

Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Suffian Awang berkata Umno sejak dahulu, kini dan selamanya akan terus memperjuang syiar Islam.

"Dalam konteks yang lebih luas, kerajaan di bawah kepimpinan Umno telah melaksanakan pelbagai dasar dan program dalam usaha memartabat Islam di negara ini.

"Contohnya, di Malaysia, kita melaksanakan perbankan Islam, kita menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, kita ialah pelopor industri makanan halal dan berusaha memberi keyakinan kepada umat Islam mengenai pengesahan halal pada pelbagai aspek.

"Tidakkah Umno juga yang mengembangkan syiar Islam dan memajukan ekonomi umat Islam? Umno adalah parti yang menggunakan politik untuk mengukuhkan syiar Islam, sebaliknya parti pembangkang menggunakan Islam untuk meraih keuntungan politik," katanya. ~bernama.

Kata mereka UMNO memartabatkan Islam, UMNO menegakkan syiar Islam dan berbagai lagi lah..

Tapi di pentas yang sama, di lokasi yang sama, di bangunan yang sama, di depan orang yang sama mereka terlibat pula dalam event kat bawah ni...



~asd


Iklan C(ii)





Pulau Misteri.. Ada Di Google Map Tapi Tidak Di Jumpai

Posted: 27 Nov 2012 08:15 PM PST

GAMBAR bertarikh 22 November lalu menunjukkan kewujudan Pulau Sandy (dalam bulatan) di peta Google di internet.
SYDNEY – Beberapa saintis Australia gagal menemui Pulau Sandy yang didakwa kewujudannya dalam beberapa peta dunia dan menerusi enjin carian peta Google.

Pulau tersebut terletak di Laut Coral, barat Pulau Australia tetapi kumpulan saintis yang dianggotai Dr. Maria Seton dari Universiti Sydney gagal menemuinya selepas melakukan misi untuk mencarinya dengan menggunakan sebuah kapal.

Menurut Seton, atlas The Times Atlas of the World menamakan pulau tersebut sebagai Pulau Sable. Peta cuaca yang digunakan sebuah kapal penyelidikan maritim Australia, Southern Surveyor turut menyatakan kewujudannya.

"Kami mahu memeriksa kewujudannya kerana carta pelayaran di atas kapal menyatakan air di kawasan pulau tersebut sedalam 1,400 meter yang dianggap 'amat dalam'.

"Pulau tersebut juga terdapat dalam peta Google dan lain-lain peta menyebabkan kami mahu memeriksa (kewujudannya) namun, tiada pulau di kawasan itu.

"Kami amat bingung," kata Seton selepas misi pelayaran selama 25 hari itu. ~agensi




Iklan C(ii)





Gambar Pengundi Hantu?

Posted: 27 Nov 2012 07:03 PM PST


Gambar ni dikatakan di ambil di Bago, Myanmar dari teman fb. Gambar dacing di mana-mana.. Mungkin gambar dacing cukup popular di gunakan oleh mana-mana parti politik di seluruh dunia.

Adakah ini pengundi hantu? Ada sesiapa boleh terjemahkan tentang gambar ni?


Gambar ~fb


Iklan C(ii)





Skandal Scorpene ‘Bapak’ Segala Jenayah Di Malaysia

Posted: 27 Nov 2012 05:35 PM PST

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis adalah 'bapak' kepada semua kes jenayah di Malaysia.

Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kes itu melibatkan Kerajaan Malaysia, rasuah, pembunuhan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan oleh kerana itu rakyat perlu tahu mengenainya.

"Rakyat perlu tahu kerajaan bazirkan RM5 bilion, itu belum termasuk kos-kos lain yang tidak diambil kira, semua menjadikannya lebih RM7 bilion dalam urusniaga pembelian Scorpene ," katanya.

"Sebab itu pelbagai usaha kita buat agar rakyat celik tentang isu ini, termasuk membawa masuk peguam dari Perancis ke Parlimen, namun akhirnya dihalang kerajaan," jelasnya kepada kepada Keadilan Daily dalam program tayangan secara langsung taklimat Scorpene yang dibawakan oleh SAMM di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) tengahari tadi.

Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Changi Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu berlangsung dua jam.

SAMM dan kerjasama dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini komited memberi pendedahan berhubung kes itu kepada masyarakat pedalaman dengan mengadakan ceramah dan jelajah.

"Puak-puak Umno kemudian membuat pelbagai cerita kononnya tidak ada perbicaraan tentang kes itu di Perancis. Tapi bila kita nak bawa masuk (peguam) untuk jelaskan, mereka (kerajaan) takut pula nak bagi (masuk)," kata beliau.

Sehubungan itu, menurutnya, SAMM akan melancarkan buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' pada bulan depan.

"Dalam buku tersebut ada semua dokumen lengkap dan telah disahkan mengenai pembelian kapal selam itu.

"Jadi komitmen kita ialah turun kepada rakyat dan memudahkan pemahaman mereka," jelas Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu. ~kd



Iklan C(ii)



Tiada ulasan: