shalehudin |
- Ratu cantik ditembak mati...
- Soklan cepumas, Ameno kian cemas... Jeng, jeng, jeng
- LAGI warga asing rogol dan bunuh gadis bawah umur tempatan
- PANAS: Deepak dakwa senior Wanita Umno tipu dia, mampuih Umno kali neh...
- Kisah anak abah yang hatinya dah patah... kahkahkah...
- MP Ameno mengamuk? Tak ganas langsung... kahkahkah...
- Lagi sorang macai Ameno tersembam makan tanah
- FAKTA yang buatkan makcik Felda pun geleng kepala...
- SEMPOI: Kamera AES kena selimut... hihi...
- Siapa KAFIRkan siapa neh...
Posted: 27 Nov 2012 11:00 AM PST Ratu Cantik ditembak mati edar dadah di Mexico CULIACAN (Mexico): Seorang ratu cantik di Mexico maut ketika melarikan diri daripada pertembungan antara tentera dengan satu kumpulan pengedar dadah ketika dalam perjalanan di utara negara itu, semalam. Ketua Pendawaraya negeri Sinaloa, Marco Antonio Higuera, berkata mayat mangsa, Maria Susana Flores Gamez ditemui terbujur di tepi jalan raya sebuah perkampungan di pinggir gunung dengan satu rifel di badannya. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Flores Gamez mengguna atau memiliki senjata api berkenaan. "Dia bersama kumpulan penjenayah berkenaan tapi kita tidak dapat mengesahkan sama ada dia terbabit dalam pertempuran dengan anggota tentera berkenaan," katanya.Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu. Higuera berkata, Flores Gamez dikatakan sedang dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan tentera sebelum berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak menembak sehingga beberapa jam. Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juga mati ditembak manakala empat yang lain ditangkap. - AP |
Soklan cepumas, Ameno kian cemas... Jeng, jeng, jeng Posted: 27 Nov 2012 08:00 AM PST JENG JENG JENG - RAHSIA NAJIB RAZAK TERBONGENG BOLEH KAH NAJIB TERUS MENJADI PM MALAYSIA MASANYA TELAH SAMPAI UNTUK MUHYIDDIN MENGGANTIKAN NAJIB KOMENTAR TUKAR TIUB akhir nya sampai juga mereka tak dapat masuk ke kuala lumpur mereka ke singapura yang penting untuk diketahui: 1 - siapa lelaki ke tiga 2 - apa peranan altanuya 3 - siapa dia aminah abdullah? 4 - siapa dapat passport malaysia? BAGAIMANA DUIT DIBAYAR - syarikat siapa? - alamatt di mana? - siapa tuan yang ambuil duit? APA PERANAN NAJIB - di mana mereka berjumpa? - kenapa altantuya di bunuh? - siapa ayah anak altantuya? SEMUA INI DALAM TANGAN PEGUAM PERANCHIS - termasuk gambar najib dabn altantuya - termasuk bil makan dlam restoran - termasuk bil hotel DUA EKOR MALAON BANGANG (Oleh Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 26 November: Taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham akan diadakan esok di Singapura, menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. "Mereka tidak ke Malaysia. Taklimat akan dibuat di Singapura," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini. "Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat," tambah Ahli Parlimen Batu itu.Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel. "Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok," katanya kepada Keadilan Daily.Ditanya mengapa tidak dibuat di Malaysia, Cynthia berkata, kemasukan peguam terbabit dihalang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.- Bro TT |
LAGI warga asing rogol dan bunuh gadis bawah umur tempatan Posted: 27 Nov 2012 07:11 AM PST NI LA BAHANANYA BILA KITA PERCAYA SANGAT PADA BANGSA ASING SAMPAI SANGGUP BAGI IC PERCUMA KAT DIAORANG, KERAKYATAN PERCUMA SAMPAI RAKYAT SENDIRI JADI MANGSA.... INI KALILAH... Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada 1 pm pada hari kelmarin 26.11.2012... Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa. Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai. Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai-kedai lain yang menawarkan kerja kosong). Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok. Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati. Sumber daripada individu yang boleh dipercayai. p/s: Saya berasa amat sedih, terkilan dan sakit hati dengan kejadian ini. Saya menyeru kepada kerajaan Sabah dan Malaysia umumnya untuk menhadkan kemasukan orang asing khususnya dari negara Pakistan ke negeri ini. Pernyataan yang mengatakan "warga asing tidak mengugat keselamatan orang Sabah" adalah amat tidak benar sama sekali. Buktinya sudah jelas lagi bersuluh dengan kejadian ini dan banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan warga asing. Saya tidak mengatakan semua orang asing itu jahat dan kejam jauh sekali penjenayah namun hakikatnya kemasukan mereka sedikit-sebanyak telah membawa kesan buruk dari segi keselamatan. Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari. Dalam kejadian ini seorang saksi nampak magsa di humban dari sebuah lori.Lokasi simpang 3 depan jalan meghala ke SK Ranau-Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu. Sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga bolehlah membuat pengecaman di Balai Polis Kota Marudu. kredit pos gambar dan info : John Charles Mitah |
PANAS: Deepak dakwa senior Wanita Umno tipu dia, mampuih Umno kali neh... Posted: 27 Nov 2012 06:10 AM PST Carpet dealer says Wanita Umno leader cheated him in land deal KUALA LUMPUR, Nov 27 — Controversial businessman Deepak Jaikishan has dropped a bombshell on the eve of the annual Umno general assembly alleging that a senior Wanita Umno politician had cheated him out of millions in a land deal. Deepak, who deals in carpets, said he had agreed to buy three parcels of land in 2007 for RM13 million with a RM72 million bank guarantee for a land bond from the Wanita Umno leader, who was awarded a RM100 million privatisation deal for the development of the defence research centre called Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS). But she had sold one parcel for RM2 million in cash and a RM16 million overdraft facility in a "joint-venture" with another company specialising in plasticware, prompting the carpet dealer to put a caveat on the land in Bukit Raja and lodge a police report last July. "This is my land... I want to develop it," Deepak told The Malaysian Insider, hours after he spoke to several other news portals about the matter.The Malaysian Insider contacted the Wanita Umno leader but she did not respond to the calls. The 40-year-old businessman (picture) said he has written to government leaders and officials about the matter but has yet to receive a response. The police have also been dragging their feet, he added. "We want her to sign over the power of attorney for the land... but she hasn't," Deepak said.In his police report dated July 9, 2012 at the Pudu police station, Deepak said the Wanita Umno leader and her company had committed a criminal breach of trust by not handing over the land titles to him and also selling his land to another party. He said his company Astacanggih Sdn Bhd had signed a deal on May 16, 2007 to buy the three parcels of land measuring 89.281 acres, 88.629 acres and 45.420 acres from Awan Megah (M) Sdn Bhd, which was given the privatisation deal on June 8, 2005. But Deepak said he never got the land or the title deeds, and had filed a lawsuit in December 2011 against the Wanita Umno leader, Awan Megah, the Selangor Land and Mines Office and the Ministry of Defence to get what was due to him. He also found out last July that Awan Megah has signed a "joint-venture agreement" with Guppyunip Sdn Bhd on July 9, 2010 to develop one of the parcels he had bought. "I am unsure if she has sold the same piece of land to others too," he said, adding he hoped the police would get to the bottom of the case.- TMI |
Kisah anak abah yang hatinya dah patah... kahkahkah... Posted: 27 Nov 2012 02:45 AM PST Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengetepikan perintah berhubung pembelaan beliau dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Datuk Hue Siew Kheng, yang membuat keputusan itu dalam kamar, menolak permohonan Khairy dengan kos RM30,000. Di luar mahkamah, peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar berkata, dalam keputusannya, mahkamah berpendapat afidavit Khairy tidak mempunyai merit. Beliau berkata, mahkamah juga berpendapat Khairy mengambil mudah prosiding pada 13 Ogos dan menetapkan 26 Dis untuk perbicaraan kes saman itu. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy, pula berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dan permohonan penangguhan prosiding bicara. - Bernama |
MP Ameno mengamuk? Tak ganas langsung... kahkahkah... Posted: 27 Nov 2012 02:05 AM PST Gila beb.... Jasa Umno memerdekakan negara memang tak terkira... Kalau tak dak Umno, rakyat semua pakai daun.... Tak pakai kain baju.... Sultan-sultan dulu pun beli kain dengan Umno gak derrr... Ini bukan macai tepi jalan yang cakap beb... ni YB yang cakap.... YB!!! Lebih parah ianya dari YB Umno... Kahkahkah... |
Lagi sorang macai Ameno tersembam makan tanah Posted: 27 Nov 2012 12:14 AM PST Fitnah: Mahkamah arah blogger bayar ganti rugi KOTA BHARU: Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya. Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk "Husam: A moral for PAS delegates" diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif. Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian. Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog anotherbrickinwall Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, "Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik. "Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti." Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS. |
FAKTA yang buatkan makcik Felda pun geleng kepala... Posted: 26 Nov 2012 08:44 PM PST Kamera AES & Peluru Berpandu... Harga sebuah Roket Al-Qassam Hamas: USD 800 (RM 2,500) Harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis: USD 50,000 (RM 160,000) Hari pertama Hamas balas serangan Yahudi Zionis, sebanyak 225 buah Roket Al-Qassam dilancarkan & hanya 90 buah SAHAJA Roket Al-Qassam berjaya ditangkis oleh Iron Dome sehinggakan para Yahudi Zionis di Tel Aviv terpaksa menyembunyikan diri mereka dibawah tanah selama seminggu. Tak da la hebat sangat pun Yahudi Zionis ni... ***Kerajaan Malaysia lagi hebat... Beli "kamera AES" dengan harga yang JAUH LEBIH MAHAL dari Iron Dome... "Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit manakala bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit".Hebat kan...??? |
SEMPOI: Kamera AES kena selimut... hihi... Posted: 26 Nov 2012 06:45 PM PST Isu kamera AES kini semakin hangat diperkatakan sejak ia dipasang di beberapa buah negeri. Tidak cukup itu lagi, kamera AES juga turut dijadikan bahan lawak oleh kumpulan Mamu ketika berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2012 malam semalam. Namun ada satu cerita menarik yang aku nak paparkan kepada anda. Terdapat dua keping gambar yang menunjukkan kamera AES telah 'diselimutkan' di dua lokasi berasingan. Boleh lihat gambar di bawah ini. Ini lokasi dari jalan Teluk Intan – Bidor. Kamera ini telah diselimutkan. So tak boleh nak flash lagi. Manakala gambar kedua : Ini lokasi yang di ambil di di Jalan Persekutuan Tapah-Kampar berhampiran Temoh, Perak. Kamera ini juga telah diselimutkan. Dan kemungkinan besar kamera-kamera AES di seluruh Malaysia akan terus diselimutkan bagi melindungi kepentingan dan keselamatan poket pengguna jalanraya khususnya di Perak. Sejujurnya ini tindakan protes paling cerdik. Aku puji. Kita takyah rosakkan AES. Rosakkan AES last2 kena keluar duit kita balik untuk ganti apa bagai. Cukup tutup or cover pancaran flash dorang dari terus memlash. Apa punya bahasa da? Pening aku melayukan english. Sumber : Ameno |
Posted: 26 Nov 2012 03:45 PM PST Siapa yang kafirkan siapa neh... Masyaallah... Mangkuk hayun mana la yang Umno pi ambik jadi cybertrooper neh... Berbahas diperingkat tak pakai otak... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan