Addin |
- Dewan Pemuda PAS Hanya Berani Serang HARAKAH Tapi Membisu Isu Ustaz Nasha, Hassan Ali?
- 'Umno Pun Rakyat, Layak Dapat Tanah Jugak' - Adun BN
- Muhyiddin Mengakui Sabah Bukan Lagi Deposit Tetap BN
- Kroni Umno Dapat Kontrak Kendali AES Sebelum Pengumuman Tender
- Penjelasan Azhar Sulaiman Berkenaan Isu Murtad
- Pencacai Umno Kantoi.. Buat Laporan Murtad Tapi Pakai Baju Ada Lambang Salib
- Kantoi!! Pencacai Umno Gagal Fitnah Ketua Wanita KEADILAN
- Gambar Mayat Perisik Israel Di Heret Sekitar Gaza
- Gambar Paling Menyayat Hati Dari Bumi Gaza..
- Rupanya Syarikat 'Mati' Dapat Kontrak AES..
- Akhirnya.. Penyokong Umno Ini Mohon Maaf Secara Terbuka Pada PAS
Dewan Pemuda PAS Hanya Berani Serang HARAKAH Tapi Membisu Isu Ustaz Nasha, Hassan Ali? Posted: 21 Nov 2012 02:23 PM PST Dewan Pemuda PAS telah meluluskan usul mengecam Harakah. Antara kecaman yang dinaikkan adalah: Harakah telah mengecam Dr Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Inilah hujjah pertama yang dibentangkan wakil Pemuda Wilayah, Kamaruzzaman Mohammad. Harakah melebihkan berita Pakatan Rakyat berbanding berita dalam PAS sendiri. Harakah melaporkan berita-berita yang pro Syiah dan tidak berpihak kepada pemberontak Syria yang menentang Bashar Al Assad. Harakah juga dilihat akhbar yang sering mengambil berita-berita daripada blog-blog picisan, sumber yang tidak kuat dan artikel disalin bulat-bulat tanpa disunting. Harakah menerbitkan beberapa artikel yang me"rugi" kan Jemaah (tanpa dinyatakan dengan jelas artikel yang mana satu serta bagaimana artikel itu merugikan PAS) Hakikatnya: Kemarahan Pemuda ini sama seperti kemarahan Hasan Ali yang menuduh Harakah berat sebelah dan tidak mahu menyiarkan kenyataan2 beliau. Tampak jelas kemarahan Pemuda kepada HArakah adalah kerana HArakah tidak mahu jadi jumud seperti Pemuda PAS. Hakikatnya, kemarahan Pemuda kepada Harakah bermula dengan sikap Harakah yang bermusuh dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Ia ditunjukkan sendiri dengan posting Timbalan Ketua Pemuda yang mengecam Harakah dalam Facebook berkaitan salah satu karikatur Harakah yang mengecam Nasaruddin Mat Isa Disember 2011. Semua kita maklum bahawa sewaktu Pemilihan PAS 2011, Dewan Pemuda PAS adalah penyokong kuat kepada Nasaruddin Mat Isa serta HAsan Ali. Walaupun demikian, sokongan Pemuda tidak mencukupi untuk menghalang kemenangan Abang Mat Sabu. Tak hairanlah Nik Abduh marah benar dgn karikatur mengecam Nasaruddin Mat Isa. Sehingga hari ini, tidak kedengaran suara lantang Pemuda PAS mengecam kelancangan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali? Soalnya sekarang mengapa Pemuda lebih berminat maki Harakah dan membiarkan Nasaruddin Mat Isa serta Hasan Ali memfitnah PAS? Padahal tindakan Hasan Ali dan Nasa itu jauh lebih merugikan jemaah berbanding Harakah. Hakikatnya, Harakah bukan sahaja dibeli oleh ahli2 PAS tetapi juga rakyat umum yang tidak berparti. Maka, kandungan Harakah haruslah seimbang antara berita parti, berita Pakatan Rakyat serta berita umum. Kalau jualan Harakah merudum, adakah Pemuda mahu menampung kerugiannya? PEmuda PAS sendiri tak mampu naikkan gaji guru2 PASTI yang berada di bawah tanggungannya. Pemuda PAS tidak harus bersikap bongkak dan sombong memandangkan rekod PEmuda PAS yang pro kepada agenda perpaduang dengan UMNO. Sepatutnya Pemuda PAS muhasabah diri dan menilai mengapa mereka mandum dan tidak mendapat sokongan dari golongan muda. Akhir kata, Tulang Besi pernah bertanya kepada salah seorang Exco Pemuda berkenaan dengan Ustaz Nasaruddin. Dia cuma mampu berkata semoga Nasa bertaubat. Ertinya Pemuda PAS tiada masaalah Nasa mengecam dan merugikan jemaah. Kalau Dewan Pemuda PAS anak jantan dan benar2 sayang pada jemaah, sepatutnya dikedepankan satu usul meminta PAS Pusat memecat Nasaruddin Mat Isa dari PAS. Namun kelihatannya Pemuda PAS redha dengan tindakan Nasaruddin Mat Isa menghentam dan menista PAS dan lebih suka memperbesarkan kelemahan kecil Harakah. Itulah tahap Pemuda PAS Pusat. Tahap kebudak budakan serta tidak tau membezakan antara yang buruk dan baik. Lebih baik Pemuda PAS tumpu kepada menjaga kebajikan Guru2 PASTI berbanding menjadikan diri mereka suara Nasaruddin dan Hasan Ali. ~tulangbesi Addin : Kepada semua pemuda PAS.. sama-sama kita muhasabah tentang isu ini. Addin bimbang kita tembak salah sasaran. Selepas muktamar pemuda baru-baru ini di KB, sahabat Addin ada menyuarakan pandangan. 'Kenapa pemuda PAS lebih berminat menyerang pimpinan dalam PAS, tapi kenapa tidak serang Umno yang merupakan musuh nyata PAS'. Addin terpana sebentar.. terfikir sejenak.. ada benar jugak pandangannya.. |
'Umno Pun Rakyat, Layak Dapat Tanah Jugak' - Adun BN Posted: 21 Nov 2012 07:47 AM PST SHAH ALAM, 21 Nov — Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari Kuang hari ini menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat. Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus. "Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai. "Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang dewan undangan negeri Selangor semalam yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa. Tuduhan itu melibatkan 24 plot tanah awam di tujuh dari sembilan daerah negeri terkaya itu, dimana dimiliki oleh cawangan dan bahagian Umno, MCA, MIC dan Gerakan sekitar tahun 2000 hingga 2008. Plot tanah berkeluasan sehingga tujuh ekar setiap satu dan jumlah keseluruhan adalah 33.5 ekar, kebanyakannya di kawasan komersil. Daripada 24 plot, 15 dimiliki bahagian atau cawangan Umno, dengan enam dimiliki oleh Umno bahagian Sungai Besar, yang diketuai oleh bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo. MCA mempunyai lima plot, MIC tiga dan Gerakan satu. Datuk Seri Samy Velly, bersama dengan S Subramaniam dan Allahyarham Tan Sri SOK Ubaidullah, salah seorang pengasas MIC, dinamakan sebagai pemegang amanah bagi tanah berkeluasan 2,832 meter persegi di Kuala Selangor. Plot tanah terbesar ialah tanah berkeluasan tujuh ekar di Klang, yang dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja, dan 6.5 ekar tanah di Batu 14, Puchong, yang dimiliki Umno bahagian Puchong. Adun Sekinchan Ng Suee Lim mencabar parti komponen BN untuk memulangkan kembali tanah tersebut kepada rakyat jika mereka benar-benar mahu menjaga kebajikan rakyat. "Mereka perlu buktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, bukan kata-kata kosong, kata berjuang untuk rakyat, tapi merampas tanah mereka," katanya lagi semalam. ~tmi |
Muhyiddin Mengakui Sabah Bukan Lagi Deposit Tetap BN Posted: 21 Nov 2012 06:14 AM PST KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Beliau berkata, ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain. "Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," katanya pada majlis sarapan pagi dengan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan veteran Umno di sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Muhyiddin melahirkan harapan agar Mubarak akan terus memainkan peranannya untuk membantu kerajaan BN melaksanakan dasar dan program pembangunan dengan sering turun padang untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat, terutama di peringkat akar umbi. "Walaupun sekarang anda (anggota Mubarak) ada banyak masa untuk bersama keluarga, tapi saya percaya ingin terus berkhidmat kepada rakyat dengan sedapat mungkin dan kerajaan menghargai serta mengucapkan terima kasih atas usaha murni anda ini. "Saya yakin anda terus mengikuti perkembangan politik semasa dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. BN sudah berkhidmat kepada rakyat selama lebih 50 tahun dan rakyat semakin meyakini kita. Oleh itu, kita tidak boleh menghampakan mereka sekarang," katanya. Muhyiddin juga mengingatkan Mubarak bahawa kini rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan berikutan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. "Ada orang yang menjanjikan bulan dan bintang. Mubarak boleh memainkan peranannya dalam menangkis pembohongan dan janji kosong itu agar ia tidakmemberi kesan negatif terhadap rakyat. "Kita sedar kita dipilih oleh rakyat. Oleh itu, sambil mengajak rakyat menghakimi kita, kita juga perlu pastikan kita memberi yang terbaik kepada mereka agar mereka terus menyokong kita dan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kelak," katanya. ~bernama |
Kroni Umno Dapat Kontrak Kendali AES Sebelum Pengumuman Tender Posted: 21 Nov 2012 05:00 AM PST KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER - Datuk Mahfuz Omar mempersoal bagaimana Beta Tegap Sdn Bhd mendapat kontrak mengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sedangkan pengumuman tender dibuat dua tahun kemudian. "Beta Tegap didaftar 2004. Sejak 2004 lagi sudah tahu dia dapat. Pengumuman oleh kerajaan pada 2006 menyebut sembilan syarikat masuk (untuk dapatkan tender). "Sedangkan sejak 2004, Beta Tegap sudah maklum (dapat kontrak). Boleh jawab pada saya?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika mencelah perbahasan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha pada sesi perbahasan hari ini. Mahfuz kemudian bangun sekali lagi apabila Chong Ha menafikan pendedahan itu, dengan mengatakan maklumat itu didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). "Ini dari SSM. Ternyata (AES) bukan untuk selamatkan nyawa tapi kayakan kroni (dan) rompak wang rakyat. (Kerajaan) bohong kata hendak selamatkan nyawa," kata Naib Presiden PAS itu. Sebaliknya, Ahli Parlimen dari BN, antaranya Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Ismail Said (Kuala Krau) bangun untuk membela Kong hingga menimbulkan kekecohan tanpa memberi hujah berfakta. "Pokok Sena memang kaki gaduh," jerit seorang Ahli Parlimen BN yang merujuk kepada Mahfuz. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berulang kali cuba meredakan ketegangan tetapi ia berterusan waktu rehat. Sebelum itu lagi, sidang Dewan Rakyat kecoh berikutan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha itu enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Pakatan ketika perbahasan menyentuh isu AES. "Tuan Yang di-Pertua, Saya tidak akan beri laluan," katanya kepada Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Antara Ahli Parlimen Pakatan lain yang mohon mencelah ialah Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Khalid Samad (Shah Alam). Selepas beberapa minit 'perang mulut', Chong Ha akhirnya memberi laluan kepada Mahfuz. ~kd |
Penjelasan Azhar Sulaiman Berkenaan Isu Murtad Posted: 21 Nov 2012 04:00 AM PST SHAH ALAM -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno. "Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya? "Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa. Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu. "Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya. ~sinar |
Pencacai Umno Kantoi.. Buat Laporan Murtad Tapi Pakai Baju Ada Lambang Salib Posted: 21 Nov 2012 01:42 AM PST KOTA BAHARU, 20 Nov - Kira-kira 15 anggota Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan tampil ke Ibupejabat Polis Daerah Kota Baharu bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu murtad pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di sini, hari ini. Kumpulan itu diketuai oleh pengerusinya, Mohd Noor Deris (gambar empat dari kiri). Konon nak cari publisiti dalam isu yang mereka sendiri putar belitkan, susah payah cai-cai UMNO buat report polis isu murtad konon-nya. Semua mereka ni konon-nya 15 orang dari Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan...tapi salah sorang dari mereka pakai baju ada tertera logo salib... Adakah yang memakai baju tersebut bukan Islam...?? Inilah berkat doa " KO BN ", segala tindak tanduk puak UMNO semakin menuju kehancuran...!!!!
~orang ni |
Kantoi!! Pencacai Umno Gagal Fitnah Ketua Wanita KEADILAN Posted: 20 Nov 2012 11:19 PM PST Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak melihat isu kenderaan dimilikinya seperti ditimbulkan oleh sebuah blog pro-Umno, www.sel13.com sebagai satu masalah kerana tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya."Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan. "Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen."Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen. "Toyota Hilux itu pula, saya 'trade in' (jual kereta lama beli kereta baru) dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan," kata Zuraida ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. Ketua Wanita KEADILAN itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat. "Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan. "Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian," katanya. Selain itu Zuraida menegaskan dakwaan mengenai asal-usul keluarganya serta isu penyertaannya dalam KEADILAN adalah tidak benar. "Saya menyertai KEADILAN (dulu PKN) semenjak tahun 1999, jadi tak benar dakwaan mereka saya masuk KEADILAN selepas aktif semasa menyertai Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)," katanya lagi. Semalam, blog www.sel13.com menimbulkan isu mengenai jumlah kenderaan dimiliki oleh Zuraida yang dikatakan mewah selepas menjadi ahli parlimen berdasarkan dari carian jumlah saman trafik belum dibayar ahli parlimen tersebut dari laman web MyEG — sebuah portal membolehkan saman trafik disemak dan dibayar melalui talian (gambar fitnah memaparkan Zuraida dalam keadaan mengaibkan diletakkan bersama dengan gambar kereta serta butirannya). Pendedahan blog tersebut turut menarik perhatian penulis blog pro Umno yang lain serta Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil turut berkongsi maklumat tersebut melalui akaun Twitternya @shahrizatjalil. ~jalanpulang |
Gambar Mayat Perisik Israel Di Heret Sekitar Gaza Posted: 20 Nov 2012 10:10 PM PST Enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki. Ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akan melakukan serangan darat. Menurut seorang saksi, enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka. Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin. Hampir separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan. |
Gambar Paling Menyayat Hati Dari Bumi Gaza.. Posted: 20 Nov 2012 05:54 PM PST Pernah tak kita terbayang situasi ini berlaku di Malaysia? Ketika anak-anak kita masuk kelas, kawan di sebelah mati syahid di usia muda akibat kekejaman Yahudi. Inilah yang dilalui oleh anak-anak Palestin di Gaza... Kini Gaza terus menerus di serang oleh tentera Yahudi laknatullah. Kita sebagai umat Islam wajib membantu setakat mana termampu. Yang paling penting adakan solat hajat, sentiasa baca qunut nazillah dan berdoa bagi kesejahteraan umat Islam di Palestin. Kepada masjid-masjid di seluruh negara di anjurkan adakan kutipan derma pada solat jumaat bagi membantu rakyat Palestin. Semoga bantuan tak seberapa kita ini di kira sebagai amal ibadah oleh Allah SWT..
~ Ali Imran: 169. |
Rupanya Syarikat 'Mati' Dapat Kontrak AES.. Posted: 20 Nov 2012 04:57 PM PST KUALA LUMPUR - Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mendapat tentangan banyak pihak. Terbaharu, bukti-bukti menunjukkan sistem sama telah ditolak di beberapa buah negara maju. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Chang Lih Kang berkata, sistem AES di negara ini diwujudkan semata-mata untuk kroni mendapatkan wang mudah. Penguatkuasaannya pula dilakukan secara terburu-buru tanpa proses konsultasi. "AES di negara ini lebih kepada cash cow (sumber pendapatan). Cara mudah kroni mendapatkan wang. Rakyat pula tidak pernah dibawa berunding terlebih dahulu. "Di negara maju, pemasangan kamera adalah telus. Mereka melakukan pelbagai kajian. Dalam sesuatu tempoh, sekiranya kawasan yang dipasang kamera meningkat jumlah kemalangan, atau pun menurun jumlahnya, maka kamera itu akan ditanggalkan. "Di sini kamera dipasang bertujuan untuk mengutip sebanyak mungkin saman yang boleh. Perkara itu yang kita tentang," katanya kepada Keadilan Daily. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu turut berpendapat AES tidak sewajarnya dioperasikan selama 24 jam. Katanya, operasi kamera itu harus dalam jangka waktu yang bersesuaian. "AES sepatutnya mendidik pengguna, bukan semata-mata mengeluarkan saman. Di kawasan-kawasan tertentu penguatkuasaan wajar dibuat dalam tempoh lapan jam (waktu siang) sahaja," katanya. Dua buah negara, United Kingdom (UK) dan Australia mempersoal pelbagai kelemahan AES. Di sesetengah tempat di UK, sistem itu telah dihentikan operasinya. Sebelum ini, negeri Arizona di Amerika Syarikat menghentikan operasi AES setelah mendapat bantahan rakyat. Dalam perkembangan berkaitan, satu laporan terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan bekas Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choy dibuat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh, Jumaat lalu. Delegasi 10 orang yang diketuai oleh Lih Kang itu melaporkan dakwaan penyelewengan kedua-dua menteri terbabit memberi dan mempertahankan kontrak pemasangan kamera AES kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd. Menurut Lih Kang, carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap hanyalah sebuah syarikat yang dormant. Syarikat itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kamera AES dan hanya bergantung kepada syarikat Australia, Redflex Traffic Systems Pt Ltd dalam bidang teknikal. Pemegang saham terbesar Beta Tegap pula bernama To' Puan Rozana Redzuan. Arwah bapa To' Puan Rozana adalah bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong merangkap bekas Adun Peserai, Johor. "Jika bukan kerana hubungan rapat pemegang saham Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno, bagaimana Kementerian Pengangkutan boleh memberikan kontrak bernilai ratusan juta kepada syarikat dormant yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut?" katanya dalam laporan tersebut. ~kd |
Akhirnya.. Penyokong Umno Ini Mohon Maaf Secara Terbuka Pada PAS Posted: 20 Nov 2012 04:48 PM PST Sebelum ini Addin keluarkan artikel berkenaan seorang yang bergelar Haji tapi sanggup mempersendakan kalimah syahadah yang suci serta ahli PAS. Baca sini. Setelah isu ini tersebar dan Haji ini mungkin di gasak oleh penyokong Pakatan Rakyat akhirnya Haji ini minta maaf secara terbuka. Moga haji ini di ampun dosanya serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah. Semoga haji ini di buka pintu hatinya untuk bersama perjuangan Islam. Berikut adalah permohonan maaf oleh Haji Alfaiezeen Hamat.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan