shalehudin |
- AWAS: SB yang Menyamar... [GAMBAR]
- Gambar sekitar Himpunan Hijau 25th Nov 2012
- Rosmah bagi ka depa nak duduk hingga esok pagi
- [Video] Tak lama dah, tak lama dah...
- Gambar pelakon Hairie Othman ngan isterinya...
- Lagi campurtangan asing, mampuih Ameno... kahkahkah...
- Kesian, orang tak sebut langsung nama Najib... kahkahkah...
- Ku Li pun JAKI ngan kelaku Ameno... haha...
- Gambar cawangan MCA ditutup tersebar...
AWAS: SB yang Menyamar... [GAMBAR] Posted: 25 Nov 2012 08:10 AM PST AWAS!! SB yang menyamar bersepah sepah dicelah orang ramai... SB kantoi the series... hehe... [Gambar] Adakah mereka-mereka neh SB pencacai Najib??? - FB |
Gambar sekitar Himpunan Hijau 25th Nov 2012 Posted: 25 Nov 2012 06:15 AM PST |
Rosmah bagi ka depa nak duduk hingga esok pagi Posted: 25 Nov 2012 05:20 AM PST Wong Tack: 'Kami akan duduk hingga esok pagi' Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut. Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi. Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak. "Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu. "Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan tetap duduk di sini. Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk sini atau tidak," kata Wong.Sementara itu, koordinator Himpunan Hijau Lee Chin Chen pula berkata peserta perarakan akan berkhemah di kawasan berkenaan pada malam ini. Ketika ditemuiMalaysiakini, Lee berkata beliau juga menugaskan anggota jawatankuasanya serta unit amal PAS untuk melindungi peserta perarakan sepanjang malam. Katanya, beliau masih belum dapat menganggarkan berapa orang yang akan berbuat demikian. "Tapi kita tidak tahu sama ada (polis dan pegawai DBKL) akan membenarkan kami berbuat demikian," katanya.Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini. Sementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki kerana sedang dinaiktaraf. Katanya, Datuk Bandar berhak melarang sesiap daripada memasuki kawasan tersebut mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa DBKL. "Dataran Merdeka kini dalam ubahsuai. Dan kita tidak akan benarkan Wong Tat masuk. "Dataran Merdeka dibawah DBKL dan Datuk Bandar. Dan di bawah Undang-undang Kecil Dataran Merdeka, Datuk Bandar berhak melarang sesiapa masuk Dataran Merdeka. "Permohonan pun tiada. Jadi kami memang melarang," kata Nasaruddin.- Malaysiakini |
[Video] Tak lama dah, tak lama dah... Posted: 25 Nov 2012 03:04 AM PST |
Gambar pelakon Hairie Othman ngan isterinya... Posted: 25 Nov 2012 01:00 AM PST Comel dan segak bergaya... Moga berkekalan hingga ke Syurga. Tahniah diucapkan kepada pelakon Leftenan Adnan iaitu Hairie Othman kerana sudah bergelar suami. Majlis pernikahan dijalankan dalam suasana sederhana di Dewan Semarak Kayangan. |
Lagi campurtangan asing, mampuih Ameno... kahkahkah... Posted: 24 Nov 2012 10:52 PM PST Pengubahan wang haram: UBS Bank Switzerland siasat Musa Aman DAMANSARA 23 November: UBS Bank di Switzerland membuka siasatan kes pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam tadi. "Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes 'money laundering' (pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland. "Nama Musa dikatakan sebagai salah seorang pemegang akaun yang disiasat," katanya depan lebih 5,000 rakyat. "Bukan itu sahaja, kes melibatkan Musa Aman juga kini akan dibuka di Hong Kong melibatkan wang pemberian oleh jutawan balak Michael Chia berjumlah RM40 juta," kata Ahli Biro Politik KEADILAN itu.Sivarasa berkata, puluhan laporan dibuat terhadap pemimpin Umno BN kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun hingga kini tiada seorang pun didakwa. "Bila kita buat laporan, dia tutup fail. Bila kita tanya di Parlimen, mereka tak jawab," jelasnya.Beliau juga menyentuh berkenaan kekayaan yang dikumpul Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya sepanjang lebih 20 tahun memerintah. "Harta atas nama Taib Mahmud sahaja RM15 bilion. Dicampur dengan nama anak-anak dan adik beradiknya yang berjumlah RM6 bilion, bermakna keseluruhan harta keluarga Taib Mahmud berjumlah RM21 bilion. "Macam mana dia dapat? Kalau nak cerita hal rasuah pemimpin Umno BN, ceramah sampai esok pun tak habis," sambung Sivarasa. "Kerajaan Malaysia ini seperti orang yang sudah nyanyuk. Tapi mereka takkan boleh tutup mata rakyat (dari penyelewengan)," tegasnya.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin. |
Kesian, orang tak sebut langsung nama Najib... kahkahkah... Posted: 24 Nov 2012 09:35 PM PST Sapa nak jadi PM angkat tangan... Orang ramai dah mula sibuk - siapa layak jadi PM? Akhir-akhir ini orang ramai dah mula sibuk bercakap pasal siapa layak jadi PM?. Maknanya seluruh rakyat Malaysia kini sedang ternanti-nanti siapa yang benar-benar layak. Ini menggambarkan Najib yang berkuasa hari ini seolah-olah tidak layak? atau hanya bertaraf pemangku? Kebetulan Najib anak bangsawan Pahang ini belum dapat sebarang mandat dari PRU (Pilihan Raya Umum). Mandat yang dipegang nya hari ini ialah mandat Abdullah Badawi. Justeru,, siapa yang paling layak jadi PM? Sudah tentu rakyat mengharapkan seorang insan yang benar- benar jujur, ikhlas, adil dan berjiwa rakyat untuk menjadi pemimpin No.1 negara,, bukan seperti Najib, anak bangsawan yang lembik dan penakut, bukan Muhyiddin, bukan Zahid Hamidi, bukan Hishamudin Tun Husien. Bahkan Ibrahim Ali dan Hasan Ali juga bukan ! Zulkifli Nordin? Jauh panggang dari api ! Cukuplah sekadar berangan Mat Jenin. Setelah teman lihat, kaji dan telek, tak ada satu pun pemimpin Umno diperingkat negeri dan pusat yang masih bersih – berintegriti jauh sekali. Kebanyakannya bersalut dengan politik wang, politik kroni, rasuah dan seribu satu macam sifat buruk. Nak cari pemimpin Umno sebersih Nik Aziz, Haji Hadi, atau kebanyakan pemimpin PAS, round satu Negara pun takkan jumpa. Nak dapat pemimpin Melayu berkarisma sehebat ketua pembangkang juga amat payah. Jadi buat masa ini siapa yang layak? Sudah tentu DS Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi dikhianati dan difitnah. Kenapa beliau layak? Kerana sudah terbukti beliau seorang yang berani, tegas, adil dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau juga merupakan seorang insan yang tidak lupa dengan agamanya, bahkan alim ulamak adalah menjadi sumber rujukannya. Rakyat melihatnya bukan saja dengan mata, tetapi dengan matahati dan hatibudi! Seburuk manapun Anwar digambarkan oleh Umno, namun di matahati rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa Anwar tetap baik dan bersih dari rasuah, sebab itu dia menjadi pilihan rakyat!! Oleh : rahimothman |
Ku Li pun JAKI ngan kelaku Ameno... haha... Posted: 24 Nov 2012 06:30 PM PST Aku tak kata tapi Ku Li yang kata... Kahkahkah... Betoi kata Ku Li tuh, kat bawah neh adalah beberapa contoh dari beribu sebab kenapa Umno patut dikalahkan demi sebuah negara Malaysia yang lebih baik... ********************************** Selepas 25 tahun buat dosa SB minta maaf pada PAS KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis. "Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu. "Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat. "Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.Cabar Majlis Fatwa Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya. "Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka. "Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'. "Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?" "Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk. Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi. Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur. "Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.- Harakahdaily |
Gambar cawangan MCA ditutup tersebar... Posted: 24 Nov 2012 04:35 PM PST |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan