Addin |
- Anwar Ibrahim Tumbang..
- Gambar-Gambar Menarik Sekitar Himpunan Hijau Di Dataran Merdeka
- (Kemaskini) 20 Ribu Aktivis Himpunan Hijau Kini Berada Di Dataran Merdeka
- Kantoi!! Akibat Jahil Pencacai Umno Pertikai Solat Jenazah Tuan Guru Hj. Hadi
- Tiba-Tiba Je Dataran Merdeka Di Tutup Serta Merta..
- Gambar Kamera AES Kena Selimut Tersebar..
Posted: 25 Nov 2012 08:04 AM PST Billboard Keadilan yang terpapar gambar Anwar Ibrahim di KM 383 Berharang Lebuhraya Utara Selatan telah tumbang. Tumbang samada kerana angin kencang atau ada anasir-anasir yang merobohkannya. Itu tidak berapa pasti. Ada dakwaan mengatakan ianya dirobohkan oleh samseng Upahan... Wallahulam..tiada bukti. Kalau ko orang ada bukti bolelah bagitau blog ini.. Foto ~ FB |
Gambar-Gambar Menarik Sekitar Himpunan Hijau Di Dataran Merdeka Posted: 25 Nov 2012 06:04 AM PST KUALA LUMPUR 25 November: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara 10,000 aktivis himpunan Hijau yang berarak ke Dataran Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas Pas Taman Melewar di Gombak dan dijangka berakhir di Dataran hari ini. Sebahagian peserta telah berjalan sejauh 300 kilometer dari Kuantan, sejak 13 November lalu. Wan Azizah memulakan perjalanannya dari Maju Junction, sementara beberapa kumpulan lagi bergerak daripada beberapa lokasi sekitar laluan perarakan. Mereka yang berpakaian dan bertopi hijau, dilihat turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan. Peserta berkenaan antaranya melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar, turut mendapat sokongan daripada pemandu kenderaan yang membunyikan hon. Menurut ketua kumpulan itu, Wong Tack, mereka akan bermalam di Dataran Merdeka malam ini. "Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya di petik dari Malaysiakini. Turut dilihat dalam perarakan itu ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat lain. Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan. Media melaporkan, hampir 100 pegawai DBKL termasuk anggota polis dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut. |
(Kemaskini) 20 Ribu Aktivis Himpunan Hijau Kini Berada Di Dataran Merdeka Posted: 25 Nov 2012 05:13 AM PST KUALA LUMPUR 25 November: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara 10,000 aktivis himpunan Hijau yang berarak ke Dataran Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas Pas Taman Melewar di Gombak dan dijangka berakhir di Dataran hari ini. Sebahagian peserta telah berjalan sejauh 300 kilometer dari Kuantan, sejak 13 November lalu. Wan Azizah memulakan perjalanannya dari Maju Junction, sementara beberapa kumpulan lagi bergerak daripada beberapa lokasi sekitar laluan perarakan. Mereka yang berpakaian dan bertopi hijau, dilihat turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan. Peserta berkenaan antaranya melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar, turut mendapat sokongan daripada pemandu kenderaan yang membunyikan hon. Menurut ketua kumpulan itu, Wong Tack, mereka akan bermalam di Dataran Merdeka malam ini. "Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya di petik dari Malaysiakini. Turut dilihat dalam perarakan itu ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat lain. Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan. Media melaporkan, hampir 100 pegawai DBKL termasuk anggota polis dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut. ~kd 15,000 Peserta Anti Lynas "Green Walk" Sampai Di Dataran Merdeka KUALA LUMPUR 24 NOV : Perarakan Anti-Lynas "Green Walk" yang telah mencecah kira-kira 15,000 orang telah sampai di Dataran Merdeka Kuala Lumpur petang tadi di mana mereka di halang daripada memasuki padang bersejarah tersebut. Peserta yang berbaju hijau daripada berbilang kaum itu telah membanjiri persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tetapi dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka oleh pasukan polis dan penguatkuas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. |
Kantoi!! Akibat Jahil Pencacai Umno Pertikai Solat Jenazah Tuan Guru Hj. Hadi Posted: 25 Nov 2012 12:52 AM PST Terserlah kejahilan beliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua boleh.... tanam dulu baru solat jenazah." Ini akibat malas mengaji ilmu agama, memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik . Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib . Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini. Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..
Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. -(Shahih Muslim No.1588)
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar. Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya.
~paspb |
Tiba-Tiba Je Dataran Merdeka Di Tutup Serta Merta.. Posted: 24 Nov 2012 09:52 PM PST Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka – kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan. Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini. Pada masa sama, dianggarkan seramai 100 orang anggota polis dan 30 penguatkuasa DBKL turut berada di kawasan berkenaan awal pagi ini. DBKL juga mengadakan sekatan jalan raya di kedua-dua bahagian jalan di hadapan Dataran Merdeka – yang menghubungi Jalan Tun Perak dan Lebuh Pasar Besar – tindakan sama yang diambil semada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Satu notis yang dikeluarkan Datuk Bandar DBKL Datuk Ahmad Phesal Talib, turut ditempatkan di tengah-tengah sekatan jalan raya itu – menyatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk semua aktiviti. Menurut DBKL, penutupan itu ekoran kerja pembaikan dan naiktaraf yang dijalankan di Dataran. Datu kain rentang yang digantung di kawasan tersebut menyatakan, kerja-kerja berkenaan bermula pada 13 September dan akan berlarutan sehingga 11 Februari tahun depan. Kerja berkenaan hanya membabitkan kawasan padang dan air pancut, namun DBKL bertindak menutup keseluruhan jalan di hadapan padang berkenaan . Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyekat pelancong daripada melawat dan merakam gambar di kawasan tersebut. ~mkini |
Gambar Kamera AES Kena Selimut Tersebar.. Posted: 24 Nov 2012 09:06 PM PST Gambar kamera AES ni di ambil di jalan bidor - telok intan. Addin tak pasti kenapa kamera ini di selimut sedemikian rupa. Adakah ianya perbuatan pengguna jalan raya yang bengang ataupun kamera ini baru di pasang dan belum berfungsi lagi. Namun mengikut AES location detector, di kawasan telok intan hanya ada 1 kamera AES iaitu di jalan maharajalela. Jalan ini menghubungi telok intan ke hutan melintang. Sekiranya perbuatan ini adalah protes dari pengguna jalan raya adalah amat malang kerana AES di lihat majoriti rakyat adalah satu projek yang menekan rakyat serta mengayakan kroni. Foto ~ que ahmad |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan