Isnin, 26 November 2012

shalehudin

shalehudin


Pakai mampuih keraih la Najib nak jawab...

Posted: 26 Nov 2012 08:00 AM PST

Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran

KOTA BHARU: Para wartawan diminta bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapakah orang yang bernama Deepak (Jaikishan) dan Kenneth Eswaran jika benar beliau perjuangkan Melayu.
"Kalau dia pemimpin Melayu, dia kena terang siapakah dua manusia yang mengelilingi kehidupan beliau," kata Dr Hairudin Abdul Malik, perwakilan Tambun.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibentangkan oleh PAS Pusat berhubung dengan pengkhianatan parti itu kepada orang Melayu ketika bercakap Pakatan akan mengkhianati Melayu jika menang nanti.

Siasatan Harakahdaily melalui Google mendapati, kedua-dua nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Najib khasnya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Deepak (gambar) dalam satu sidang medianya memberitahu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor umpama kakak kepada beliau.
"Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja.
"Dia seorang yang baik. Jika anda mengenal dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.
Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu."
"Daripada itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan).
"Kadang kala kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.
"Kadang kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.
Datuk Kenneth Eswaran (gambar) pula adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak dalam urusan pribadinya termasuk menghubungkannya dengan bomoh dari India.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, K Eswaran juga sorang ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd.

Syarikat ini akan membelanjakan sehingga RM2 bilion dan akan melancarkan Asian Broadcasting Network Sdn Bhd, jenama TV berbayar baru.
"Dia mendapat semua ini kerana hubungannya dengan keluarga Najib khasnya 'wanita pertama', Rosmah mansor," kata satu sumber kepada laman web itu.


Fuyoo!! Bangsa Ameno mesti berbangga giler ngan mamat neh...

Posted: 26 Nov 2012 06:30 AM PST

Maybank sahkan Bekir belanja RM780,000

Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank mengesahkan bahawa anak lelaki ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan lebih tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.

Pegawai berkenaan, Musinah Manap, 47, dari Menara Maybank Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang kad caj American Express Platinum dengan nombor 3762-490572-25004 yang tidak ditetapkan had perbelanjaan.
"Alamat bil adalah pejabat beliau di Menara Titanium, Brighton Square, Kuching. Ini adalah bil daripada janaan komputer untuk bulan Januari sehingga Jun 2012," katanya.

"Sepanjang pengetahuan saya, bil yang dikeluarkan oleh bank adalah betul dan rekod saya menunjukkan tiada pertikaian oleh pemegang kepada urusniaga," kata Musinah kepada mahkamah.
Selain itu, Musinah (kanan) juga berkata, bukan keganjilan bagi sesebuah bank untuk mengeluarkan kad caj tanpa had penggunaan.

Musinah seterusnya membacakan jumlah yang ditanggung Mahmud Abu Bekir sepanjang tempoh berkenaan, yang digariskan bekas isteri lelaki berkenaan, Shahnaz Abdul Majid semasa pendengaran sebelum ini.

Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.

Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis.- Malaysiakini


PENGECUT mana yang arahkan speaker buat camni

Posted: 26 Nov 2012 04:39 AM PST

Speaker halang, taklimat Scorpene di Singapura esok

Taklimat kes Scorpene untuk ahli Parlimen yang diusahakan Pakatan Rakyat akhirnya akan diadakan di negara jiran Singapura pada jam 12 tengahari esok.


Naib Presiden PKR Tian Chua berkata keputusan itu diambil kerana Speaker Dewan Rakyat enggan memberikan kebenaran untuk taklimat di Parlimen, antaranya dengan alasan bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Justeru, sesi taklimat itu akan dibuat di Hotel Changi Village, Singapura selama dua jam oleh rakan kongsi William Bourdon, Apoline Cagnate, tambah ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang turut serta dalam sidang media.

Tian dan Sivarasa dalam sidang media itu turut mengedarkan surat daripada Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak permohonan daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat berkenaan.

Pandikar Amin memberikan alasan, isu Scorpene itu merupakan "perkara yang masih lagi dalam siasatan serta pertimbangan pihak berkuasa berkenaan".

Dalam surat tersebut, beliau turut menyatakan bahawa BNBBC membuat bantahan "demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara".

Suratnya itu turut menjelaskan kepada MP PKR Machang Saifuddin Nasution bahawa penjelasan ke atas kes berkenaan masih dianggap sebagai tuduhan.
"Kalau pun seperti dijelaskan YB Machang ada bukti-bukti terbaru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli parlimen, pada hemat saya ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat dan berunsur politik yang bukan bipartisan," surat itu dipetik.
Menurut Tian Chua, beliau sebelum ini meminta komitmen Kementerian Dalam Negeri agar dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa halangan.

Katanya, beliau kemudiannya mendapat jawapan daripada Jabatan Imigresen bahawa peguam itu akan tetap tertakluk kepada undang-undang imigresen Malaysia.
"Kita juga tulis surat kepada menteri dalam negeri supaya dapat jaminan peguam Perancis boleh masuk dan beri taklimat.
"Menteri dalam negeri tidak ingin menjamin keselamatan kemasukan peguam Perancis," katanya.
Beliau juga merancang untuk membuat siaran langsung sesi taklimat berkenaan, esok.- Malaysiakini


Najib kencing tak lawas selagi benda neh masih tertegak... kahkahkah...

Posted: 26 Nov 2012 02:50 AM PST

Terbaek!!!
Inilah billboard gambar DS Anwar Ibrahim di km 383.4 arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan selepas kawasan hentian (R&R) Behrang. Satu usaha serta idea yang baik.

Pemasangan billborad seperti ini cukup berkesan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang manifesto serta hala tuju Pakatan Rakyat. Ini juga merupakan satu alternatif baru.

Kita sedia maklum oleh kerana ruang yang terhad untuk Pakatan Rakyat memberi penerangan segala isu atau maklumat di media masa negara ini maka billboard ini merupakan satu cara yang berkesan untuk menyampai maklumat kepada rakyat.

Diharap perbanyakkan lagi billbord seperti ini terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat biar Umno BN gerun melihat iklan-iklan macam ini.

Dengan izin Allah dengan adanya billboard ini rakyat akan mendapat maklumat yang tepat dan akan memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti dengan menolak parti korup dari Umno/BN.


**********************************************

Tapi, inilah jadinya bila kita nak buat baik neh...
Ada saja lembu-lembu yang kerjanya menyondol saja...
Kita tau, Najib gelabah bewak... kencing tak lawas ngan billboard DSAI neh.....
Tidoq tak lena dia selagi billboard Anwar neh tertegak megah...

Dah jadi lagu nie baru la megah. Kencing Najib balik normal dah kot lepas neh... Haha...

Woitt!!
Hampa tak mau harga minyak turun ka??
Bukan setakat minyak ja turun harga, kereta pun akan turun harga jika Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia. Bukan setakat tu sahaja malah banyak lagi janji terbaik dari Pakatan Rakyat yang akan kita nikmati jika PR berkuasa.

Tapi inilah kerjanya orang yang gilakan kuasa walaupun tak reti nak buat kerja...
Nak lawan hujah tak berani, rebahkan billboard ja yang depa reti...


Terbaek: Ust Azhar Idrus sekolahkan macai Ameno

Posted: 26 Nov 2012 12:38 AM PST




Gambar Print Screen dari FB ahli Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur.


Terserlah kejahilan berliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH...tanam dulu baru solat jenazah.".

Ini akibat malas mengaji ilmu agama,memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik .

Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib .

Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini.

Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

***************************************

Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.:
Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra :
Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)
Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :
Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha' , Asy Syafi'y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.
Beliau juga mengatakan:
Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.
Hadis yang di rujuk :
Ibnu Abbas r.a berkata: " Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)
Sa'ied ibn Al-Musayyab berkata:
"Bahawasanya Ummu Sa'din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)
Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan. Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah dikebumikan..



Lawak: Ada mulut TUTUP, buka time menguap saja...

Posted: 25 Nov 2012 06:45 PM PST

Wahai Umno....
Please remember ya... no simply simply speaking at Assembly ya...
No speaking lembu...
No speaking hummer..
No speaking scorpenes ya...


Mouth to open when menguap time only...


Ini sebabnya Israel perlu sangat gencatan senjata

Posted: 25 Nov 2012 02:52 PM PST

Kenapa Israel Mahu Gencatan Senjata?

Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama 'hanya' 8 hari dan telah mengorbankan 'hanya' 161 syuhada' rakyat Palestin.

Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

Apa tidaknya ?
  1. Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
  2. Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam.
  3. Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. Israel F16, igauan Israel menjadi realiti... Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam.
  4. Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
  5. Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
  6. Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
  7. Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
  8. Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
  9. Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -
Surah al-Imran ayat 54
"Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)"
Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin


Tiada ulasan: