"BERANI KERANA BENAR!" |
Untuk Anak Gadis Islam Yang Masih Suka Seksi Posted: 27 Nov 2012 06:17 AM PST Mengapa Wanita Islam perlu memakai hijaab? Seorang anak gadis bijak lagi beriman yang memahami kepentingan hijaab akan berkata seperti ini, "Kami menutup aurat kerana mahu mengelak kaum lelaki melihat kami sebagai objek seks semata-mata, seperti lumrah dilakukan. Kami mahu mereka mengabaikan penampilan kami dan memberikan perhatian kepada personaliti cemerlang kami. Kami mahu mereka serius dan melayan kami sebagai sama taraf dan tidak mahu mereka menyukai kami hanya kerana bentuk badan dan penampilan fizikal yang dianugerah Allah sebagai satu daya tarikan, kerana lama kelamaan ia akan mula menyusut." Umat Islam perlu memakai hijab kerana Allah (swt) yang mewajibkannya. Islam mempunyai dua sumber panduan. Sumber pertama dan yang paling penting adalah Al-Quran, iatu wahyu yang diturunkan Allah (swt). Kemudiannya Hadis yang merupakan kata-kata dan perbuatan Nabi Muhammad (saw) yang telah dipilih oleh Allah (swt) untuk menjadi model kehidupan bagi manusia. Berikut adalah dua petikan dari Al-Quran yang mewajibkan perintah hijaab. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran 33:59) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Al-Quran 24:30-31) Apakah Hijaab? Perkataan itu berasal dari perkataan arab "hajaba" bermaksud untuk menyembunyikan atau menyembunyikan dari pandangan. Hijaab meliputi kepala dan badan wanita kecuali muka dan tapak tangan. Siapakah yang di wajib memakainya? Semua muslimat dewasa wajib memakai hijaab yang sesuai. Salah satu hadis berkaitan hijaab diriwayat oleh Abu Daud: "Aisyah (rha) menceritakan bahawa Asmaa binti Abu Bakar (ra) datang kepada Rasulullah (saw) ketika memakai pakaian nipis. Dia mendekati beliau dan berkata: 'Wahai Asmaa, apabila seorang gadis mencapai umur haid, adalah tidak wajar kekal terdedah kecuali ini dan ini. Dia menunjuk kepada muka dan tangan. " Apa yang wanita Islam dapat apabila berpakaian seperti itu? Dengan menutupi kecantikan, wanita dinilai berdasarkan kepintaran dan kemahiran bukannya penampilan dan daya tarik seks. Ramai wanita yang berhijaab dipenuhi dengan maruah dan harga diri dan gembira untuk dikenal pasti sebagai seorang wanita Islam. Dengan memakai tudung wanita menyembunyikan daya tarik seks tetapi membenarkan keupayaan kewanitaan mereka bersinar. Selain daripada itu, ia disukai Allah dan sebagai balasannya kita mendapat berkat daripada memakainya. Apakah "kod berpakaian"? Islam tidak mempunyai standard tetap kepada gaya pakaian atau jenis pakaian yang orang Islam mesti memakai. Walau bagaimanapun, beberapa keperluan mesti dipenuhi. Ini termasuk: Badan mesti dilindungi Pakaian Longgar: Mesti cukup longgar supaya tidak menggambarkan bentuk badan. Tebal pakaian: Mesti cukup tebal untuk menyembunyikan bentuk badan dan warna kulit. Kesederhanaan: Tidak telalu berfesyen atau penuh hiasan. Ia harus bersih dan bermaruah. Kesesuaian: Hadis riwayat Bukhari "Ibn Abbas meriwayatkan: 'Rasulullah (saw) mengutuk lelaki yang kelihatan seperti wanita dan wanita yang kelihatan seperti lelaki." Apakah cukup dengan berhijab maka seorang wanita Islam itu sempurna? Tidak!. Pakaian menutup aurat hanyalah salah satu aspek dalam dalam cara hidup Islam. Selain itu ia juga merangkumi tingkah laku, cara pertuturan, keilmuan dunia serta akhirat. Ringkasnya kesempurnaan seseorang wanita ialah apabila ia memahami dan mengamalkan seluruh cara hidup Islam dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Hijab hanyalah permulaan kepada langkah menuju kesempurnaan dan kemuliaan sebagai wanita beriman. Tidakkah berhijaab akan menghalang kerjaya? Sebenarnya memakai hijab tidak menghalang aktiviti, tidak mengganggu ketika bekerja, tidak mengganggu orang lain, malah akan dihormati (jika tidak diburuk oleh perwatakan lain). Wanita Islam perlu memakai hijaab untuk menunjukkan identiti sebagai orang Islam. Lebih penting lagi, wanita Islam memakai hijaab untuk menunjukkan kasih sayang dan perhambaan kita kepada Allah SWT dalam mentaati perintahNya. Terjemahan dan penambahan dari sebuah artikel mengenai HijaabJADIKANLAH MASALAH HIJAAB SEBAGAI SALAH SATU TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH SETIAP KELUARGA ISLAM DAN GERAKAN ISLAM, KERANA SOAL PENDEDAHAN AURAT WANITA DAN PANAHAN MATA LELAKI ADALAH SEPERTI MINYAK DAN API. SALAH PENGUNAANNYA AKAN MEMBAKAR HANGUS APA SAHAJA YANG ADA TANPA BELAS KASIHAN! http://arisawang.blogspot.com/ |
Dakwah menerusi Facebook sesuai ikut zaman Posted: 27 Nov 2012 06:15 AM PST |
You are subscribed to email updates from "BERANI KERANA BENAR!" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan