Khamis, 1 November 2012

Addin

Addin


Gambar Kempen Najib Paling Bermaruah..

Posted: 01 Nov 2012 10:00 AM PDT


Inilah nilai maruah seorang yang bergelar PM, sudah terdesak sanggup melakukan apa sahaja. Kempen seperti ini menjadikan ianya sejarah kerana BN tidak pernah berkempan sampai ke tahap begini sebelum ini.

Ianya memberi petanda kepada kita semua memang benar hayat Umno BN sudah sampai ke penghujungnya.

Beginilah tahap Umno berpolitik, sampaikan kotak pensel pun nak bubuh muka Najib dan logo 1Malaysia.


Politik Umno dah sama taraf dengan budak tadika sahaja, tiada nilai intelektual langsung. Amat memalukan sekali!! Di percayai kotak pensil ini di edarkan secara percuma.



Iklan


Keranda 'Muncul' Dari Kubur Akibat Taufan Sandy

Posted: 01 Nov 2012 08:20 AM PDT


CRISFIELD, Maryland – Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.

Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York.

Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut.

Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington. Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada. ~agensi



Iklan


Sebenarnya Media Salah Lapor Kenyataan KSN Semalam, Kajian Semua Gaji Hanya Libatkan 20% Penjawat Awam

Posted: 01 Nov 2012 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Cuepacs berkata kajian semula gaji kakitangan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.

Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus diberi perhatian supaya tidak ketinggalan.

Sehubungan itu kata beliau, laporan media bahawa kajian semula melibatkan keseluruhan kakitangan awam tidak benar.

"Hanya mereka yang sudah capai tahap gaji maksimum. Dua puluh peratus ini harus diberi keutamaan.

"Cuepacs mengharapkan kenaikan dua hingga lima peratus kepada kakitangan awam yang sudah berada pada tangga gaji maksimum. Mereka ini akan mengalami penurunan gaji dua peratus apabila skim gaji penjawat awam dikaji semula (kelak)," katanya kepada Sinar Harian Online.

"Kita mengalu-alukan dan harap kajian semula dilakukan kepada yang sudah ada gaji maksimum.

Jelas beliau, sebahagian besar kakitangan terbabit berada di peringkat maksimum, antara lain kerana menerima kenaikan gaji atas prestasi cemerlang mereka semasa berada di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.

"Dulu mereka cemerlang dan dapat kenaikan gaji, sekarang ketinggalan di belakang... keadaan ini perlu dibaiki," katanya.

Malah Azih juga berkata, pihaknya telah dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara pagi tadi bahawa kajian semula hanya melibatkan penjawat di peringkat gaji maksimum.

"Dua puluh peratus ini melibatkan semua kategori jawatan," katanya lagi.

Cuepacs menyasarkan kenaikan dua hingga lima peratus untuk mereka yang sudah mencapai gaji maksimum dapat dilaksanakan tahun hadapan.

Laporan media semalam memetik Ali berkata, kajian semula akan dilakukan ke atas skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun hadapan.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," ujar beliau.

Kerajaan juga katanya, akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan gaji penjawat awam antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Menurut Presidennya, Datuk Omar Osman, kerajaan juga harus menimbang penjawat awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred sebelum membuat pembaharuan dalam skim sedia ada. ~sinar



Iklan


Rupanya Sebab Ni Ahli Parlimen BN Setuju Tangguh AES..

Posted: 01 Nov 2012 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 November: Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. "Ini adalah hasil tekanan kita (Pakatan Rakyat) yang mendesak pembatalan AES kerana memberi keuntungan kepada kroni.

Akibatnya mereka rasa bahang kepanasan itu dan tembelang semakin terbongkar. Itulah menyebabkan mereka beramai-ramai setuju untuk tangguhkan," katanya kepada Keadilan Daily.

Semalam, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menangguhkan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta had laju praktikal sesebuah kawasan.

"Jelas, kerajaan tidak konsisten, sebelum ini cakap AES bertujuan untuk keselamatan rakyat. Kalau betul mementingkan keselamatan rakyat, kenapa boleh berubah keputusan?" soal Azan.

"Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.

Sebelum ini, semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sepakat untuk menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian dijalankan mengenainya. ~kd



Iklan


Lagi Bukti Slogan 'Rakyat Di Dahulukan' Menjadi Mimpi Ngeri..

Posted: 01 Nov 2012 04:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 November: 100 wakil peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson berhimpun di perkarangan Parlimen hari ini membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan. Perhimpunan itu diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani dan Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib.

Dalam panas terik, kumpulan tersebut turut memegang sepanduk dan kain rentang antaranya bertulis "Selamatkan Pantai Kito", "Mana Hak Kami" dan "Kekalkan Keaslian Pantai Telok Kemang".

Mereka juga menyampaikan memorandum berhubung perkara itu.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tanah tersebut ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.

Katanya, kerajaan negeri rakus merampas tanah tersebut dan menghalau peniaga terbabit tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.

"Mengikut Kanun Tanah Negara, menjadikan pantai sebagai milik peribadi adalah satu kesalahan. Kerajaan luluskan pula projek untuk tambak pantai yang merosakkan kawasan pantai dan menghalau peniaga yang sudah berpuluh tahun berniaga di sana," katanya.

"Kita juga telah tampil ke pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan panjangkan isu ini. Janji bagi jawapan, tapi hingga kini masih tiada respon, jadi hari ini kita bawa mereka ke Parlimen supaya rakyat Malaysia tahu tentang isu ini," kata Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu.

Memorandum berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Disebabkan kelewatan beliau, memorandum diserahkan kepada Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua untuk dibahas di Parlimen.

Kelmarin, ketika peniaga tersebut bertemu Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin, mereka dihalau, malah turut dipanggil 'lembu'.

"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.

Pemimpin Pakatan Rakyat turut memandang serius penindasan itu dan mendesak pimpinan BN membela nasib rakyat serta pantai yang sepatutnya menjadi milik mereka.

"Sebenarnya isu ini tidak susah, sepatutnya pihak berkuasa Port Dickson boleh selesaikan isu ini di sana tanpa rakyat perlu bersusah payah datang sejauh ini menuntut pembelaan," kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Antara pemimpin yang turut menyatakan sokongan dan turut sama berdemo termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. ~kd



Iklan


Gambar 'Pengganas' Rakyat Malaysia Di Tangkap Di Lubnan Tersebar

Posted: 01 Nov 2012 03:52 AM PDT


Berikutan penangkapan dua orang rakyat Malaysia iaitu Razif Mohammed Aaref dan Mohammed Razin Shaaban di Lubnan beberapa hari yang lalu, kami ingin menggesa kerajaan Malaysia agar memberi pembelaan kepada mereka dengan menghantar satu pasukan peguam.

Tindakan media massa Malaysia yang menggelarkan mereka sebagai pengganas juga amat dikesali. Rafik dan Razin merupakan rakyat malaysia yang berusaha memasuki Syria untuk bersama-sama mujahidin di sana tetapi ditahan oleh tentera Lubnan beberapa hari yang lalu.

Kami akan melaporkan perkembangan mereka dari masa ke semasa. Doakan mereka.
 
Kenapa cepat benar kita melabelkan  Razif Mohammed Aaref dan Mohammed Razin Shaaban sebagai pengganas, tidak takutkah kita terjebak dalam dosa memfitnah, adakah kamu tahu niat dan apa yang tersemat di hati mereka, adakah kamu Tuhan? 

Adakah apabila Amerika dan Yahudi melabelkan mereka sebagai pengganas, kita umat Islam menyambung lidah-lidah Syaitan mereka.

Apabila kita melabelkan mereka sebagai penjenayah dan pengganas, tidakkah kita menyinggung perasaan keluarga mereka dan semua Mujahiddin yang berjuang menentang Bashar Al-Assad di Syria. Kalau kamu penakut jangan cepat melatah, duk diam-diam.

Aku sedih melihat Umat Islam disembelih di Myammar, bangsa Rohingya yang ditindas dan kenapa media massa tidak menjadikan isu ini sebagai satu keutamaan..Pelik jugak aku, tapi bila melibatkan pembelaan kepada Umat Islam dituduh pulak pengganas. 

 Bagi akulah kedua-dua pemuda ini adalah seorang yang begitu bersemangat dalam membela nasib saudara kita yang dibunuh di Syria.

Pandangan aku untuk Razif Mohammed Aaref dan Mohammed Razin Shaaban, kalau hendak berjuang ilmu mesti cukup didada dan mesti ada strategi, jangan buat sesuatu dengan membabi buta.

Semoga kamu mendapat keadilan di Mahkamah Lubnan..Ameen. 

Gambar  di atas ialah Mohammed Razin Shaaban. Sumber ~ fb.




Iklan


Sah!! Prof. Aziz Bari Bertanding Atas Tiket PKR Di Parlimen Sabak Bernam

Posted: 01 Nov 2012 03:03 AM PDT

SABAK BERNAM - PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut. ~sinar




Iklan


Pegawai Di Pejabat MB Terengganu Di Tahan Reman SPRM?

Posted: 01 Nov 2012 12:23 AM PDT


Berita ini belum dapat disahkan. Semasa makan malam sekejap tadi saya diberitahu oleh seorang tokoh Umno asal Terengganu beberapa orang pegawai kerajaan termasuk seorang yang berkhidmat di pejabat MB Terengganu dan seorang kontrektor dikatakan ditahan reman oleh SPRM beberapa hari sebelum hari Aidiadha yang lalu.

Menurut tokoh Umno itu penahanan tersebut ada kena mengenai dengan laporan kemungkinan berlaku rasuah kerana beberapa fail di pejabat mereka dirampas.

Kejadian ini bagaimana pun masih belum tersebar tetapi mereka yang rapat dengan pejabat MB sudah mengetahuinya.

Tokoh Umno berkenaan berjanji akan memberi maklumat lengkap esok berhubung perkhabaran yang boleh menjejaskan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu. Tunggulah... ~mso



Iklan





AES Malaysia VS AES USA..

Posted: 31 Oct 2012 11:44 PM PDT



AES Malaysia bukannya bertujuan untuk mendidik tapi merompak duit rakyat, tak kira hari cuti, tak kira siang atau malam.

24 jam merompak duit rakyat dan mengayakan kroni.. Pemimpin Umno dan kroni makin kaya.. rakyat makin menderita dan merempat di tanah air sendiri..




Iklan





(Kemaskini) Bukti Anak Nazri Aziz Terima Kenderaan Mewah Dari Michael Chia Di Dedahkan..

Posted: 31 Oct 2012 11:09 PM PDT


Beberapa hari lalu Nazri Abdul Aziz telah menafikan menerima RM3 juta daripada 'kawan' hartawan kayu tetapi tidak pasti samada kawannya itu meminjamkan keretanya kepada anaknya.

Itu kenyataannya bila mengulas tulisan Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya di pejabatnya.

Jika kita pergi untuk bertanya kepada anak Nazri Aziz sendiri ada dua kemungkinan yang akan kita hadapi. Samada kita akan dibelasah oleh anaknya itu ataupun pertanyaan kita tidak akan dilayannya.

Bagi merungkai jawapan tentang kereta mewah tersebut KEADILAN dengan kerjasama Sarawak Report telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah itu benar-benar digunakan oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz.

Dan penemuannya ialah memang benar sebuah kereta mewah milik Micheal Chia kini digunakan oleh anak Nazri Aziz tetapi yang ditemui ialah Hummer.

Sebagai seorang Menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.


Anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776. 

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG. 



Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato' Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato' Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato' Seri Nazri Aziz).

Gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.







Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence sila lihat di rafiziramli.com

~asd


Anak Nazri Aziz guna kereta mewah milik Michael Chia



KUALA LUMPUR 1 November: Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.

Dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen hari ini, Nedim Nazri menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Chia.

"Kenderaan itu berharga RM459,000…hak miliknya boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

"Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan ia milik Michael Chia atau Chia 0tien Woh (670406-12-5261)," jelas Rafizi.

Menurut Rafizi, berdasarkan pemantauan, kereta tersebut kebiasaannya dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim di antara kediaman beliau di Clearwater Residence, dan kedai miliknya di Bangsar Shopping Complex.

Rafizi turut menunjukkan beberapa gambar bukti. ~keadilandaily



Iklan



Hassan Ali Tubuh Rangkaian TV Propaganda Umno

Posted: 31 Oct 2012 08:38 PM PDT

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.

Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja."Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.

Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.

Selain itu, Hasan berkata, IMR Network TV dan radio kini mempunyai 18 krew produksi.Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus."Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.

"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.IMR Network TV dan radio boleh ditonton dan didengar secara online dengan melayari imrnetwork.my. ~mkini



Iklan



RM12 Juta Kos Selenggara Kediaman Rasmi Najib, Muhyiddin

Posted: 31 Oct 2012 06:55 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.

Penyelenggaraan bagi Seri Perdana (gambar), kediaman Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria untuk kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebanyak RM5,117,305.26.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan demikian dalam jawaban bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.

Nazri dalam jawapan itu memberitahu kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).

Sementara itu kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00). ~harakahdaily



Iklan



Murid Darjah 6 Jadi Mangsa Kerahan Meramaikan Program Najib.. Ini Buktinya

Posted: 31 Oct 2012 05:00 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.

"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.

"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.

Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Najib bercakap soal amanah..

Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?





Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?













Najib bercakap soal amanah tapi dalam masa yang sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.

Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden Parti..





Lebih malang lagi.. budak-budak sekolah Rendah Darjah 6 pun dikerah..




Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?

Semua gambar-gambar sambutan buat Najib diatas aku rembat dari Blog-blog pencacai UMNO.. surat kerahan untuk murid Tahun 6 di atas darangnya dari ( SINI )


~asd



Iklan



Tiada ulasan: