RAKYAT MARHAEN |
- Pelunasan hutang Talam keputusan komersil yang bijak - Kertas Putih
- Malaysia tangga ke 8 paling bahagia di dunia cerita bohong KPN!
- GAZA : Ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University
- RM45b hutang lapuk: PTPTN tetap guna 'cara baik'
- Lynas sets start date for Malaysia rare earth output amid protests
- TG Nik Aziz akan saman Utusan kerana fitnah terbaru ini..
- Fearing the cops
- Israel adalah negara pengganas - Erdoğan
- EU iktiraf pakatan pembangkang Syria
- Divided PAS spells trouble for Pakatan
- Mesir dan Turki akan pertahan Gaza - Erdoğan
- Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM
- Kezaliman Pemerintah : Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu
- Doa 'KO BN': Perkasa mahu Majlis Fatwa bertindak
- Pas: Doa 'KO BN' bukan polemik besar
- Hentikan spekulasi isu doa, kata adik Nik Aziz
- Mahfuz doa panjang umur untuk ahli Umno
- Umno dan MCA rebut kerusi Wangsa Maju, PKR agresif pulih imej
- 2 rakan mati ditetak
- MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pengajian Tinggi
- MP DAP Rasah Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pengajian Tinggi
- Anwar Ibrahim: Kalau Bagi Mandat Perdana Menteri, Saya Tak Mahu Duduk Di Rumah Rasmi
- Syria opposition coalition rejected by Islamist group
- Israeli assurances cold comfort for Gaza civilians
- Civilians suffer on both sides of the Israel/Hamas divide
Pelunasan hutang Talam keputusan komersil yang bijak - Kertas Putih Posted: 19 Nov 2012 07:49 PM PST SHAH ALAM: KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd ("KPMG") yang membuat audit terhadap pelunasan hutang-hutang Talam mendapati ia satu keputusan komersil yang bijak. Ini juga bukan satu "bailout" kerana tiada sebarang bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya. "KPMG berpandangan bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk memulakan dan melengkapkan Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) merupakan keputusan komersil yang bijak," kata kertas putih yang dibentang kepada kerajaan negeri Selangor hari ini. Kertas putih ini disediakan oleh KPMG, sebuah firma oudit yang bertauliah, selepas dilantik oleh kerajaan untuk menilai pelunasan hutang-hutang Talam. Berikut adalah ringkasan Kertas Putih yang disediakan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor. Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia tangga ke 8 paling bahagia di dunia cerita bohong KPN! Posted: 19 Nov 2012 07:45 PM PST "UTUSAN Malaysia akhbar propaganda milik Umno, mencanangkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mendakwa Negara Malaysia merupakan negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian World Happiness Report. Kononnya negara Malaysia berjaya mengalahkan negara-negara maju di dunia sebagai negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh World Happiness Report yang diterbitkan oleh Universiti Colombia [Sumber]. Boleh percaya ke penilaian yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara ini? Cuba anda perhatikan pula laporan portal berita dunia CNN tentang laporan The Happiness Report bertarikh 3 Oktober 2012 di bawah ini. Laporan ini masih baru dan terkini tidak sampai pun sebulan yang lalu. Kalau kita lihat laporan portal berita dunia, CNN menunjukkan negara-negara membangun mengatasi negara-negara maju sebagai negara paling bahagia di dunia. Namun Malaysia tiada pun dalam senarai sepuluh negara paling bahagia. Dalam penilaian yang disiarkan oleh CNN, tangga ke 8 sebagai negara paling bahagia di dunia adalah Nicaragua, bukannya Malaysia.Read More / Baca Lagi >> |
GAZA : Ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University Posted: 19 Nov 2012 07:42 PM PST Ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University. 1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan! 2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini! 3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman. 4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri. 5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita. Read More / Baca Lagi >> |
RM45b hutang lapuk: PTPTN tetap guna 'cara baik' Posted: 19 Nov 2012 07:41 PM PST "Kita ada cara baik dan cara keras. Setakat ini, kita bertindak agak baik dan sederhana. Kami iklankan di akhbar, papan iklan dan mengadakan kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai supaya "bayar balik lah", dan seterusnya. "Kami beritahu mereka 'cuma bayar apa sahaja yang anda (mampu). Perkara seterusnya yang kami lakukan ialah menghantar surat tuntutan," katanya. Namun, memandangkan sejumlah besar daripada data peminjam PTPTN masih belum dikemaskini, kemungkinan bagi surat tuntutan berkenaan sampai ke tangan penerima masih rendah. Berdepan dengan kemungkinan ini, Agos yang merupakan bekas pegawai bank berkata PTPTN masih enggan mencontohi tindakan bank dengan menggunakan agensi bagi mengutip semula hutang tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Lynas sets start date for Malaysia rare earth output amid protests Posted: 19 Nov 2012 07:39 PM PST SYDNEY, Nov 20 — Australia's Lynas Corp expects to start processing rare earth minerals from a plant in Malaysia next month despite opposition from environmentalists over health concerns, the company said today. The plant should be nearing full production of the minerals used across a range of high-tech products from mobile phones to state-of-the-art weaponry by mid-next year, according to Lynas chairman Nick Curtis. Setting the timetable lifted Lynas shares, which have been hammered by concerns the plant was facing more delays, more than 8 per cent to A$0.69. The broader market was up about 0.5 per cent, extending an overnight rally on Wall Street. Activists linked to the group Save Malaysia Stop Lynas staged a protest during the company's annual general meeting in Sydney today following the decision by a Malaysian court to lift a suspension on a temporary operating licence for the plant. "By the second half of calendar 2013, we expect to be moving towards full production capacity and have a business that has the potential to deliver sustainable and predictable earnings," Curtis told the meeting. The US$800 million (RM2.5 billion) plant — the world's biggest outside China — has been ready to fire up since early May but Lynas has been delayed by environmental and safety disputes. Massive quantities of superheated sulphuric acid are required to separate the rare earth elements from impurities found in the ore. The company says its plant is safe and is not comparable to a rare earth plant in Malaysia that was shut by a unit of Mitsubishi Chemicals in 1992, after nearby residents blamed the plant for birth defects and a high rate of leukaemia cases. — Reuters |
TG Nik Aziz akan saman Utusan kerana fitnah terbaru ini.. Posted: 19 Nov 2012 07:36 PM PST Setelah diberikan layanan yang baik sepanjang Muktamar Pas Kali ke 58, inilah hadiahnya dari Utusan buat TG Nik Aziz, Fitnah yg sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am PAS itu.. Ini sebahagian dari apa yang dilaporkan Utusan.. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 19 Nov 2012 07:32 PM PST The Inspector-General of Police Ismail Omar must move fast to restore the lost faith the people once had in the police. Home Minister Hishammuddin Hussein will bend backwards, if necessary, to assure the rakyat that the three policemen-turned-rapists in Penang will not escape the wrath of justice. The disturbing truth is, does the rakyat trust him on this? The doubt comes about because this is not the first time the country's cops have abused their authority and outraged the modesty of a woman. On June 18, 2008, a policeman on duty at the Putra Heights (in Subang Jaya) police station raped a 17-year-old pillion rider after detaining her boyfriend at the police station for riding the motorcycle without a licence. The girl was forced to perform oral sex on the cop-rapist who afterwards threatened her to keep mum about the incident. However, thanks to Puchong MP Gobind Singh Deo, the incident was brought into the open. But the case failed to perturb the country's authorities, from the prime minister to the inspector-general of police. Read More / Baca Lagi >> |
Israel adalah negara pengganas - Erdoğan Posted: 19 Nov 2012 06:55 PM PST Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan Isnin lalu menyifatkan Israel sebagai "negara pengganas" kerana melakukan pengeboman ke atas Gaza, menekankan permusuhan kepada bekas sekutu Ankara sejak hubungan antara mereka gagal pada tahun 2010. Read More / Baca Lagi >>Komen beliau dibuat selepas hampir seminggu serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan serangan roket Palestin ke atas Israel. Satu peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam Palestin termasuk empat kanak-kanak di Gaza Ahad lalu. Jumlah kematian menghampiri 100 orang. "Mereka yang mengaitkan Islam dengan keganasan menutup mata mereka ketika menghadapai pembunuhan beramai-ramai umat Islam, memalingkan kepala mereka dari pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Gaza," Erdoğan memberitahu persidangan Majlis Agama Islam Eurasia di İstanbul. |
EU iktiraf pakatan pembangkang Syria Posted: 19 Nov 2012 06:54 PM PST Gambar: Pakatan Kebangsaan Syria, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabat [Reuters] Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka melihat Pakatan Kebangsaan Syria sebagai "wakil yang sah" untuk rakyat Syria. Satu kenyataan dari 27 menteri EU pada Isnin lalu mengalu-alukan Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria yang dibentuk 11 November lalu dan berkata: "EU menganggap mereka wakil yang sah untuk aspirasi rakyat Syria". "Perjanjian ini merupakan satu langkah utama ke arah perpaduan yang diperlukan oleh pembangkang Syria." Pakatan Kebangsaan, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabatnya. Read More / Baca Lagi >> |
Divided PAS spells trouble for Pakatan Posted: 19 Nov 2012 06:51 PM PST PAS has been 'penetrated' by elements with 'foreign' ideologies while its only 'national' policy is the implementation of hudud in Malaysia. The fact remains that rise of the "extremist" voices within PAS is a negative element for Pakatan Rakyat. These are only two of the major woes of the Pakatan opposition, which is on a historic march to conquer Putrajaya. However, this path is rigged with troubles, which Pakatan is expected to quash well before the next general election. Which ever way Pakatan is heading, there is one obvious element: the loose coalition is experiencing the hardships of building and creating a true "rainbow" union. And this is probably due to the resistance within the Pakatan coalition itself, while the Barisan National hard-hitting "pro-Malay" campaigns could be an added disincentive. Read More / Baca Lagi >> |
Mesir dan Turki akan pertahan Gaza - Erdoğan Posted: 19 Nov 2012 06:49 PM PST Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang Israel. Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University. 1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan! 2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini! 3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman. Read More / Baca Lagi >> |
Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM Posted: 19 Nov 2012 06:48 PM PST KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud. Read More / Baca Lagi >>Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM). Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)." Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi 'alu-alukan' cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu. Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri. Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri. |
Kezaliman Pemerintah : Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu Posted: 19 Nov 2012 06:44 PM PST SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH. Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media. "Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa. "Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat," katanya. |
Doa 'KO BN': Perkasa mahu Majlis Fatwa bertindak Posted: 19 Nov 2012 06:43 PM PST Timbalan Presidennya, Datuk Abd Rahman Bakar berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat. "Amat jelas sekali doa seperti ini bercanggah dengan ajaran Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak, jangan tunggu lagi. "Saya tidak faham kenapa mereka boleh berdoa begitu, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Sinar Harian semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Pas: Doa 'KO BN' bukan polemik besar Posted: 19 Nov 2012 06:42 PM PST Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat itu tidak ditujukan kepada individu, tetapi organisasi, iaitu BN. Menurutnya, media seharusnya lebih memberi keutamaan kepada intipati perjalanan Muktamar Pas kali ke-58 itu, bukan memperbesarkan isu doa. "Untuk individu, memang kita tidak boleh mendoakan kehancuran, tetapi perlu meminta diberikan hidayah dan petunjuk. "Namun, bagi sesebuah badan, doa seperti itu boleh dibuat, seperti yang pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika mendoakan kehancuran tentera Rom," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau mengulas reaksi negatif oleh pelbagai pihak, termasuk pimpinan tertinggi Umno, terhadap doa 'KO BN' yang dibaca di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu. Tuan Ibrahim berkata, doa tersebut wajar kerana pastinya Pas tidak akan mendoakan parti lawan menjadi kuat dan yakin Umno-BN juga tidak akan berbuat sedemikian. "Dalam doa tersebut kita mahu pihak lawan lemah, supaya pihak yang satu lagi dapat memperoleh kemenangan. Pastinya Pas tidak akan mendoakan Umno-BN menjadi kuat dan mereka juga tidak akan mendoakan Pas kuat," katanya. |
Hentikan spekulasi isu doa, kata adik Nik Aziz Posted: 19 Nov 2012 06:41 PM PST Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. "Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun. "Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu," katanya kepada Sinar Harian semalam. Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV. Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri. Menurutnya, beliau berada sama ketika solat Hajat yang dihadiri lebih 40,000 orang. |
Mahfuz doa panjang umur untuk ahli Umno Posted: 19 Nov 2012 06:40 PM PST KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berdoa agar Allah memanjangkan umur ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) agar mereka sama-sama dapat menghancurkan parti tersebut. Read More / Baca Lagi >>"Yang kita minta dihancurkan ialah parti Umno dan parti BN serta politik zalim parti tersebut. "Ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN pula kita mohon doa agar Allah panjangkan umur mereka kerana kita perlukan rakan dan kawan untuk sama-sama menghancurkan kekuasaan dan politik zalim parti yang memerintah itu," katanya. Mahfuz mengambil contoh syarikat dan pemilik syarikat. "Selalu kita lihat syarikat yang diisytihar bankrap, pemilik tidak diisytihar bankrap. "Begitulah juga dalam hal ini, kita mohon Allah hancurkan Umno BN bukan ahli-ahli atau penyokong-penyokong Umno BN," katanya. |
Umno dan MCA rebut kerusi Wangsa Maju, PKR agresif pulih imej Posted: 19 Nov 2012 06:39 PM PST Datuk Yew Teong Lock dari mahu bertanding di kerusi itu sekali lagi tetapi pengerusi BN Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah dikatakan mengintai peluang untuk menjadi calon gabungan pemerintah tersebut dengan bantuan dari penulis blog pro-Umno. "Ya, Datuk Shafie mungkin akan bertanding di situ. Lagipun BN perlukan calon baru di situ yang masih segar bukan calon yang sudah berusia," kata pemimpin pemuda Umno Wangsa Maju yang tidak mahu namanya disiarkan kepada The Malaysian Insider. Shafie mempunyai satu lagi kelebihan berbanding Yew, kerana dia juga adalah setiausaha politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan pengerusi BN secara automatik sebagai presiden Umno. Penulis blog pro-Umno, Papagomo juga telah memulakan perang siber di alam maya dalam posting terbarunya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 19 Nov 2012 06:28 PM PST |
MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pengajian Tinggi Posted: 19 Nov 2012 06:27 PM PST |
MP DAP Rasah Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pengajian Tinggi Posted: 19 Nov 2012 06:27 PM PST |
Anwar Ibrahim: Kalau Bagi Mandat Perdana Menteri, Saya Tak Mahu Duduk Di Rumah Rasmi Posted: 19 Nov 2012 06:26 PM PST |
Syria opposition coalition rejected by Islamist group Posted: 19 Nov 2012 06:25 PM PST |
Israeli assurances cold comfort for Gaza civilians Posted: 19 Nov 2012 06:25 PM PST |
Civilians suffer on both sides of the Israel/Hamas divide Posted: 19 Nov 2012 06:24 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan