Jumaat, 23 November 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kuburkan Utusan saja bukan vendornya

Posted: 23 Nov 2012 09:38 PM PST

Assalamualaikum...

Saya mewakili vendor/peniaga surat khabar, amat tidak bersetuju di atas cadangan agar pengedar dan penjual Utusan di saman Di atas beberapa sebab.


1- Kami hanya mencari rezeki di bumi Allah ini, bukanlah hak Umno.Ini bukan penyelesaian .

2-Kami hanya berniaga, bukanlah penfitnah macam umno.

3-ALlah swt mengurniakan akal kepada manusia, agar menimbang sesuatu berita sama ada       benar atau fitnah.

4-KAmi adalah peniaga yg mempunyai akaun vendor di dalam setiap akhbar,sama ada Utusan meloya,NSTP,The star,Dan setiap akhbar yg ingin di ambil, perlu menggunakan wang hasil berniaga, harian, bukan dari UMNO. Termasuk Harakah, Keadilan, Roket.
Read More / Baca Lagi >>

Kerja Syaitan : Pejabat PAS K Kinabalu di baling telur dan batu

Posted: 23 Nov 2012 09:35 PM PST


KOTA KINABALU: Seorang kakitangan Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah terkejut apabila mendapati pintu dan papan tanda pejabat berkenaan dibaling telur serta diconteng dengan perkataan kesat awal pagi kelmarin.


(Pintu pejabat PAS Kota Kinabalu dibaling telur dan batu)

Kejadian itu disedari kira-kira jam 8.30 pagi ketika kakitangan tersebut ingin membuka pejabatnya.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu percaya perbuatan membaling telur dan melemparkan batu itu dilakukan sesetengah pihak yang kurang menyenangi tindakan PAS yang agresif melawan kezaliman yang diperlakukan oleh pihak tertentu.

"Kita sendiri berasa kurang selesa bila diperlakukan sebegini. Perbuatan ini langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi di kalangan individu mahupun parti yang terkesan akibat tindakan agresif yang dilakukan oleh PAS sejak akhir-akhir ini," katanya dalam  satu kenyataan, kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah.

Posted: 23 Nov 2012 09:29 PM PST

Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.
kahkahkah kahkahkah kahkahkah korang jangan harap la polis nak amik tindakan, bukan kerana polis tak buat kerja, tapi polis kene bekerja untuk tutup kebenjatan UMNO, sebab kalau bukak nanti melayu gado melayu cina tepuk tangan... kah3

"Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.

"Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

"Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya. -KD
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Menyanggah Fakta Dan Ramalan Pilihanraya Shamsul Amri!

Posted: 23 Nov 2012 09:27 PM PST


Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Bersedia hadapi masa depan sukar ....sokonglah UMNO@BN lagi..!!!

Posted: 23 Nov 2012 08:56 PM PST

24 NOV — Dalam seminggu dua ni, Kunta Kinte jumpa banyak peneroka FELDA dan pekebun kecil dalam majlis kenduri kahwin dan orang mati.
Antara hal yang mereka bangkitkan adalah harga kelapa sawit dan getah yang jatuh teruk dan harga barang runcit yang makin naik. Ada yang dah berhenti ternak ayam dan ikan sebab harga makanan binatang naik teruk. Yang berniaga kuih muih di tepi jalan pun banyak dah berhenti.
Kunta Kinte harap, pihak berkuasa dan media massa janganlah cerita yang baik-baik saja berkenaan ekonomi. Memang betul ekonomi kita terus berkembang. Tapi kadar pertumbuhan dah banyak merosot tak macam pada 1980-an dan 1990-an lagi apabila ekonomi kita tumbuh sampai 10 peratus setahun. Sekarang nak dapat 5 peratus pun cukup susah.
Kita kena bagi tahu orang ramai hal sebenar supaya mereka boleh berjaga-jaga dan, di mana yang boleh, buat perubahan.
Kenyataan tak masuk akal 
Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, ada pegawai yang urus ekonomi, kewangan dan bank terus buat kenyataan seolah-olah semua orang bodoh dan jahil mengenai ekonomi.
Tak masuk akal bila mereka kata ekonomi kita tak akan terjejas, sedangkan pertumbuhan ekonomi satu dunia, termasuk China, dah merosot dua tiga tahun.
Kita negara perdagangan. Kalau ikut kiraan Bank Dunia, nilai semua barangan dan perkhidmatan kita yang kita bekalkan kepada dunia adalah bersamaan dengan 97 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2010. Lagi tinggi peratusnya, lebih besarlah pergantungan sesebuah negara kepada perdagangan antarabangsa.
Tak percaya bulat-bulat
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Nik Aziz minta PAS tidak terjerat dengan isu siapa bakal PM ketujuh

Posted: 23 Nov 2012 08:51 PM PST

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta PAS berhati-hati dengan cadangan pihak luar tentang siapakah bakal perdana menteri (PM) ketujuh jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kerana bimbang parti tersebut akan terjerat.
"Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya.
"Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Musryidul Am PAS itu berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai menjadi PM berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan tersebut Dr Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan ahli parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.
Menurut menteri besar Kelantan itu, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan PM itu boleh diselesaikan di peringkat PR sendiri.
"Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Kenyataan Mahathir lagakan parti, dakwa PKR

Posted: 23 Nov 2012 08:49 PM PST

KUANTAN – "Sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri (PM), kalau Pas menang mereka boleh jadi, kalau PKR menang pun boleh malahan kalau MIC dan Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) menang pilihan raya, kalau boleh mereka pun mahu pemimpin dalam kalangan mereka yang dipilih," kata Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Beliau berkata kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana
Menteri berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kenyataan tersebut ditimbulkan Tun Mahathir dan Umno dengan tujuan hendak melaga-lagakan PR.

"Sebenarnya saya berani cakap bahawa Tun Mahathir sendiri yang inginkan kembali jawatan tersebut memandangkan masih ada tugasan yang belum sesuai.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Isu Hadi jadi PM untungkan BN..!!!

Posted: 23 Nov 2012 08:47 PM PST

SHAH ALAM – Polemik siapa yang bakal jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dibangkitkan pada Muktamar Pas baru-baru ini boleh menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, pengundi atas pagar melihat isu ini sebagai kelemahan ketara PR.

Ini kerana, ia jelas menunjukkan PR mempunyai dasar amat longgar walaupun sebelum ini ketiga-tiga parti komponen iaitu Pas, PKR dan DAP bersetuju melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Dengan meletusnya isu ini, rakyat boleh menilai PR. Jika jawatan Perdana Menteri pun masih belum diputuskan secara mutlak, apatah lagi jawatan-jawatan Kabinet yang lain," katanya.

Mohd Fuad berkata, isu itu dibangkitkan mungkin kerana sesetengah pemimpin Pas mulai tidak percaya dengan kemampuan atau kewibawaan Anwar untuk memimpin negara.

Beliau turut menjangka sokongan bukan Melayu kepada PR akan menurun jika polemik ini tidak diselesaikan sebelum PRU13.

"Banyak kajian sebelum ini menunjukkan bukan Melayu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kerana beliau dilihat lebih terbuka dan liberal, manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai tegas dalam perjuangan Islam.

"Jadi, jika isu ini tiada kata putus, undi bukan Melayu akan beralih arah walaupun tidak besar," katanya.

PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?...PR berada dizon 133 kerusi sekarang..amacam!!

Posted: 23 Nov 2012 08:43 PM PST


Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
Dr Shamsul mengakui walaupun kemungkinan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih memihak BN untuk kekal berkuasa.
 
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'", kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
"... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Read More / Baca Lagi >>

Peta Lima Kawasan DUN Selangor Tidak Lengkap..!!! Kerja siapa ni nak buat magik..???

Posted: 23 Nov 2012 08:40 PM PST


SHAH ALAM 24 NOV : Kajian Semakan Daftar Pemilih Negeri Selangor sepertimana dilaporkan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor mendapati terdapat lima kawasan DUN di mana peta didapati tidak lengkap.
Antara lain terdapat daerah mengundi yang tidak wujud dalam peta, sempadan kawasan yang tidak dibetulkan serta sempadan daerah mengundi yang tidak jelas.
Kawasan DUN yang terlibat ialah DUN Sungai Panjang, Sri Serdang, Damansara Utama, Hulu Kelang, Sementa dan Selat Kelang.
Bagi DUN Sungai Panjang, daerah mengundi Parit 2 – 5 didapati tidak wujud dalam peta sama seperti ketidakwujudan daerah mengundi Sri Aman di kawasan DUN Seri Serdang.
Sementara itu, sempadan antara Damansara Jaya Utama dan Selatan di DUN Damansara Utama juga didapati sehingga kini tidak dibetulkan.
Untuk kawasan DUN Hulu Kelang, Sementa dan Selat Kelang, laporan khas tersebut juga memaklumkan sempadan daerah-daerah mengundi ketiga-tiga kawasan ini tidak jelas.
Tahun lalu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan satu sekretariat khas berikutan penambahan 497, 084 pengundi baru sepertimana yang diperolehi daripada rekod Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dilantik sebagai Pegawai Koordinasi dan pemantau bagi perjalanan Projek Semakan Daftar Pemilih bagi suku ke-4 tahun 2011.
Semakan daftar pemilih dilakukan ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis dan kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

RM40 Juta : Musa gelar PKR ‘bankrap politik’, tegaskan ICAC bebaskan beliau

Posted: 23 Nov 2012 08:38 PM PST

Gambar fail Datuk Musa Aman yang menuduh pembangkang bankrap politik kerana percubaan mendesak ICAC membuka siasatan rasuah terhadapnya.
KUALA LUMPUR, 24 Nov — Datuk Musa Aman menuduh pembangkang "mengulangi kisah lama yang sama" dan menggelar mereka bankrap politik kerana percubaan mendesak Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah yang menurut beliau sudah dibersihkan. "Dari awal lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi dengan integriti ICAC dan saya akan dilepaskan. Sekarang ICAC sudah membersihkan saya. Ia membawa pengakhiran kepada kesakitan dan penderitaan yang terpaksa keluarga saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini,"katanya dalam satu kenyataan malam tadi, merujuk kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong.
Awal minggu PKR mengemukakan keterangan baru kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong terhadap kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman dan menghantar bukti lanjut terhadap pertuduhan pengubahan wang haram ketua menteri Sabah dengan ahli perniagaan Michael Chia.
Rafizi Ramli, yang mengetuai misi pencarian fakta empat anggota parti disana berkata masih belum jelas apa ICAC akan lakukan dengan bukti-bukti baru tetapi melahirkan keyakinan kes itu mungkin akan dibuka semula.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah Umno could lose ‘birthplace’

Posted: 23 Nov 2012 08:37 PM PST

Iranun, which is considered as Umno's first 'child' in Sabah, may see a tough fight from opposition STAR.
KOTA BELUD: Opposition State Reform Party (STAR) has penetrated Umno's bastion in the state – the Iranun and Bajau kampungs – which incidentally is the birthplace of Sabah Umno.
STAR's Sabah chairman, Jeffrey Kitingan, was elated to see about 150 senior citizens and the young who thronged to his ice-breaking "ceramah" at two kampungs here recently.
One session was held in Tempasuk Tamau, an Iranun kampung, not very far from Umno's Pandikar Amin Mulia's home. The ceramah was hosted by a local ustaz who recently joined STAR.
The other function, attended by some 170 individuals, was in Usukan's Lebak Moyoh at the residence of a local Umno leader and well-known Bajau political activist, Ridzuan Sikah.
Ridzuan's entry into STAR is a signal that Umno in Kota Belud is not invincible and that change is coming.
In fact, in the last 2008 general election, through manipulations by local political warlords, Umno did lose votes in some of the Muslim kampungs in this district, especially in Iranun areas.
At that time, Kota Belud's Umno members were humiliated when the party chose outsider Abdul Rahman Dahlan, who is from adjacent Tuaran, to contest under the Barisan Nasional banner, dropping popular Salleh Said Keruak.
The decision was seen as discrediting a pool of many local talents.
Read More / Baca Lagi >>

Hatred-filled, Dr M would rather have Chua Soi Lek as Prime Minister than Anwar

Posted: 23 Nov 2012 08:36 PM PST

Hatred-filled, Dr M would rather have Chua Soi Lek as Prime Minister than Anwar
From the Biblical book of Proverbs (15.33), it says: "The fear of the Lord teaches a man wisdom, and humility comes before honour."
The Qur'an (7:94) reads as follows: "Whenever We sent a Prophet to a society, We took up its people in suffering and adversity, in order that they might learn humility."
One seeking honour must have an attitude of humility and recognising his responsibility to others must be his priority. One such personality among the ordinary citizens is the incumbent PAS President Abdul Hadi Awang.
In his speech at the recent 58th Muktamar PAS in Kelantan, he said, "To become the prime minister is not my aim in politics. I would rather be a slave to the people."
Be that as it may, the consensus among Pakatan allies is that Anwar Ibrahim will be made the prime minister in the event of the coalition taking over Putrajaya in the 13th general election. Of course, this is not going to make UMNO's supreme mentor, former Prime Minister Mahathir Mohamad, happy.
And Anwar – with his credentials, experience and international exposure – is considered by majority Malaysians to be the most qualified man to head the government.
Becoming a leader is a huge responsibility
As a devout Muslim, Hadi is aware that becoming a leader is a huge responsibility (amanah).  As such, he said that "let a prime minister be a person from among those entrusted by the rakyat, who could carry out his duty in good conscience and is blessed by God".
This unmistakeably testifies that PAS advocates the principle of democracy in politics and the tussle to become the prime minister if Pakatan takes over Putrajaya in the next election does not exist at all.
In fact, according to political observers, there is no issue of any political scrimmage within the Pakatan coalition on the issue of who shall become the prime minister. The understanding on this issue has been generally accepted by all the three parties in Pakatan – PAS, PKR and DAP.
PAS and Pakatan Rakyat are not facing a dearth of leaders. Within PAS there are many among them who have a good religious background, are professional and also well-versed with the economy that could be entrusted to lead the nation.
Notably among them are scientist-cum-economist Dzulkefly Ahmad the Member of Parliament  for Kuala Selangor, former deputy governor of Bank Negara, economist and consultant Rosli Yaakop and former Menteri Besar of Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, a Member of Parliament  and engineer by profession.
Unpretentiousness is the ethos found among PAS leaders. Political pundits have this to say: Even if a leader from PAS is appointed as prime minister this will not be a cause to worry among the non-Muslims. At present two states in the country have Menteri Besar from PAS – Kelantan and Kedah.
They have performed relatively well in the economic governance of the states even though they come from a religious background.
Nizar was chosen
Read More / Baca Lagi >>

Sebab Utama Yahudi Laknatullah Bunuh Kanak-Kanak Palestin

Posted: 23 Nov 2012 08:34 PM PST


Perang antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui.

Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka?


Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin.

Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.
Read More / Baca Lagi >>

Berakhirnya era BN – Bahagian Pertama

Posted: 23 Nov 2012 08:33 PM PST


Barisan Nasional merupakan kerajaan bukan-komunis yang yang paling lama memerintah melalui pilihanraya demokratik (walaupun semua orang tahu bahawa terlampau banyak manipulasi dan taktik kotor digunakan oleh BN).
Namun demikian, setelah lebih setengah abad (sejak zaman pemerintahan Perikatan pada 1955), BN sudah tua dan uzur serta semakin lemah dan lelah. Ia sudah lapuk dan usang serta tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia. Gugurnya BN dari arena politik negara hanya  menunggu masa sahaja.
Lima sebab utama berakhirnya era BN adalah:
* BN semakin tidak popular
BN semakin tidak digemari pengundi pelbagai kaum di kawasan bandar, pengundi pelbagai kaum di kalangan wanita, pengundi muda pelbagai kaum di-bawah umur 40, pengundi bukan-Melayu di seluruh negara dan pengundi Bumiputera bukan-Islam di Sabah dan Sarawak. Kumpulan-kumpulan ini marah dengan kepimpinan BN yang diterajui UMNO yang lebih mementingkan kroni mereka sahaja.
* Gula-gula politik BN gagal beli undi
Read More / Baca Lagi >>

Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka

Posted: 23 Nov 2012 08:31 PM PST


GOMBAK, 24 NOVEMBER: Peserta "Green Walk" yang memulakan perjalanan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas bermula di kuantan 14 hari lalu kini tiba di Taman Rimba Klasik Sedaya, Gombak.
Perjalanan ratusan kilometer itu disambut Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hien Wah bersama jambakan bunga. Turut memberi solidariti kepada peserta ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew.
Kira-kira 300 peserta itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan tengahari dalam suasana yang sederhana dan penuh bersemangat.
Menurut wakil "Green Walk" yang mengetuai perjalanan itu, Wong Tak, mereka akan meneruskan perjalanan ke Gombak hari ini dan dijangka tiba di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 2.00 petang.
"Kemudian kita akan bergerak menuju di Taman Melewar dan bermalam di bangunan bekas ibu pejabat PAS di situ sebelum menuju ke Dataran Merdeka pada Ahad kira-kira jam 4.00 petang," katanya
Tambah beliau, perhimpunan hijau akan diadakan di Dataran Merdeka pada Isnin mulai jam 9.00 pagi.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: Berhati-hati elak dijerat musuh politik

Posted: 23 Nov 2012 08:29 PM PST


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU- Pas lebih berhati-hati dengan pandangan parti lawan berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri ketujuh apabila perkara itu semakin dipertikaikan pelbagai pihak termasuk
antara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan.

"Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Why AES & why 10 TIMES higher: Is it that BN has no other way left to MAKE MONEY?

Posted: 23 Nov 2012 08:27 PM PST

Why AES & why 10 TIMES higher: Is it that BN has no other way left to MAKE MONEY? MUCH has been written and debated in the media and in social network facebook on the implementation of the Automated Enforcement System (AES).
The Barisan Nasional (BN) leaders, specifically those from the MCA and Umno cronies, are for the AES because they stand to make billions of ringgit in fine collections yearly.
The people, particularly motorists, are crying foul, and not without basis, that the AES was introduced for generating revenue akin to fleecing the people.
The implementation of the AES must receive support only IF the intentions are good – that is to save lives. Of course it will help reduce fatal road accidents, but only to a certain extent.
For example, in Australia, it is about sincere enforcement to save lives, not about setting up traps to fine the people.

Another BN scam?
But here, it is obvious to all that the AES was implemented in bad faith, with the sole intention to generate revenue.
We all know that speed is not the only cause of road accidents and fatal crashes. Other causes include carelessness, drink-driving, ignoring traffic regulations, loss of concentration due to lack of sleep, poor driving skills arising from kopi lesen (driving licence obtained through bribes), to name a few.
If speed is the sole criteria for road crashes, why are there more deaths on non-expressways? This trend is observed at all Ops Sikap festival operations.
Read More / Baca Lagi >>

Green Walk to end with People’s Assembly

Posted: 23 Nov 2012 08:26 PM PST

Marchers against Lynas arrive in Selangor.
GOMBAK: The 14-day cross-country march against Lynas Corp will culminate on Monday with a gathering of citizens at Dataran Merdeka that the organisers call a "people's assembly".
The hundreds of participants in the so-called Green Walk arrived in Selangor today in a journey that began on Nov 12 in Kuantan with one man—Wong Tak, who leads the environmental group Himpunan Hijau.
Wong said Monday's assembly would begin at 9am and would collectively decide how to respond to yesterday's arrival of 100 containers of rare earth ore at Kuantan Port.
"There will be a true people's assembly at Dataran," he told reporters. "We will show that the choice is in our hands. We will let the people to decide how we should go forward to change the country."
He speculated that the gathering might decide to march to Kuantan to protest against the import of the ore.
He said Himpunan Hijau had decided to carry out a blockade against future imports.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal: Akta Perhimpunan Aman di luar batas kuasa perlembagaan

Posted: 23 Nov 2012 08:24 PM PST

Akta Perhimpunan Aman 2012 telah melarang sama sekali hak untuk berhimpun dengan cara protes jalanan, demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu semalam.
  
Peguam Karpal Singh, yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa peruntukan di bawah Seksyen 4(1)(c) akta tersebut tidak bertujuan untuk 'menyekat' tetapi lebih kepada 'melarang' hak untuk berhimpun.
  
"Mana-mana protes jalanan sebenarnya adalah satu perhimpunan bergerak dan akta itu tidak sepatutnya melarang sama sekali, " katanya sambil menegaskan seksyen itu adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan peruntukan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
  
Beliau berkata akta itu sendiri pada hakikatnya menarifkan protes jalanan sebagai satu perhimpunan bergerak.
Read More / Baca Lagi >>

PAA 2012 langgar hak rakyat berhimpun secara aman – Anwar

Posted: 23 Nov 2012 08:21 PM PST

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal peranan Perlembagaan Persekutuan dalam undang-undang Malaysia kerana seolah-olah menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
"Yang kita bangkitkan ialah isu pokok, iaitu undang-undang tentang Akta Perhimpunan Aman (PAA 2012) kerana ia melanggar hak rakyat," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur.
Mahkamah hari ini mendengar hujahan peguam Anwar, Karpal Singh berhubung isu sama ada Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak.
"Dalam masyarakat yang ditadbir oleh undang-undang, mahkamah harus waspada dalam mempertahankan hak asasi dan teliti dalam memeriksa mana-mana larangan," hujah Karpal.
Lanjutan itu, Hakim Kamardin Hashim menetapkan Jumaat depan untuk mendengar hujahan balas pendakwaraya.
Read More / Baca Lagi >>

Istilah ‘SaT1M’ Sesuai Diguna Banteras Skandal Pemilikan Tanah Umno-BN

Posted: 23 Nov 2012 08:20 PM PST


SHAH ALAM, 24 NOV : Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah "Sapu Tanah 1 Malaysia" (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno-BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.
Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah.
"Saya mencadangkan perkataan sapu tanah itu diganti dengan istilah lebih sesuai kerana cara pengambilan tanah oleh Umno-BN. Sebagai penghargaan kepada Sri Serdang, kita tukar kepada Sat1M bagi menggambarkan kepakaran Sri Serdang pernah menjual tanah November 2011," katanya.
Shuhaimi sebelum ini pernah mendedahkan tiga kes salah guna kuasa oleh Satim, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.
Read More / Baca Lagi >>

BN Selangor ‘menggelupur’ jawab isu ‘sapu tanah’

Posted: 23 Nov 2012 08:19 PM PST



Abdul Syukor yang juga ADUN Kuang mendakwa tanah yang dibeli dengan harga murah RM1 sekaki persegi itu sedangkan bernilai lebih RM2p juta adalah untuk kegunaan masyarakat seperti pembinaan dewan serbaguna dan tadika.
24 bidang tanah seluas 33.5 ekar itu bernilai lebih RM20 juta 'disapu' parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan ketika kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo.
Setiauusaha MCA Selangor, Wong Koon Mun turut respon dengan pendedah itu mendakwa tidak salah membeli tanah negeri dengan harga murah.
Menurutnya, amalan itu sudah menjadi kebiasaan sejak merdeka menjual dengan harga murah untuk tujuan kemasyarakatan seperti untuk membina kuil dan sekolah.
"Semua tanah MCA di kampung baru adalah milik  ibu pejabat parti itu, bukan milik peribadi. Apa yang salah?" katanya Koon Mun yang mempertahankan amalan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Syria rebels try to control major cities

Posted: 23 Nov 2012 08:16 PM PST

Israeli troops kill Palestinian on the Gaza border

Posted: 23 Nov 2012 08:15 PM PST

Tiada ulasan: