Rabu, 21 November 2012

shalehudin

shalehudin


Mengarut punya tukang karut neh...

Posted: 21 Nov 2012 10:00 AM PST

Mahathir , Kemenangan Rakyat Bakal Tiba

Lewat ini, terlalu banyak komen-komen serta pandangan negatif yang keluar dari mulut mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakyat Malaysia telah jelek dan muak untuk mendengar pandangan-pandangan penuh kepentingan peribadi yang beliau keluarkan, dan hanya segelintir kaki ampu dan penakut yang bercita-cita mendaki politik Umno yang rapuh, masih tegar menjadi tukang sorak untuk politikus veteran ini.

Kenyataan terbaru Tun Mahathir yang menyebut bahawa DAP menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke -7 MalaysiaKini , adalah supaya senang untuk mengawalnya, adalah satu lagi satira lapuk mainan si veteran politik yang semua tahu di belakang tabir sibuk-sibuk mencatur tapak politik untuk anakandanya Mukhriz Mahathir.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat Tun Mahathir ini tidak pernah surut kebenciannya terhadap Anwar, walaupun telah menzalimi beliau dengan menghumban bekas Timbalan Perdana Menteri itu ke bilik gelap di Penjara Sungai Buloh selama enam tahun. Malah, semenjak itu tidak kurang sindiran serta kenyataan -kenyataan yang secara sinikal cuba menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

AIC percaya Tun Mahathir benar-benar gusar melihat senario dan landskap politik Malaysia kini yang begitu memihak kepada bekas seterunya itu, sekaligus merencatkan segala perancangan monopoli yang dicaturkannya untuk Mukhriz di dalam politik serta Mirzan dan Mokhzani dalam bidang perniagaan.

Semua orang hairan, apabila Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa , sekalipun tewas dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno kepada Khairy Jamaludin. Tangan siapakah yang mencatur semua ini? Bagaimana pula dengan Mokhzani yang menerima tender Petronas bernilai RM836 juta seperti yang dilaporkan oleh Keadilan Daily ?

Maka siapakah yang mengawal dalam situasi ini, bukankah jelas Tun Mahathir mempunyai kuasa mengawal apa yang beliau mahukan di Malaysia, atau lebih tepat mengawal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak?

Tun Mahathir harus muhasabah diri dan bertenang, membiarkan segalanya berlaku mengikut kehendak dan kuasa rakyat. Kuasa rakyat pernah menolaknya dari singgahsana Putrajaya, namun Mahathir masih mendabik dada dan meneroka segala peluang dan kekayaan untuk diwarisi keturunannya.

AIC yakin rakyat Malaysia begitu pemaaf dan melupakan, tetapi Mahathir tidak boleh memandang enteng amarah rakyat sekiranya mereka merasakan mereka terus-terusan ditindas dan dinafikan hak memilih. Sokongan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim adalah sukar dibendung lagi. Walaupun wujud halangan demi halangan, kuasa keramat iaitu rakyat sudah siap sedia merayakan kemenangan hak sedikit masa lagi

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC Malaysia


Sila ambil tindakan segera kat bekas OCPD neh...

Posted: 21 Nov 2012 08:30 AM PST


Kepada pihak berkuasa Malaysia!!!!
SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA kepada bekas OCPD neh... yang pandai-pandai pulak mereka-reka cerita! Dan memburuk burukkan Najib bini Rosmah...

Itupun kalau hampa berani laa.... kalau dok beralasan 'tak dak laporan'.... maknanya tuh, memang betul lah apa yang disebutkan oleh bekas OCPD ni.....

Kahkahkah...


Bangang memang tercipta untuk Ameno, ini buktinya...

Posted: 21 Nov 2012 04:44 AM PST

Gara-gara tak pandai baca jawi, fitnah penyokong Umno terkantoi di situ

SALAH seorang dipercayai penyokong kuat United Malays No Otak, Umno dengan berbekalkan sebuah badge cuba memperlekehkan para perwakilan Parti Islam, PAS pada Muktamar PAS ke 58 tempoh hari melalui akaun facebook miliknya.

Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perwakilan PAS pada Muktamar yang lalu dengan membeli 'Button' (badge) yang berharga RM5 ke RM10 dan dengan pembelian tersebut seseorang itu bebas berada dalam dewan sebagai perwakilan yang sah.

Oleh itu menurutnya lagi Ahli PAS sepatutnya merasa malu kerana sesiapa sahaja termasuk dirinya boleh menjadi perwakilan yang sah dalam muktamar PAS, dengan hanya membayar RM5 hingga RM10 pembelian"button".


Rupa-rupanya penyokong kuat Umno ini tidak pandai membaca tulisan jawi. Badge yang ditunjuk olehnya sebenarnya bertulis "pemerhati" bukannya "perwakilan". Tentu sekali siapa sahaja boleh menjadi pemerhati bebas di dalam muktamar PAS dengan membeli badge ini.

Inilah hasil pemansuhan tulisan jawi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional sejak berdekad lamanya. Perlahan-lahan orang Melayu yang lantang berkokok membela Islam, membela Melayu, tapi baca tulisan jawi pun tak pandai.

Kalau baca perkataan pendek bertulisan jawi seperti ini pun sudah "failed" apa lagi nak baca Al-Quran?

ReJaM© "Buta huruf pun pandai nak sebar fitnah kah kah kah.... "

Sumber gambar: [ASD]
Sumber stori: [MS]


PAS doakan supaya Umno kuat? Kirim salam... kahkahkah...

Posted: 21 Nov 2012 01:48 AM PST

Untuk menang 'perang', musuh mesti dihancurkan

Doa untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.

Dasar Umno BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno BN selama ini. Umno BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.

Justeru, atas sebab inilah PAS berlawan dengan Umno BN dan bertanding dalam pilihanraya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.

Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihanraya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya Umno BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihanraya.

Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Umno BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.

Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: "Amin, amin, amin." Dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?" Baginda menjawab: "Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi.

Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.- Azhar Yahya


Fuyoo!! Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda...

Posted: 20 Nov 2012 11:03 PM PST

Ca teka yang mana Ust Azhar...

Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.

Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!

Jangan bertangguh lagi!

Fatwa nak selamatkan UMNO kini ditemui...

Posted: 20 Nov 2012 07:41 PM PST

Inilah fatwa yang sedang rancak dijaja UMNO "fatwa" Sheikh Prof Dr Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram yang menyatakan adalah "berdosa bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan yang baik".

"Fatwa" itu dicetak pada kain rentang dan dipasang dan dikibarkan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO/BN.

Seperti kebanyakkan syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah buat semua manusia yang mana kita semua tahu ianya telah dipilih-pilih oleh UMNO untuk diterima pakai oleh mereka begitulah juga dengan fatwa ini sebenarnya.

Fatwa ini telah diolah semula demi membawa kebaikkan bagi membolehkan UMNO terus kekal berkuasa di bumi Malaysia ini..
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi telah menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak. 
Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar ~ Utusan
Apa yang ditegaskan oleh Sheikh Dr. Sulaiman ialah haram menyokong untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam bukannya haram menjatuhkan sebuah kerajaan yang baik..

Mungkin kerana pencacai UMNO menyedari bahawa meskipun Malaysia adalah sebuah negara Islam yang yang menolak hukum Islam jadi Negara Islam dalam Fatwa itu ditukar kepada negara yang baik..

Ya lah.. orang Islam mana boleh makan rasuah, memfitnah saudaranya, memutarbelit fakta untuk menipu rakyat, mengutamakan kroni, membiarkan isteri tidak menutup aurat dan lain-lain seumpama perbuatan syaitan.

Kalau dikata UMNO/BN kerajaan yang baik.. hmmm.. entah apalah baiknya akupun tak tahu... cuba korang tolong senaraikan kebaikan UMNO/BN terhadap rakyat kebelakangan ni.. ASD


Inilah senarai kemuliaan UMNO terhadap PAS...

Posted: 20 Nov 2012 06:30 PM PST


Isk, isk, isk... baik dan mulia sungguh la hati budi Umno terhadap PAS neh yer...
Sayu hati membacanya...


TERHOT: 110 cawangan McDonald's Jepun ditutup

Posted: 20 Nov 2012 04:22 PM PST

McDonald's menutup 110 cawangan di Jepun kerana jualan merudum...

Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonald's hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun...

Owhh!! Jepun sudah! Malaysia pulak bila lagi?


Tiada ulasan: