Isnin, 26 November 2012

Addin

Addin


Gambar Pelik Ketika Bersolat.. Saksikanlah!!

Posted: 26 Nov 2012 08:50 AM PST


Gambar ni Addin copy paste dari fb aktivis terengganu. Menurutnya gambar ni adalah geng-geng wanita Umno ketika solat berjemaah.

Mungkin logo yang terpapar pada beg tu yang mereka simpulkan bahawa yang bersolat ni wanita Umno. Mungkin penyokong je boleh jadi jugak.

Tak kiralah sesiapa pun, waima muslimat PAS ke, wanita Keadilan ke..Yang menjadi persoalannya ialah kenapa di antara saf ada beg.

Adakah mereka menjadikan beg sebagai 'makmum' dan 'saf' ketika solat? Kepada ustaz dan alim ulama boleh tolong berikan penjelasan? Apakah hukumnya..




Iklan C(ii)

Azmin Ali Tempelak Pembohongan Mahathir

Posted: 26 Nov 2012 05:47 AM PST

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini optimis kerajaan Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum ke-13, sekaligus membidas kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang mengatakan PR akan menimbulkan kekacauan jika tewas dalam pilihan raya tersebut. "Pakatan akan menang, saya optimis Pakatan Rakyat akan terajui kerajaan baru ... jadi  tidak timbul isu Pakatan akan timbulkan keganasan," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, Selangor.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan,kenyataan Mahathir itu adalah sifat semulajadi Umno yang mewujudkan budaya "menakut-nakutkan" rakyat ekoran kedudukan parti dominan Melayu itu jelasnya yang semakin "tenat" dan "nazak"."

Ini yang kita selalu sebut, Umno membawa budaya menakut-nakutkan rakyat, (sedangkan) kita (Pakatan Rakyat) bawa budaya harapan kepada rakyat."Konsep kita adalah pengagihan yang adil dan semua ini meyakinkan rakyat, Umno pula dah tersepit, nazak, dan terus dengan budaya menakutkan-nakutkan rakyat," katanya kepada pemberita.

ADUN Bukit Antarabangsa itu turut berkata Pakatan Rakyat telah menunjukkan sikap terbuka mereka, walaupun kalah beberapa negeri pada Pilihanraya 2008, mereka masih boleh menerima keputusan tanpa sebarang pertumpahan darah."Kita sudah lihat kita kalah di beberapa negeri pada 2008, dan tiada pertumpahan darah.

"Sekarang kita tumpu kerja di empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan kita yakinkan rakyat keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir."Mitos Umno sahaja yang boleh memerintah negara sudah berakhir," tegasnya lagi.

Mahathir awal hari ini mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia akan timbul kekecohan di jalan raya sekiranya Pakatan Rakyat tewas pada pilihanraya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya, Anwar Ibrahim yang didakwanya akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu turut mendakwa pembangkang kononnya sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro Pakatan Rakyat supaya bangkit menolak keputusan pilihanraya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.

Bagaimanapun, Mahathir yang dikatakan masih berpengaruh di negara ini juga percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen "ketika ini", tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.

Malah, beliau turut menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.Azmin bagaimanapun yakin pengundi muda di negara ini sudah menerima Pakatan Rakyat dan melalui sokongan mereka Pakatan Rakyat akan berjaya mencapai hasrat untuk mengambil alih Putrajaya daripada Umno.

"Saya yakin pengundi muda dah matang," katanya lagi.Umno akan mengadakan perhimpunan Agung Tahunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 November hingga 1 Disember depan.

Perhimpunan itu dijangka akan memfokuskan kepada persiapan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya  memandangkan pilihanraya umum ke-13 kali ini yang merupakan "ibu" kepada segala pilihanraya umum semakin hampir, dengan mandat memerintah tamat pada April 2013.  ~jalanpulang



Iklan C(ii)

Mahathir Ramal BN Tewas PRU13

Posted: 26 Nov 2012 03:29 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan. Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.

"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno sudahpun melakukan persediaan mencukupi memandangkan persidangan Umno yang bermula esok merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya.

Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.

"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa.

"Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah, akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham," kata Mahathir.

Sementara itu, ditanya sama ada sayap Umno sudah menjalankan perubahan yang diharapkan, beliau berkata, ia masih belum memuaskan.

Beliau juga melihat, Pemuda Umno tidak begitu aktif berbanding Wanita dan Puteri yang dilihatnya lebih bersemangat.

Selain itu, dalam wawancara itu juga, Mahathir turut menyatakan sokongannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kesediaan untuk berkempen untuk parti jika dibenarkan.

Katanya, dengan berkempen, ia merupakan masa unyuk membayar balik melalui parti selepas beliau dipilih menjadi presiden parti seterusnya perdana menteri.

"Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya menang dan kemudian dipilih sebagai presiden dan kemudian perdana menteri.

"Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti," katanya.



Iklan C(ii)


Panas!! JAWI Pecat Guru Kerana Hadiri Ceramah Anwar Ibrahim

Posted: 26 Nov 2012 01:52 AM PST

SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi (gambar).

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Katanya, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

"Jawi juga gagal memberi sebab yang munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam," katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.

Pada 15 September 2012, Qatrun Nada menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada 24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.

Notis yang diterima beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Qatrun Nada kemudiannya menghantar surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.

Sebelum itu, beliau juga menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lalu.

Dalam panggilan tersebut individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pada 22 Oktober, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau. Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.

Mohd Faris juga mengecam tindakan Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Insan menggesa pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.

"Tindakan Tatatertib itu juga penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit. ~selangorku



Iklan C(ii)


Kejutan Dalam Perhimpunan Agung Umno, Bekas Pemimpin PAS Umum Keluar Parti?

Posted: 25 Nov 2012 11:42 PM PST

Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini. Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut.

Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.

Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.

Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang.

Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin peringkata pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.

Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.

Sam-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upcara penyerahan orang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate.

Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno.

Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya? ~mso

Addin :

Eloklah.. singkirkan parasit sebelum PRU13..



Iklan C(ii)



'Kami Guna Billboard La Sebab Kebebasan Media Kerajaan Disekat' - Exco Kedah

Posted: 25 Nov 2012 08:34 PM PST


ALOR SETAR – Kerajaan negeri menggunakan billboard sebagai salah satu pendekatan untuk memberi penerangan kepada rakyat.

"Bila lihat billboard terpampang di seluruh negeri, mereka (rakyat) sedikit sebanyak mendapat maklumat apakah perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri, dan harga untuk satu billboard adalah RM1500 termasuk kos pemasangan," demikian penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Penerangan dan Pembangunan Insan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad pada sesi penggulungan Mesyuarat Bajet 2013.

Menyedari kepentingan billboard sebagai mediun penyebaran maklmat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional turut bersetuju untuk menggunakannya jika mereka dapat memerintah semula negeri Kedah.

"Kami juga akan guna billboard untuk cerita pasal apa yang dibuat oleh kerajaan bila perintah semula," kata ADUN Ayer Hangat, YB Mohd Rawi Abdul Hamid.

Tambah YB Ustaz Abd Ghani, adalah tidak adil kepada kerajaan Pakatan Rakyat apabila hak kebebasan media telah disekat oleh kerajaan persekutuan.

"Walaupun berita kita (pembangunan kerajaan negeri) tak masuk dalam televisyen dan surat khabar, kita mewujudkan amantv yang memaparkan siaran di internet, akhbar kerajaan negeri Warta Darul Aman, buletin yang diterbit secara berkala ataupun mengikut perkembangan terkini," jelas beliau. ~kedahlanie



Iklan C(ii)



Adam AF2 Mohon Allah SWT Tunjuk Jalan Yang Benar

Posted: 25 Nov 2012 06:18 PM PST

Nama penyanyi lelaki, Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali dengan nama Adam seakan-akan senyap seketika dari dunia nyanyian jika di bandingkan sewaktu di awal kemunculannya.

Penyanyi yang berasal dari negeri Sabah itu dilihat kurang menonjol di kaca televisyen mahu pun acara anugerah yang dianjurkan industri seni tempatan.

Adam yang mengakui kurang menonjol di khalayak ramai kerana sedang menjalani kehidupan secara sederhana.

Bagi jejaka yang masih muda itu, dirinya ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan ilmu perubatan Islam.

Pun begitu, Adam masih lagi menerima undangan untuk melakukan persembahan asalkan waktu untuk dirinya mengabdikan diri kepada Tuhan tidak terganggu.

"Apapun saya masih menyanyi. Islam tidak menghalang kita melakukan perkara yang disukai asalkan tidak melanggar perintahnya seperti meninggalkan solat lima waktu," kata Adam yang dipetik dari laporan MyMetro.

Bukan itu sahaja, untuk memastikan niatnya untuk berubah sejajar dengan tuntutan Islam, Adam banyak membataskan dirinya dari melakukan perkara yang ditegah dalam Islam.

"Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan kerana tidak mahu menimbulkan rasa riak," katanya.

Walaupun Adam masih lagi mendalami ilmu agama, dia tidak mahu dirinya kelihatan riak dengan ilmu yang didapati.

Pun begitu, Adam mempunyai pegangan tentang perangai manusia yang dia tidak gemari kerana kemungkinan sikap itu mampu mempamerkan imej umat Islam yang tidak baik.

Justeru, Adam akan sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa membimbing dirinya ke arah dan jalan yang benar.

"Saya tak berapa berkenan melihat mereka yang baru memakai kopiah dan bertudung terus menjatuhkan hukum kepada orang lain. Janganlah terlalu drastik kerana setiap orang ada bahagian masing-masing dan yang sebaiknya kita doakan agar dia juga turut berubah.

"Dalam solat saya mohon petunjuk daripada Allah dan inilah jawapan yang diberikan kepada saya iaitu memandu arah saya belajar perubatan Islam," luah Adam. ~mynewshub



Iklan C(ii)



'Doa Kehancuran Dibolehkan Jika Di Zalimi' - Dr. Asri

Posted: 25 Nov 2012 04:50 PM PST

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi. "Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta. "Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

"Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam," katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

"Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

"Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara," katanya.

"Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama," katanya.

Malang sekali kerana Umno tidak pernah membuat kajian terperinci lebih awal sebelum membuat fitnah dan pembohongan dalam isu doa ini. Mereka hanya berpancukan kepada nafsu mereka sahaja.  ~sinar



Iklan



Tiada ulasan: