shalehudin |
- Bisnes hapa sampai tinggai solat
- Tepuk dan menjerit tu belum tentu suka Rosmah woiii...
- PANAS: BALA demi bala menimpa Soi Lek...
- BN Selangor ada 12 hari ja lagi... kahkahkah...
- Mampuih la Umno, Rafizi dah TEMPAH tiket neh...
- Alamak!! Kerajaan Selangor dah kena main daa...
- PAS kena buat cepat neh, takut Umno tiru... haha...
- Cara Mat Sabu KENEN Umno... hehe...
- Ketua Ketenteraan HAMAS Terbunuh Diserang Israel
- England kena belasah, amek kau...
- PANAS: Maklumat Rafizi mai dari UMNO sendiri?
Bisnes hapa sampai tinggai solat Posted: 15 Nov 2012 10:00 AM PST |
Tepuk dan menjerit tu belum tentu suka Rosmah woiii... Posted: 15 Nov 2012 08:00 AM PST Gempar! Saksikan Video Terbaru Rosmah Berjoget! Rosmah kelihatan asyik bergoyang sambil diiringi alunan muzik Hindustan bersama dengan penari pengiring sempat dirakamkan salah seorang penonton yang hadir di majlis tertutup itu. Beginilah rupanya gelagat isteri pemimpin negara kununnya mengamalkan wasatiyyah yang dicanang hebat ke seluruh negara tetapi dalam masa yang sama memperlihatkan sisi hodoh yang tidak patut dicontohi rakyat yang kini makin derita dengan kenaikan harga barang menggila! - PSM |
PANAS: BALA demi bala menimpa Soi Lek... Posted: 15 Nov 2012 07:40 AM PST The Star Sorok Berita 1,000 Ahli MCA Keluar Parti? Dua bom jangka telah meletup dalam MCA sepanjang dua hari lalu tetapi media arus perdana, terutamanya media yang dikuasai parti perkauman Cina itu, The Star, langsung tidak menyiarkan berita ini. Kira-kira 1,000 ahli MCA dari Pulau Pinang dan Johor telah meletak jawatan secara keseluruhannya (en bloc) dan mereka menyatakan hilang keyakinan dalam kepimpinan parti sebagai alasan untuk keluar. Perletakan jawatan beramai-ramai ini hanyalah sekelumit kecil dan ia menandakan permulaan satu tamparan hebat buat parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar ini. Menurut beberapa orang-orang yang berhenti tetapi enggan dinamakan, lebih ramai ahli MCA di seluruh negara dijangka akan keluar beramai-ramai sebelum pilihanraya umum akan datang. Media arus perdana menggelapkan berita ini kerana ia adalah satu tamparan besar untuk MCA dan persiapan BN untuk menghadapi pilihanraya umum yang dijangka akan dipanggil oleh perdana menteri, Najib Altantuya pada bulan Februari atau Mac depan. Mereka yang berhenti mengatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan dalam kepimpinan MCA kerana ia dipimpin oleh seorang presiden yang dicemari skandal dan tidak bermoral, Chua Soi Lek. "Apabila dia bercakap tentang apa-apa isu, ia akan menjadi 'backfire' dan bahan ketawa rakyat atau akar umbi. Ini adalah kerana Chua tidak layak kedudukannya untuk bercakap mengenai isu-isu moral dan integriti. "Kita tidak boleh terus dikaitkan dengan pemimpin dan kroni beliau yang hanya menjaga kepentingan sendiri dan kedudukan mereka," kata bekas ahli MCA yang dikenali kepada penulis.Memetik peristiwa baru-baru ini dan isu-isu, bekas anggota berkata: "Ia memalukan untuk Soi Lek bercakap tentang kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara. "Apa yang dia cakap tentang perkara pertama yang dia (Soi Lek) lakukan apabila beliau memenangi jawatan presiden secara kebetulan adalah untuk meletakkan The Star terus di bawah kawalan parti. "Kertas (senarai calon) kini di bawah kawalan keseluruhan anggota panel termasuk anaknya (Chua Tee Yong) sebagai ahli utama. Beliau juga melantik anaknya dalam kedudukan kerajaan. "Kepimpinan MCA kini diketuai oleh seorang lelaki yang moralnya tercemar dan orang yang mengamalkan nepotisme dan kronisme untuk menjadikan parti itu ke dalam empayar keluarganya," katanya.Seorang lagi bekas ahli menambah: "Hanya menunggu masa menyaksikan bagaimana MCA meledak dalam menjelang pilihanraya umum ke-13. Sekurang-kurangnya 30 peratus daripada ahli-ahlinya akhirnya akan meninggalkan parti pada hari pengundian. " Dalam perkembangan lain, maklumat dalaman parti berkata MCA Selangor berada dalam keadaan kacau-bilau berikutan pertelagahan antara Soi Lek dan ketua MCA negeri, Donald Lim Siang Chai. Sebagai bos MCA negeri, Donald Lim tidak mempunyai kuasa pemutus untuk membuat keputusan calon mana patut bertanding di kerusi yang diperuntukkan parti itu. Donald Lim dikatakan mengintai kerusi parlimen Selayang tetapi Soi Lek sudah mempunyai orang lain di fikirannya – mungkin seorang calon wanita. Apa yang jelas, Donald Lim tidak mempunyai keyakinan walaupun dikatakan mencuba untuk merampas kembali bekas kerusi parlimennya, Petaling Jaya Selatan – di mana beliau telah ditumbangkan oleh calon KEADILAN, Hee Loy Sian dengan majoriti 5706 undi pada 2008. Sumber dalaman parti berkata Donald Lim yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan yang dilantik menerusi pintu belakang (senator) kini terdesak dan muslihat untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Sumber itu turut mengatakan ia akan menjadi permusuhan paling menarik untuk dilihat bagaimana teruk MCA Selangor akan berpecah disebabkan oleh perebutan Soi Lek-Donald Lim ini. Oleh Jackson Ng, Bekas wartawan (Dipetik dari laman Facebook Ronnie Liu) |
BN Selangor ada 12 hari ja lagi... kahkahkah... Posted: 15 Nov 2012 03:45 AM PST 12 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di S'ngor – Exco SHAH ALAM 14 November: Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Selangor oleh kontraktor yang dilantik Kerajaan Pusat adalah secara haram, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu. Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "AES di Kajang adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Sebelum pemasangan perlu dapat Kebenaran Merancang (KM). "Tanpa itu (KM), walaupun kamu pemilik tanah, kamu tak boleh buat begitu, ia dianggap haram, salah. Jadi saya sarankan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Kong Cho Ha rujuk dulu dan minta nasihat," katanya pada sidang media petang tadi.Jelas Ronnie, sebelum pemasangan, pihak bertanggungjawab mesti mendapat kebenaran yang diperuntukkan dalam undang-undang. "Dia mesti ada kelulusan baru boleh buat. Dia menteri (dan dia) mesti ikut undang-undang juga. "JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya bagi kontraktor minta izin. (Tapi) kontraktor tak buat. Kementerian tak buat permohonan. Ketiga-tiga pihak tidak buat permohonan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu.Sehubungan itu, kata Ronnie, amaran Kerajaan Selangor yang memberi tempoh 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan semula kamera tersebut di negeri itu sangat berasas. "Dua AES di kawasan Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), minta surat untuk roboh 14 hari, ekoran taklimat diberikan oleh Pengarah JPJ. "Saya pergi semalam di Lebuhraya Lembah Klang Selatan dan di Lebuhraya PLUS Expressway dari Bangi menghala ke Cyberjaya masih terdapat kamera AES di sana," katanya merujuk laporan muka depan akhbarSuara Keadilan hari ini.Ronnie yang ke lokasi itu semalam bersama seorang lagi Exco, Dr Yaakob Sapari menunjukkan kamera yang bakal dirobohkan jika Kerajaan Pusat berdegil tidak mahu menanggalkan kamera tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Beliau bertegas akan mengarahkan MPKj untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian. "Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang," kata Ronnie.Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula Isnin lalu dan tempoh itu berbaki 12 hari lagi dari sekarang. |
Mampuih la Umno, Rafizi dah TEMPAH tiket neh... Posted: 15 Nov 2012 01:00 AM PST Rafizi ke Hong Kong 21 November siasat skandal Musa Aman KUALA LUMPUR 14 November: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong 21 November ini bagi menyiasat sendiri skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Menurut beliau, pemergiannya ke sana selama dua hari itu bagi mendapatkan kepastian sama ada kes tersebut ditutup kerana tiada bukti mengaitkan rasuah atau tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Malaysia. Kes ini muncul apabila jutawan balak Sabah, Michael Chia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Hong Kong kerana membawa wang berjumlah S$16 juta (RM40juta) yang beliau dakwa wang tersebut adalah milik Musa. Pada 11 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, ICAC setelah tiga tahun menjalankan siasatan membersihkan Chia dari tuduhan rasuah. Rafizi berkata, jawapan Nazri itu tidak meyakinkan dan kerana itu beliau sendiri akan bertemu pihak ICAC. "Kita mahu ICAC beri penjelasan sama ada betul atau tidak mereka bersihkan Musa dan Chia sebab tiada bukti atau Peguam Negara dan kerajaan Malaysia yang tidak memberikan kerajasama," tegasnya. "Kami sudah hubungi ICAC dan tidak terdapat satu pengesahan pun daripada mereka yang mengatakan kes tersebut telah ditutup atas alasan tiada elemen rasuah telah dikenalpasti. "Terdapat juga kekeliruan kerana menteri di negara ini pertahankan bahawa badan tersebut yang membersihkan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan ahli perniagaan, Micheal Chia, sedangkan status di negara itu sekiranya melibatkan kes kerajaan negara lain dan tidak mendapat kerjasama, dalam masa tiga tahun mereka akan tutup kes," jelasnya kepada Keadilan Daily.Dalam pada itu, Rafizi berkata, bagi meneruskan kempen skandal pemimpin Umno itu, beliau akan menyerahkan petisyen kepada Ahli Parlimen Hong Kong dan badan bukan kerajaan (NGO) di sana. "Saya akan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang; Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong. "Kita akan bertemu dengan NGO dan semua Ahli Parlimen Hong Kong untuk menyerahkan petisyen mengenai skandal tersebut supaya mereka boleh membawa isu tersebut di Parlimen mereka," ujarnya. |
Alamak!! Kerajaan Selangor dah kena main daa... Posted: 14 Nov 2012 08:00 PM PST Bekas KP MIDA tolak tawaran Selangor kepalai JK khas isu kondo Batu Caves KUALA LUMPUR, 15 Nov — Usaha mencari jalan penyelesaian pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves semakin rumit apabila Datuk N Sadasivan menolak tawaran kerajaan negeri Selangor sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menangani isu tersebut. Kawasan pintu masuk ke kompleks kuil Batu Caves di Selangor. — Gambar failBeliau yang dihubungi The Malaysian Insider pagi tadi mengakui telah menolak (decline) tawaran daripada kerajaan negeri tersebut. "Ya saya terima tawaran itu. Tapi saya telah menolaknya," kata bekas ketua pengarah (KP) Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) itu. Apabila ditanya mengapa keputusan tersebut diambil, beliau enggan memberikan alasan. "Buat ketika ini saya tidak boleh komen. Terima kasih," tambah Sadasivan. Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perlantikkan Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas projek pembinaan kondominium di Batu Caves sebaik pengumuman perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu membatalkan projek tersebut jika berjaya menawan Selangor. "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju untuk melantik Datuk N Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi mengkaji kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves," katanya dalam satu kenyataan yang dikirim. Menurut kenyataan itu lagi, perlantikan Sadasivan adalah kerana pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran bersama kerajaan dan swasta sebelum ini. "Beliau berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta pengurusan, pernah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat swasta dan dua institusi kewangan kerajaan iaitu Bank Negara dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad serta pernah dilantik ke Lembaga Pengarah Petronas," tambah Abdul Khalid. Beliau turut membidas Najib kerana ia jelas membuktikan BN terdesak bagi meraih populariti dan sokongan dan bukannya untuk menyelesaian masalah. "Ia adalah jelas kenyataan itu bagi meraih populariti dan sokongan dan bukannya untuk menyelesaian masalah," kata beliau lagi. Ekoran kenyataan Najib itu juga, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor membidas janji itu dengan menyifatkan ia sebagai rasuah politik kepada pengundi masyarakat India. Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India. "Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu," kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Xavier Jayakumar (gambar) kepadaThe Malaysian Insider. "Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik. "Mereka tidak memiliki jaminan daripada segi kesihatan, pendidikan dan perumahan seperti diketahui tetapi kamu memainkan janji seperti ini di depan mereka. "Lebih baik beritahu mereka — kamu akan lebih teruk jika kamu tidak lakukan perkara ini (undi kepada BN) dan saya (PM) tidak kisah jika kamu tidak lakukannya," tambah beliau lagi. Pada 30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas. Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.- TMI |
PAS kena buat cepat neh, takut Umno tiru... haha... Posted: 14 Nov 2012 07:50 PM PST PAS mahu wujudkan nurseri selepas berjaya dengan Pasti (Zailah memberikan ucaptama di Muktamar Dewan Muslimat) KOTA BHARU: Selepas berjaya dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), PAS melalui Dewan Muslimatnya bercadang untuk menubuhkan institusi nurseri pula. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff menyarankan agar muslimat cawangan dan kawasan mengambil inisiatif menubuhkan nurseri yang berdaftar atau membantu mengasuh anak-anak yang ibu bapa mereka bekerja. "Jika kita sudah ada institusi Pasti yang merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak, tidak mustahil PAS mempunyai pusat asuhan kanak-kanak atau nurseri yang mengenakan kadar perkhidmatan yang berpatutan dan selari kehendak syariah dan mematuhi undang-undang," katanya.Tambahnya, ini merupakan inisiatif yang boleh diambil hasil penerapan taaruf, tafahum dan takaful ialah membantu mengatasi masalah kekurangan pembantu rumah. Jelasnya, masalah ini merupakan dilema utama yang dihadapi oleh ibu-ibu sekarang kerana Kos mengambil pembantu rumah mahal manakala untuk menghantar anak ke nurseri juga memakan kos yang tinggi. "Apatah lagi dengan beberapa kes yang dilaporkan tentang kecuaian penjaga di nurseri, ini sudah cukup menimbulkan kebimbangan dalam hati ibu-ibu yang bekerja. "Muslimat di peringkat cawangan dan kawasan boleh menyediakan satu aktiviti santai bersama pembantu-pembantu rumah dan pekerja nurseri dengan kerjasama majikan mereka untuk membincangkan soal-soal berbangkit hal kebajikan kedua-dua pihak," katanya.Beliau juga menekankan agar muslimat menjadikan amalan ziarah menziarahi sebagai aktiviti rutin mereka dalam usaha mempelbagaikan pendekatan dakwah yang didokong selama ini. "Muslimat perlu membina jaringan maklumat setempat supaya masalah golongan yang kurang bernasib baik cepat sampai ke pengetahuan pihak berkuasa," katanya. |
Cara Mat Sabu KENEN Umno... hehe... Posted: 14 Nov 2012 05:55 PM PST Komitmen Mat Sabu isytihar harta jika tanding p'raya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi mengumum langkah awal dengan memberi komitmen untuk mengisytihar harta jika beliau dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Komitmen itu dibuat sebagai contoh bagi mencapai matlamat membentuk tadbir urus kerajaan yang baik memandangkan Pakatan Rakyat, yang menurutnya, kini berada di ambang kemenangan dalam pilihan raya. Mohamad berkata Pakatan Rakyat mesti berani untuk membuat perubahan yang besar untuk mencapai tujuan tersebut. "Kita pemimpin dan pendukung Islam jangan ajar diri kita terlibat dengan rasuah atau gejala rasuah. Pakatan Rakyat diambang kemenangan, kita mesti melahirkan keadilan, negara berkebajikan dan masyarakat madani. "Urus tadbir yang baik menjadi matlamat kita, (maka) kita mesti membuat perubahan besar dan berani membuat perubahan. Perisytiharan harta, bagi yang bertanding dalam pilihan raya, (di mana) perwakilan di peringkat persekutuan sebagai permulaan. "Saya mungkin bertanding dalam pilihan raya kalau dengan izin setiausaha agung dan naib presiden, saya akan mengisytihar harta peribadi dalam sidang media nanti," katanya.Mohamad berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-53 di Dewan Majlis Perbandaran Kota Bharu malam ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Pada sidang medianya selepas itu, Mohamad berkata beliau "tidak mempunyai masalah" untuk mengisytihar hartanya bagaimanapun cara mekanismenya akan ditentukan dalam muktamar nanti. "Kita perlukan satu mekanisme, supaya ianya menyeluruh dan dipersetujui bersama dari sudut cara. Kita semua dah setuju tetapi cara dan sebagainya, maka kita akan pergi kepada muktamar, pada hari Jumaat sehingga hari Ahad. "Kemudian kita akan isytihar mekanisme perisytiharan harta, sama ada kepada rakyat, kerajaan atau orang ramai," kata dalam sidang media yang turut dihadiri Mustafa dan ketua Pemuda Nasrudin Hassan. Nasrudin pula berkata dalam mesyuarat Dewan itu kelmarin, kepimpinan Pemuda bersetuju untuk mencadangakan pengisytiharan harta mengikut format Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum dimajukan kepada presiden parti. "Apabila dimuktamadkan calon-calon pemuda bertanding dalam pilihanraya, maka pengisytiharan harta akan disiarkan kepada umum. Itu cadangan daripada Pemuda," katanya.Sementara itu, Mustafa ketika ditanya mengenai sambutan parti dan calon-calon berhubung cadangan Pemuda PAS untuk mengisytihar harta, pula berkata beliau yakin parti itu "tidak ada masalah dengan perkara itu". "Saya nampak apa yang dicetuskan oleh Pemuda ada komentar daripada parti-parti lain. Ada yang bersetuju, dan kita akan lihat apabila (ia)dibincangkan di peringkat (muktamar) Pemuda untuk menghasilkan satu garis panduan," katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, PAS sedang mengkaji untuk menambah bilangan calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini. Beliau berkata langkah itu diambil berikutan peranan Muslimat yang sangat menggalakkan berdasarkan pencapaian di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kelantan Trade Centre di Kota Bharu. Terdahulu, dalam ucapannya Abdul Hadi berkata PAS mengiktiraf peranan wanita sejak 59 tahun lalu malah penglibatan wanita dalam parti itu adalah mendahului negara-negara lain. Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof dalam captamanya meminta semua Muslimat parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. |
Ketua Ketenteraan HAMAS Terbunuh Diserang Israel Posted: 14 Nov 2012 03:05 PM PST Israel mengganas tegakkan keAKUan... Sambil mendada penuh keangkuhan... Diwaktu Muslim bercakaran... Apa anda boleh lakukan... Bila Palestin menjadi ratahan... Apa anda boleh lakukan... Bila Al-Quran sekadar perhiasan... Apa anda boleh lakukan... |
England kena belasah, amek kau... Posted: 14 Nov 2012 02:57 PM PST Pertahanan Sweden, Jonas Olsson (kanan) cuba menghalang umpanan pemain England, Glen Johnson pada perlawanan persahabatan antarabangsa Piala Dunia 2014 FIFA di Stockholm, Sweden, awal pagi tadi. Sweden 4, England 2. - Foto AFP STOCKHOLM: Zlatan Ibrahimovic menyumbatkan kesemua empat gol ketika Sweden meraikan pembukaan stadium nasional baru mereka sewaktu bangkit selepas ketinggalan untuk membelasah England 4-2 pada perlawanan persahabatan. Kapten Sweden itu menjadi pemain pertama menjaringkan gol di Arena Friends dan kemudiannya menjaringkan tiga lagi gol dalam 15 minit terakhir selepas Danny Welbeck dan Steven Caulker berusaha meranapkan kejayaan tuan rumah. Gol Ibrahimovic ternyata begitu berkualiti apabila membuat penyudah cantik diikuti sepakan volley dan sepakan percuma dari jarak 30 ela dan sepakan gunting pada jarak jauh dalam masa kecederaan membuatkan penonton berdiri memberikan tepukan. "Kadangkala apabila dia berbuat begini ketika latihan atau perlawanan, anda tidak fikir ia boleh dilakukan," kata jurulatih Sweden, Erik Hamren. |
PANAS: Maklumat Rafizi mai dari UMNO sendiri? Posted: 14 Nov 2012 02:45 PM PST Anuar Mohd Nor Adakah benar pendedahan Rafizi Ramli yang semakin banyak datang dari UMNO sendiri? Menurut pandangan seorang blogger popular – sewaktu bersembang dengan beliau semalam – beliau mendakwa, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi datangnya dari UMNO sendiri dan lebih dahsyat lagi dari kepimpinan tertinggi UMNO dengan 2 motif utama – untuk mengekalkan tempat masing-masing tanpa persaingan dan untuk memastikan tempat dalam pilihan raya PRU 13 nanti. Adakah benar ini berlaku. Adakah ini satu sabotaj dalaman yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO dan mereka sendiri menyampaikan maklumat kepada Rafizi Ramli untuk tujuan tertentu. Menurut beliau lagi, pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu berbayar dan ini amat menyedihkan sekiranya berlaku. Adakah kepimpinan UMNO, baik bahagian atau dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang sebok menentukan tempat dan adakah mungkin pendedahan ini adalah untuk membersihkan UMNO dan menunjukkan kepada rakyat bahawa transformasi politik sedang rancak dilakukan. Adakah benar tujuan pendedahan itu dibuat oleh UMNO sendiri adalah untuk mengeluarkan mereka yang usang dan degil dari melepaskan jawatan dan berundur dari politik. Sekiranya ini dilakukan maka – kesannya berbalik pada UMNO. www.umno-reform2.com melihat sekiranya pendedahan ini adalah untuk mengenepikan saingan dan berebut tempat dalam PRU 13 nanti maka UMNO akan berhadapan dengan kesukaran sewaktu pilihan raya dan lebih buruk lagi apabila UMNO berhadapan dengan perhimpunan Agung UMNO nanti. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan