Khamis, 1 November 2012

shalehudin

shalehudin


Pemandu maut, kereta terjun laut [GAMBAR]

Posted: 01 Nov 2012 11:00 AM PDT

Unit selam pasukan gerakan Marin PDRM sedang melakukan operasi mencari sebuah kereta yang terjunam jatuh ke dalam laut di kilometer 7.9 menghala ke Pulau Pinang pada jam 3.30 pagi tadi. Polis masih belum kenal pasti jumlah mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam laut selepas merempuh Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.9, menghala ke arah Georgetown, awal pagi tadi. 
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, kereta Proton Persona yang dipandu Tan Kean Loon, 26, dari Air Itam di sini dipercayai merempuh tembok pengadang jambatan sebelum terjunam ke dalam laut.
Anggota penyelamat menaikkan sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di George Town, Khamis. Kejadian itu mengakibatkan pemandu kereta itu meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan tersebut. Kereta tersebut dipercayai dipandu dari arah Butterworth ke George Town terbabas lalu melanggar tembok Jambatan Pulau Pinang dan terjunam ke dalam laut dalam kejadian awal pagi Khamis.
Kejadian itu hanya disedari selepas pasukan peronda lebuh raya yang membuat rondaan menjumpai tayar kereta di tepi jambatan manakala tiang lampu juga tumbang ke dalam laut. 
Mengesyaki ada kenderaan terjunam ke dalam laut, sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Skuba memulakan gerakan mencari kenderaan dan mangsa kemalangan itu. 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk mengesan lokasi kereta mangsa di dasar laut. 
"Kereta berjaya diangkat menggunakan kren pada jam 12.30 tengah hari dan mayat mangsa ditemui tersepit di tempat duduk pemandu," katanya. 
Kes ini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ditemui, sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang menghala ke bandar ini, awal pagi tadi diangkat kren selepas berjaya dikesan unit Selam Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Harap2 Hassan Ali jangan tengok gambar neh

Posted: 01 Nov 2012 09:18 AM PDT

Elok sangat dah...
Umno tolak hudud...
MCA pulak hina hudud...
Manakala MIC hina Al-quran...

Toksah tanya Hassan Ali, dia dok pening lalat lagi... hehe...
Mana ulamak Umno?
Mana Pekasam?
Mana Pekida?
Saheh... Mereka semua ni sayang dan cinta pada Samy Vellu dan Chua Soi Lek...


SERIUS: Berat betoi dakwaan neh...

Posted: 01 Nov 2012 04:57 AM PDT

Minta Penjelasan Menteri Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ

KUALA LUMPUR, 31 OKT – Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
"Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ.
"Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen.
Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.

Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.
"Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.
"Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.
"Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya.
Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).

Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.

Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.
"Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.
"Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya.
Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.

Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan.


Rupanya, ni la kejayaan terbesar Umno... kahkahkah...

Posted: 01 Nov 2012 01:01 AM PDT

Umno berjaya sesatkan MCA

Oleh Subky Latif

APA Presiden MCA dan lain-lain pemimpin MCA tentang hudud telah diketahui semua. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang tidak menganut Islam sedang hudud itu adalah salah satu dari hukum Islam.

Jika mereka percaya dan menerima hudud, hampir dekat mereka dengan Islam dan mereka pun Islam.

Cuma yang peling menarik ialah kenyataan media Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Selepas perhimpunan agung Pemuda MCA itu dia memberitahu media betapa gerakannya menolak hudud ala PAS.

Jika yang ditolaknya itu hudud ala PAS, ia boleh diertikan ada hudud yang dia terima. Tidaklah sama dia dengan lain-lain pemimpin MCA yanga umumnya menolak apa saja yang dinamakan hudud.

Apa yang dilafazkan oleh ketua Pemuda MCA itu samalah yang Dr. Mahathir dan sekalian UMNO kata. Temasuk yang ADUN BN Johor kata ketika dia menyeru keraaan Johor melaksanakan hudud yang bukan hudud PAS.

Hudud itu tidak ada hudud PAS atau hudud UMNO. Hudud yang ada dalam Islam itulah hudud yang disebut dalam Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kemudian disebut juga dalam Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Hudud itu sama seperti solat dan lain-lain ibadat disebut dasarnya saja. Macam solat dilaksanakan dijelaskan oleh Nabi SAW dengan kata-kata dan perbuatannya. Demikian jugalah hudud. Ulama fekahlah masing-masing mazhab pula yang memperincikan panduannya. PAS pula menggubal undang-undang iaitu enakmen bagaimana kerajaan hendak melaksanakannya.

Jika ada kelemahan, maka bolehlah ia dikemaskan.

UMNO mengaku ia beriman pada hudud, tetapi ia tak buat apa-apa. Sidang mufti dan Majlis Fatwa tidak pernah kata enakmen yang Kelantan dan Terengganu itu hudud PAS. Jika UMNO anak jantan ia boleh minta Majlis Fatwa kata ia hudud PAS dan minta semua hakim syariyah buat dikatakan hudud Islam.

Apa yang Ketua Pemuda MCA kata itu ialah sebiji macam yang UMNO kata. Ketua Pemuda MCA itu seperti UMNO logiknya percaya ada hudud yang betul bukan yang PAS buat.

Seronokkah UMNO dengan kata-kata Pemuda MCA itu? Seolah-olah UMNO berjaya yakinkan Pemuda MCA yang tak bettul hudud PAS. Yang betul ia tidak dapat tunjukkan.

Katakanlah Pemuda MCA mahu menerma hudud yang Islam peraturkan itu tetapi mereka tidak tahu yang kana satu. Jika dapat ditinjukkan, maka mungkin mereka terima. Yang ada hanya hudud yang PAS gubal. Jika yang PAS gubal itu adalah hudud, mungkin Pemuda MCA boleh terima.

UMNO kata yang PAS buat bukan hudud. Pemuda MCA terima apa UMNO kata.

Isunya sekarang Pemuda MCA tidak tahu yang mana satu yang dikatakan hudud. Mungkin mereka mahu tahu. Tetapi dengan mengata yang PAS buat itu Hudud PAS, MCA tidak akan jumpa hudud lain.

Mungkin Pemuda MCA hendak mencari kebenaran, tetapi dengan apa yang UMNO jelaskan kepada mereka, tidak akan dapat menunjukkan kebenaran tetapi ia menyesatkan lagi orang yang tidak tahu itu.

Sepatutnya UMNO jelaskan apa yang benar kepada Pemuda MCA. Tetapi sekarang mereka disesatkan lagi.

Apabila UMNO kata ia hudud PAS, maka tidaklah mudah kita kata UMNO itu sesat. Tetapi apabila UMNO kata begitu pada Pemuda MCA, maka UMNO menyesatkan lagi MCA. Seronokkan UMNO kalau MCA terus sesat.

Semua yang terjadi itu adalah disebabkan YADIM, JAKIM, IKIM dan semua majlis agama tidak berfungsi. Tidakkah boleh dikatakan bahawa Penasihat Agama Perdana Menteri makan elaun buta?


TOLONG jangan gelak, biar gambar berbicara...

Posted: 31 Oct 2012 09:50 PM PDT

Memang lawak dia neh... haha...
Apa yang dia kata tue semua hentak kepala dia balik...
Memang jenih kaki kepit la dia neh...

Kahkahkah...


Najib: Rakyat perlu hargai pemimpin amanah, tepati janji...tapi rakyat perlu hukum dan tolak pemimpin pecah amanah serta penipu..!!!!


SUNGAI PETANI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.

Beliau berkata pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara.
"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.






MB Selangor dihalau dengan parang??

Posted: 31 Oct 2012 07:11 PM PDT

PERANGAI HODOH UMNO!!! Maki hamun dan halau MB Selangor dengan parang

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.

Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.

Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.

Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.

Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.

Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.

ReJaM© " Orang Melayu jadi bodoh kerana menyokong Umno... "


Kena tabik spring kat Nik Aziz....

Posted: 31 Oct 2012 05:28 PM PDT

Kenapa Umno takut sangat dengan Nik Aziz?

Umno dan PERKASA adalah musuh PAS, bekas pemimpin PAS juga adalah musuh PAS. Baru-baru ini, Dr Hasan Ali alJATI dan Uztaz Nakhaei yang sekian lama menjadi keldai Umno serta Ibrahim Ali presiden PERKASA berkokok lagi. Mereka mahu Nik Aziz berundur, kononnya Nik Aziz dah tua, tak mampu buat kerja dan makan gaji buta,, lebih baik lepaskan jawatan kepada orang lebih muda, kata mereka. Kah, kah, kah!

Itulah tahap keberanian mereka ! Nak tegur kebobrokan Najib langsung mereka tak berani !

Kasihan pulak teman tengok dua tiga ekor musang ini! Tindakan mereka ibarat bibir tak mancung gigi tersorong-sorong ! Samalah macam musang nak mintak jaga reban ayam!! Apa-apa pun TG Nik Aziz tetap dianggap oleh rakyat Kelantan dan masyarakat Islam 'amnya sebagai seorang pemimpin yang berintergriti dan berkredibiliti. Semakin Nik Aziz difitnah dan diperlekeh semakin tinggi pula darjatnya !! Lagi tinggi darjat pemimpin, semakin tinggilah daulah parti PAS itu sendiri, namun Umno tak faham-faham,, masih meneruskan kejian dan tohmahan!

Dalam sibuk menyindir Umno ciplak idea Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz bukanlah seperti bekas pemimpin PAS Dato' Asri Muda atau Ustaz Nakhaei, bukan juga seperti Dr Hasan Ali mahupun Ustaz Nasha yang mudah digula-gulakan oleh Umno. Nik Aziz seorang pemimpin yang jujur, bijak dan berani, pemimpin yang tegas dan kukuh pendirian! Perjuangan Islamnya tidak pernah longgar dan luntur sedikitpun. Sesungguhnya pengaruh dan kekuatan TG Nik Aziz masih kukuh dan konsisten. TG Nik Aziz sendiri nampak masih yakin dan mampu meneruskan khidmat. Orang ramai khasnya rakyat Kelantan masih mahukannya.

Masyarakat Islam termasuk bukan Islam, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan amat menyenangi TG Nik Aziz. Kalaupun kudratnya tidak sehebat orang muda, tetapi idea dan buah fikiranya yang cukup bernas masih diperlukan! Ini yang amat ditakuti dan tidak disenangi oleh Umno. Tentu kita masih ingat, dalam sibuk menyindir dan memperlekeh Nik Aziz, Umno telah meniru atau copy paste idea Nik Aziz. Misalnya pembinaan rumah tiga bilik, berkerja lima hari seminggu, cuti dua bulan untuk isteri bersalin, penggunaan dinar dan sebagainya.

Umno usah kata nak berterima kasih, sebaliknya terus riak dan bongkak!!
Oleh : rahimothman


Alamak!! Lagi lobang BN dah pecah daaa...

Posted: 31 Oct 2012 12:00 PM PDT

TEMBELANG UMNO PECAH!!! YDP MPS sahkan projek kondominium di Batu Caves diluluskan kerajaan BN , ditangguhkan kerajaan PR

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin Aala telah menafikan tuduhan UMNO / Barisan Nasional bahawa Dolomite Park Avenue projek kondominium di Batu Caves telah diluluskan oleh kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MPS hari ini, Zainal Abidin memberitahu pemberita bahawa "Kelulusan Perancangan" yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada pembinaan setiap yang dianugerahkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
"Sebenarnya, Perancangan. Kelulusan adalah kunci kepada pembinaan yang diluluskan.
"Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya dianugerahkan pada tahun 2007, danpembinaan siap lot kedai adalah fasa pertama. Fasa kedua adalah pembinaan unitkondominium, "jelasnya.
Zainal Abidin juga mendedahkan bahawa projek oleh Dolomite Properties Sdn Bhd telah diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains semasa pemerintahan BN Selangor walaupun penolakan daripada Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awal.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.
"Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan," kata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Hujung minggu lalu, kira-kira 200 penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 200 orang ramai yang hadir pagi semalam.

Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, Senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

SEKARANG TEMBELANG SUDAH PECAH!!!!.. SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!.. YANG BUAT KERJA DURJANA ADALAH KERAJAAN UMNO/BN YANG DIKETUAI KHIR TOYO DULU TAPI TUDUH KERAJAAN PKR/PR PIMPINAN TAN SRI KHALID YANG LULUSKAN..

KALAU BUKAN MENIPU DAN MEMFITNAH BUKAN UMNO NAMANYA - OMAK KAU


Tiada ulasan: