RAKYAT MARHAEN |
- Untuk Bangsa UMNO : Reformasi 1998
- Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging
- PAU 2012 hanya seperti pesta Glee.
- Scorpene: Hakim Perancis ke M’sia jika kerajaan enggan kerjasama
- PAU : Jangan ambil risiko buat ‘uji kaji’ pada PRU13..rakyat dah uji 5 negeri pada 2008..!!!!
- PRU13: Umno Pahang yakin menang besar...kenyataan yang sama seperti Khir Toyo pada 2008..!!!
- Pendedahan Deepak: Heret Najib ke mahkamah
- PAU : Wakil Pulau Pinang selar Guan Eng..ha.ha..ha.. ada UMNO lagi kat Penang Eh..!!!
- PAU : 'Ikut nasihat, jika tidak mati katak'....katak puru dan katak hijau banyak dalam UMNO...ha..ha.ha..!!!
- Hishammuddin mengelak jawab pendedahan Musa
- Kantoi : Akar umbi tak tahu sumbangan politik RM40j...!!!
- DAP defends PAS as more enlightened 'UNLIKE UMNO'
- Najib minta maaf kali ke-3, respons pengundi bagaimana?
- Najib dah bersumpah nak pertahankan Akidah Umat dan memelihara Agama Islam..Sekarang 2012 BUKAN 1912...!!!!
- EVIL AFOOT: Dr M putting final touches to BIG TROUBLE pre & post GE13
- PAU: RAYUAN WANITA UMNO KEDAH....ha.ha.ha..
- Berapa Banyak Maaf Daa!!!
- Politik ugut warnai politik Sarawak
- Hishamuddin Cuba Berselindung Di sebalik PAU Untuk Tutup Kes Salahguna Kuasanya
- Debaran menunggu juara Piala PRU-13
- Malays not under threat, Umno is
- PR or BN will bankrupt M'sia: LOOK INTO THE MIRROR
- IGP: 'Saya hanya mahu beri perkhidmatan terbaik'...enggan ulas dakwaan Musa Hassan..!!!
- Pusat Larang JAKOA Kerjasama Dengan Selangor Bagi Selesaikan Masalah Orang Asal
- Kenyataan Musa: Hishamudin didesak letak jawatan
Untuk Bangsa UMNO : Reformasi 1998 Posted: 29 Nov 2012 08:38 PM PST | ||||
Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging Posted: 29 Nov 2012 08:13 PM PST Perhimpunan Agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang paling penting bagi UMNO kerana perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya ini. Perhimpunan kali ini menampakkan yang UMNO begitu tertekan dengan ucapan yang bergegar-gegar yang melambangkan perasaan kurang kepastian untuk mempertahankan kuasa yang ada kepada mereka itu.. Berbagai isu yang dilemparkan kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab diadakan pilihanraya setip lima tahun sekali. Seperti biasa UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu di tukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gentian itu tidak mampu melakukan apa yang BN telah lakukan. Tetapi dalam pada itu Najib menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju. Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara ini. | ||||
PAU 2012 hanya seperti pesta Glee. Posted: 29 Nov 2012 08:09 PM PST Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya. Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini. yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja. Mampuih lah KJ kali ini. Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Scorpene: Hakim Perancis ke M’sia jika kerajaan enggan kerjasama Posted: 29 Nov 2012 08:07 PM PST KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis akan ke sini jika tidak mendapat sebarang kerjasama dari kerajaan Malaysia dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah Scorpene. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, saksi boleh disepina dan dikenakan waran tangkap jika mereka gagal mengikut perintah mahkamah. "Perbicaraan tersebut akan dijalankan di sini oleh hakim Perancis berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan. "Itu antara pilihan yang mereka (saksi) ada," katanya ketika dihubungi. Ahli Parlimen Batu itu berkata, Mahkamah Perancis memandang serius kes tersebut dan tidak akan mengenepikan bukti-bukti berkaitan. Beliau mengambil contoh kes rasuah melibatkan anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue yang dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Perancis kerana gagal hadir perbicaraan. "Jelas, mahkamah tidak akan segan silu untuk keluar waran tangkap jika mereka terbabit tidak mematuhi arahan," kata Tian. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PAU : Jangan ambil risiko buat ‘uji kaji’ pada PRU13..rakyat dah uji 5 negeri pada 2008..!!!! Posted: 29 Nov 2012 07:38 PM PST Rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputera, diingatkan agar tidak mengambil risiko dengan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai 'uji kaji'. Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu mengamalkan politik yang cerdik dan matang serta tidak memperjudikan masa depan negara di tangan pembangkang. "Secara ringkas kita hanya ada dua pilihan...sama ada kita akan bekerja kuat kekalkan kuasa dan berlaku adil kepada orang lain seperti kita buat selama ini, ataupun kita leka serahkan kuasa kepada orang lain dan kita berdoa orang lain berlaku adil kepada kita," katanya ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini hari ini. Setiausaha Barisan Nasional Sabah itu juga berkata pakatan pembangkang tidak mempunyai jawapan atau strategi untuk Malaysia menghadapi cabaran globalisasi serta cabaran ekonomi dunia yang kian kompleks. "Kalau pakatan pembangkang tidak ada jawapan saya minta mereka ketepi dan biarkan Barisan Nasional (BN) memberi jawapan kepada Malaysia," katanya. Beliau juga turut mengusulkan setiap pemimpin dan anggota Umno serta komponen BN supaya melipatgandakan usaha menjuarai, merasai denyut nadi dan memenangi hati dan nurani rakyat. — Bernama | ||||
PRU13: Umno Pahang yakin menang besar...kenyataan yang sama seperti Khir Toyo pada 2008..!!! Posted: 29 Nov 2012 07:34 PM PST KUALA LUMPUR - Umno Pahang yakin Barisan Nasional (BN) akan menang lebih besar dan merampas kerusi-kerusi yang ditawan komponen Pakatan Rakyat (PR) empat tahun lalu, kata perwakilan negeri itu, Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz hari ini. Mewakili Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang dan Pergerakan Pemuda Umno, Sahfri berkata, Umno negeri itu akan bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi memastikan pilihan raya kali ini, BN akan membentuk semula kerajaan. "Kita bekerja kuat, bertungkus-lumus dan kumpul keringat... Pahang akan menang dengan lebih cemerlang. "Kita akan tawan dan rampas yang sudah kalah. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh," katanya dengan penuh semangat ketika mengambil bahagian membahaskan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kelmarin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Tengku Adnan Yaakob yakin BN akan memenangi sekurang-kurangnya 13 daripada 14 kerusi Parlimen pada PRU13. Satu lagi kerusi menurut Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang, dalam situasi 50-50. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Pendedahan Deepak: Heret Najib ke mahkamah Posted: 29 Nov 2012 07:31 PM PST KUALA LUMPUR 30 November: Datuk Seri Najib Razak perlu diheret ke mahkamah berikutan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan. Mengikut Malaysiakini, Deepak mendakwa, beliau membayar keluarga Najib sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, pendedahan Deepak semasa perhimpunan Umno berlangsung sangat tepat kerana memberi tamparan hebat kepada Najib selaku Pengerusi Umno. "Pendedahan ini tepat pada masanya, dalam keadaan Umno sedang bersidang, pendedahan ini menuntut perwakilan Umno untuk menilai kredibiliti dan maruah pemimpin mereka. "Najib secara terangan-terangan mengikut dakwaan Deepak terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada Keadilan Daily. Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut. Berdasarkan satu perjanjian penswastaan pada 2005, syarikat itu ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PAU : Wakil Pulau Pinang selar Guan Eng..ha.ha..ha.. ada UMNO lagi kat Penang Eh..!!! Posted: 29 Nov 2012 07:30 PM PST Beliau juga mendakwa, PAS hanya menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan negeri pimpinan DAP. KUALA LUMPUR: Perhimpunan agung Umno ke 66 hari ini menyaksikan wakil Pulau Pinang, Abdul Rahim Saibu hari ini membangkitkan `kekejaman' kerajaan negeri yang menurutnya mahu menghapuskan orang Melayu di negeri itu. Beliau juga mendakwa, PAS hanya menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan negeri pimpinan DAP. "Lim Guan Eng tidak lantik wakil PAS untuk menjadi Exco sebaliknya hanya menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp). "Tetapi kuasa masih milik PKR yang menjadi Exco agama," katanya. Rahim juga mendakwa kerajaan negeri tidak membantu orang Melayu sebaliknya cuba mengusir mereka. Katanya, kumpulan peguam bekerjasama dengan pemaju untuk memberi tekanan kepada orang Melayu yang bermasalah. Manakala wakil Selangor, Datuk Abdul Shukor Idrus pula betapa sukarnya wakil rakyat Umno berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau memberi contoh bahawa Umno Selayang terpaksa membayar sewa untuk menggunakan dewan Perangsang Templer Park untuk mengadakan mesyuarat agung walaupun ianya dibina oleh BN negeri. | ||||
Posted: 29 Nov 2012 07:28 PM PST KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Umno diingatkan agar terus menetapkan pendirian menerima nasihat kepimpinan parti dan tidak menjadi seperti "katak yang suka melompat" sekiranya tidak mendapat tempat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketika mengetengahkan perkara itu, perwakilan Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, sebagai ahli Umno, mereka harus mendengar arahan dan saranan daripada pucuk pimpinan. "Kalau kita tak mendengar nasihat dan cakap, mati katak, jawabnya. "Ada beberapa falsafah `katak' yang boleh menjadi ikutan dan larangan yang saya ingin perkenalkan di sini, agar ia menjadi renungan semua pihak," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno, pagi ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Hishammuddin mengelak jawab pendedahan Musa Posted: 29 Nov 2012 07:26 PM PST KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat cuba mengelak dari menjawab dakwaan yang ditimbulkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadapnya. Menteri Dalam Negeri itu ketika ditanya pada sidang media semalam mengelak dengan memberi komen kononnya apa yang didedahkan Musa hanya untuk mengalih perhatian tumpuan daripada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung. Musa pada satu sidang media kelmarin mendakwa Hishammuddin campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Hishamuddin tampil menjawab tuduhan tersebut secara jujur tanpa mengelak. Ketua Penenrangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penjelasan Hishammuddin sangat penting kerana namanya dikait secara langsung dalam tuduhan itu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Kantoi : Akar umbi tak tahu sumbangan politik RM40j...!!! Posted: 29 Nov 2012 07:24 PM PST Rata-rata perwakilan Umno di peringkat bahagian Sabah tidak mengetahui tentang kewujudan wang "sumbangan politik" sebanyak RM40 juta dan meminta agar Pengerusi Perhubungan negeri itu, Datuk Seri Musa Aman memberi penjelasan berhubung perkara tersebut. Read More / Baca Lagi >>Selain tidak mengetahui kewujudan wang tersebut sebelum ini, mereka juga tidak tahu sama ada wang tersebut telah diberi kepada Umno cawangan atau bahagian negeri itu. Mereka juga berkata, kewujudan wang sumbangan itu hanya diketahui daripada laporan media. Perwakilan dari Sabah yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Kota Marudu, Baintin @ Abd Halim Adun (kanan) berkata, walaupun Musa "dituduh" menerima wang sumbangan itu, beliau tetap menyokong kepimpinan pengerusi BN Sabah itu dan meminta agar Musa tampil memberi penjelasan. "Sebelum ini saya tidak pernah mendengar (tentang) sumbangan RM40 juta itu. Bagaimanapun jika ada pertuduhan begitu, saya rasa pemimpin di sabah atau persekutuan harus memberi penerangan di peringkat akar umbi bagi menerangkan kedudukan sebenar wang tersebut. "Terutama sekali orang yang kena tuduh macam ketua menteri Sabah seharusnya memberi penerangan apa kedudukan sebenar wang RM 40 juta itu. "Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa (siapa layak ganti Musa). Terpulang pada parti. Tapi saya rasa khidmat Datuk Musa masih diperlukan di Sabah," katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menghadiri persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. | ||||
DAP defends PAS as more enlightened 'UNLIKE UMNO' Posted: 29 Nov 2012 06:46 PM PST DAP today fought back accusations hurled by Barisan Nasional leaders on PAS in the current media campaign to depict PAS as a party bent on denying civil rights to non-Muslims. Read More / Baca Lagi >>Responding to a media campaign by Chinese-only party MCA over a local council rule in Kota Bharu prohibiting unisex services at hair salons, DAP secretary general Lim Guan Eng said the party considered PAS as more enlightened in its stance on the application of Islamic laws in the country. Further PAS has taken the moderate position of allowing the use of the word Allah in the Bible as compared to UMNO which is trying to ban it. "Unlike UMNO which wants to impose Islamic laws on non-Muslims, PAS has taken a more enlightened position in wanting to apply Islamic laws only on Muslims," said the Penang chief minister, adding that the Islamic party had proven its moderation when it opposed the BN government's ban on 'Allah' in Malay-language Bibles. Lim also welcomed PAS president Tuan Guru Abdul Hadi Awang's statement that the MPKB rule was not meant to be implemented on non-Muslims. | ||||
Najib minta maaf kali ke-3, respons pengundi bagaimana? Posted: 29 Nov 2012 06:45 PM PST TIDAK wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti yang tidak pernah melakukan kesalahan. Untuk itu sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, Umno menyusun memohon maaf atas kekhilafan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 24 jam yang lalu. Seorang pegawai kanan yang ditemui Sinar Harian Online berkongsi maklumat sekiranya Najib meneruskan ucapan hampir 90 minit, Dewan Merdeka akan menyaksikan detik yang disaksikan pada tahun 2002. Najib sebagaimana dijangkakan dengan tegas mengatakan "Umno sudah mengalami perubahan" dan bersedia untuk kembali membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pada keseluruhannya ucapan dasar kali memperlihatkan peningkatan keyakinan Najib berbanding tahun lalu. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan ucapan dasar Najib kali ini lebih komprehensif dan disampaikan secara artikulatif. "Saya lihat tiga perkara utama," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Salah satu daripada tiga perkara itu ialah ahli-ahli Umno perlu konsisten dan bersungguh-sungguh dalam menabur bakti. "Perlu tulen dan tidak dibuat-buat... kerana akhirnya rakyat dapat lihat kebaikan atau keburukannya," katanya. Kedua, menurut beliau, kerajaan pimpinan Umno sentiasa melakukan transformasi yag tepat dengan keperluan. "Ia seimbang iaitu dari satu segi, ia bersifat semasa dan futuristik, manakala dari segi yang lain, ia berpaksi pada prinsip-prinsip yang kukuh. Ini falsafah pergerakan teguh," katanya merujuk kepada pelan transformasi yang dilakukan. Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, Umno parti yag bukan sahaja berkhidmat kepada orang Melayu, tapi berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 29 Nov 2012 06:37 PM PST "Saya selaku Presiden Umno, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan rasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional' pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini. | ||||
EVIL AFOOT: Dr M putting final touches to BIG TROUBLE pre & post GE13 Posted: 29 Nov 2012 06:32 PM PST Those of the faith and the superstitious are both agreed that the apparition of the Blessed Virgin Mary (BVM) on a window pane from Oct 8 at the Sime Darby Medical Centre (SDMC) in Subang Jaya was, in retrospect, an ominous portent of things to come, and probably heralding a situation which would get a whole lot worse before getting better. And this is also written all over the face of former Prime Minister Mahathir Mohamad. It spells BIG TROUBLE! The visitation, read together with Cambridge University physicist Dr. Stephen Hawking's long-held observation that "the only predictable property of the universe is chaos", does not portend too well for the immediate future in Malaysia's politics especially with a General Elections around the corner. There are as yet no indications when the long-awaited 13th General Elections will be held, fuelling suspicions that more than some serious mischief-making might be afoot on the part of the beleaguered ruling Barisan National (BN) coalition. One theory making its way along the political grapevine is that Umno has surreptitiously entered 300, 000 illegal immigrants in the electoral rolls in seats lost by small margins to Pakatan Rakyat, the Opposition Alliance. Umno's Department of Dirty Tricks under Opposition scrutiny | ||||
PAU: RAYUAN WANITA UMNO KEDAH....ha.ha.ha.. Posted: 29 Nov 2012 06:31 PM PST
Perwakilan Wanita Umno Kedah Halijah Putih, "Saya merayu kepada Datuk Seri Najib... Datuk Seri, kami sayang ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia. Tolong kembalikan, Datuk Seri (Najib)... ketua kami di mana yang sewajarnya. "Kita merayu, tolonglah, berilah peluang dan berikan kembali kedudukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, selepas pilihan raya umum ke-13 di tempat yang sewajarnya,"
Kahkahkah sampai lagutu merayu kembalikan sharizat jadik menteri dan calon lagi.. kahkahkah Misti ada saham nih.. Apa tak bagus ke Najib sandang Menteri Wanita dalam kabinet? kahkahkah | ||||
Posted: 29 Nov 2012 06:26 PM PST Semalam Presiden UMNO memohon maaf lagi. Kita tidak tahu kali yang keberapa. Setidak-tidaknya pada Perhimpunan yang lepas juga beliau ada memohon maaf. Bagi ahli-ahli UMNO setelah menghayati permohonan maaf yang begitu mendayu-dayu ini kita percaya mereka telah bersedia memberikan kemaafan. Lagipun sudah empat tahun lebih kesalahan tersebut berlalu. Ahli-ahli UMNO pun nampaknya yakin yang pada PRU 13 ini "Kek Besar" itu akan dapat dimenafaati oleh lebih ramai ahli. Tidaklah seperti masa-masa yang lalu dimana ia hanya berkisar dikalangan yang rapat dengan pimpinan sahaja. Yang paling lucu dalam Amanat Presiden pada Perhimpunan 2012 ini dimana beliau meminta ahli-ahli UMNO kembali kepada rakyat - disaat-saat pilihanraya menjelang tiba baru orang-orang UMNO mendapat seru. Apa saja yang Presiden sebut ahli-ahli akan patuh dan percaya. Itu mungkin apa yang ahli-ahli UMNO percaya tetapi bukan keseluruhan para pengundi yang akan menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Kerajaan. Menunggu sehingga tempohnya terhentak kedinding baru hendak diadakan Pilihanraya itu sendiri telah membuktikan Parti yang sedang memerintah amat takut berdepan dengan rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Politik ugut warnai politik Sarawak Posted: 29 Nov 2012 06:24 PM PST KETIKA Barisan Nasional (BN) masih berkira-kira mahu mempertahankan Putrajaya, pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April 2011 memberi isyarat berlainan. Biar pun BN dengan dominasi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), namun kemenangan Pakatan Rakyat dengan 15 kerusi, dikira sudah mampu mengugat Tan Sri Taib Mahmud. Tanpa mampu menafikan majoriti dua pertiga BN, namun DAP meraih kemenangan di 12 Dun dan KeADILan pula tiga kerusi, manakala Bebas satu. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi. Pada pilihan raya negeri yang begitu sengit dan mencabar memberi ruang kepada 213 calon tampil mengalas perjuangan. Biar pun ketika itu BN diketuai Taib yakin meneruskan takhta kuasa, namun cabaran diberi Pakatan seperti tidak tertahan lagi. Media BN dan kerajaan seperti berselera dengan kuasa yang mereka ada. Sebaliknya Pakatan melalui media alternatif dan media baru memberi gambaran sebaliknya. Sepanjang persaingan sengit ketika kempen berlangsung, tiada pihak dari mana-mana kem mampu mendabik dada. Dato' Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan paling bimbang. Kemaraan Pakatan yang diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mudah untuk ditolak ketepi. Bujang Senang yang berkeliaran di Sungai Sarawak tidak mematah semangat petugas Pakatan menyusurinya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Hishamuddin Cuba Berselindung Di sebalik PAU Untuk Tutup Kes Salahguna Kuasanya Posted: 29 Nov 2012 06:23 PM PST Isu dibangkit Musa cubaan alih perhatian dari PAU, kata HishamuddinKUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung. Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini. "Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka. "Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno)," kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut. "KDN sudah jawab (isu tersebut)," katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.Read More / Baca Lagi >> | ||||
Debaran menunggu juara Piala PRU-13 Posted: 29 Nov 2012 06:22 PM PST LEDAKAN kaki kanan Dato' Seri Lajim Ukim ternyata menjadi satu fenomena baru di Sabah. Tindak tanduk bekas Ketua Umno Beaufort itu ternyata boleh mempercepatkan nadi Umno dan BN berada di penghujung sisa. Beliau juga bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort. Lebih keramat lagi jawatannya sebelum ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ramai melihat ledakan "bom" diletupkan Lajim lebih terkesan berbanding era Dato' Haris Salleh dan Pairin Kitingan mengugatkan kerajaan negeri ketika era lama. Haris berjaya menubuh kerajaan Berjaya selepas USNO ditumbangkan. Manakala Pairin memecahkan kerajaan Berjaya sehingga melahirkan PBS. Perkembangan itu dilihat banyak pihak sebagai satu tamparan paling hebat dalam sejarah pentadbiran Dato' Seri Najib Razak. Maka tidak hairanlah congakkan tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi semakin kelam. Lajim tampil dengan imej politik baru ketika berucap pada majlis berbuka puasa di kediamannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu Ramadan lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Malays not under threat, Umno is Posted: 29 Nov 2012 06:20 PM PST There are 18 million Malays in this country and all the security forces plus every level of the government is Malay, so what threat is Najib Tun Razak talking about? Let us all leave Najib Tun Razak and his pot of Mongolian alphabet goulash behind. Change comes from a changed leadership and a new government. Now, let us examine what Najib means when he says Malays must unite and Malay unity is no threat to others. When Najib uses the phrase "Malays must unite", he can mean the following things: i) All Malays must make sure Umno wins so that he can continue to be prime minister. ii) Malays submit themselves under Umno. iii) Malays must ensure Malays dominate Malaysian politics. The first two meanings are self-serving. The third implies that if Malays stay disunited, they will face threats. So we ask in turn, threats from whom? There are 18 million Malays in this country. All the security forces and every level of the government are already controlled by Malays. So where does the threat come from and to whom is the threat directed? The threat arises from the political and social consciousness of the people. Threat not 'people to people' Read More / Baca Lagi >> | ||||
PR or BN will bankrupt M'sia: LOOK INTO THE MIRROR Posted: 29 Nov 2012 06:19 PM PST UMNO President, Datuk Seri Najib Razak attempted to scare Malaysian voters that by voting Pakatan Rakyat, the latter will bankrupt the country in 3 years. Read More / Baca Lagi >>Najib said, the opposition under Anwar's leadership was espousing poor policies, pointing to its plans to ensure an average of RM4,000 a month as household income, abolition of tolls and the PTPTN debt, RM500 special allowance for teachers and hiking the royalty payment to 20 percent for oil-producing states. "If all these are done in the first year, the federal budget deficit will spiral to almost 30 percent. By 2015, our debt to GDP will sky-rocket to 140 percent. "In three years time, we will reach a critical stage where we will lose our economic sovereignty, like Greece," he said. Preposterous Without even going into the details of the accusations over Pakatan Rakyat policies which have been well rebutted by my colleagues previously, Najib's claims are completely preposterous. Pakatan Rakyat has unveiled our Alternative Budget for 2013 which has clearly spelt out our expenditure proposals which are much less extravagant and much more prudent than that by the Barisan Nasional (BN) Government. We have proposed an expenditure of RM234 billion and projected a deficit of 3.5%, as opposed to BN's RM252 billion and a 4% deficit. How did Najib pluck a 30% or a incredulous RM300 billion deficit from thin air? In fact, if the BN Federal Government scandals are anything to go by, it is the current administration's continued profligacy which will cause the country to be "bankrupt" if they are voted back into power. Unacceptable excuses | ||||
IGP: 'Saya hanya mahu beri perkhidmatan terbaik'...enggan ulas dakwaan Musa Hassan..!!! Posted: 29 Nov 2012 06:17 PM PST "Saya hanya mahu berikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan tiada masa untuk perkara tidak penting. "Saya mahu fokus dalam melaksanakan pimpinan ini dan pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran tinjauan kepuasan pelanggan melalui SMS di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, semalam. Kelmarin, bekas Ketua Polis Negara itu mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas PDRM semasa beliau memimpin pasukan tersebut. Campur tangan tersebut bertentangan dengan undang-undang iaitu Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis. | ||||
Pusat Larang JAKOA Kerjasama Dengan Selangor Bagi Selesaikan Masalah Orang Asal Posted: 29 Nov 2012 06:15 PM PST SHAH ALAM, 29 NOV : Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) didakwa tidak dibenarkan untuk mengadakan perhubungan rasmi bersama Kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu pewartaan tanah Orang Asal di negeri ini. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mendakwa, arahan larangan kepada pihak Jakoa itu telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Ekoran itu katanya, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil pendekatan dengan mengadakan mesyuarat di luar pejabat untuk menyelesaikan sebarang masalah berbangkit berkenaan Orang Asal. Bagaimanapun, jelasnya, pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Daerah dan Tanah serta jabatan-jabatan negeri lain. "Saya rasa sedikit tersinggung kerana Kerajaan Negeri Selangor memang tiada perhubungan secara langsung dengan Jakoa. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Kenyataan Musa: Hishamudin didesak letak jawatan Posted: 29 Nov 2012 06:13 PM PST KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya. Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis. Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan. Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak. Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan. Sehubungan itu, SAMM memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan. "Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Norazizi A.Aziz, Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan. Ekoran itu, SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Ia akan diadakan hari ini di IPD Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 11.50 pagi. Laporan polis dan himpunan ini akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan