Kopitiam Bang Nan |
- Ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim: Rakyat Arif Membezakan Angka Ekonomi
- VIDEO SEKITAR PERSIDANGAN AGONG UMNO....!!
- Don't Talk Cock Larrrr Najib!!
Ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim: Rakyat Arif Membezakan Angka Ekonomi Posted: 29 Nov 2012 08:09 PM PST on NOVEMBER 29, 2012 · LEAVE A COMMENT Serangan Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlan perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika pakatan politik yang lain memerintah Malaysia. Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih KEADILAN dan rakan-rakan PAS dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat tidak termakan dengan adu domba dan propaganda politik Umno/Barisan Nasional yang merendah-rendahkan pemikiran rakyat, seolah-olah rakyat tidak boleh membandingkan dengan objektif pencapaian ekonomi di bawah kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Cara terbaik menilai keupayaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut: Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]
Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada kala Dato' Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% – 10% hampir sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan, tahun pertama Dato' Seri Najib (2009) mengemudi ekonomi negara menjunamkan negara ke kancah kegawatan ekonomi, sedang negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat. Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan sekitar 9% – 10% semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan lembap 4% – 5% sekarang, disamping berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti harga barang naik, gaji yang terbantut dan lain-lain. Rekod ekonomi Dato' Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang terakhir yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan Umno mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang meningkat saban tahun sedang hasil tidak bertambah. Sebab itulah, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini. Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan apabila gagal mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim: Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]
Sepanjang tempoh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara pula melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan jumlah hutang yang digandakan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak (iaitu RM456 bilion pada akhir tahun 2011). Kegilaan berhutang dan berborosan ini berlaku tatkala Dato' Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato' Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato' Seri Najib menjadi Menteri Kewangan Sedang Dato' Seri Anwar Ibrahim mengurangkan hutang negara, berbelanja berhemah sehingga pendapatan mengatasi belanja, tidak membebankan PETRONAS dan ekonomi tumbuh 9% – 10%, Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS, hutang negara meningkat 5 kali ganda, defisit akibat keborosan berlarutan 14 tahun dan ekonomi tetap lembap sekitar 4% – 5% sahaja. Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang berkebolehan. AZMIN ALI TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN 29 NOVEMBER 2012 [1] Tahun penuh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan [2] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara [3] Tahun penuh Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan [4] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara [5] Sumber: Kementerian Kewangan, Jabatan Perangkaan Negara dan Bank Negara Malaysia [6] Sumber: Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
VIDEO SEKITAR PERSIDANGAN AGONG UMNO....!! Posted: 29 Nov 2012 04:51 AM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Don't Talk Cock Larrrr Najib!! Posted: 28 Nov 2012 10:48 PM PST Oklah. Kalu nak kata PRU13 ni bukan experiment, memang aku setuju. PRU13 ini kita mesti buat keputusan. Experiment ialah PRU12 yang lalu. 5 negeri (-1) telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Apa dah jadi dalam tempoh 4 tahun + yang lalu? Begini. Kita tengok saja Laporan Ketua Audit Negara terhadap 5 negeri ini (+ Perak selama 11 bulan PR perintah), apa kesimpulannya? Ketua Audit Negara mendapati ke lima2 negeri itu selama di bawah Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dari semua segi ie CAT (Competency, Accountability and Transparency). Macamana dengan negeri2 di bawah BN? Don't talk cock larrr Najib... Masa depan negara bukan bahan uji kaji - Najib KUALA LUMPUR 29 Nov. - Masa depan negara bukanlah bahan uji kaji untuk rakyat mengambil risiko yang tinggi dengan menyerahkan negara kepada pihak pembangkang sebagai satu eksperimen. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus untuk membaiki labu. "Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat. "Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Perdana Menteri berkata, lima tahun merupakan satu jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku jika ia diserah ke tangan orang yang salah. Malahan tegas beliau, sesebuah negara yang berjaya pun akan gagal dan tersungkur. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan